Prn Sabah Tidak Akan Berlaku


Prn sabahDua peristiwa penting bakal berlaku pada 17 Ogos ini dijangka mendorong kepada jangkaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak mungkin diadakan.
Pertama, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan membuat keputusan sama ada tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu boleh dibicarakan di mahkamah atau tidak.
Seterusnya mahkamah berkenaan akan membuat keputusan sama ada tindakan Tun Juhar Mahiruddin memperakukan pembubaran DUN itu, mengikut undang-undang atau tidak.
Menurut penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff, Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh yang mewakili kerajaan Sabah berhujah, tindakan Tuan Yang Terutama (TYT) itu tidak boleh dicabar di mahkamah.
Bagaimanapun, katanya, Peguam Tengku Fuad Ahmad yang mewakili Tan Sri Musa Aman dan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhujah, tindakan Yang di-Pertua Negeri Sabah itu boleh dicabar.
Keduanya, kata Dr. Kamarul Zaman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRN Sabah, khususnya penetapan hari penamaan calon dan pengundian pada jam 9 pagi hari sama di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu.
“Jika Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membuat keputusan tindakan Jun Juhar membubarkan DUN Sabah boleh dibicarakan di mahkamah dan bercanggah dengan undang-undang, maka PRN Sabah pastilah tidak perlu dilangsungkan.
“Terdapat asas kuat memungkinkan hujah bahawa tindakan TYT itu boleh dibicarakan di mahkamah dan hujah bahawa tindakan itu bercanggah dengan undang-undang diterima oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
“Begitupun, sama-sama kita tunggu apa yang bakal berlaku seterusnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menetapkan 17 Ogos ini untuk penjelasan atau keputusan permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Musa dan 32 ADUN berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke-15.
Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim yang menetapkan tarikh itu juga mengarahkan Jabatan Peguam Negara memfailkan hujahan mereka selewat-lewatnya pada 10 Ogos ini dan dibalas oleh pemohon pada 12 Ogos.
Pada 4 Ogos lalu, Musa dan ADUN yang bersekutu dengannya telah mengemukakan permohonan ex-parte mereka melalui Tetuan FT Ahmad & Co, Peguambela & Peguamcara yang menamakan Tun Juhar Mahiruddin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, SPR dan kerajaan negeri, masing-masing sebagai responden pertama, kedua, ketiga dan keempat.
DUN Sabah dibubarkan pada 30 Julai lalu, yang diumumkan Mohd Shafie pada sidang media setelah permohonan pembubaran itu diperakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah. – MalaysiaGazette
The post PRN Sabah tidak akan berlaku? appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/08/prn-sabah-tidak-akan-berlaku/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Mahu Tanding 45 Daripada 73 Kerusi Di Prn Sabah

Bersatu Mahu Tanding 45 Daripada 73 Kerusi Di Prn Sabah

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 294 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan meletakkan calon di 45 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Sabah Hasrat tersebut disuarakan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan hari ini Kita s...
Prn Sabah Bersatu Umum Tanding 45 Kerusi Umno Kata Jangan Mimpi

Prn Sabah Bersatu Umum Tanding 45 Kerusi Umno Kata Jangan Mimpi

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 459 hits
Hari ini Ketua PPBM Sabah berkata akan bertanding 45 kerusi dari 73 DUN yang bakal dipertandingkan pada Pilihanraya Negeri Sabah kelak Dua perkataan Jangan Mimpi Cadangan kepada PPBM Sabah Kalau nak bersahabat dengan UMNO buat cara bersahab...
Risiko Dan Belanja Prn Sabah

Risiko Dan Belanja Prn Sabah

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 440 hits
ROHAYUDIN YAACOPRakyat bakal mengambil risiko terhadap jangkitan Covid 19 disamping perbelanjaan yang tinggi untuk pilihanraya Apa jaminan wakil wakil rakyat tidak akan melompat ke sana sini lagi Rakyat yg rugi Norma baru dalam sistem polit...
73 Kerusi Dipertandingkan Pada Prn Sabah

73 Kerusi Dipertandingkan Pada Prn Sabah

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 349 hits
73 kerusi dipertandingkan pada PRN Sabah Dikemas kini 21 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Aug 2020 2 44PM
Prn Sabah Pembaziran Wang Kerana Shafie Gila Kuasa

Prn Sabah Pembaziran Wang Kerana Shafie Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 341 hits
DUN Sabah sudah pun dibubarkan oleh TYT Negeri Sabah atas desakan Shafie Apdal Shafie Apdal sudah maklum bahawa beliau tidak lagi mempunyai majoriti di Dun Sabah Sepatutnya TYT berjumpa pihak yang mempunyai majoriti dan membuat keputusan te...
Gula Gula Prn Sabah Pemberian Geran Tanah Pbs Warisan Berbalah

Gula Gula Prn Sabah Pemberian Geran Tanah Pbs Warisan Berbalah

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 299 hits
Parti Bersatu Sabah dan Warisan saling berbalah mengenai siri jelajah Mohd Shafie Apdal yang menyaksikan ketua menteri Sabah itu menyerahkan geran tanah kepada Orang Asal Setiausaha Agung PBS dan Adun Tamparuli Jahid Jahim mendakwa Shafie m...
Umno Sabah Tentukan Calon Prn

Umno Sabah Tentukan Calon Prn

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR UMNO Sabah diberi kuasa autonomi sepenuhnya dalam membuat persiapan dan menentukan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sabah Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata sejurus pengumuman dan pengesahan rasmi Istana Neger...
Prn Sabah Beri Parti Yang Lebih Kuat Untuk Bertanding Annuar Musa

Prn Sabah Beri Parti Yang Lebih Kuat Untuk Bertanding Annuar Musa

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 320 hits
Umno membayangkan kesanggupan parti itu memberikan laluan kepada Bersatu untuk bertanding di mana mana kerusi dewan undangan negeri di Sabah dalam pilihan raya negeri akan datang Pada masa sama pemimpinnya berkata BN juga berhak berbuat sep...
Kos Prn Sabah Dijangka Berganda Kata Takiyuddin

Kos Prn Sabah Dijangka Berganda Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 333 hits
Pilihan raya negeri Sabah dijangka akan menelan kos lebih besar berikutan pandemik COVID 19 dan langkah yang perlu diambil bagi mencegahnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata peruntukan akan bertambah berikutan pro...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp