Produk Hilangkan Bau Badan Dengan Cepat Wajib Cuba
Setiap kali teringat zaman persekolahan, saya mesti terkenang kembali peristiwa pergi ke shopping mall semata-mata untuk mencari garam bukit bagi mengatasi masalah badan berbau saya terutama di bahagian ketiak.
Sudahlah susah untuk dapatkan produk tersebut pada masa itu, tapi bila dah dapat susah pula nak guna rupanya. Nasib baik sekarang saya dah jumpa satu produk wajib cuba bagi mereka yang ingin hilangkan masalah badan berbau dengan cepat. Produk apa tu? Tentulah >> CELEBRITYLASS!
Nasib baik pada zaman dulu saya dibesarkan di kampung, jadi masalah badan berbau tak berapa saya perasan sebab saya sendiri lambat matang dan budak-budak kampung memang selalu bermandi dengan peluh.
Sekejap panjat pokok, sekejap main galah panjang dan kemudian main sorok-sorok pula. Tapi apabila meningkat dewasa dan mula perasan yang badan saya agak kuat berbau, perkara ini menjadi masalah utama buat saya
Keluarga Tegur Bau Badan
Saya mula perasan bahawa saya ada masalah badan berbau apabila ahli keluarga sering menegur saya berbau busuk terutama pada bahagian ketiak sebelah kanan. Saya sendiri hairan kerana saya telah mandi dan tidak keluar melakukan aktiviti lasak atau fizikal tetapi badan masih berbau busuk walaupun hanya berada di dalam rumah.
Tapi pada masa itu, saya masih tak ambil pusing dan anggap perkara tersebut biasa kerana saya fikir metabolisme badan saya masih tinggi, jadi tentu masalah ini biasa terjadi pada mereka seangkatan usia saya
Namun apabila saya ke sekolah dan dapati kawan-kawan tidak mengalami masalah badan berbau seperti saya, saya mula fikir ini adalah masalah besar bagi saya. Maka bermulalah episod hidup saya menjadi 'deodorant hunter'.
Cuma masalahnya bagi kebanyakan deodoran yang saya pakai adalah; pada penggunaan awal masalah badan dan ketiak berbau saya akan hilang namun ia hanya untuk jangka masa sementara. Selepas seminggu atau beberapa hari ia akan mula berbau kembali
Kemudian ada sahabat yang cadangkan saya mencuba garam bukit beku yang berupaya menghilangkan bau jika diamalkan secara konsisten. Dan benar dalam banyak-banyak produk yang saya cuba, garam bukit berupaya menghilangkan bau ketiak saya.
Namun masalah utama garam bukit adalah ia dalam bentuk batu keras yang perlu dibasahkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan. Jadi setiap kali hendak gunakan garam bukit saya perlu basahkannya terlebih dahulu. Kadang-kadang ia juga menyakitkan kerana batunya yang kasar dan keras melukakan permukaan badan saya jika tidak benar-benar basah.
Masalah di Tempat Kerja
Apabila mula bekerja, gaya hidup saya menjadi semakin aktif dan masalah perpeluhan saya makin bertambah. Kalau dulu saya cuma berhadapan dengan keluarga dan kawan di sekolah namun kini saya perlu berhadapan dengan rakan sekerja dan orang ramai.
Pelbagai produk telah saya cuba namun tidak berkesan, penggunaan garam bukit juga telah saya hentikan kerana cara penggunaannya yang tidak efisien meskipun berkesan menghilangkan bau. Agak leceh dan menyakitkan, jadi saya lebih suka amalkan penggunaan deodoran sahaja. Saya juga pernah amalkan petua orang lama dengan mandi menggunakan mandian limau nipis dengan harapan badan tidak lagi berbau tetapi hampa..
Saya lebih senang mengasingkan diri daripada rakan-rakan di tempat kerja bagi mengelakkan mereka tidak selesa jika terhidu bau badan saya. Jika bertemu pelanggan pula, saya akan duduk agak jauh daripada pelanggan dan lebih selesa jika berjumpa di ruang terbuka daripada dalam ruangan tertutup.
