Prn Saya Mahu Bagi Peluang Tokoh Lain Muhyiddin


Oleh Herman Hamid Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. GAMBAR: Abd Razak Aid PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin memaklumkan beliau mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan datang.
Menjelaskan perkara tersebut, Muhyiddin yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir berkata, keputusan ini diambil kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin lain di Johor bertanding.
“Saya mungkin tidak akan bertanding. Ini terserah kepada pimpinan tentukan (calon).
“Saya mahu tumpukan sepenuh masa kepada yang lebih utama iaitu Parlimen, menguruskan parti pada peringkat pusat dan menyampaikan mesej perjuangan kita.
“Jadi saya mahu bagi peluang kepada tokoh di Johor dan terserah kepada merekalah siapa yang mahu diisi, kita akan putuskan nanti,” kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu hari ini.
Beliau ditemui media sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Shah Alam hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 2018, Muhyiddin menang di DUN Gambir selepas memperoleh majoriti 3,088 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk M Asojan serta calon Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, PN akan meletakkan calon di kesemua 56 kerusi DUN yang dipertandingkan di Johor.
Katanya, perkara itu adalah pendirian PN setakat ini selepas perbincangan dengan semua parti terlibat.
“Kalau setakat hari ini begitulah (tanding semua kerusi DUN Johor). Kita belum berjumpa PN secara semua tapi pandangan pimpinan parti gabungan begitulah,” katanya. 
Pada masa sama, Muhyiddin berkata, Pas tetap bersama PN.
“Peringkat awal ini persiapan telah bermula dan nampaknya hubungan kerjasama antara parti-parti seperti Pas memang sah dan istiqamah bersama PN, manakala dengan Gerakan dan parti-parti yang ada di Sabah tiada masalah,” ujarnya. 
Ditanya pandangan keperluan meletakkan lebih ramai calon dalam kalangan anak muda, Muhyiddin berkata:
“Ya memang kita nak bagi peluang sebab saya faham masa sekarang masa anak-anak muda.
“Tetapi gabungan antara anak muda muda dan lama agak wajar. Tidak ada satu parti yang letak muda saja atau matang saja,” jelas Ahli Parlimen Pagoh itu.
Tambah beliau, namun ketika ini soal calon belum muktamad dan senarai calon akan dikemukakan sayap-sayap parti dan parti gabungan PN yang lain.
“Dan aspek (calon anak muda) memang kita akan bagi perhatian,” ujarnya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/prn-saya-mahu-bagi-peluang-tokoh-lain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Alu Alukan Pengundi Muda Tunaikan Tanggungjawab Dalam Prn Johor

Muhyiddin Alu Alukan Pengundi Muda Tunaikan Tanggungjawab Dalam Prn Johor

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 327 hits
agendaily com24 1 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengundi muda dialu alukan untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri Johor yang bakal diadakan nanti kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengerusi Pe...
Prn Johor Survival Hidup Mati Politik Muhyiddin Dan Ppbm

Prn Johor Survival Hidup Mati Politik Muhyiddin Dan Ppbm

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 245 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPerkembangan terkini berkenaan PRN Johor menyaksikan betapa tertekan dan gusarnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Haji Hadi Akibat dari ini kedua pemimpin PPBM dan PAS berpakat memberi ugutan terhadap UMNO Baca sini
Prn Johor Belum Tentu Siapa Poster Boy Pn Guna Strategi Lain Berbanding Di Melaka

Prn Johor Belum Tentu Siapa Poster Boy Pn Guna Strategi Lain Berbanding Di Melaka

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 228 hits
Segelintir pihak khususnya pemerhati politik meramalkan jika Muhyiddin Yassin terus menjadi poster boy pada PRN Johor PN yang dianggotai Bersatu PAS dan Gerakan akan hancur PETALING JAYA Perikatan Nasional Johor membayangkan tidak akan meng...
Zahid Hamidi Elok Tidak Campur Beri Peluang Ismail Sabri Ketuai Prn Johor

Zahid Hamidi Elok Tidak Campur Beri Peluang Ismail Sabri Ketuai Prn Johor

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 222 hits
Ketika kempen PRN Melaka berlangsung sebelum ini Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi tidak berada di dalam negara kerana terikat dengan jadual pembedahan tulang belakang di Jerman Di samping beliau hanya turun berkempen pada hari terakhir sebe...
Muhyiddin Umum Tak Bertanding Di Prn Johor Mahu Tumpukan Parlimen Sahaja

Muhyiddin Umum Tak Bertanding Di Prn Johor Mahu Tumpukan Parlimen Sahaja

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 301 hits
tuncarlos comSHAH ALAM Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata beliau tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gambir yang disandangnya sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri Johor akan datan...
Apakah Muhyiddin Akan Dipilih Semula Dun Gambir Prn Johor

Apakah Muhyiddin Akan Dipilih Semula Dun Gambir Prn Johor

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 244 hits
YB Peja usah keliru dan pening pening kepala Maksud pengkhianat parti itu mudah sahaja Yang melompat parti dan mengkhianat mandat rakyat Contoh Di Pagoh daripada 23 558 pengundi yang mengundi Tan Sri Muhyiddin pada PRU 14 yang lepas lebih d...
Pn Muktamad Bahagi Kerusi Calon Prn Johor Minggu Depan Kata Muhyiddin

Pn Muktamad Bahagi Kerusi Calon Prn Johor Minggu Depan Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 212 hits
February 1 2022 Ramai calon Perikatan Nasional yang berkelayakan untuk bertanding dalam PRN Johor sehinggakan sukar untuk membuat pilihan menurut Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR Perikatan Nasional akan memuktamadkan pembahagian kerusi dan cal...
Prn Johor Ph Sedia Beri Peluang Calon Muda Bertanding Kata Anwar

Prn Johor Ph Sedia Beri Peluang Calon Muda Bertanding Kata Anwar

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 238 hits
January 25 2022 Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang menggariskan calon diketengahkan pada pilihan raya negeri Johor mesti kuat berpengalaman muda termasuk membabitkan wanita merangkumi semua komponen parti PORT DICKSON Pengerusi Pakat...
Ahli Pkr Gesa Guna Logo Parti Dan Tiada Halangan Bagi Ph Yang Lain Jangan Dok Kalut Berani Masuk Bertanding

Ahli Pkr Gesa Guna Logo Parti Dan Tiada Halangan Bagi Ph Yang Lain Jangan Dok Kalut Berani Masuk Bertanding

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 186 hits
Pakatan Harapan telah putuskan parti komponen boleh pilih untuk guna logo parti atau logo PH KEADILAN telah pilih untuk guna logo parti untuk PRN Johor Keputusan ini diterima baik oleh AMANAH dan DAP Ada beberapa sebab kami putuskan begini ...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean