Zahid Hamidi Elok Tidak Campur Beri Peluang Ismail Sabri Ketuai Prn Johor


 
Ketika kempen PRN Melaka berlangsung sebelum ini, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi tidak berada di dalam negara kerana terikat dengan jadual pembedahan tulang belakang di Jerman.
Di samping beliau hanya turun berkempen pada hari terakhir sebelum hari pembuangan undi, tugas Pengarah Pilihanraya juga dipikul oleh Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan.
Ketika itu juga perbicaraan mahkamah kes Zahid Hamidi masih lagi di peringkat awal untuk menentukan sama ada wujud prima facie atau tidak dalam kes yang dihadapinya.
Barangkali atas dua faktor itulah yang turut sama menyumbang kepada kemenangan cemerlang di Melaka, meskipun BN berhadapan dengan persaingan tiga penjuru.
Tetapi, dalam PRN Johor yang belum ditentukan lagi tarikhnya ini, keadaan Zahid Hamidi sudah agak berbeza.
Selain beliau mungkin akan turun berkempen sepenuh masa kerana kesakitan tulang belakangnya sudah pulih, kes mahkamahnya pula telah memasuki fasa membela diri.
Dalam keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 Januari lalu, hakim memutuskan wujud prima facie terhadapnya dalam 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana berpuluh juta Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
Beliau kini harus mempersiapkan diri untuk membela diri di mahkamah di mana dalam peringkat ini hanya merupakan selangkah saja lagi untuk menentukan beliau menuju ke penjara atau sebaliknya.
Dengan demikian, keberadaan Zahid Hamidi dalam kempen PRN Johor nanti mungkin akan dijadikan isu oleh pihak lawan bagi tujuan melemahkan pengaruh dan menghalang BN daripada mencapai kemenangan.
Dalam hal ini, Zahid Hamidi harus sedar sepenuhnya keadaan dirinya dan lebih baik jika beliau sendiri yang sedia berkorban demi kepentingan UMNO dan juga BN.
Oleh kerana Johor berbeza dengan Melaka, malah cabaran yang bakal dihadapi BN juga lebih sengit, sementara mencipta kemenangan adalah sangat perlu sebelum menuju PRU15, meletakkan semula Mohamad Hasan sebagai Pengarah Pilihanraya sebagaimana di Melaka barangkali tidak lagi memadai.
Ini kerana Mohamad Hasan hanya sekadar Timbalan Presiden UMNO, tetapi tiada apa-apa kedudukan dalam kerajaan yang membolehkannya menjanjikan harapan yang lebih meyakinkan kepada pengundi.
Lalu, apa kata Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri diberikan tugas selaku Pengarah PRN Johor kali ini?
Dengan meletakkan tanggungjawab itu kepadanya, sekaligus dapat menguji kemampuannya sama ada beliau seorang pemimpin yang mampu mencipta kejayaan buat UMNO atau sebaliknya.
Jika Ismail Sabri berjaya di PRN Johor, maka UMNO tidak perlu bersusah payah menoleh ke kiri dan ke kanan lagi mencari pemimpin lain untuk dijadikan pertaruhan parti dalam menghadapi PRU15 nanti.
Tetapi, jika Ismail Sabri tidak diberi peluang atau dicuba, kiranya BN menang sekali pun dalam PRN Johor nanti, kekaburan dalam pencarian pemimpin masa depannya bagi menghadapi PRU15 akan terus berpanjangan.
Silap-silap perebutan dan saling menonjolkan diri di kalangan pemimpin UMNO makin dahsyat jadinya.
Lebih malang lagi jika BN kalah di Johor dan kekalahan itu bukan diketuai oleh Ismail Sabri, kekaburan itu akan terus gelap gelita untuk tempoh yang lebih lama.
Jadi, apa salahnya mencuba? ShahbudinHusin 26/01/2022.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/zahid-hamidi-elok-tidak-campur-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Keberatan Bubar Parlimen Adakan Pru Tapi Sokong Pula Prn Johor

Ismail Sabri Keberatan Bubar Parlimen Adakan Pru Tapi Sokong Pula Prn Johor

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 285 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan kestabilan politik perlu diutamakan pada masa ini demi keselamatan dan kesejahteraan...
Prn Johor Diadakan Untuk Desak Ismail Sabri Bubar Parlimen Ph

Prn Johor Diadakan Untuk Desak Ismail Sabri Bubar Parlimen Ph

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 247 hits
agendaily com24 1 2022Pakatan Harapan menolak tindakan membubar DUN bagi memberi laluan PRN Johor diadakan UMNO didakwa cuba memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya membubarkan Parlimen dengan mengambil ...
Persiapan Prn Mt Umno Serah Kepada Umno Johor Ismail Sabri

Persiapan Prn Mt Umno Serah Kepada Umno Johor Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 238 hits
satuberita myBy January 22 2022 Ismail Sabri merangkap Naib Presiden UMNO hadir pada Perjumpaan Khas Perdana Menteri Bersama Ahli Biro Politik UMNO Kelantan Foto BERNAMANAIB Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Ahli Majlis T...
Prn Johor Untuk Lumpuhkan Pengaruh Ismail Muslihat Paksa Pru15 Sebelum Pemilihan Umno

Prn Johor Untuk Lumpuhkan Pengaruh Ismail Muslihat Paksa Pru15 Sebelum Pemilihan Umno

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 347 hits
SHAHBUDIN HUSINMenjadi perbualan hangat di seluruh negara bahawa PRN Johor akan diadakan dalam waktu terdekat ini mungkin dalam tempoh hanya sebulan dua akan datang saja lagi Dua faktor dilaporkan sebagai sebab mengapa Umno mahu menyegeraka...
Terlanjur Prn Johor Elok Benar Terus Pru15

Terlanjur Prn Johor Elok Benar Terus Pru15

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 255 hits
Tak sabar tunggu Najib PM semula selesai semua masalah dunia Salam Jumaat
Prn Johor Ph Sedia Beri Peluang Calon Muda Bertanding Kata Anwar

Prn Johor Ph Sedia Beri Peluang Calon Muda Bertanding Kata Anwar

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 249 hits
January 25 2022 Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang menggariskan calon diketengahkan pada pilihan raya negeri Johor mesti kuat berpengalaman muda termasuk membabitkan wanita merangkumi semua komponen parti PORT DICKSON Pengerusi Pakat...
Zahid Sahkan Prn Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat Enggan Layan Rayuan Anwar

Zahid Sahkan Prn Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat Enggan Layan Rayuan Anwar

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 306 hits
agendaily com14 1 2022Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Walaupun cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu agar Pilihan Raya Negeri Johor tidak diadakan dalam masa terdekat namun Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid ...
Berikutan Diarah Bela Diri Zahid Hamidi Tak Relevan Lagi Ketuai Umno Dan Mesti Adakan Pemilihan Sebelum Pru15

Berikutan Diarah Bela Diri Zahid Hamidi Tak Relevan Lagi Ketuai Umno Dan Mesti Adakan Pemilihan Sebelum Pru15

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 219 hits
Mahkamah Tinggi semalam memutuskan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi diarah membela diri atas 47 pertuduhan kes rasuah pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi yang dikaitkan dengannya Hak...
Prn Johor Landskap Politik Berbeza Bn Tak Ikut Acuan Melaka Sepenuhnya Kata Zahid

Prn Johor Landskap Politik Berbeza Bn Tak Ikut Acuan Melaka Sepenuhnya Kata Zahid

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 223 hits
freemalaysiatoday com February 2 2022 8 15 PMAhmad Zahid Hamidi berkata BN yang akan bertanding di semua 56 kerusi DUN akan menampilkan calon boleh menang disukai dan diterima pengundi di kawasan ditandingi pada PRN Johor BAGAN DATUK Barisa...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998

S Line Thriller Fantasi Misteri Korea Lakonan Lee Soo Hyuk Paling Berani Tahun Ini