Misi Sebenar Mcdonald S Malaysia Menyumbangkan Rm 484 100 Kepada Golongan Kurang Bernasib Baik Di Kelantan
Amboii tajuk bukan main gempak lagi. Siap dengan misi visi bagai. Kalau diingatkan balik. Memang ada terlintas juga nak tahu apakah misi sebenarnya disebalik penyerahan sumbangan sebanyak Rm 484,100 oleh McDonald's Malaysia itu??
Misi Sebenar McDonald's Malaysia menyumbangkan Rm484,100 Kepada Golongan Kurang Bernasib Baik Di Kelantan
Cuti sekolah berbaki lagi 2 minggu. Sekejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik dah buka sekolah. Jalan raya yang lengang pun akan kembali sibuk seperti sebelumnya. Dan para ibubapa pula akan mula berkejar ke sekolah untuk menguruskan pendaftaran dan keperluan sekolah anak-anak. Masa tu ciktie yakin sangat memang akan ada dikalangan mak-mak dan ayah-ayah yang akan memohon cuti. Betul tak?? Opsss
Ehh persiapan macamana?? Baju sekolah, kasut berapa pasang sorang?? Paling sikit pun rasanya 2 pasang sorang, kan?? Orang kata buat gilir-gilir gituu.. masa ciktie dulu janji ada je. Dah nampak kuning sangat baru merasa pakai baju baru. Itupun sesi persekolahan dah masuk pertengahan tahun. Nak buat macamana setakat itu je yang termampu.
Pagi Khamis - 13hb dah berlangsung satu Program Komuniti Peringkat Negeri Kelantan anjuran McDonald's Malaysia dan Rumah Ronald McDonald (RMHC) di McDonald's Pandu-Laju Pengkalan Chepa bertujuan untuk mengumumkan sumbangan berjumlah rm484,100 yang melibatkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik dan miskin tegar di Negeri Kelantan.
Kebetulan pula cuaca cerah elok je sepanjang hari tu umpama turut sama meraikan kegembiraan adik-adik kita terutamanya dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa yang menerima sumbangan berupa pek "Kembali Ke Sekolah". Selain itu, inisiatif seperti sumbangan zakat dan perlantikan belia asnaf ke program perantisan McDonald's turut diumumkan.
Program "Kembali Ke Sekolah"Program yang mendapat kerjasama dari Kementerian Pendidikan Malaysia ini mendapat sokongan francaisi dan rakan-rakan perniagaan McDonald's bertujuan untuk menghulurkan bantuan kepada lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar di seluruh negara dengan pemberian set pakaian sekolah baharu. Kira 3 kali ganda dari tahun lepas iaitu 6,000 je kanak-kanak yang telah menerimanya.
Setiap kanak-kanak menerima 1 set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut dan sebuah beg sekolah sebagai persediaan memulakan sesi persekolahan tahun 2019. Di Kelantan sahaja seramai 841 orang kanak-kanak yang menerima sumbangan berupa pek "Kembali Ke Sekolah". Dan sumbangan keseluruhan dibawah program "Kembali Ke Sekolah" ini sahaja bernilai lebih rm1.7 juta.
Sumbangan Zakat McDonald'sRupanya ini kali yang ke-2 dah McDonald's Malaysia dibawah pemilikan baharu Kumpulan Reza menunaikan kewajipan zakatnya selepas diambil alih oleh syarikat Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Reza Group di Arab Saudi, pada 1 Disember 2016 yang lalu.
Kalau nak tahu Syarikat Lionhorn ini 100% dimiliki oleh umat Islam. Ia diketuai oleh Sheikh Fahad dan Abdurrahman Alireza iaitu francaisor yang memiliki hampir 100 buah restoran McDonald's di wilayah barat dan selatan Arab Saudi. Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab McDonald's Malaysia untuk menunaikan rukun Islam yang ke-3 ini apabila tiba waktunya untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Penyerahan zakat perniagaan ini telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) melalui Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi yang juga merupakan tetamu kehormat dalam program komuniti ini. Turut sama dalam program ini adalah YB. Sahibul Samahah Dato' Haji Shukri bin Mohamad, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dan Tuan Haji Abdullah bin Mat, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Tapi apa yang lebih mengagumkan lagi sebenarnya adalah walaupun Negeri Kelantan dikatakan negeri termiskin tegar, ia berjaya tersenarai diantara 4 negeri terbaik menguruskan zakat. Tahniah MAIK !!
4 Negeri Terbaik Menguruskan Zakat1) Selangor2) Wilayah Persekutuan3) Johor4) Kelantan
Program Perantisan McDonald's MalaysiaYang ini pula sebahagian daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di bawah Kementerian Sumber Manusia yang membantu golongan belia mendapatkan pekerjaan dibawah rangkaian restoran makanan segeranya. Kira sebaik sahaja tamat latihan (teori dan praktikal) dalam tempoh 18 bulan macam tu, mereka akan menerima sijil SKM Tahap 3 dan layak berkerja di McDonald's Malaysia sepenuh masa.
Buat golongan belia asnaf, anda dialu-alukan untuk menyertainya. Selain mendapat tajaan sepenuhnya semasa mengikuti program latihan, setiap perantis juga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,200 sebulan, faedah perubatan, insurans, tempat tinggal (asrama) dan juga makanan percuma sepanjang menjalani program perantis.
Sehingga tahun 2025, McDonald's Malaysia mensasarkan pertambahan 10,000 peluang perkerjaan lagi.
Rumah Ronald McDonald ke-2 di HUSMMerupakan rumah persinggahan ataupun transit yang menyediakan kemudahan penginapan yang bakal dilengkapi dengan 18 buah bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik tv, tempat permainan dan lain-lain kemudahan lagi kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang menjalani rawatan di HUSM Kubang Kerian ataupun hospital lain di sekitar Kota Bharu.
Masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap awal tahun hadapan. Penubuhannya diharap sangat bakal meringankan bebanan kewangan keluarga pesakit kanak-kanak. Lagi maklumat mengenai Rumah Ronald McDonald Ke-2 di HUSM Kubang Kerian
Jadi inilah antara beberapa misi sebenar McDonald's Malaysia menyumbangkan Rm 484,100 kepada golongan yang kurang bernasib baik di Kelantan. Program dan inisiatif kemasyarakatan ini bukan diadakan setakat ini sahaja tau tetapi ianya juga akan diteruskan lagi bagi membantu mereka yang memerlukan. Alhamdulillah, tahniah McDonald's Malaysia !!
Bagi ciktie sendiri, program inisiatif kemasyarakatan yang dilakukan oleh McDonald's Malaysia ini bukan sahaja membantu dari segi kewangan dan material saje tetapi juga membuka peluang pekerjaan terutamanya kepada golongan belia. Ia sekaligus mampu mengukirkan senyuman kegembiraan dibibir setiap insan. Semoga selepas ini akan ada program dan inisiatif kemasyarakatan lain pula yang akan menyusul. Memang melaksanakannya bukan sesuatu yang mudah apapun semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.
Ok, cukuplah sampai sini dulu.Sekali lagi ciktie nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada McDonald's Malaysia kerana telah memberi peluang kepada ciktie dan juga teambpt untuk turut serta menjayakan Program Komuniti McDonald's 2018 Peringkat Negeri Kelantan ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciktie.com/2018/12/misi-sebenar-mcdonalds-malaysia.html