Jangan Harap Guna Kes Mahkamah Bersatu Untuk Menang Prn Umno Diberitahu




Parti itu patut menumpukan kepada usaha pulih daripada persengketaan dalaman, kata ahli akademik.
Reshna Reem Ganesan - 23 Feb 2023, Selain Wan Saiful Wan Jan daripada Bersatu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah.PETALING JAYA: Seorang ahli akademik memberikan peringatan kepada Umno agar tidak berharap keuntungan dari segi politik susulan pendakwaan terhadap pemimpin Bersatu berhubung rasuah.
Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya memberitahu FMT, beliau tidak rasa dakwaan itu akan membawa banyak perbezaan kepada peluang Umno pada PRN akan datang.
Beliau berkata, Umno harus menumpukan kepada usaha untuk pulih daripada persengketaan dalaman dan tidak bergantung kepada masalah pesaingnya.
“Kes mahkamah Bersatu tidak akan banyak memberi manfaat kepada Umno,” katanya.
“Umno mesti berusaha memperkukuh kepimpinannya dan memastikan ia bebas daripada proksi, khususnya mereka yang pro-Perikatan Nasional (PN).”
Awal bulan ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun Bersatu berhubung siasatan ke atas dakwaan penyelewengan dana yang dimaksudkan untuk pakej rangsangan Covid-19.
Semalam, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan melepaskan jawatannya selepas didakwa menerima rasuah RM6.9 juta dan meminta suapan dengan jumlah yang tidak dinyatakan berhubung projek jalan raya RM232 juta berkaitan dengan program Jana Wibawa.
Turut didakwa, Timbalan Ketua Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, yang minta dibicarakan kerana meminta dan menerima rasuah RM500,000, juga dikaitkan dengan Jana Wibawa.
Awang Azman berkata, Wan Saiful, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, meletak jawatan kerana mungkin merasakan parti itu perlu mempertahankan pendirian anti-rasuahnya.
“Bersatu sebelum ini mendakwa ia bersih, tetapi kejadian yang didedahkan berlaku telah mencemarkan imejnya,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, selagi tuduhan rasuah tidak melibatkan ahli PAS, PN masih boleh mengekalkan sokongan pada PRN disebabkan jentera pilihan raya PAS.
James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania memberitahu FMT, beliau tidak dapat menyatakan dengan pasti sama ada kes rasuah Bersatu akan menguntungkan Umno pada PRN.
Beliau berkata, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah.
“Jika Umno berkempen menggunakan tuduhan-tuduhan terhadap Bersatu ini, Bersatu boleh dengan mudah melemparkannya kembali kepada Umno. Jadi tidak jelas sama ada ini akan menguntungkan Umno,” katanya.
Chin juga berkata, beliau percaya keputusan Wan Saiful berundur sebagai ketua penerangan Bersatu adalah untuk melindungi parti dan memberikan tumpuan kepada tuduhan rasuahnya.
Peletakan jawatan itu, katanya, tidak mengejutkan kerana tidak elok apabila ketua penerangan, individu yang menjadi tumpuan umum, menghadapi tuduhan rasuah.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/jangan-harap-guna-kes-mahkamah-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Kelantan Bersatu Tanding Lapan Kerusi Dun Dikuasai Umno

Prn Kelantan Bersatu Tanding Lapan Kerusi Dun Dikuasai Umno

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 101 hits
agendaily com09 02 2023Bersatu tanding lapan kerusi DUN pada PRN Kelantan Bersatu akan bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri di Kelantan yang tujuh daripadanya sekarang ini disandang oleh wakil rakyat daripada UMNO pada Pilihan R...
Wan Saiful Akan Didakwa Di Mahkamah Esok Kes Jana Wibawa

Wan Saiful Akan Didakwa Di Mahkamah Esok Kes Jana Wibawa

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 41 hits
Alyaa Alhadjri Hariz MohdSPRM dijangka akan mendakwa Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan esok ketika agensi itu menyiasat kewangan parti Sumber SPRM mengesahkan ahli parlimen Tasek Gelugor itu telah ditahan dan akan didakwa di mahka...
Untuk Buktikan Bersatu Tidak Sama Perangai Macam Umno Wan Saiful Mesti Letak Jawatan Ketua Penerangan

Untuk Buktikan Bersatu Tidak Sama Perangai Macam Umno Wan Saiful Mesti Letak Jawatan Ketua Penerangan

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 66 hits
Bersatu sering menggambarkan ia sebuah parti yang berbeza dengan UMNO Ketika sejumlah pemimpin UMNO didakwa di mahkamah Bersatu selalu berbangga ia memiliki pemimpin yang bersih dan tidak termasuk dalam kelompok kluster mahkamah Malah ketik...
Punca Anak Mp Bersatu Bertanding Umno Tersebar

Punca Anak Mp Bersatu Bertanding Umno Tersebar

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 139 hits
Punca Anak MP Bersatu Bertanding Umno Tersebar Anak kepada pemimpin Bersatu Ikmal Hazlan Ikmal Hisham menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan Ikmal Hazlan yang juga anak kepada Ahl...
Peguam Mahkamah Tergesa Gesa Dalam Kes Rayuan Src Najib

Peguam Mahkamah Tergesa Gesa Dalam Kes Rayuan Src Najib

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 79 hits
malaysiakini comMahkamah Persekutuan tergesa gesa semasa perbicaraan rayuan kes rasuah SRC International membabitkan penyelewengan RM42 juta oleh Najib Razak tahun lalu dakwa peguam utama bekas perdana menteri itu Muhammad Shafee Abdullah m...
Pas Funding Bersatu Where S The Money From Asks Umno Leader

Pas Funding Bersatu Where S The Money From Asks Umno Leader

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 159 hits
An Umno leader has asked where PAS is getting its money from to finance Bersatu s state elections campaign Umno information chief Isham Jalil also reminded the Islamist party that it had once said that it does not have enough money to addre...
Bn Guna Lambang Sendiri Pada Prn Kata Zahid

Bn Guna Lambang Sendiri Pada Prn Kata Zahid

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 102 hits
freemalaysiatoday com 23 Feb 2023 6 05pmPengerusi BN itu berkata pembahagian kerusi masih dibincangkan dengan parti dalam kerajaan perpaduan Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun menjalin kerjasama dengan parti dalam kerajaan perpaduan calon ...
Ctah Minuman Tenaga Formulasi Dari Bahan Organik

Berlumba Lumba Pergi Umrah Masjid Di Kampung Sunyi Pendakwah

Bagaimana Bank Buat Duit Dengan Hanya Menguruskan Transaksi Duit Orang Sahaja

Drama Seofis

Lg Presents Its Vision To Become Media And Entertainment Platform Company

Ketahui Fakta Cara Dan Tips Penjagaan Bunga Siti Zubaidah

Revolutionizing Design Cloud Cad Vs Traditional Cad

Radang Paru Paru Jadi Punca Bapa Pu Amin Meninggal Dunia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Autumn In My Heart Korea Yang Diadaptasi Ke Siri Luruhnya Bunga Cinta

8 Perkara Boleh Dikorbankan Dalam Menjaga Bajet Kewangan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod From Saga With Love Viu

Apa Itu Wabak X dan Adakah Rakyat Malaysia Perlu Bimbang

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10


Majikan Potong Gaji Pekerja Terperangkap Dalam Lif Pejabat

Klinik Swasta Ambil Bahagian Jadi Klinik Panel Spm Ppim Sinar Harian 29 09 2023

Telefilem Kau Langit Aku Laut

Netflix Umum Musim Ketiga Alice In Borderland

Eurusd H4 Meningkat Ke Arah Rintangan 1

Ceramah Perdana Rasullullah Di Hatiku Ustaz Don Daniyal