Prn Saifuddin Akui Penyokong Bn Umno Sukar Beri Undi Kepada Ph


agendaily.com28/02/2023
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi taklimat kajian pada Konvensyen Pakatan Harapan Kedah 2023 yang diadakan di Sungai Petani, pada (25 Februari 2023).
Pakatan Harapan (PH) mengakui kesukaran mereka untuk menarik sokongan akar umbi UMNO, walaupun kedua-dua parti akan bekerjasama menghadapi pilihan raya di enam negeri yang dijangkakan pada Julai depan.

Ini sekali gus akan menyukarkan calon PH yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) sama ada untuk merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) dimiliki Bersatu atau PAS, atau mempertahankan kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Untuk rekod, enam negeri – Kedah, Kelantan dan Terengganu yang kini ditadbir PN menerusi pimpinan PAS, serta Pulau Pinang (PH-DAP) dan Selangor serta Negeri Sembilan (PH-PKR) – tidak menyertai PRU-15 yang diadakan pada 19 November tahun lalu.

Hanya Perlis, Pahang dan Perak mengadakan pilihan raya serentak dengan PRU-15, dengan semua 15 DUN di Perlis disapu bersih oleh Perikatan Nasional (PN), kecuali N.08 Indera Kayangan dimenangi PH, manakala penyandang pentadbiran negeri – UMNO – kalah semua kerusi.

Di Perak, daripada 59 kawasan DUN, PN menang 26 kerusi diikuti PH (24 kerusi) dan Barisan Nasional (BN) sembilan, termasuk lapan daripada UMNO. Bagaimanapun, UMNO kemudian bekerjasama dengan PH membentuk kerajaan negeri.

Manakala di Pahang pula, PN menang 17 kerusi DUN, diikuti BN-UMNO (17 kerusi) dan PH (tujuh kerusi), termasuk enam dimenangi DAP. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, kemudian diangkat menjadi Menteri Besar setelah UMNO bekerjasama menubuhkan kerajaan negeri UMNO-DAP.

Mengulas kerjasama PH-BN, Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata melalui satu analisis yang dilakukan pihaknya mendapati adalah lebih mudah untuk penyokong PH beralih untuk mengundi calon BN.

Bagaimanapun, katanya data dan maklumat yang diperoleh juga menunjukkan adalah sukar untuk penyokong BN, khususnya UMNO, untuk beralih mengundi calon PH.

“Kalau kita andaikan berlaku perpindahan undi. Maknanya PH dengan BN berkawan sebagai kerajaan (peringkat Pusat)… di bawah berlaku tak dia kalih (tukar)? Dia kalih tak dengan sebab BN kawan dengan kita (PH), dengan sebab kita berkawan dengan BN.

“Yang itu dalam analisa kita ini pun kita boleh kesan benda itu. Bahawa lebih mudah penyokong PH beralih undi BN… payah (sukar) penyokong BN nak beralih undi bagi kat kita… itu data tunjuk lagu (macam) tu.

“Itu yang saya tanya Mahfuz (Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar)… macam mana hubungan dengan UMNO… dia tak bagus. Penerimaan macam mana? Betul… ada lagilah (yang tak dapat terima).

“Ada lagi dia (Mahfuz) kata tak sepenuh hati (terima kerjasama). Tidak lagi sepenuh hati. Dia terkenang lagi apa kawan buat kat dia,” katanya dalam taklimat ketika Konvensyen PH Kedah di Sungai Petani, baru-baru ini.

Pada masa sama, Saifuddin Nasution berkata PH dan BN mempunyai satu kelebihan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak beberapa bulan lagi.

“Saya kata la ni kita cuma ada satu saja kelebihan. Iaitu kita jadi kerajaan di peringkat Pusat. Itu ialah modal kelebihan. Nak mula bagaimana kelebihan di peringkat Pusat boleh diperturunkan sampai kita jadi kuat dan ada peluang pada PRN,” katanya.

Saifuddin yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata berdasarkan model PRU-15, PH kalah di banyak saluran serta di kawasan kampung.

“Semua saluran pengundi muda kita kalah… semua pengundi awal, polis pun kita kalah, tentera pun kita kalah, PGA (Pasukan Gerakan Am) pun kita kalah, kakitangan awam pun kita kalah. Semua kalah di Kedah.

“Bila dah kalah, modal kita satu saja la ni iaitu di peringkat Pusat, kita ada kerajaan. Jadi kerajaan peringkat Pusat mesti kita rasa ada kelebihan,” katanya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/prn-saifuddin-akui-penyokong-bn-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Harap Guna Kes Mahkamah Bersatu Untuk Menang Prn Umno Diberitahu

Jangan Harap Guna Kes Mahkamah Bersatu Untuk Menang Prn Umno Diberitahu

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 137 hits
Parti itu patut menumpukan kepada usaha pulih daripada persengketaan dalaman kata ahli akademik 23 Feb 2023 Selain Wan Saiful Wan Jan daripada Bersatu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah PETALING JAY...
Ketua Puteri Umno Pekan Sanggup Jual Restu Palsu Bossku Untuk Tagih Undi

Ketua Puteri Umno Pekan Sanggup Jual Restu Palsu Bossku Untuk Tagih Undi

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 174 hits
PEKAN Perwakilan UMNO Pekan yang akan mengundi pada pemilihan parti itu kali ini dinasihatkan agar berhati hati dengan sebaran memo kononnya ada wahyu daripada Dato Sri Najib Razak yang memberi restu kepada kumpulan tertentu untuk dipilih m...
Pas Funding Bersatu Where S The Money From Asks Umno Leader

Pas Funding Bersatu Where S The Money From Asks Umno Leader

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 368 hits
An Umno leader has asked where PAS is getting its money from to finance Bersatu s state elections campaign Umno information chief Isham Jalil also reminded the Islamist party that it had once said that it does not have enough money to addre...
Umno Resah Dengan Tin Milo

Umno Resah Dengan Tin Milo

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 227 hits
Apakah mungkin tin Milo akan disiasat dan diheret ke mahkamah IMEJ BERSIH KORUP PADA PAS MAHU DICEMAR
Persaingan Tiga Penjuru Untuk Merebut Jawatan Ketua Umno Bahagian Pekan

Persaingan Tiga Penjuru Untuk Merebut Jawatan Ketua Umno Bahagian Pekan

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 170 hits
KUANTAN Jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan yang disandang bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada pemilihan parti berkenaan bulan depan Setakat ini dua nama sudah mengesahkan berta...
Johari Tawar Diri Tanding Ketua Umno Bentong Sambung Legasi Adnan Yaakob

Johari Tawar Diri Tanding Ketua Umno Bentong Sambung Legasi Adnan Yaakob

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 250 hits
BENTONG Naib Ketua UMNO Bahagian Bentong Datuk Seri Johari Harun menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bentong bagi sesi 2023 2026 pada pemilihan parti itu bulan depan Menurutnya beliau akan mengerah segala kudrat idea dan ...
Umno Bersekongkol Dengan Dap Ibarat Mat Kilau Melutut Pada Syers

Umno Bersekongkol Dengan Dap Ibarat Mat Kilau Melutut Pada Syers

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 118 hits
agendaily com23 02 2023Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir Seorang pemimpin PAS yang lantang mengkritik dan menegur kepimpinan tertinggi UMNO membayangkan kesediaan parti yang kononnya keramat Melayu itu beke...
Ketua Puteri Umno Putrajaya Dipecat Atas Tuduhan Sabotaj Parti

Ketua Puteri Umno Putrajaya Dipecat Atas Tuduhan Sabotaj Parti

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 169 hits
KUALA LUMPUR Ketua Puteri Umno Bahagian Putrajaya Jumaitul Laily Zakiah Ismail dilucut keahlian daripada menganggotai Umno
Ahli Umno Pekan Di Gesa Tolak Calon Ketua Bahagian Tidak Sealiran Dengan Pemimpin Negeri Amal Politik Dendam

Ahli Umno Pekan Di Gesa Tolak Calon Ketua Bahagian Tidak Sealiran Dengan Pemimpin Negeri Amal Politik Dendam

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 230 hits
PEKAN Rata rata ahli UMNO yang ditemui disini menyatakan kegusaran seandainya Dato Sri Zamri Ramly menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan pada pemilihan parti kali ini Terdahulu Zamry telah mengesahkan akan bertanding jawatan yang kini di...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal