Produk Kelengkapan Peribadi Ketika Umrah Dan Haji Dengan Pek Mudah Travel Suchi
SUCHI | PEK MUDAH TRAVEL KELENGKAPAN PERIBADI KOSMETIK KETIKA UMRAH DAN HAJI
SET MUDAH TRAVEL KELENGKAPAN PERIBADI KOSMETIK KETIKA UMRAH DAN HAJI | Assalamualaikum. Seronok bila mendengar khabar berita daripada sahabat mahupun saudara yang akan pergi atau baru balik dari mengerjakan umrah/haji. Antara perkara yang selalu menjadi perhatian saya adalah apakah persediaan yang mereka lakukan sebelum ke Tanah Suci? Antara yang selalu dipesan adalah kena ada niat dan usaha. Insyaallah, dipermudahkan.
Suchi | Pek Mudah Travel Kelengkapan Peribadi ketika Umrah
Baru saja ipar saya pulang dari mengerjakan umrah dan haji, hujung bulan ini pula ipar saya yang lain bakal mengerjakan Umrah. Ada juga sahabat yang sedang berlepas ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah. Saya tumpang gembira dan mohon mereka mendoakan pula untuk saya dan keluarga.
Apabila kita mendengar khabar gembira mengenai saudara atau sahabat kita kebiasaannya kita akan mengunjungi mereka dan sedekah atau kirimkan sedikit wang. Boleh juga jika kita hadiahkan barang kegunaan seperti jubah atau barangan yang diperlukan.
Saya juga mengambil kesempatan untuk kirimkan barang keperluan peribadi yang dapat digunakan ketika mengerjakan Umrah nanti. Barang keperluan apa? Produk kelengkapan atau kegunaan peribadi dalam pek mudah travel ketika Umrah.
SUCHI | Set Travel Umrah dan Haji
SUCHI | PRODUK KEGUNAAN PERIBADI KETIKA UMRAH DALAM PEK MUDAH TRAVEL
Biasanya saya dengar bila orang nak ke Umrah persediaannya ilmu, itu wajib. Kemudian ada dari segi penyediaan pakaian. Tetapi jarang dengar penyediaan dalam bentuk produk kosmetik untuk kegunaan ketika umrah atau dalam bentuk produk kegunaan peribadi ketika mengerjakan umrah.
Antara Set Produk Suchi untuk kegunaan Umrah dan Haji
Berbalik pada cerita apabila saya mendengar ipar saya dan suami hendak mengerjakan umrah saya maklumkan pada isteri nak hadiahkan produk kelengkapan peribadi seperti pelembap bibir (lip balm) Krim Tumit (heel balm), Gel Mandian (Body wash) dan losyen dari produk SUCHI
Kenapa saya pilih produk SUCHI?
Pertama Seperti kita sedia maklum, memakai wangian bagi jemaah lelaki/wanita adalah dilarang samada memakai di badan, rambut, janggut dan sebagainya. Namun :
seseorang itu dibenarkan dengan niat menjaga kesihatan dan kebersihan tetapi tidak boleh berlebihan ini kerana memakai wangian adalah dilarang dan boleh dikenakan dam.
Ada pendapat ulama mengatakan wangian yang dipakai sebelum niat ihram tidak berdosa dan tidak dikenakan dam. Adalah sebaiknya kita memilih produk yang mematuhi syarat sah ihram.
Terdapat banyak produk yang sah ihram yang tidak mempunyai wangian ini bertujuan jemaah Umrah atau Haji menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Walaupun dalam melakukan ibadah, kesihatan dan kebersihan perlu diambil berat agar kesihatan terjaga supaya dapat fokus kepada ibadah umrah
Kedua, produk SUCHI sebenarnya dihasilkan oleh syarikat yang berpengalaman dalam penjualan buku-buku agama, CD agama dan pakaian dan kelengkapan haji dan umrah yang lebih dikenali sebagai Galeri Muslim.
Antara sebab lain menjadikan saya pilih produk ini sebagai hadiah kepada ipar saya adalah kerana produk ini mendapat sokongan daripada Mantan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Ustaz Nor Azamir bin Haji Alias
Mencuba sendiri kebenaran tanpa pewangi dalam Produk SUCHI
Teringat pula akan kisah Imam Syafie. Apabila ada yang bertanya kepada beliau mengenai berapa kaki haiwan yang sedang dinaikinya? Walaupun tahu mempunyai empat kaki, tetapi Imam Syafie turun dari haiwan yang dinaiki lalu mengira untuk mendapatkan kepastian.
Sebelum hadiahkan produk SUCHI dalam pek mudah travel ini saya mencuba terlebih dahulu kebenaran tanpa pewangi sebelum diberikan kepada ipar saya. Walaupun tanpa pewangi tetapi kualiti sama dengan produk yang ada di pasaran. Mudah-mudahan dipermudahkan buat mereka mengerjakan ibadah umrah hujung bulan ini
PRODUK KELENGKAPAN PERIBADI DAN KOSMETIK UMRAH DAN HAJI
Apa yang menariknya bila sebut produk kelengkapan peribadi umrah dan haji, memang produk SUCHI menyediakan selengkapnya produk untuk digunakan apabila tiba di Tanah Suci. Samada kita ingin membeli secara set atau satu persatu pun boleh
Tetapi lebih mudah membeli secara set. Bawah ini saya kongsikan antara set mudah travel atau juga boleh dipanggil pek mudah travel untuk jemaah haji dan umrah
SUCHI | SET ALI Pek Mudah Travel Umrah dan Haji
SUCHI | Pek Mudah Travel Umrah dan Haji
SUCHI Set Safa Pek Mudah Travel Umrah dan Haji
SUCHI Set Marwah pek mudah travel umrah dan haji
SUCHI Set Raudhah Pek Mudah travel Umrah dan Haji
Setiap set atau pek mudah travel SUCHI ini berharga dari RM 100 hingga RM 50. Boleh juga membeli secara asing dimana produknya bermula dari harga RM 10 sahaja.
Sekiranya kita jadikan hadiah buat para jemaah umrah atau haji sudah tentu dapat memberi manfaat buat saudara atau sahabat kita yang bakal melaksanakan ibadah Haji dan Umrah
Rujuk Katalog Produk SUCHI disini >> KATALOG
Produk-produk SUCHI mendapat sentuhan dari bahan-bahan terbaik dimana bahan utama di dalam Produk SUCHI adalah minyak Zaitun yang mampu melembapkan kulit dan mengelakkan dari kekeringan, Ekstrak Lidah Buaya yang kaya dengan pelbagai vitamin, dan daun pudina yang dapat merawat bibir dari pecah sebab kekeringan.
Selain daripada itu ada juga bahan seperti lilin lebah, Serai, Minyak Bunga Matahari, kayu manis dan pelbagai bahan lain
Bagusnya ada produk inisiatif yang membantu para jemaah Haji dan Umrah. Produk ini juga terhasil hasil dari inisiatif Penguus Pemasaran Galeri Muslim dari masalah yang dialami oleh kedua ibubapanya ketika mengerjakan Umrah dan Haji
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan produk ini atau jadikan sebagai hadiah buat ibubapa atau kenalan yang bakal mengerjakan Umrah dan Haji boleh dapatkan produk ini di
Senawang Galeri Muslim (NS0136088-A)Alamat: 306, Jalan Bandar Senawang 16, Pusat Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri SembilanNo Tel: +6018-290 9879Email:
[email protected]atau boleh layari suchiofficial.com
Sebelum terlupa pihak SUCHI juga menyediakan hadiah GOLD BAR untuk dimenangi dengan setaip pembelian set mudah travel SUCHI. Tertakluk kepada terma dan syarat. Rujuk laman web suchi
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita bersama dan jadikan kebahagian buat mereka para jemaah Haji dan Umrah. Terima kasih kerana sudi membaca Produk kelengkapan Peribadi Ketika Umrah dan Haji Dengan Pek Mudah Travel SUCHI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.arzmoha.com/2018/11/produk-kelengkapan-peribadi-ketika-umrah-dan-haji-dengan-pek-mudah-travel.html