Perkara ini menyebabkan saya rasa agak tersisih dan hubungan dengan rakan sekerja tidak berapa mesra. Saya perlu lakukan sesuatu mengenai masalah ini sebelum ia jadi semakin melarat
Rupa-rupanya Ketulan Kalenjar di Bawah Ketiak..
Setelah berkahwin dan mengandung, baru saya tahu rupa-rupanya saya mempunyai ketulan kalenjar di bawah ketiak bahagian kanan. Jika sebelum ini, ketulan tersebut tidak begitu ketara dan saya langsung tidak perasan tentang kewujudan bengkak kalenjar ini namun semasa mengandung ia menjadi semakin besar dan jelas ketara.
Kata doktor, ia menyimpan susu untuk bayi dalam kandungan saya jadi itulah sebabnya mengapa ia semakin membesar semasa mengandung, namun ketulan ini tidak merbahaya. Sejak itulah baru saya tahu mengapa saya mempunyai masalah badan berbau sejak dahulu lagi terutama di bahagian ketiak sebelah kanan
Cuba CelebrityLass Terus Jadi Agen
Saya mula mencari jalan penyelesaian di Google berkaitan masalah bau badan dan saya rasa Allah juga membantu saya kerana memudahkan usaha saya pada akhirnya. Kebetulan saya terbaca tentang keberkesanan CelebrityLass dalam menangani masalah badan berbau di internet, jadi saya mula menyimpan hasrat untuk mencubanya walaupun keyakinan pada produk ini hanyalah 50-50.
Kebetulan pula rakan saya semasa di sekolah rendah menjadi pengedar bagi produk CelebrityLass, terus saya buat belian botol terbesar iaitu 50ml daripada sahabat tersebut.
Apabila difikirkan balik, hairan juga mengapa saya membeli packaging botol yang paling besar sedangkan terdapat packaging paling kecil iaitu 10ml, bagaimana jika produk ini tidak berkesan dengan saya sedangkan saya telah membeli botol terbesar? Namun ternyata pelaburan saya tidak sia-sia. CelebrityLass berkesan menghilangkan bau badan saya!
Sekali penggunaan dan pada hari pertama sahaja terus bau badan saya hilang. Botol besar 50ml ini juga tahan selama 5 bulan. Jadi sebulan sebanyak 10ml sahaja penggunaannya dengan pemakaian sekali sehari. Ia juga boleh digunakan pada bahagian badan yang kuat mengeluarkan bau seperti di bahagian kaki atau celah pelipat.
Saya sangat gembira dengan CelebrityLass dan ini merupakan produk yang paling berkesan menghilangkan bau badan saya serta paling efisien digunakan. Itulah sebabnya mengapa setelah tiga kali membuat pembelian semula CelebrityLass, saya nekad untuk menjadi agen jualan pula.
Mengapa tidak, saya sendiri menggunakan celebrityLass dan berpuas hati dengan hasilnya jadi saya ingin membantu sahabat handai yang mempunyai masalah badan berbau untuk mencuba sendiri pula CelebrityLass.
Bagaimana Ingin Mendapatkannya?
Kini packaging 50ml dan 10ml CelebrityLass tiada lagi dalam pasaran dan telah dihentikan penghasilannya, hanya packaging 20ml sahaja yang dikeluarkan. Jadi jika anda berminat untuk mencuba produk CelebrityLass, anda boleh dapatkannya pada harga seperti di bawah dengan menekan link yang diberi berikut :
http://celebritylass.wasap.my/
Harga sebotol (20 ml) : RM33 (SM) / RM39 (SS)Kos penghantaran : RM7 (SM) / RM15 (SS)
Hanya serendah RM40 untuk mendapatkan badan bebas bau dan keyakinan berpanjangan sepanjang hari. COD hanya di sekitar Giant Kuala Terengganu sahaja. Untuk lebih pertanyaan dan maklumat lanjut, jangan lupa klik link di atas. Saya tampil lebih yakin dengan CelebrityLass, anda bagaimana pula
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nurzariniismail.com/2019/06/produk-hilangkan-bau-badan-dengan-cepat-wajib-cuba.html