Prn Tiga Perkara Tentukan Kejayaan Kerajaan Perpaduan Kedah




Terdapat tiga perkara yang boleh mempengaruhi kejayaan Kerajaan Perpaduan di Kedah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Menurut Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar, semua pimpinan dan anggota parti komponen Perpaduan haruslah akur dengan perkara yang melibatkan strategi pilihanraya bersama tersebut.
“Saya bersetuju dengan Datuk Zahid Hamidi, tak usah fikir poster boy. Semua calon yang bertanding ini poster boy dari parti gabungan.
“Kemudian (setelah menang) serah kepada Sultan memanggil siapa angkat sumpah sebagai Menteri Besar.
“Kedua, bila keputusan nanti diputuskan di peringkat pusat tentang kedudukan kerusi yang ditandingi oleh parti parti yang ada di dalam Kerajaan Perpaduan, kita kena akur.
“Jangan bila parti hang pa bertanding, parti kami tidak sokong.
“Saya penuh yakin, semua mesti akur kepada keputusan yang dibuat nanti demi rakyat negeri Kedah,” katanya.
Beliau daalm pada itu menyeru agar pemimpin yang lebih senior melakukan perubahan minda dan meremajakan pemikiran mereka menghadapi golongan muda yang merupakan hampir separuh daripada pengundi baharu dalam PRN kali ini.
“Ketiga hubungan dalam kalangan semua. Golongan muda dan senior. Orang muda perlu mendewasakan pemikiran untuk melihat bukan hanya dalam segmen anak muda tetapi menyeluruh. Orang senior perlu meremajakan pemikirannya memahami denyut nadi orang muda.
“Mereka perlu meremajakan diri seiring dengan golongan muda yang menjadi sebahagian pengundi dalam negara kita. Ini kalau kita dapat lakukan, kita boleh bawa perubahan besar,” katanya.
Bagaimanapun Mahfuz memberi amaran jentera Perpaduan Kedah perlulah menguasai media sosial sekiranya mahu menang.
Katanya, PN mempunyai gerak kerja yang sistematik menggunakan media sosial menukar pemikiran generasi muda dan senior menjadi lebih ekstrem dan mempercayai propaganda agama sempit serta perkauman yang tidak pernah dibawa oleh PH atau BN dalam agenda perjuangan mereka.
“Kita lihat bagaimana penggunaan media sosial yang begitu agreasif untuk menyebarkan fitnah dan propaganda yang mengadu domba dengan isu perkauman dan keagamaan sempit untuk menimbulkan politik kebencian. Ini cabaran kepada kita.
“Mesti kita agreasif kepada perlaksanaan media sosial. Kita juga harus ada cara bagaimana penggunaan media sosial kita itu mampu sampaikan mesej yang jelas kepada masyarakat dan rakyat dari pelbagai peringkat umur serta latar belakang di negeri Kedah ini
“Saya percaya tugas kita untuk merawat pemikiran yang dirosakkan dalam PRU lalu. Rawatan itu telah berjalan dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan tetapi kita mesti terus merawat supaya mereka bukan sahaja separuh sedar tetapi memiliki kesedaran yang tinggi tentang keperluan melakukan perobahan di negeri Kedah,” katanya lagi.

The post PRN: Tiga perkara tentukan kejayaan Kerajaan Perpaduan Kedah first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36401?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=prn-tiga-perkara-tentukan-kejayaan-kerajaan-perpaduan-kedah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Konvensyen Prn Enam Negeri Adalah Cabaran Sebenar Buat Kerajaan Perpaduan

Selepas Konvensyen Prn Enam Negeri Adalah Cabaran Sebenar Buat Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 258 hits
Petang ini akan berlangsung Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur Konvensyen julung kali yang melibatkan penyertaan wakil wakil 19 parti politik yang sekarang ini membentuk kerajaan perpaduan pimpinan Anwa...
Pemuda Kerajaan Perpaduan Lancar 5 Tekad Geng Perpaduan

Pemuda Kerajaan Perpaduan Lancar 5 Tekad Geng Perpaduan

papar berkaitan - pada 15/5/2023 - jumlah : 251 hits
Konvensyen Pemuda Kerajaan Perpaduan hari ini melancarkan 5 Tekad Pemuda Kerajaan Perpaduan Tekad itu dilancarkan setelah selesai sesi Dialog Menguruskan Perbezaan dan Mencari Titik Persamaan melibatkan sayap sayap pemuda Pakatan Harapan Ba...
Kerajaan Perpaduan Di Hujung Tanduk

Kerajaan Perpaduan Di Hujung Tanduk

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 272 hits
Secara moral nya PH sudah kalah dENGAN teruk di 3 Negeri Dan kalah tipis di dua Negeri Hanya keajaiban boleh menukarnya Reputasi Hadi di kemuncak Salah satu faktor boleh membantu adalah perpecahan PN Anwar dan DAP boleh ukur baju di badan s...
Dasar Kerajaan Pas Miskinkan Kedah

Dasar Kerajaan Pas Miskinkan Kedah

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 319 hits
Kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor kononnya Kedah diarahkan menjadi miskin lebih kepada mahu menutup kelemahannya mentadbir negeri Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Amanah Negara Faiz Fadzil amat pelik melihat data y...
Rafizi Nafi Pkr Tawar Pas Sertai Kerajaan Perpaduan

Rafizi Nafi Pkr Tawar Pas Sertai Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 296 hits
TIMBALAN Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkait PKR ada menawarkan parti Islam itu untuk menyertai Kerajaan Perpaduan Sebaliknya Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata tidak tahu bagaimana d...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah