13 Rukun Solat Yang Wajib Diketahui



Apakah rukun solat yang wajib diketahui?
Panduan ini akan menunjukkan kepada anda mengenai rukun solat, perkara yang membatalkan solat, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
Anda WAJIB tahu kerana:
— Jika anda tertinggal salah satu rukun solat, maka solat anda tidak sah.
Oleh itu, mari kita teliti satu persatu perkara-perkara tersebut.

Panduan ini mengandungi perkara berikut: Rukun solat Perkara yang membatalkan solat Perkara yang membolehkan solat dihentikan Perkara makruh dalam solat Perkara harus dalam solat Rukun Solat Yang Wajib Diketahui Apabila kamu bangun untuk solat, sempurnakanlah wuduk, kemudian hadaplah ke kiblat lalu bertakbir. Kemudian bacalah apa yang mudah daripada al-Quran. Kemudian rukuklah sehingga kamu rukuk dengan tamakninah. Kemudian bangunlah sehingga kamu berdiri tegak. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dengan tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dalam tamakninah. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dalam tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dengan tamakninah 
— Riwayat Bukhari
Sekurang-kurangnya terdapat 13 perkara yang menjadi rukun solat.
Rukun solat mesti diketahui dan dilaksanakan dalam solat.
Solat tidak sah apabila tertinggal mana-mana satu rukun.
 
1. Niat Niat ialah lintasan atau ingatan di dalam hati mahu mengerjakan solat itu.
Tidak dikatakan berniat apabila hanya lidah yang melafazkan, tetapi tidak diikuti dengan mengingat di dalam hati.
Niat solat dihadirkan di dalam hati ketika mengangkat takbiratul ihram.
Sekurang-kurangnya niat itu merangkumi tiga perkara:
Qasad (ﻗﺼﺪ) iaitu solat semata-mata. Ta’arudh (ﺗﻌﺮﺽ) iaitu jenis fardhu Ta’yin (ﺗﻌﻴﻴﻦ) iaitu menentukan waktu solat yang hendak didirikan sama ada Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak. Contohnya apabila seseorang hendak mendirikan solat Zuhur, memadai dia berniat “Sahaja aku solat fardu Zuhur” 2. Berdiri Betul Maksud berdiri dengan betul adalah berdiri tegak lurus iaitu tulang belakang tegak dengan dada menghadap kiblat.
Sunat menundukkan sedikit kepala dan memandang ke tempat sujud.
Untuk yang tidak mampu berdiri dengan betul kerana cacat, bongkok atau sakit, boleh menunaikan solat mengikut cara yang termampu oleh mereka.
Solatlah dengan berdiri, sekiranya tidak mampu maka dengan duduk, sekiranya tidak mampu, maka dengan berbaring 
— Riwayat Bukhari, Ahmad, Ibnu Majah dan Abu Dawud
3. Takbiratul Ihram Takbiratul ihram adalah melafaz “Allahuakbar” untuk memulakan solat dengan suara yang dapat didengar sekurang-kurangnya oleh diri sendiri.
Lafaz ini tidak boleh ditukar dengan lafaz lain atau dilafazkan dalam bahasa lain selain bahasa arab.
Lafaz ini juga perlu dibuat dalam satu nafas sambil memasang niat.
Anak kunci solat ialah berwuduk, yang mengharamkan perlakuan yang dihalalkan sebelum solat ialah takbir dan yang menghalalkannya ialah salam.
— Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Abu Dawud
4. Membaca Surah al-Fatihah Surah al-Fatihah wajib dibaca ketika berdiri pada setiap rakaat solat dengan tajwid yang betul.
Tidak (sah) solat bagi seseorang yang tidak membaca Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah).
— Riwayat Bukhari
5. Rukuk Rukuk ialah membongkokkan badan dan kepala ke hadapan sehingga sama rata dengan punggung.
Kedua-dua telapak tangan dilekapkan pada kedua-dua kepala lutut.
Sunat berdoa atau bertasbih sewaktu rukuk.
Sekiranya tidak tahu berdoa atau bertasbih, cukup diam seketika sekadar masa membaca sekali “Subhanallah”.
Berada dalam keadaan tersebut dinamakan tamakninah.
Maksud Tamakninah Tamakninah dalam bahasa mudah bawa maksud BERTENANG.
Ibarat memandu kenderaan, waktu di simpang hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula.
Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah
6. Iktidal Iktidal ialah berdiri tegak selepas rukuk.
Perlu ada tamakninah dalam keadaan berdiri tegak sebelum beralih ke rukun solat seterusnya.
Kadar tamakninah sama seperti rukuk, iaitu kadar sekali nafas atau kadar menyebut “subhanallah”.
Allah tidak akan memerhatikan solat seorang hamba yang tidak menegakkan punggungnya di antara rukuk dan sujudnya
— Riwayat Ahmad
7. Sujud dua kali Sujud ialah merendah dan tunduk.
Sujud yang minimum adalah meletakkan dahi yang terdedah ke tempat solat.
Tapak tangan dilekapkan rata pada tempat sujud bersetentang dengan bahu.
Sujud dilakukan dua kali untuk setiap rakaat.
Sujud yang sempurna adalah dengan meletakkan semua tujuh  anggota sujud di atas lantai.
Anggota sujud adalah:
Dahi Kedua-dua tapak tangan Kedua-dua lutut Kedua-dua kaki Sunat meletakkan hidung ketika sujud.
Sujud wajib dilakukan dengan tamakninah.
8. Duduk antara dua sujud Duduk antara dua sujud ialah duduk sebentar selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud yang kedua dalam setiap rakaat.
Sujud ini juga perlu dilakukan dengan tamakninah.
Duduk ini juga dilakukan secara iftirasy iaitu membaringkan tapak kaki kiri dan duduk diatasnya sementara tapak kaki kanan ditegakkan dengan anak-anak jari dihadapkan ke kiblat.
Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas kedua-dua paha dengan hujung jari berada hampir dengan pangkal lutut.
9. Duduk tahiyat akhir Duduk tahiyat akhir ialah duduk ketika membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam.
Duduk ini dilakukan secara tawarruk dan kedua-dua tangan diletakkan di atas paha.
10. Membaca tahiyat akhir Tahiyat akhir dibaca ketika duduk tahiyat akhir.
Tahiyat atau ucapan penghormatan ini merangkumi dua sebutan iaitu:
Ungkapan memuji Allah SWT yang bermula daripada:

Dan salam:

Diakhiri dengan lafaz syahadah:

11. Membaca selawat ke atas Rasulullah SAW Bacaan selawat ke atas Rasulullah SAW yang menjadi rukun solat adalah semasa duduk tahiyat akhir iaitu selepas melafazkan dua kalimah syahadah:

Rasulullah SAW juga berselawat atas dirinya semasa Baginda mendirikan solat.
12. Memberi salam Memberi salam adalah penutup solat.
Sekurang-kurangnya dengan lafaz “Assalamualaikum”
13. Tertib Setiap rukun solat wajib dilaksanakan dengan tertib iaitu mengikut turutan.
Hal ini terkecuali untuk rukun yang dilakukan serentak seperti  takbiratul ihram bersama niat, berdiri tegak bersama membaca al-Fatihah dan duduk tahiyat akhir semasa membaca tahiyat, tasyahud dan selawat.
 
Perkara Yang Membatalkan Solat 1. Meninggalkan rukun Meninggalkan salah satu rukun solat secara sengaja, solat akan terbatal.
Sekiranya terlupa, tidak terbatal solat.
Tetapi perlu ditambah rukun yang terkurang itu apabila ingat kembali.
Contohnya seorang yang terlupa membaca tahiyat semasa duduk tahiyat akhir, sebaliknya membaca al-Fatihah.
Apabila menyedari kesilapannya, dia perlu terus membaca tahiyat.
2. Berkata-kata Berkata-kata dengan sengaja dalam bahasa manusia selain zikir, doa atau kalimah daripada al-Quran walaupun dengan satu huruf yang difahami dan untuk kepentingan solat.
Contohnya seperti berkata kepada imam yang tersalah bilangan rakaat, “jangan berdiri” atau “duduk”
3.Berhadas Berhadas atau didatangi hadas sama ada hadas kecil atau hadas besar ketika sedang solat.
Contohnya terkentut atau terkeluar air kencing walaupun sedikit.
4. Makan atau minum Menelan sisa makanan yang ada di celah-celah gigi akan membatalkan solat.
Sekiranya berasa ada sisa makanan di dalam mulut, perlu dibuang atau dikawal supaya tidak tertelan.
5. Melakukan pergerakan yang banyak Melakukan pergerakan sebanyak tiga kali berturut-turut atau lebih yang bukan perbuatan solat.
Contohnya mengangkat dan menurunkan tangan sebanyak tiga kali, menggerakkan badan keseluruhannya dan melompat dengan sekali lompat.
Kecuali dalam solat Khauf dan solat sunat semasa dalam musafir.
Apabila menggerakkan jari berulang kali kerana bertasbih atau menggaru kerana gatal atau lain-lain, tidak membatalkan solat.
6. Terkena najis Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian atau tempat solat boleh membatalkan solat.
Sekiranya najis itu dapat dibuang serta-merta, solat tidak batal.
Contohnya seperti tahi cicak yang kering terjatuh ke atas pakaian orang yang sedang solat tetapi dapat ditepis serta-merta.
7. Terbuka aurat Terbuka aurat dengan kadar yang lama sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja seperti ditiup angin atau ditarik oleh anak-anak, tetap membatalkan solat.
Apabila ditutup dengan cepat, solat tidak terbatal.
8.Berpaling dari kiblat Berpaling dada dari kiblat selain daripada solat Khauf.
Dalam solat Khauf, seseorang mungkin terpaksa memalingkan dada dari kiblat untuk mengelakkan senjata musuh atau seumpamanya dan tidak membatalkan solat.
9. Berubah niat Berubah niat kepada solat lain seperti mengubah niat solat fardu kepada solat fardu lain dengan sengaja.
10. Murtad Murtad adalah keluar daripada Islam sama ada melalui perkataan, perbuatan dan keyakinan.
11. Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja Contohnya menambah doa yang panjang ketika iktidal sehingga menjadikan iktidal lebih lama daripada berdiri tegak.
Atau duduk antara dua sujud lebih lama daripada tahiyat.
12. Mendahului imam Solat batal apabila makmum mendahului imam sebanyak dua rukun fi’li (perbuatan) dengan sengaja.
Apabila makmum mendahului imam secara tidak sengaja seperti ketika bangun dari sujud dan dia mendapati imam masih sujud, dia perlu duduk menunggu imam yang sedang sujud dalam kedudukan itu.
13. Memberi salam sebelum masanya Memberi salam sebelum selesai membaca tahiyat akhir kerana salam menunjukkan tanda berakhirnya solat.
14. Kembali melakukan sunat yang tertinggal sesudah melakukan rukun. Contohnya, seseorang terlupa melakukan tahiyat awal sedangkan dia sudah berdiri.
Sekiranya dia kembali duduk untuk melakukan tahiyat awal, maka batal solatnya. Hal ini disebabkan tahiyat awal hukumnya sunat sedangkan berdiri tegak dalam rakaat seterusnya adalah rukun.
Apa yang diperlu dilakukan adalah melakukan sujud sahwi.
15. Mengulang-ulang rukun fi’li dengan sengaja Batal solatnya kerana dianggap bermain-main atau mendahulukan yang kemudian.
16. Teragak-agak Teragak-agak sama ada hendak berhenti solat atau meneruskan solat ketika solat belum selesai.
Perkara ini biasanya berlaku dalam keadaan tertentu seumpamanya:
Makmum berasa ragu tentang suci daripada najis atau ragu terhadap sah wuduknya. Berasa ragu atau syak niatnya sama ada berniat solat zuhur atau asar dan seumpamanya. Apabila berasa ragu-ragu dan masih belum mendapat kepastian sehingga berlalu satu rukun atau berlalu satu masa yang cukup untuk melaksanakan satu rukun, maka batal solatnya.
Sebaliknya apabila berasa ragu semasa sedang berdiri, tetapi sudah memastikan sah wuduknya atau betul niatnya ketika  masih berdiri iaitu sebelum rukuk, maka sah solatnya.
17. Ketawa Ketawa terbahak-bahak dan gila
 
Perkara yang membolehkan solat dihentikan Solat hanya boleh dihentikan kerana darurat atau uzur.
Ini adalah kelonggaran yang Allah SWT berikan walaupun ketika itu sepatutnya kita menumpukan sepenuh perhatian kepadaNya.
Perkara ini melibatkan maslahah atau keselamatan ramai orang atau orang lain.
Ada perkara-perkara yang mewajibkan berhenti solat dan ada pula yang hanya mengharuskan berhenti solat.
Faktor yang mewajibkan berhenti solat 1. Untuk menyelamatkan nyawa manusia. Contohnya menolong orang dalam keadaan terancam nyawanya seperti terjatuh ke dalam perigi, diserang binatang yang ganas dan dipukul penjenayah.
Wajib seseorang itu memberhentikan solat sekiranya dia yakin mampu menolong.
2. Untuk menjaga keselamatan diri atau harta. Contohnya ketika sedang solat ternampak kanak-kanak berjalan menuju ke parit, sungai atau tempat-tempat berbahaya dan ditakuti terjatuh ke dalamnya.
Demikian juga untuk menyelamatkan harta ketika berlaku kebakaran.
 
Faktor yang mengharuskan berhenti solat Berlaku kecurian barang, walaupun yang dicuri itu barang orang lain. Ibu yang bimbang akan keselamatan anak kecilnya atau orang yang baru menyedari ada masakan sedang dimasak dan bimbang masakan itu hangit. Musafir yang bimbang gangguan pencuri dan perompak. Membunuh binatang berbahaya apabila itu memerlukan pergerakan yang banyak. Rasa hendak buang air besar atau buang air kecil sekalipun terpaksa keluar dari solat berjemaah Menyahut panggilan ibu bapa ketika melakukan solat sunat. Sekiranya yang dilakukan itu solat fardu, maka tidak boleh berhenti. Kecuali apabila panggilan ibu bapa itu jika dibiarkan akan membawa kepada mudarat seperti mereka memanggil kerana kesakitan dan memerlukan perhatian segera.  
Perkara makruh dalam solat Antara perkara yang makruh dilakukan ketika solat adalah: 1. Mendongak ke langit.
2. Menoleh atau melirik sehingga berpaling muka dari tempat sujud tanpa sebarang keperluan.
Sekiranya ada keperluan seperti mahu memastikan sama ada imam sudah rukuk atau belum, maka diharuskan.
Perbuatan memalingkan muka tanpa sebab melambangkan seseorang itu tidak menghayati solatnya.
Sekiranya memalingkan muka secara keterlaluan sehingga dada turut terpaling dari arah kiblat, maka terbatal solat.
3. Menyapu-nyapu pasir, tanah, habuk dan benda-benda lain yang melekat pada tempat sujud lebih daripada sekali.
4. Meludah ke kanan atau ke hadapan walaupun ketika solat di luar masjid.
Tetapi meludah ke sebelah kiri diharuskan dengan syarat tiada orang di situ.
Dibolehkan juga meludah ke bawah iaitu berhampiran tapak kaki kiri.
5. Memberi isyarat dengan tangan kanan bertujuan menjawab salam atau hal-hal lain yang terpaksa dilakukan.
6. Menahan kentut, menahan buang air kecil atau besar dan menahan lapar kerana perkara ini boleh menggangu kekhusyukan solat.
Sekiranya lapar atau berasa hendak buang air sebelum memulakan solat, maka perlulah diselesaikan hajat itu dahulu.
7. Melakukan pekerjaan yang sia-sia yang membuatkan lalai dalam solat.
Contohnya mematah-matahkan jari, menyilang-nyilang anak jari, memperbetulkan rambut, mengusap misai dan janggut, menutup hidung dan mulut tanpa sebab, bersandar pada dinding tanpa sebarang keuzuran dan seumpamanya.
8. Solat dalam keadaan terlalu mengantuk.
9. Membaca surah yang lebih panjang dalam rakaat kedua berbanding surah yang dibaca dalam rakaat pertama.
10. Membaca surah dalam dua rakaat terakhir
Kecuali untuk makmum yang masbuq yang tertinggal dua rakaat awal daripada imam.
Dia boleh membaca surah pada dua rakaat terakhir imam kerana untuk dirinya sendiri dua rakaat itu adalah dua rakaat awal.
11. Membaca dengan nyaring di tempat yang sepatutnya dibaca perlahan.
Contohnya, membaca al-Fatihah dengan nyaring pada rakaat ketiga dan keempat.
Termasuk juga dalam masalah ini makmum yang menyaringkan bacaannya. Bahkan apabila bacaan nyaringnya itu mengganggu makmum lain, hukumnya haram.
12. Melakukan duduk istirahah lebih lama daripada duduk antara dua sujud.
13. Membaca tahiyat awal lebih panjang daripada tahiyat akhir.
14. Tidak duduk secara iftirasy dan tawarruk.
15. Merapatkan kedua-dua lengan ke lantai semasa sujud seperti anjing atau singa tidur.
 
Perkara harus dalam solat 1. Menangis yang tidak mengeluarkan bunyi dan tidak tersedu-sedu atau hingga bergerak-gerak badan. Menangis di sini adalah kerana takut dan rasa berdosa kepada Allah SWT.
2. Membunuh binatang berbisa yang membahayakan nyawa ketika sedang solat seperti lipan, ular dan kala jengking. 3. Bergerak atau berjalan ke hadapan atau ke belakang, ke kiri atau ke kanan sekiranya ada keperluan dengan syarat tidak sampai tiga pergerakan berturut-turut. Info solat Apabila salah seorang ahli jemaah meninggalkan saf solat, makmum di belakang atau di sisi boleh bergerak ke tempat yang kosong itu.
Atau apabila najis cicak tiba-tiba terjatuh ke tempat sujud, maka diharuskan bergerak ke tempat lain untuk mengelakkan terkena najis yang menyebabkan batal solat.
4. Menjawab salam dengan isyarat anak jari atau tangan. 5. Membetulkan imam dengan niat berzikir apabila imam tersilap seperti tersalah bilangan atau terlupa bacaan al-Fatihah. Makmum lelaki dibolehkan membetulkan imam dengan bertasbih (subhanallah).
Bagi makmum wanita, perlu memperbetulkan imam dengan menepuk tangan ke atas belakang tapak tangan kiri.
6. Mengingatkan imam yang terlupa ayat yang sedang dibacanya. Makmum boleh mengingatkan dengan membaca bacaan itu. 7. Membaca dengan melihat al-Quran. Seseorang yang tidak hafal surah atau ayat al-Quran yang hendak dibaca dalam solat, boleh melihat al-Quran atau lembaran kertas yang bertulis ayat tersebut.
8. Menggerakkan anggota badan seperti menggaru-garu di tempat yang gatal dengan syarat tidak sampai tiga kali berturut-turut. Sekiranya menggaru menggunakan anggota kecil seperti jari, tidak mengapa apabila melebihi tiga kali.
 
Penutup: Semoga ibadah solat kita sah dan diterima Saya berharap panduan ini dapat memberi pencerahan kepada anda.
Jika terdapat kesalahan dalam artikel ini, mohon perbetulkan saya.
Semoga kita sama-sama dapat belajar dan memperbetulkan amal ibadah kita kepada Allah.
Jika terdapat sebarang persoalan atau permasalahan berkaitan topik ini, anda boleh nyatakan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.
The post 13 Rukun Solat Yang Wajib Diketahui appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/rukun-solat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berikut Ini Taktik Jago Jualan Yang Wajib Diketahui

Berikut Ini Taktik Jago Jualan Yang Wajib Diketahui

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 369 hits
Pembahasan kita kali ini adalah Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin mempunyai income tambahan maka ...
Masa Nifas Menurut Agama Islam Yang Wajib Diketahui Kaum Hawa

Masa Nifas Menurut Agama Islam Yang Wajib Diketahui Kaum Hawa

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 364 hits
Masa Nifas Menurut Agama Islam Yang Wajib Diketahui Kaum HawaNifas merupakan darah yang keluar dari rahim demi sebabkan karena proses kelahiran Bisa terjadi sesudah atau sebelumnya lama waktu berkisar antara 2 3 hari dan disertai dengan ras...
Amalan Rendaman Faraj Wajib Diketahui Wanita

Amalan Rendaman Faraj Wajib Diketahui Wanita

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 1029 hits
Rendaman Faraj Rendaman faraj ini amalan perbidanan melayu lama dan sampai sekarang ia sangat digalakkan Seeloknya rendaman faraj ini buatlah seminggu sekali Ada sesetengah wanita yang mengalami This is a content summary only Visit my websi...
Produk Hilangkan Bau Badan Dengan Cepat Wajib Cuba

Produk Hilangkan Bau Badan Dengan Cepat Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 461 hits
Setiap kali teringat zaman persekolahan saya mesti terkenang kembali peristiwa pergi ke shopping mall semata mata untuk mencari garam bukit bagi mengatasi masalah badan berbau saya terutama di bahagian ketiak Sudahlah susah untuk dapatkan p...
Nak Masuk Ke Rumah Baru Jangan Abaikan 5 Perkara Ni Suami Wajib Buat

Nak Masuk Ke Rumah Baru Jangan Abaikan 5 Perkara Ni Suami Wajib Buat

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 394 hits
Berpindah ke rumah yang baru dibeli memang sangat menyeronokkan Rasa gembira dan bangga yang tidak terkira kerana dapat menyediakan sebuah rumah untuk isteri dan anak anak Anak anaklah orang yang paling gembira saat ni Pun begitu jangan han...
Perempuan Yang Bergelar Isteri Wajib Baca 10 Sifat Yang Wajib Ada Pada Seorang Isteri

Perempuan Yang Bergelar Isteri Wajib Baca 10 Sifat Yang Wajib Ada Pada Seorang Isteri

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 258 hits
1 Istri yang pandai bersyukur Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan jika kalian bersyukur pasti Kami akan menambah kepadamu dan jika kamu mengingkari maka sesungguhnya adzabku sangat pedih 2 Istri yang tawakal kepada Allah Dan barangsiapa...
10 Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sempurna Jom Amalakn

10 Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sempurna Jom Amalakn

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 1727 hits
10 CARA MANDI WAJIB YANG BETUL DAN SEMPURNA Mandi wajib atau juga dipanggil mandi junub tidak boleh dipandang ringan Samada terkelur air mani selepas bersetubuh atau selepas haid atau nifas cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting ...
Wajib Tau Jenis Jenis Cili Kering Kalau Tidak Merana Perut Di Buatnya

Wajib Tau Jenis Jenis Cili Kering Kalau Tidak Merana Perut Di Buatnya

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 676 hits
Bagi para tukang masak atau para suri rumah jenis jenis cili kering juga memainkan peranan dalam masakan yang menggunakannya Kalau salah memilih jenis cili kering kemungkinan jadi kurang rasa atau melebihi rasa pedas yang tak tertahankan Ju...
Ini Cara Betul Bancuh Susu Formula Untuk Anak Untuk Elak Nutrisi Terjejas Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Ini Cara Betul Bancuh Susu Formula Untuk Anak Untuk Elak Nutrisi Terjejas Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 491 hits
Proses penyediaan susu formula bayi perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang jangkitan atau kontaminasi kimia ke dalam bancuhan tersebut Pencemaran yang berlaku akan mengganggu kesihatan bayi khususnya boleh menyebabkan cirit...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik