Dasar Kerajaan Pas Miskinkan Kedah



Kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor kononnya Kedah ‘diarahkan’ menjadi miskin lebih kepada mahu menutup kelemahannya mentadbir negeri.
Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil, amat pelik melihat data yang merekodkan kemiskinan mutlak di Kedah yang tinggi walaupun negeri berkenaan mempunyai hub teknologi Kulim Hi-Tech Park dan pusat pelancongan terkemuka dunia seperti Pulau Langkawi.
Menurut ADUN Permatang Pasir itu, Setakat 2019, kadar kemiskinan mutlak di Kedah adalah 8.8%, sedangkan, kata beliau, kadar kemiskinan mutlak di Selangor atau Pulau Pinang adalah masing-masing 1.2% dan 1.9%.
“Hakikatnya, kerajaan Pas Kedah tidak memainkan peranan secukupnya membangunkan industri tempatan dan menarik masuk pelaburan antarabangsa yang berkualiti.
“Pelaburan yang masuk ke Kulim Hi-Tech Park dicapai atas usaha agensi Kerajaan Persekutuan seperti MIDA dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, manakala Pulau Langkawi telah dimajukan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi. Sejauh mana pula usaha kerajaan Pas Kedah dalam menarik pelaburan sebegini?
“Satu lagi, Kenyataan Sanusi seolah-olah menyalahkan industri penanaman padi atas kemiskinan Kedah ibarat menyalahkan para pesawah atas kemunduran negeri itu yang berpunca daripada kegagalan pentadbiran Pas sendiri.
“Sanusi mengeluh Kedah terpaksa menyediakan 130,000 hektar tanah untuk penanaman padi, iaitu 13.8% keluasan negeri tersebut. Namun, ini tidak jauh berbeza berbanding Pulau Pinang di mana tanah seluas 12,100 hektar ditanam padi, iaitu 11.5% daripada jumlah keluasan negeri,” kataya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, lebih mengagumkan Pulau Pinang mencatat purata penghasilan padi tertinggi di Malaysia pada tahun 2022, mengalahkan Kedah. Jika Pulau Pinang boleh menjadi salah satu penyumbang ekonomi utama negara tanpa mengabaikan sektor pertanian, mengapa perlu Sanusi mengeluh, ujarnya.
Oleh itu, Faiz mengingatkan rakyat Kedah masanya telah tiba untuk mereka ‘kalih’ dalam Pilihan Raya Negeri Julai ini dan melantik pentadbir yang benar benar berwibawa bagi menjamin masa hadapan anak negeri Kedah.
“Kesejahteraan hidup rakyat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negeri. Satu undi untuk Pas dan PN adalah satu undi untuk anti-kemajuan.
“Kesungguhan politik Kerajaan Perpaduan membangunkan ekonomi negara dan kepesatan ekonomi kerajaan PH di Pulau Pinang dan Selangor perlu dijadikan sandaran PRN ini.
“Sanusi perlu berhenti mencari helah dan salahkan orang lain. Dia perlu belajar bermuhasabah diri yang sangat dianjurkan dalam ajaran Islam,” katanya lagi.
The post Dasar kerajaan Pas miskinkan Kedah first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36413?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dasar-kerajaan-pas-miskinkan-kedah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Yang Sebenarnya Miskinkan Kedah Kelantan Terengganu

Pas Yang Sebenarnya Miskinkan Kedah Kelantan Terengganu

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 158 hits
N Faizal GhazaliMenteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor diminta bermuhasabah diri selepas mengeluarkan kenyataan mendakwa negeri Jelapang Padi itu diarahkan menjadi miskin Anggota dewan undangan negeri Permatang Pasir Faiz Fadzil berkata...
Perikatan Sec Gen Says Penang Used To Belong After Pas Leader Insists Kedah Owns Island State

Perikatan Sec Gen Says Penang Used To Belong After Pas Leader Insists Kedah Owns Island State

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 148 hits
Opposition Leader Datuk Seri Hamzah Zainudin from Bersatu has distanced his party and the Perikatan Nasional coalition from PAS leader Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor s insistence that Penang belongs to Kedah Hamzah who is also PN secreta...
Mereka Pun Jumpa Saya Tawar Pas Sertai Kerajaan Kata Tuan Ibrahim

Mereka Pun Jumpa Saya Tawar Pas Sertai Kerajaan Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 255 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man melihat tawaran itu hadir kerana data mengesahkan sokongan pengundi Melayu kepada PN jauh mengatasi PH PETALING JAYA Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau turut dihubungi beberapa pihak untuk m...
Pmx Tawaran Pas Sertai Kerajaan Bukan Daripada Saya

Pmx Tawaran Pas Sertai Kerajaan Bukan Daripada Saya

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 126 hits
Anne MuhammadKUALA LUMPUR Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tawaran kepada PAS untuk menyertai kerajaan perpaduan bukan datang daripadanya Tak tahu siapa Tidak dari saya pimpinan katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmi...
Selepas Hj Hadi Tuan Ibrahim Pula Dakwa Pas Ditawar Sertai Kerajaan

Selepas Hj Hadi Tuan Ibrahim Pula Dakwa Pas Ditawar Sertai Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 207 hits
KUALA LUMPUR Selepas dua hari Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ada pihak menawarkan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan timbalannya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengesahkan beberapa pihak menghubungi dan menemuinya bagi ...
Prn Tiga Perkara Tentukan Kejayaan Kerajaan Perpaduan Kedah

Prn Tiga Perkara Tentukan Kejayaan Kerajaan Perpaduan Kedah

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 135 hits
Terdapat tiga perkara yang boleh mempengaruhi kejayaan Kerajaan Perpaduan di Kedah dalam Pilihan Raya Negeri kali ini Menurut Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah Datuk Mahfuz Omar semua pimpinan dan anggota parti kompon...
Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Flexibility In Business Operations

Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Sbdj Siri 201 Tak Dapat Kawal Perasaan

Panduan Pilih Ketam Segar

Perbanyakkan Niat Yang Baik

Sambut Birthday Maira

Declutter Your Life Minimalist Cabinetry Solutions

Zubir Khan Feat Ezra Kairo Omk Chord