Ahli Umno Pekan Di Gesa Tolak Calon Ketua Bahagian Tidak Sealiran Dengan Pemimpin Negeri Amal Politik Dendam


 

PEKAN - Rata-rata ahli UMNO yang ditemui disini menyatakan kegusaran seandainya Dato' Sri Zamri Ramly (foto) menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan pada pemilihan parti kali ini.
Terdahulu, Zamry telah mengesahkan akan bertanding jawatan yang kini dipangkunya itu bagi menggantikan penyandang, Datuk Sri Najib Razak.
Zamry akan berhadapan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, iaitu Dato' Sri Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.
"Saya dah lama kenal Andak (gelaran popular Dato' Sri Zamry). Beliau mula mencipta kemewahan dalam UMNO ketika zaman Datuk Najib lagi. Siapa tak kenal beliau di Pekan. Dia ada macam-macam projek di sana sini.
"Malah saya dengar dia juga ada lombong pasir di Chini. Sikap sebenar beliau mula terserlah bila Kerajaan Pahang membatalkan lesen lombongnya itu. Mulalah dia menyerang Menteri Besar Pahang  Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail secara terbuka. Apa saja perkataan tak elok beliau sanggup cakap pada Wan Rosdy," kata seorang veteran UMNO Pekan yang merupakan bekas penyokong kuatnya di sini semalam.
Beliau yang tidak mahu namanya di dedahkan berkata, 'Andak' semakin marah kepada Wan Rosdy apabila nama Fakharuddin dan Shahrim dikekalkan sebagai calon PRU-15 bagi kerusi DUN Bebar dan DUN Chini.
"Dia marah dan mahu orangnya dipilih sebagai calon. Mungkin dia sendiri juga  mahu jadi calon ketika itu. Mujurlah kedua-dua DUN itu berjaya dipertahankan oleh BN. Cuma DUN Pulau Manis sahaja BN tumbang. Itu pun kerana adanya unsur sabotaj yang dilakukan oleh orang-orang beliau.
"Mereka tak puas hati pilihan MB dan mahu membina empayar `Andak` di Parlimen Pekan, tambahan pula dia rasa hebat kerana memangku jawatan Ketua Bahagian selepas Datuk Najib terpenjara," tambahannya lagi.
"Saya menyeru ahli UMNO Pekan sedar, politik dendam dan kemarahan sebegini tidak memberi manfaat kepada parti. Sepatutnya dia, sebagai pemimpin UMNO bahagian, perlulah akur dengan MB yang merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang. Namun apa yang berlaku kini sebaliknya, dia sanggup menggerakkan agenda untuk menjatuhkan Wan Rosdy pada pemilihan parti kali ini.
"Berbagai tohmahan liar telah dibuat terhadap Wan Rosdy. Justeru saya menggesa dia (Andak) ditolak pada pemilihan parti kali ini. UMNO Pekan tidak perlu pemimpin yang tidak sealiran dan berdendam dengan Menteri Besar. Ia akan merosakkan UMNO Pekan dan parti dikemudian hari, " tambahnya lagi.
Sementara itu, dari segi kreadibiliti pula, beliau mendakwa 'Andak' juga dilaporkan ada kes elak membayar cukai pendapatan (income tax). Sedangkan sebagai pemimpin yang berwibawa, dia seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak buahnya.
"Saya akan gerakkan kempen menolak 'Andak' pada pemilihan parti kali ini. Eranha sudah berakhir apabila dia acap kali hentam MB, padahal dia tahu Wan Rosdy adalah boss. Sepatutnya dia perlu taat dan menjadi pemimpin yang lebih berhemah dalam mengeluarkan kenyataan terbuka memburukkan pemimpin tertinggi UMNO negeri itu. Cara politik 'tikam belakang' yang diamalkan lebih teruk daripada pembangkang sebenarnya.
"Apakah pemimpin seperti ini mahu diangkat sebagai Ketua Bahagian?. Sedangkan lawannya iaitu Dato' Sri Fakhruddin adalah Exco Kerajaan dan pemimpin yang setia kepada Wan Rosdy. UMNO Pekan perlu pemimpin yang sealiran dengan ketua, bukan menjadi penentang ketua sendiri." tambahnya.
Justeru, ahli UMNO perlulah membuat pilihan yang tepat menggunakan akal fikiran yang bijak untuk memastikan bahagian Pekan akan menikmati faedah yang sama seperti kawasan lain selepas ini. Jika tersalah membuat pilihan, hanya kerana emosi maka akhirnya semua pihak akan rugi. #PahangDaily.
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/02/ahli-umno-pekan-di-gesa-tolak-calon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persaingan Tiga Penjuru Untuk Merebut Jawatan Ketua Umno Bahagian Pekan

Persaingan Tiga Penjuru Untuk Merebut Jawatan Ketua Umno Bahagian Pekan

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 177 hits
KUANTAN Jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan yang disandang bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada pemilihan parti berkenaan bulan depan Setakat ini dua nama sudah mengesahkan berta...
Beberapa Surat Setuju Projek Jana Wibawa Libat Ahli Keluarga Pemimpin Politik

Beberapa Surat Setuju Projek Jana Wibawa Libat Ahli Keluarga Pemimpin Politik

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 178 hits
MalaysiakiniBeberapa senarai Surat Setuju Terima yang dikeluarkan menerusi projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa melibatkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu Bagaimanapun Menteri ...
Ketua Puteri Umno Pekan Sanggup Jual Restu Palsu Bossku Untuk Tagih Undi

Ketua Puteri Umno Pekan Sanggup Jual Restu Palsu Bossku Untuk Tagih Undi

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 183 hits
PEKAN Perwakilan UMNO Pekan yang akan mengundi pada pemilihan parti itu kali ini dinasihatkan agar berhati hati dengan sebaran memo kononnya ada wahyu daripada Dato Sri Najib Razak yang memberi restu kepada kumpulan tertentu untuk dipilih m...
Sis Lin Calon Ketua Puteri Umno Malaysia Yang Penuh Wawasan

Sis Lin Calon Ketua Puteri Umno Malaysia Yang Penuh Wawasan

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 425 hits
Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri parti itu pada pemilihan kali ini Beliau yang mesra disapa dengan panggilan Sis Lin menjadi satu satunya calon...
Ketua Bahagian Umno Shah Alam Didakwa Seleweng Dana Anak Yatim

Ketua Bahagian Umno Shah Alam Didakwa Seleweng Dana Anak Yatim

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 216 hits
SHAH ALAM Ketua UMNO Bahagian Shah Alam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas enam pertuduhan termasuk salah guna harta berjumlah RM440 000 bagi program korban perdana dan sumbangan pakaian sekolah anak yatim serta menggunakan ...
Adun Chini Umum Sedia Untuk Tanding Jawatan Timbalan Ketua Umno Pekan

Adun Chini Umum Sedia Untuk Tanding Jawatan Timbalan Ketua Umno Pekan

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 214 hits
nbsp PEKAN Ahli Dewan Undangan Negeri Chini Mohd Sharim Md Zain mengumumkan sedia bertanding bagi jawatan peringkat bahagian Pekan Jika 16 Februari lalu ADUN Bebar Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff menawarkan diri bertanding jawatan Ketu...
Ahli Politik Ph Yang Anti Lynas Bimbang Binaan Pdf Di Gebeng Tidak Kekal Lama

Ahli Politik Ph Yang Anti Lynas Bimbang Binaan Pdf Di Gebeng Tidak Kekal Lama

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 277 hits
KUALA LUMPUR Pemimpin Pakatan Harapan yang pernah menentang kilang Lynas menyambut baik pengumuman kerajaan baru baru ini untuk menuntut firma perlombongan Australia itu memindahkan kemudahan pemecahan dan larut lesap ke luar negara sebelum...
Untuk Buktikan Bersatu Tidak Sama Perangai Macam Umno Wan Saiful Mesti Letak Jawatan Ketua Penerangan

Untuk Buktikan Bersatu Tidak Sama Perangai Macam Umno Wan Saiful Mesti Letak Jawatan Ketua Penerangan

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 181 hits
Bersatu sering menggambarkan ia sebuah parti yang berbeza dengan UMNO Ketika sejumlah pemimpin UMNO didakwa di mahkamah Bersatu selalu berbangga ia memiliki pemimpin yang bersih dan tidak termasuk dalam kelompok kluster mahkamah Malah ketik...
Ketua Wanita Umno Shahrizat Lebih Berpeluang Menang

Ketua Wanita Umno Shahrizat Lebih Berpeluang Menang

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 155 hits
Shahbudin Husin Sebelum ini saya pernah menulis yang menyatakan daripada Shahrizat Jalil memimpin kembali Wanita UMNO lebih baik pergerakan itu diketuai oleh Azalina Othman Said Dengan rekod pernah mengetuai Puteri UMNO serta berprestasi ag...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias