Mcdonald S Sumbang Rm484 100 Di Program Komuniti Kelantan Bantu Golongan Kurang Mampu



Sedar tak sedar hanya tinggal 12 hari sahaja lagi sebelum tibanya tahun baru 2019. Dengan bermulanya tahun baru bermakna sesi persekolahan juga akan mula berjalan. Sudahkah anda membuat persiapan membeli barangan persekolahan bagi anak-anak? Pasti anak-anak gembira dan excited untuk memulakan sesi persekolahan baru.

Walaubagaimanapun, dalam kemeriahan kita membeli kelengkapan persekolahan anak-anak, adakah kita pernah terfikir bagaimanakah ibu bapa yang kurang berkemampuan mendapatkan barangan persekolahan untuk anak mereka? Syukurlah kerana di Malaysia, terdapat pelbagai badan samada kerajaan atau bukan kerajaan yang sering membantu golongan kurang berkemampuan tanpa kita sedari.

McDonald's merupakan antara salah satu badan aktif di Malaysia yang sering menganjurkan aktiviti komuniti bagi membantu golongan yang memerlukan samada daripada golongan pelajar sekolah sehinggalah kepada golongan veteran. 

Terbaharu, #teambpt berpeluang menghadiri Program Komuniti peringkat Negeri Kelantan anjuran McDonald's Malaysia pada 13 Disember 2018 yang lalu bertempat di McDonald's Pandu Laju, Pengkalan Chepa. Program ini merupakan program tahunan McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebanyak sejumlah RM484,100 sumbangan telah diumumkan pada program tersebut melibatkan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin tegar di Kelantan. Antara inisiatif yang telah diumumkan di bawah peruntukan tersebut adalah serahan pek 'Kembali ke Sekolah', sumbangan zakat serta perlantikan belia asnaf ke Program Perantisan McDonald's.


Program komuniti ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta Mufti Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad. 
Program Kembali ke Sekolah
Bertujuan menghulurkan bantuan kepada lebih 17,000 kanak-kanak sekolah rendah dari golongan miskin bandar di seluruh negara, program ini mendapat sokongan francaisi dan rakan perniagaan McDonald's yang lain. Melalui program ini, kanak-kanak menerima satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut sekolah dan sebuah beg sekolah yang baru sebagai persediaan sebelum memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2019.

Nilai keseluruhan sumbangan di bawah program 'Kembali ke Sekolah' pada tahun ini adalah melebihi RM1.7 juta dengan penerima di negeri Kelantan seramai 841 orang kanak-kanak sekolah rendah bagi persiapan menghadapi sesi persekolahan pada tahun 2019.


Menurut Encik Azhar Darbi selaku Pengarah Kanan Sumber Manusia McDonald's Malaysia, program 'Kembali ke Sekolah' adalah amat penting bagi McDonald's dan RMHC kerana ia memberi bantuan kepada kanak-kanak sekolah rendah daripada golongan kurang berkemampuan dan miskin bandar.

Beliau berharap dengan adanya program 'Kembali ke Sekolah' ini akan dapat membantu mengurangkan beban  kewangan keluarga kanak-kanak dan memberi motivasi kepada mereka untuk memulakan tahun persekolahan yang baru dengan penuh keyakinan. Tambah Encik Azhar lagi, "kanak-kanak adalah pemimpin masa hadapan negara dan pengalaman pembelajaran yang mereka lalui adalah amat penting bagi kami".

Sumbangan Zakat McDonald's
Sejak tahun lalu, McDonald's Malaysia telah melaksanakan kewajiban zakatnya di bawah pemilikan baru Kumpulan Reza bermula tahun 2016 yang merupakan entiti perniagaan yang 100%  dimiliki oleh umat Islam. Kumpulan Reza merupakan syarikat yang memiliki dan mengurus kesemua lebih daripada 100 buah cawangan McDonald's di wilayah barat dan selatan Arab Saudi secara ekslusif sejak 20 tahun yang lalu.


Menurut Encik Azhar, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald's Malaysia, McDonald's akan terus melaksanakan kewajipan zakat sebaik tiba masanya kerana zakat adalah kaedah untuk mengurangkan kemiskinan serta merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sebagai umat Islam.

Dr. Haji Nik Mohd Azlan menyokong usaha murni dan inisiatif yang diumumkan dalam program tersebut di mana jelas menunjukkan komitmen McDonald's dalam melibatkan diri membantu golongan yang kurang bernasib baik. Beliau juga turut memberikan ucapan terima kasih kepada McDonald's Malaysia kerana memenuhi kewajipan zakat kepada negeri Kelantan.

Program Perantisan McDonald's Malaysia
Sejak dua tahun yang lalu, McDonald's telah memperkenalkan Program Perantisan McDonald's sebagai salah satu usaha membantu masyarakat yang memerlukan.

Program ini merupakan sebahagian daripada Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dilaksanakan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan pensijilan diberikan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD).


Melalui program ini, para perantis akan menjalani tempoh latihan praktikal dan teori di dalam kelas selama 18 bulan. Setiap bulan perantis akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan, insurans serta makanan secara percuma. Selaras dengan perlaksanaan program ini, diharap dapat meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat serta pada masa yang sama memupuk bakat baru.

Menurut Encik Azhar, mereka mengalu-alukan penglibatan daripada para belia dari golongan asnaf di negeri Kelantan untuk menyertai Program Perantisan McDonald's. "Sebaik sahaja mereka menamatkan program ini, mereka layak untuk bekerja di restoran McDonald's sepenuh masa. Di samping itu, program ini juga membolehkan mereka untuk mempelajari kemahiran sepanjang hayat," kata Encik Azhar.

Rumah Ronald McDonald Ke-2 di HUSM
Penubuhan Rumah Ronald McDonald (RMH) yang kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan merupakan salah satu usaha murni daripada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dalam langkah meluaskan inisiatif kemasyarakatnya.

Rumah ronald yang dijangka siap pada awal tahun hadapan ini merupakan rumah persinggahan yang menyediakan kemudahan penginapan kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang bakal menjalani rawatan di HUSM atau di hospital lain yang terdapat di sekitar bandar Kota Bharu.


Dilengkapi dengan 18 buah bilik tidur, Rumah Ronald McDonald juga turut menyediakan kelengkapan penuh yang lain seperti ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik TV, bilik permainan, tandas, ruang sensori dan pelbagai kemudahan lagi bagi penghuni yang menginap di sini.

Dengan penubuhan rumah ronald ini diharapkan agar beban kewangan keluarga pesakit kanak-kanak yang terlibat dapat dikurangkan di samping dapat menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan demi memastikan keluarga sentiasa dapat berada berdekatan dengan anak-anak mereka yang sedang menjalani rawatan di hospital.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Rumah Ronald McDonald, boleh baca di >> Rumah Ronald akan Dibina di HUSM Menjelang Tahun 2019.


Inisiatif yang dilaksanakan oleh McDonald's dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat dan mengurangkan beban kewangan buat golongan yang kurang berkemampuan merupakan suatu usaha murni yang harus dipandang tinggi. Semoga lebih banyak lagi individu perseorangan mahu pun syarikat yang tampil ke depan bagi menganjurkan program komuniti seperti ini.

Bagi anda yang gemar menikmati hidangan istimewa di restoran McDonald's, jangan lupa untuk terus menderma dengan memasukkan wang ke dalam tabung kebajikan yang terdapat di kaunter restoran. Wang hasil sumbangan anda akan terus disalurkan ke dalam program komuniti anjuran McDonald's Malaysia. Jadi secara tidak langsung, anda juga telah membantu dalam aktiviti kemasyarakatan di Malaysia.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2018/12/mcdonalds-sumbang-rm484100-di-program-komuniti-kelantan-bantu-golongan-kurang-mampu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misi Sebenar Mcdonald S Malaysia Menyumbangkan Rm 484 100 Kepada Golongan Kurang Bernasib Baik Di Kelantan

Misi Sebenar Mcdonald S Malaysia Menyumbangkan Rm 484 100 Kepada Golongan Kurang Bernasib Baik Di Kelantan

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 672 hits
Amboii tajuk bukan main gempak lagi Siap dengan misi visi bagai Kalau diingatkan balik Memang ada terlintas juga nak tahu apakah misi sebenarnya disebalik penyerahan sumbangan sebanyak Rm 484 100 oleh McDonald s Malaysia itu Misi Sebenar Mc...
Program Komuniti Mcdonald 2018 Bantu Golongan Miskin Di Pantai Timur

Program Komuniti Mcdonald 2018 Bantu Golongan Miskin Di Pantai Timur

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 579 hits
Program Komuniti McDonald 2018 Bantu Golongan Miskin Di Pantai Timur l Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menjelang tahun baru 2019 Ini bermakna sesi persekolahan akan bermula tak lama lagi Kelihatan ramai ibu bapa yang dah mul...
Mcdonald S Malaysia Teruskan Usaha Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Di Pantai Timur

Mcdonald S Malaysia Teruskan Usaha Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Di Pantai Timur

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 379 hits
AssalamualaikumMinggu lepas hari khamis Cik Nor bersama rakan blogger dan rakan media yang lain telah dijemput ke satu majlis komuniti yang di anjurkan oleh McDonald s Malaysia Majlis ini berlangsung di McDonald s Pandu Lalu Pengkalan Chepa...
Program Komuniti Mcdonald S Dan Rmhc Peringkat Negeri Kelantan 2018

Program Komuniti Mcdonald S Dan Rmhc Peringkat Negeri Kelantan 2018

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 766 hits
Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh Aku tengah cuti sekolah ni Tahun kedua aku sebagai guru sudah hampir ke penghujung Tahun ni memang mencabar Guru baru mengajar setengah tahun terus menggalas tanggungjawab besar mengajar murid Ta...
Kemensos Harap Program Keluarga Harapan Mampu Tekan Masalah Kemiskinan

Kemensos Harap Program Keluarga Harapan Mampu Tekan Masalah Kemiskinan

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 264 hits
Dirjen Perlindungan dan Jaminan Sosial Kemensos Harry Hikmat mengatakan berbagai edukasi juga disajikan kepada masyarakat seperti mekanisme bantuan non tunai Program Keluarga Harapan
Rtm Nafi Kurang Program Agama 20 Peratus

Rtm Nafi Kurang Program Agama 20 Peratus

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 320 hits
Kenyataan penafian Jabatan penyiaran Malaysia berhubung dakwaan RTM mengurangkan program agama KUALA LUMPUR Dakwaan mengatakan RTM akan mengurangkan program agama sebanyak 20 peratus dan menyekat penyampai berita beragama Islam daripada mem...
Mcdonald S 100 Dimiliki Oleh Umat Islam

Mcdonald S 100 Dimiliki Oleh Umat Islam

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 364 hits
McDonald s Malaysia di bawah pemilikan baharu Kumpulan Reza telah memenuhi kewajipan zakatnya sejak tahun lalu kerana ia merupakan entiti perniagaan yang 100 dimiliki oleh umat Islam Kumpulan Reza adalah syarikat yang memiliki dan mengurus ...
Ada Golongan Bangsawan Yang Mendorong Ahli Keluar Umno

Ada Golongan Bangsawan Yang Mendorong Ahli Keluar Umno

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 670 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa ada golongan bangsawan yang menjadi pendorong hampir kesemua pemimpin utama Umno Sabah bertindak keluar parti Dakwaan Khairy itu dibuat bagi menjawab soalan pengikutn...
Keutamaan Golongan B40 Untuk Sekolah Berasrama Penuh

Keutamaan Golongan B40 Untuk Sekolah Berasrama Penuh

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 761 hits
PUTRAJAYA 19 Dis Kementerian Pendidikan akan memberi keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah untuk memperoleh akses kepada pendidikan berkualiti di sekolah berasrama penuh bermula dengan pengambilan pada tahun depan Kementerian dalam...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash