Jom Belajar Bahasa Melayu Sarawak Cepat Dan Mudah Wajib Tahu


Jom Belajar Bahasa Melayu Sarawak Mudah, Cepat dan, Ringkas. Aku orang Sarawak. Apa kata jika aku berkongsi ilmu mengenai bahasa Sarawak ini? Apa yang aku nak cakapkan ialah bahasa Sarawak ini mudah untuk dibelajari. Mungkin mengambil masa 1 bulan jika anda berada di Sarawak. Dan mungkin mengambil masa 3 bulan untuk anda mahir dalam bahasa Melayu Sarawak ini jika anda cuma belajar melalui internet sahaja. Maaf atas penggunaan kata ganti nama  diri. Saya kekok menggunakan saya, anda, aku. Jadi saya tukar-tukar ikut mood. Maafkan saya sekali lagi. 
Untuk pengetahuan anda, bahasa melayu sarawak yang saya ajar ini adalah lebih kepada Bahasa Sarawak yang digunakan oleh orang Melayu Kuching untuk percakapan seharian. Jadi mungkin ada perbezaan bahasa melayu sarawak di Bintulu, Miri, Limbang dan sewaktu dengan nya. Berbeza sedikitlah. Cara penyebutan juga ada beza sedikit. Tapi jika anda pandai bahasa Melayu Sarawak bahagian Kuching. Bagi saya, tiada hal untuk tahu bahasa Melayu Sarawak dialek selain dari Kuching. Saya juga menjadikan entry Belajar Bahasa Sarawak dari blog Kakak Tiri Cinderella http://kakaktiricinderella95.blogspot.my/2015/11/jom-belajar-bahasa-sarawak-bahasa.html sebagai panduan. Dah macam bahasa rasmi pulak bahasa sarawak ini dengan cara pengajaran dia. Terima Kasih Kakak Tiri Cinderella.

Terdapat banyak sebab kenapa orang Semenanjung mahupun orang Sabah mahu belajar bahasa Melayu Sarawak. 1. Bahasa Mudah DibelajarBahasa Melayu Sarawak tidaklah sukar untuk dibelajar. Kakak ipar saya berasal dari Perak, dalam masa yang sekejap sahaja dia boleh mahir bercakap dalam bahasa Melayu Sarawak. Ini disebabkan bahasa Melayu Sarawak kebanyakkan perkata berasal daripada Bahasa Melayu Baku. Jadi mudah untuk orang melayu atau sesiapa yang pandai bercakap melayu untuk belajar bahasa melayu sarawak. 
2. Sebab ada minat orang Sarawak. Orang Sarawak memang suka merantau di Negeri orang. Jadi anda akan boleh berjumpa orang Sarawak di mana-mana sahaja di bumi Malaysia ini. Seperti di Sabah, Kuala Lumpur, mahupun Perlis. Kami ada dimana-mana sahaja. Jadi tidak mustahil suatu hari nanti anda akan terjatuh hati dengan orang Sarawak. 
3. Sebab Belajar Di Sarawak. Aku selalu je bertanya kawan aku tentang pandangan mereka tentang Sarawak ini waktu first first datang Sarawak. Best kalau dapat tahu pandangan dorang. Ye lah setiap dari kita mesti ada perception tentang sesuatu tempat itu. Ada yang mungkin berahsia pandangan mereka, ada yang mungkin sudah buat research tentang Sarawak. Contoh lah aku. Pandangan aku tentang bumi langkawi ialah penuh dengan Sawah Padi (tiada pembangunan, tiada tempat pelancongan) cuma ada padi sahaja. Tapi bila aku pergi ke Langkawi buat kali pertamanya (2011). Terus hati ini jatuh cinta dengan Pulau Langkawi. Rasa nak pergi lagi dan lagi. Kenapa aku menyimpang jauh? Jadi sebab lain orang nak belajar bahasa Sarawak ialah sebab mereka belajar di Sarawak. Rugi kalau tak belajar bahasa Sarawak jika anda menyambung belajar di Sarawak. Boleh bersembang dengan orang Sarawak, boleh berlakon jadi pelancong dari Semenanjung dan tak faham bahasa Sarawak. 

4. Meluaskan Bahasa Best kalau tahu banyak bahasa. Kita mudah bergaul dengan orang. Macam aku, aku boleh berbahasa Melayu Sarawak, Bahasa Iban, dan Bahasa Mandarin. Perlu ke aku mention aku boleh berbahasa English dan Melayu? Tak perlukan. Rugi kalau tak belajar banyak bahasa. Jadi, rajin-rajinkan lah belajar bahasa orang. Aku sekarang dalam process mempelajari bahasa Sepanyol dan bahasa France. Ok aku tipu. Aku sekarang sedang giat mempelajari bahasa Tagalog Philipines.  
Jadi sebab-sebab di atas lah yang mendorong anda untuk belajar bahasa Sarawak. Bear in mind, bahasa melayu sarawak ini memang tidak susah dibelajar jika anda tahu bertutur bahasa melayu baku. Boleh kita mulakan sekarang? aI  aI  Captain. Mulai hari ini anda panggil saya Cikgu Kamek ok? 
Kata Ganti Nama Diri 1. Saya   - Aku. Ku. Kamek. Mek. 2. Awak  - Kau. Kitak. Ko. (Sebutan Kau ialah Ka Wu.) 3. Dia     - Nya4. Korang - Kitak Orang  5. Kami - Kamek Orang 6. Kita   - Kita 7. Mereka - Sidak. Sidak nya. Sidak ya. 
Aku dan Kau (kawu) digunakan jika dengan kawan rapat. Kamek dan Kitak digunakan untuk bercakap dengan orang lebih tua atau muda (hormat). Kamek Kitak digunakan untuk pasangan kekasih. 
Kata Ganti Nama Tanya 1. Apa   - Apa2. Bagaimana / Macam Mana - Macam Ney? Giney? Camney
3. Berapa - Berapa / Bapa 4. Bila - Bila 5. Mana - Ney,  Dimana - Siney 6. Mengapa /  Kenapa - Kenak, Pahal, 7. Macam Mana - Kedak Ney 8. Siapa - Sapa
Ingin saya tekankan, cara sebutan R orang sarawak lain. Sa RA waK. Sebutan K juga lain. Susah saya nak explain melalui tulisan. Yang penting anda faham. Bila dengar orang Sarawak sebut. Anda tahu apa disebut mereka, cuma anda baru tahu cara mereka menyebut perkataan tersebut. Umpama belajar bahasa English lah, kita tahu makna cuma tak tahu cara pronounce dengan betul. 
Kata Ganti Nama Tempat 1. Sana - Sinun, Nun 2. Sini - Sitok3. Situ - Sia 
Siney rumah kau? (Dimanakah Rumah Anda) Rah sia jak. (Dekat situ sahaja) *Sarawakian juga boleh guna Dekat. Rah sinun. (Dekat Sana)  *Jauh dari penglihatan mataRah sia. (Dekat situ) *Masih boleh dilihat dengan mata 
Contoh Rah Sia.  Siney ko engkah remote tek?  (Dimana Kau Letak Remote Tadi?)Nya rah sia jak tepi TV. (Remote dekat tepi tv je.)
Kata Ganti Nama Tunjuk 1. Begini / Macam Ini  - Macam tok / Camtok2. Begitu / Macam itu - Macam ya/ Camya 3. Ini - tok4. Itu - Ya5. Disini - Disitok 6. Disana - Di siya


Kata Nafi 1. Bukan - Bukan, 2. Tidak - Sik, Sik Eh, 3. Tidak Mahu - Sik Maok, 
Kata Bantu1. Akan - Akan / Nak 2. Belum - Belom 3. Harus  - Mesti, Kenak Juak, 4. Hendak / mahu - maok,  mok 5. Masih - Maseh 6. Pernah - Pernah 7. Sedang - Agik, Gik, 8. Sudah / Telah - udah, dah 
Kata Perintah 1. Harap - Harap, Arap 2. Jangan - Jangan, Sikboh, Iboh, Boh, 3. Minta - Mintak 4. Sila / Jemput - Silalah, Jemputlah. 5. Tolong- Tolong
Untuk perbuatan jemput dan sila. Orang Sarawak selalu menggunakan perkataan Lah setiap ayat jemputan untuk nampak lebih sopan dan proper. 
Contoh. Jemputlah makan. Makanlah. Duduklah. Minumlah. 
Kata Seru1. Aduh - Adek eh/ Adoi 2. Aduhai - Adoh heh 3. Amboi - Yo Ra Bi,  Yee4. Cis - Cis, Ceh 5. Eh - Eh, Aih, Aie 6. Nah - Nah 7. Wah - Yo Ra Bi, Yoh, 
Kata Penegas 1. Juga - Juak 2. Kah - Kah 3. Lagi - Lagik, Agik, Gik 4. Lah - Lah 5. Pun - Pun 6. Sahaja / Saja - Ajak - Jak 
Juak-Sama Kedak Muka Kau Juak - Macam Muka Kau jugaKata Penguat Kata Penguat Hadapan/Depan 1. Paling - Paling 2. Sungguh - Nang 
Kata Penguat Belakang1. Sangat- Gilak, Abis, Bis2. Sungguh - Bena,3. Betul - Na, Bena, 4. Lagi - LagikKata Sendi 1. akan – akan , nak
2. antara – antara
3. bagi – bagi
4. dalam – dalam / lam
5. dari – dari,
6. daripada – daripada
7. demi – demi
8. dengan – dengan , ngan
9. di – kat , rah
10. hingga / sampai – sampei
11. ke – ke
12. kepada - kepada
13. kerana – segal, tegal, entam
14. melalui – makei
15. oleh – oleh
16. pada (menunjukkan tempat) – dekat, kat, di
17. pada (menunjukkan waktu) – pukol
18. sambil – sambil, sambel,
19. sebab – sebab / entam
20. sebelum – sebelom,
21. sejak – sejak ya
22. selepas – lepas
23. seperti / bagai – macam, kedak,
24. tentang – tentang, pasal, sal
25. terhadap – terhadap
26. untuk – untuk / pakei / kei

Kata Hubung
1. agar – kelak  Kau mesti senyum agar mereka suka dengan kau. Kau mesti senyum kelak sidak suka ngan kau. 
2. atau – atau, mun sik,
3. bahawa – yang
4. dan – dengan , ngan
5. sekiranya / kalau / jika – mun
6. semasa – masa
7. sementara – sementara, sambel,
8. serta – serta, ngan
9. seterusnya – seterusnya, lepas ya,
10. tetapi – tapi
11. walaupun - walau
12. yang – yang / nak / nok / nyehSaya nak beli yang ini.  Kamek mokm beli yang tok, nak tok, nok tok. 
KATA NAMA AMKata Nama Am MANUSIA
1. Bapak – bapak, pak
2. Budak – nembiak, biak
3. Budak Kecil – nembiak, biak kecik.
4. Emak – emak / mak
5. Guru – cekgu
6. Isteri – bini
7. Suami - Laki
8. Kekasih – gerek
9. Lelaki – orang laki / miak laki / laki
10. Perempuan – orang empuan / rempuan / ompuan

Kata Nama Am HAIWAN
1. Anjing – asuk
2. Ayam – manok
3. Burung Helang – burung lang
4. Ikan bilis – pusuk
5. Ketam Angin – ramak
6. Kucing - pusak
7. Kura kura – kurak
8. Monyet – kerak
9. wak wak – wak wak, keruakSelain daripada itu mungkin sama. Seperti semut, kuman, lipas(lepeh), ikan pari(parek), buaya(boyak), dan lain-lain. Akan ada tambahan di ruang comment.


Kata Nama Am TUMBUHAN
1. Cili – cabik
2. Tembikai – semangka
3. Ubi – kribang4. Labu - Labuk

Kata Nama Am BENDA
1. Cawan – cangkir, cangkey
2. Gelas – gelas / cangkir
3. Pintu – pintu / lang
4. Seluar – seloa / loa
5. Seluar pendek – seloa pendek , loa pendek, seloa pontong, loa pontong
6. Serambi – jungka
7. Tingkap – penjan

Kata Nama Am TEMPAT
1. Bilik – bilit
2. Bilik mandi – bilit mandik, bilit aek,
3. Hospital – sepetar, hospitel,
4. Kedai – kedei
5. Pantai – pantei
6. Pasar – pasa7. Sungai - Sungei 8. Gunung - Gunong9. Kampung - Kampong 
KATA ADJEKTIF
Kata Adjektif  SIFAT
1. Baik – bait
2. Baru – baru
3. Berani – berani, bani
4. Bodoh – bodo / paloi
5. Cerdik – cerdit
6. Degil – entingal, degel,
7. Gatal / miang – rengat,lanjiGatal atau miang untuk bahasa Sarawak Rengat dan Lanji disini rujuk kepada perasaan atau perbuatan seseorang yang gatal atau lanji nak nikah awal. Manakala gatal atau miang selepas kena gigit nyamuk (itchy), orang sarawak mengguna perkataan gatal dan miang juga. 
8. Gedik – ngegeh9. Gambong -- Mengada-ngada
10. Gila – gila, sewel
11. Jahat - jaik
12. Kemas – kemas, beresi
13. Kuat menangis – congek
14. Kukuh – kukuh, tegoh
15. Lemah – lemah, lembek
16. Manja – manjak / langgok
17. Nakal – mancal, mancai, berolah,
18. Pandai – pandei
19. Penipu – pembulak
20. Penyibuk – gago, poret,kamboh
21. Pintar – penta22. Clumsy - Kamboh

Kata Adjektif  WARNA
1. hitam – itam
2. kuning – kuning
3. merah jambu – pink / kalas
4. oren / jingga – oren
5. ungu – unggu / purple / engkodok

Kata Adjektif  UKURAN
1. Pendek – pendek / kontot
2. Panjang – panjang
3. Tebal – tebal
4. Nipis – nipis
5. Dalam – dalam
6. Besar – besa

Kata Adjektif  BENTUK
1. bujur – bujo
2. bulat – bulat
3. lurus – lurus

Kata Adjektif  WAKTU
1. Awal – awal
2. Dahulu / lalu  - dolok
3. Lama – lamak
4. Lambat – lambat
5. Lewat / suntuk – sontok
6. Segera – kinek
7. Silam / dahulu kala – lamak marek / mensiya

Kata Adjektif  JARAK
1. Dekat – dekat
2. Hampir – hampir, hampei
3. Jauh – jaoh


Kata Adjektif  CARA
1. Lambat – lambat
2. Laju – laju
3. Cepat - laju
4. Lincah – cakah

Kata Adjektif  PANCAINDERA
1. RASA
a) Manis – manis
b) Masam – masam
c) Masin – masin
d) Pahit – pait
e) Pedas – pedas
f) Sedap / lazat – nyaman

2. PANDANG
a) Cantik / jelita / kacak / tampan / sedap mata memandang – kacak
b) Hodoh / Buruk – Jaik, Sik Kacak, Burok


3. DENGAR
a) Bising – bisin
b) Nyaring - nyerin
c) Senyap – senyap / diam
d) Sunyi – sunyik

4. BAUa) busuk – bau
b) wangi / harum – wangi
c) hangit – hangit, angit

5. SENTUH
a) halus – halus / alus
b) kasar – kasa
c) kesat – kesat
d) lembab – lembab, licak
e) licin - licin
f) tajam - tajam

Kata Adjektif  PERASAAN
1. benci – bencik, sak ati,
2. berahi / rindu – beraie
3. bingung – bingong
4. bosan – boring
5. cinta – cinta, suka
6. gembira – indok, rindok, asak ati, suk ati, suk,
7. jemu - lejuk
8. kasihan / kesian – tedah
9. malu – malu, keder
10. marah – marah / manas
11. rindu – rindu / beraie
12. sayang – sayang
13. sedih – sedih, piluk ati
14. senang – senang
15. seram – seram / ngutik
16. serik – jerak
17. suka – suka
18. takut – takut

Ngolok - Mengampu Kata Kerja
1. berborak – beloya
2. bercakap – kelaka / kaka
3. bergaduh – begadoh, kelayi, kelae
4. bergurau – beguro
5. berjalan – bejalan
6. berjalan lalu lalang – kuang kuit
7. berjalan (makan angin) – kayo kayo
8. berlagak – lawa, sombong
9. berlari - berekot
10. bermalam – berambeh
11. berselerak – beselerak / mengarei
12. bersiar siar / jalan jalan – raon, kayo-kayo
13. bersin – kasik
14. bertumbuk – bebukut, bertumbok
15. diejek - diolokNgolok juga mebawa masuk mengipas bos. Ngolok boleh disama ertikan ke kaki kipas atau pengampu.16. dilihat / ditonton – didiat
17. dimarahi – dianok
18. dipaksa – dipaksa
19. dipukul – dipaluk
20. ditipu – dibulak
21. ditumbuk – dibukut, ditumbok
22. melawan – melan / ngelanMelan atau Pelan juga mebawa maksud terlalu manjakan anak. Sebagai contoh Tipah terlalu pelan kan anak walaupun dia tahu anaknya berperangai jahat. 23. melihat / menonton -  diat, tangga
24. memaksa – maksa
25. memarahi – nganok
26. memasak – masak
27. memberitahu / bagitahu – madah, padah,28. membuang – buang
29. memukul – maluk
30. menangis – nangis
31. menanti / menunggu – nantik / nunggu
32. menari - bejoget
33. mencuci (untuk pakaian) – nesah, nyesah, nyuci,
34. mencuci / membasuh – basok, nyuci,
35. mengejek – morah
36. menipu – bulak
37. menjerit – kaong, neriak, nerais,
38. menjerit jerit (melolong) – kiak kaong , terkiak kaong
39. menunjuk nunjuk – ngeso
40. terpaksa – tepaksa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.amerjaya.com/2018/08/jom-belajar-bahasa-melayu-sarawak-cepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Marah Anak Mudah Nak Jadi Tenang Susah Follow Tip Ini Boleh Cepat Redakan Kemarahan

Marah Anak Mudah Nak Jadi Tenang Susah Follow Tip Ini Boleh Cepat Redakan Kemarahan

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 510 hits
Sebenarnya kita memang di beri pilihan untuk menjadi ibu bapa yang bagaimana Semuanya bergantung kepada kita mahu pilih jalan A atau jalan B Kerana ketahuilah hidup ini tidak selalunya indah langit tidak selalu cerah Itu semua kita tidak bo...
Martabat Bahasa Melayu Bn Pas Dan Ph Sama Sahaja Sikapnya

Martabat Bahasa Melayu Bn Pas Dan Ph Sama Sahaja Sikapnya

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 330 hits
Oleh Soal penggunaan bahasa Melayu di tempat awam sama ada penamaan atau pemasangan papan tanda iklan ketiga tiga pihak sama ada PH BN dan PAS ada isu dalam soal ini tinggal lagi kecil atau besar saja Bersepah penggunaan nama bahasa Inggeri...
4 Petua Mudah Dan Jimat Untuk Hilangkan Angin Dalam Badan Dengan Cepat

4 Petua Mudah Dan Jimat Untuk Hilangkan Angin Dalam Badan Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 412 hits
Individu yang mengalami masalah angin dalam badan pasti akan merasa tidak selesa terutamanya pada bahagian perut Perut terasa kembung kerana ketika mengalaminya angin dalam badan tidak dapar dikeluarkan melalui sendawa atau kentut Ia adalah...
Pindaan Perlembagaan Perkara Penting Yang Orang Melayu Wajib Tahu Dan Sedar

Pindaan Perlembagaan Perkara Penting Yang Orang Melayu Wajib Tahu Dan Sedar

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 713 hits
Oleh Shamrahayu A AzizKetika hangat membicarakan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum sebelum ini ada yang mengatakan mungkin berlaku pindaan Perlembagaan Persekutuan Ada pula jawapan bahawa pinda...
Nak Perut Kempis Buat 7 Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi Mudah Cepat

Nak Perut Kempis Buat 7 Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi Mudah Cepat

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 584 hits
Nak Perut Kempis Buat 7 Cara Kempiskan Perut Secara Semulajadi Mudah Cepat Selepas mandi cuba lihat diri sendiri di depan cermin Suka atau tidak Lebih lebih lagi jika perut buncit selepas bersalin tentu hilang keyakinan diri bila lihat diri...
Rupanya Makan Pisang Badan Lebih Cepat Kurus Jom Cuba

Rupanya Makan Pisang Badan Lebih Cepat Kurus Jom Cuba

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 553 hits
Rupanya Makan Pisang Badan Lebih Cepat Kurus Makan pisang setiap pagi boleh menghilangkan berat sehingga 5kg dalam masa seminggu dan lagi menarik diet cara ini tidak memerlukan sebarang usaha keras untuk hasil yang sihat dalam tabiat pemaka...
Sama Rindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2018 Di Waterfront Kuching Sarawak

Sama Rindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2018 Di Waterfront Kuching Sarawak

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 357 hits
SAMA RINDOK PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN MELAYU SARAWAK 2018 DI WATERFRONT KUCHING SARAWAKSama Rindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2018 merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Yayasan Budaya Melayu Sarawak telah berlangsung pad...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids