Cara Mudah Dan Lebih Sistematik Untuk Jual Produk Fizikal Secara Online


Sebagai seorang peniaga online yang menggunakan medium Facebook sebagai platform untuk iklankan barang yang dijual, pernah tak anda rasa seperti cara dan sistem bisnes yang digunapakai sekarang ini tak berapa kemas dan menyukarkan bakal pelanggan untuk beli barang-barang yang anda jual.
 
Mungkin situasi ini turut berlaku kepada anda.

Anda menjual barangan seperti busana wanita dan juga tudung. Seperti yang kita semua sedia maklum, produk seperti ini mempunyai pelbagai variasi dan juga warna. Bukan itu sahaja, malahan saiz yang ada juga pelbagai.
 
Daripada apa yang saya dapat perhatikan, menjual produk seperti ini sebenarnya agak leceh.
 
Bakal pelanggan anda, pasti akan tanya soalan-soalan remeh seperti
(1) Saiz M ada tak untuk baju yang warna merah?
(2) Kalau harga termasuk pos berapa ringgit?
(3) PM harga
(4) Stok ada lagi tak?
(5) Ada diskaun tak kalau beli lebih?
 
Mungkin ramai usahawan atau peniaga online, yang memilih untuk menggunakan platform facebook untuk buat jualan, sebab ianya mudah untuk digunakan.

Bukan itu sahaja, malahan penggunaan facebook itu juga adalah percuma.
 
Walaubagaimanapun, saya berpandangan, jika anda ingin jalankan bisnes online untuk tempoh masa yang panjang, sebaik-baiknya anda pilih satu platform yang betul-betul sesuai untuk bisnes yang anda jalankan.
 
Istilah sesuai itu mungkin agak subjektif bagi sesetengah orang. Sesuai bagi saya, tak bermakna sesuai bagi anda. Kalau difikirkan semula, sebenarnya bukan semua bisnes ni sesuai untuk dijalankan seratus peratus menggunakan facebook.
 
Terutama sekali untuk bisnes produk fizikal yang mempunyai pelbagai jenis, pelbagai warna, dan pelbagai rekaan. Pada peringkat permulaan, mungkin anda rasakan jual sahaja guna FB memang sangat mudah dan murah. Lagipun, anda tak perlu bayar apa-apa untuk gunakan platform ini.
 
Namun, bila dah sampai satu tahap, bila kita dah lama berniaga, gambar-gambar produk yang kita upload dekat album gambar kita pun dah mula mencecah belasan ribu gambar, masa tu barulah anda akan tahu betapa susahnya nak terus niaga di FB.
 
Bukan kita sahaja yang akan terasa susah, prospek kita pun akan rasa susah juga, sebabnya mereka juga tak tahu sama ada produk yang mereka minat nak beli tu, masih ada stok ataupun tidak. Kalau ada berbelas ribu gambar, tak kan dia nak tanya setiap satu, sama ada stok produk tu masih ada atau tidak.
 
Bagaimana pula dengan produk yang anda dah jual sejak dari tahun 2011 lagi. Gambarnya masih ada dalam folder atau album “for sale” tapi produknya dah tak ada. Perkara ini sedikit sebanyak pasti akan buatkan bakal pelanggan anda rasa hilang mood nak terus shopping dengan anda.
 
Cadangan penyelesaian: Gunakan laman web berkonsepkan e-commerce
Macam mana contoh laman web ecommerce ni?
 
Laman web berkonsepkan ecommerce ini adalah seperti laman web Shopee ataupun laman web Lazada. Saya berikan dua contoh ini, sebabnya dua laman web ini adalah laman web ecommerce yang memang terkenal di Malaysia.

Untuk bina laman web ecommerce seperti ini, anda memerlukan serba sedikit kemahiran dari segi teknikal.
 
Setelah laman web siap dibina, anda masih lagi perlu membuat kerja-kerja pemasaran, bagi memastikan ada pelawat yang masuk ke laman web anda lalu membuat pembelian.
 
Memandangkan sekarang ini, laman web Shopee membuka peluang kepada para peniaga online untuk menggunakan platform yang mereka bangunkan secara percuma, saya berpendapat ini adalah peluang yang sangat baik dan anda patut ambil peluang ini.
 
Laman web berkonsepkan ecommerce seperti ini memang ada banyak kelebihannya. Anda boleh masukkan seberapa banyak barangan yang anda jual di laman web tersebut.
 
Pada masa yang sama, terdapat juga fungsi dimana anda boleh set, berapa banyak stok yang masih tinggal, saiz apa yang ada, berapa harga apabila termasuk dengan kos penghantaran.
 
Katakanlah, untuk satu design baju, anda set kepada 10 unit sahaja. Jika pelanggan yang buat tempahan di Shopee, beli 10 unit sekaligus, secara automatik, barang tersebut akan hilang dari listing shopee. Dengan ini, barangan yang dah lama anda jual, yang dah habis stok, secara automatik akan dikemaskinikan bagi pihak anda, tanpa perlu anda semak stok satu per satu.
 
Bakal pelanggan boleh cuba buat tempahan, dan kalau dirasakan setuju dengan produk yang dipilih boleh terus buat pembayaran. Pelanggan ini nanti, tak perlu susah payah nak selalu hubungi anda, sama ada melalui whatsapp, PM di FB dan sebagainya.
 
Kalau dia minat, dia boleh terus bayar.
 
Seterusnya pihak Shopee akan maklumkan kepada anda, yang ada pelanggan telah buat bayaran untuk membeli produk anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah uruskan tempahan tersebut.
 
Setelah pembeli dapat barang yang dia nak, dan dia puas hati, pihak shopee akan transfer duit yang pelanggan tu tadi bayar kepada anda.

Dalam panduan bisnes Shopee ini, anda akan ketahui macam mana dengan hanya berbisnes di Shopee, kita boleh dapat pendapatan sehingga ribuan ringgit setiap bulan.
 
Bila kita gunakan sistem macam laman web ecommerce ini, kita akan dapat mudahkan pelanggan kita untuk buat pilihan dan juga untuk buat tempahan. Kita mudahkan urusan orang lain, In Shaa Allah urusan kita juga akan dipermudahkan.
 
Sekarang ini, anda hanya perlu update stok di satu tempat sahaja. Iaitu di Shopee. Iklan di FB tu boleh jalankan macam biasa, cuma bila nak buat tempahan tu, kita minta pelanggan buat bayaran di shopee. Dekat situ, pelanggan ni tadi boleh semak, apa design yang masih ada, berapa harga, dan warna apa yang masih dalam stok.
 
 
The post Cara mudah dan lebih sistematik untuk jual produk fizikal secara online appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/cara-mudah-jual-produk-fizikal-online/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Kurma Boleh Bantu Bukaan Servik Lebih Besar Mudah Untuk Bersalin Doktor Kongsi Cara Betul Makan Kurma

Makan Kurma Boleh Bantu Bukaan Servik Lebih Besar Mudah Untuk Bersalin Doktor Kongsi Cara Betul Makan Kurma

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 696 hits
Makanan sunah seperti kurma sangat digalakkan untuk diamalkan oleh ibu hamil termasuklah ketika dalam proses bersalin Dr Zubaidi Hj Ahmad Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor doktor Islam Malaysia berkongsi fakta berkenaan kenyataan in...
Cara Ujian Mudah Mengetahui Kadar Stres

Cara Ujian Mudah Mengetahui Kadar Stres

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 300 hits
Setiap orang tidak terkecuali mengalami tekanan perasaan atau stres Bezanya kadar stres itu berbeza beza pada setiap orang atau pada masa yang berbeza Terdapat cara mudah untuk mengukur kadar stres yang dialami pada satu satu ketika Cuba pe...
3 Cara Mudah Atasi Masalah Rambut Berbau Bila Bertudung

3 Cara Mudah Atasi Masalah Rambut Berbau Bila Bertudung

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 795 hits
SIAPA YANG NAK PUNYA RAMBUT BERBAU LEBIH LAGI KITA YANG BERTUDUNG NIE MENYEDUT BAUNYA BILA CABUT TUDUNG RASA NAK PITAM Jadi sebab itulah kita yang bertudung nie perlu menitik beratkan soal kebersihan dan penjagaan rambut dengan sebaik mungk...
Cara Mudah Naikkan Bilangan Followers Di Instagram

Cara Mudah Naikkan Bilangan Followers Di Instagram

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 677 hits
Cara Tingkatkan Followers IG Bisnes Online Instagram atau lebih ringkas disebut IG bukan sesuatu yang asing Bermula sebagai platform seumpama platform perkongsian gambar dan video kini instagram adalah medium paling dekat antara peniaga dan...
Cara Saya Atasi Masalah Kejang Betis Mudah Tapi Sangat Berkesan

Cara Saya Atasi Masalah Kejang Betis Mudah Tapi Sangat Berkesan

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 423 hits
Fuhh kalau diingatkan balik memang menakutkan dan seksa sangat sangat bila kena kejang betis masa mengandung dulu Alhamdulillah masa mengandung anak ke 3 saya dah takde masalah kejang betis dah Tidur malam pun lena je
Magisnya Kuasa Doa Tukar Cara Kita Berdoa Ikut 6 Formula Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik

Magisnya Kuasa Doa Tukar Cara Kita Berdoa Ikut 6 Formula Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 555 hits
Tidak dinafikan kuasa berdoa amatlah hebat Magisnya mampu memperkenankan setiap permintaan dan harapan seorang hamba kepada penciptaNya Dalam pada kita berdoa dengan bersungguh sungguh dengan hati yang bersih sebenarnya cara kita berdoa jug...
Resepi Ayam Panggang Mudah Dan Sedap Masak Cara Fiza

Resepi Ayam Panggang Mudah Dan Sedap Masak Cara Fiza

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 1094 hits
Bab masak ni kalau boleh Fiza suka menu yang mudah dan sedap Kalau menu leceh leceh ni buat lagi kurang rajin nak memasak Lagi lagi kalau hari hari nak fikir nak masak lauk apa Selain menu simple suka juga menu yang tidak menggunakan minyak...
Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera Dengan Mudah

Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 425 hits
Cara Buka Akaun Amanah Hartanah Bumiputera Dengan Mudah mungkin ada juga yang tak tahu langsung apa itu AHB Pernah The post appeared first on
Ikut 5 Cara Mudah Ini Untuk Naik Pangkat Dan Gaji Pada Tahun Depan

Ikut 5 Cara Mudah Ini Untuk Naik Pangkat Dan Gaji Pada Tahun Depan

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 370 hits
Sesiapa saja yang bekerja pastinya teruja bila dinaikkan pangkat Perasan terus menjadi lebih gembira dan bersemangat bila dapat berita baik seperti ini Yelah naik pangkat kot Gaji pun naik Biasanya kita dengar sekiranya nak naik pangkat kit...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef