Prn Sabah Bekas Sekutu Bn Mahu Bertanding Sendirian



Bekas parti komponen BN Parti Liberal Demokratik (LDP) mengumumkan tidak akan bekerjasama dengan Umno, sebaliknya akan menggunakan bendera sendiri untuk bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 26 September nanti.
Ini bermakna, BN akan berdepan lebih banyak saingan dalam PRN ini apabila sekutunya dulu memilih untuk turut bertanding sebagai kuasa ketiga.
Sebelum ini, Parti Bersatu Sabah (PBS) turut mengumumkan akan menggunakan logo sendiri selepas 16 tahun.
Bercakap kepada Malaysiakini, Presiden LDP Chin Su Phin berkata, parti itu tidak akan bekerjasama dengan Umno sekali lagi, tidak kira apa pun keputusan PRN itu nanti.
Sejak keluar daripada BN pada Mei 2018, katanya, LDP sudah bergerak ke depan menjadi parti bebas berbilang bangsa di Sabah dan mahu menyediakan pilihan alternatif buat rakyat Sabah.
Oleh yang demikian, tambahnya, parti itu nekad untuk tidak lagi berpaling bagi memberikan sokongan buat Umno dan BN.
“Rakyat kecewa dengan keadaan sekarang, jadi kami akan jadi kuasa ketiga. Kami akan sediakan alternatif buat mereka.
“Kalau kita menang kerusi pun, kita takkan bekerjasama dengan Umno,” katanya dipetik.
Chin menjangkakan PRN akan menyaksikan persaingan sengit memandangkan banyak parti dijangka turut bertanding.
Disoal apakah LDP akan berganding bahu dengan parti-parti lain bagi meluaskan pengaruhnya, dia berkata hal itu boleh diputuskan selepas PRN.
“Mungkin ada sehingga enam atau tujuh parti bertanding di satu kerusi. Saya fikir, semua ini (kerjasama dengan parti lain) bolehlah ditentukan selepas ini,” katanya.
Chin mendedahkan bahawa partinya mengambil keputusan untuk bertanding di sekurang-kurangnya separuh kerusi DUN, iaitu kira-kira 35 ke 40 kerusi.
“(Agihan kerusi) sudah hampir selesai, tetapi kami tak boleh bagitahu media lagi, kami akan umum semasa hari penamaan calon,” tambahnya.
Menurut Chin, bekas ketua menteri Chong Kah Kiat, yang juga bekas presiden LDP, akan mengepalai parti itu dalam PRN kali ini.
Chin mengesahkan yang dia akan turut bertanding bersama Chong. Tambahnya, LDP tidak hanya akan fokus kepada kerusi tradisi majoriti Cina, tetapi juga di kawasan majoriti bumiputera Kadazan seperti Keningau, Beaufort dan Kudat.
Dalam PRU lepas, LDP bertanding di satu kerusi parlimen dan empat kerusi DUN tetapi kalah di semua kerusi, menyebabkannya keluar daripada BN selepas PH menjadi kerajaan pusat.
Buat masa ini, BN Sabah terdiri daripada Umno, MCA, MIC, dan PBRS, memandangkan Upko dan Gerakan telah keluar daripada gabungan.
PBS turut keluar daripada BN selepas PRU 2018, tetapi parti itu kini menjadi sekutu Perikatan Nasional (PN) yang kini merupakan kerajaan pusat. Presidennya Maximus Ongkili menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).
Bagaimanapun, tidaklah diketahui sama ada PBS akan turut terlibat dalam rundingan agihan kerusi PN atau tidak untuk PRN ini.
Pada 30 Julai, penyandang Ketua Menteri Shafie Apdal mengumumkan PRN mengejut di Sabah selepas Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin membubarkan DUN Sabah atas nasihatnya.
Ini selepas Adun Sungai Sibuga Musa Aman mendakwa memperoleh cukup sokongan daripada Adun-Adun bagi membentuk kerajaan negeri yang baru.
Susulan pembubaran itu, Musa dan 32 Adun lain, pada 6 Ogos, memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Yang di-Pertua Negeri Sabah itu.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menetapkan 21 Ogos ini bagi membuat keputusan sama ada keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan DUN pada 30 Julai, boleh diadili.
Mahkamah membenarkan permohonan plaintif untuk penangguhan memandangkan terdapat perkara baru (new points) yang dikemukakan oleh Peguam Negeri Sabah.
Berdasarkan peguam plaintif, Fuad Tengku Ahmad, dia akan menyerahkan jawapan bertulis terhadap perkara-perkara tersebut pada Rabu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September sebagai tarikh PRN manakala tarikh penamaan calon pula pada 12 September.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29286

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Cinta Sabah Akan Bergerak Sendiri Hadapi Prn Kata Anifah

Parti Cinta Sabah Akan Bergerak Sendiri Hadapi Prn Kata Anifah

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 393 hits
Parti Cinta Sabah akan bergerak bersendirian dalam menghadapi pilihan raya negeri nanti dan bakal melancarkan manifestonya dalam tempoh terdekat kata Presidennya Datuk Seri Anifah Aman Beliau berkata parti itu sedang menentukan calon terbai...
Wan Fayhsal Bendera Biru Gelap Pn Akan Diguna Di Prn Sabah

Wan Fayhsal Bendera Biru Gelap Pn Akan Diguna Di Prn Sabah

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 415 hits
Calon Ketua Armada Nasional Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata bendera Perikatan Nasional akan digunakan bagi Pilihan Raya Negeri akan berlangsung tidak lama lagi Kata timbalan menteri belia dan sukan itu bendera tersebut akan berwar...
Spr Ambil Serius Sop Norma Baru Covid 19 Di Prn Sabah

Spr Ambil Serius Sop Norma Baru Covid 19 Di Prn Sabah

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 389 hits
Norma baru dan pematuhan prosedur operasi standard adalah antara keutamaan dan mesti diambil serius oleh semua pihak pada Pilihan Raya Negeri Sabah bulan depan bagi mengelakkan penularan wabak Covid 19 Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan...
Gula Gula Prn Sabah Pemberian Geran Tanah Pbs Warisan Berbalah

Gula Gula Prn Sabah Pemberian Geran Tanah Pbs Warisan Berbalah

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 308 hits
Parti Bersatu Sabah dan Warisan saling berbalah mengenai siri jelajah Mohd Shafie Apdal yang menyaksikan ketua menteri Sabah itu menyerahkan geran tanah kepada Orang Asal Setiausaha Agung PBS dan Adun Tamparuli Jahid Jahim mendakwa Shafie m...
Kunci Utama Dalam Prn Sabah

Kunci Utama Dalam Prn Sabah

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 239 hits
APABILA keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 diumumkan pada Mei 2018 mana mana parti ketika itu sama ada Barisan Nasional mahupun Warisan serta sekutunya Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik tidak memperoleh jumlah majoriti yang...
Prn Sabah Tidak Akan Berlaku

Prn Sabah Tidak Akan Berlaku

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 417 hits
Prn sabahDua peristiwa penting bakal berlaku pada 17 Ogos ini dijangka mendorong kepada jangkaan Pilihan Raya Negeri Sabah tidak mungkin diadakan Pertama Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan membuat keputusan sama ada tindakan Yang di Pertua ...
Pn Bincang Guna Satu Logo Pada Prn Sabah

Pn Bincang Guna Satu Logo Pada Prn Sabah

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 284 hits
GABUNGAN parti di bawah Perikatan Nasional akan membincangkan untuk menggunakan satu logo ketika bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah nanti Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata perkara itu hanya ...
8 Adun Sabah Intai Talian Hayat Bertanding Atas Tiket Umno

8 Adun Sabah Intai Talian Hayat Bertanding Atas Tiket Umno

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 252 hits
KOTA KINABALU Lapan wakil rakyat Sabah yang bertukar parti dari UMNO ke Parti Warisan Sabah dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu selepas Pilihan Raya Umum ke 14 kini didakwa mencari talian hayat untuk kembali menyertai UMNO Menur...
Guane Hj Hadi Kata Nok Bertanding Parlimen Sabah

Guane Hj Hadi Kata Nok Bertanding Parlimen Sabah

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 275 hits
Via WhatsApp Parlimen dah bubar ke oooii Pilihan Raya Negeri hanya libatkan kerusi DUN shj Tiada kerusi Parlimen pun Yang Lebai Hadi PAS kemaruk sgt nak bertanding kerusi Parlimen kat PRN Sabah tu kenapa Ker nak habis sapu semuanya Berat66 ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat