Spr Ambil Serius Sop Norma Baru Covid 19 Di Prn Sabah


Norma baru dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) adalah antara keutamaan dan mesti diambil serius oleh semua pihak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom berkata penambahbaikkan terhadap SOP pengendalian pilihan raya dalam situasi Covid-19 akan dilakukan berasaskan keadaan semasa di Sabah yang menyaksikan pilihan raya negeri ke-16 melibatkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan.
Berbekal pengalaman mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini, Pahang pada awal Julai dan Slim, Perak pada 29 Ogos sewaktu negara berdepan wabak Covid-19, beliau berkata SPR giat melakukan persiapan bagi mengendalikan pilihan raya Sabah dengan memastikan protokol kesihatan dan keselamatan bagi proses pilihan raya itu berjalan lancar.
“Di Sabah mungkin berbeza… hari penamaan calon belum tiba lagi dan kita tiada kuasa lagi ketika ini. Apabila kempen bermula, ia akan berbeza berasaskan situasi di Sabah sendiri.
“Saya harap rakyat sedar bahawa ketika ini paling penting adalah keselamatan orang ramai,” katanya dalam wawancara bersama Bernama di Putrajaya.
Azmi berkata aspek terpenting adalah calon, jentera parti serta pengundi mengutamakan keselamatan kesihatan dan kebersihan semasa menunaikan tanggungjawab demokrasi itu.
“Saya ingin tekankan di sini, bagi calon terlibat, SOP yang ada sekarang adalah terhad dari segi bilangan orang yang boleh datang mendengar ceramah, tempat ceramah juga mesti boleh dikawal. Ada pemeriksaan suhu orang ramai, nama dicatatkan bagi memudahkan pengesanan kontak.
“Maksimum 250 orang berasaskan keluasan tempat. Kalau tempat itu kecil bermakna bilangan (yang hadir) juga kecil. Tidak boleh bersalam dan berpeluk dengan orang ramai. Rombongan besar-besaran seperti dulu tidak dibenarkan. Ini adalah norma baharu bagi setiap calon apabila mereka berkempen. Selagi Covid-19 masih ada, kita perlu prihatin,” tegas beliau.
PRN Sabah ditetapkan pada 26 Sept manakala hari pencalonan pada 12 Sept dan pengundian awal pada 22 Sept dengan sejumlah 1.12 juta pemilih berdaftar layak mengundi.
Bagi melancarkan hari pengundian, Azmi berkata SPR akan mengedar kad pengundi kepada semua pemilih berdaftar, yang antara lain mengandungi maklumat nama pengundi, pusat mengundi, saluran mengundi serta cadangan masa yang digalakkan datang untuk mengundi.
Sambil berharap pengundi dapat menuruti syor masa untuk menunaikan tanggungjawab mereka, beliau berkata tindakan itu akan membantu mengelakkan kesesakan di pusat-pusat mengundi.
“Kita ada pengalaman di PRK Chini dan setakat ini kami bersyukur tidak ada kluster Chini dikesan Covid-19, selepas ini PRK Slim. Banyak penambahbaikkan daripada aspek prosedur operasi standard yang dibincangkan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.
Menyentuh SOP bagi PRK Slim yang ditambah baik berbanding PRK Chini, Azmi berkata SPR memberi penekanan kepada kekerapan melakukan sanitasi sebaik pengundi memasuki tempat mengundi sehinggalah keluar dari kawasan mengundi.
Antara SOP berkenaan ialah, pengundi perlu mensanitasi tangan apabila mula memasuki kawasan pusat mengundi, menuju ke bilik mengundi, selepas mencelup jari dalam dakwat dan terakhir sebelum keluar dari bilik mengundi.
“Saya yakin dengan cara ini masa yang digunakan tidak akan melebihi masa biasa yang diambil SPR untuk jalankan PRK ketika tiada Covid-19. Pengalaman di PRK Chini dan PRK Slim akan digunakan di Sabah,” katanya.
Menegaskan bahawa SPR akan memastikan pengendalian pilihan raya mematuhi SOP ditetapkan MKN dan KKM serta disesuaikan mengikut keadaan semasa, Azmi berkata isu kesihatan awam menjadi keutamaan SPR.
“Kalau ada perubahan kita kena lebih tegas lagi, mungkin proses sanitasi dilakukan enam kali, mungkin kena juga pakai sarung tangan… ini adalah SOP kita dan kalau tiada perubahan yang serius, kita akan guna SOP ini di Sabah. Isu kesihatan awam ini sentiasa berubah dan kita harus berkebolehan untuk menyesuaikan dengan keadaan,” katanya.
Bagi mengendalikan PRN Sabah, yang dianggarkan memerlukan peruntukan RM186 juta, seramai 30,540 petugas dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya yang menyediakan 741 buah pusat mengundi dengan 2,540 saluran.
Azmi berkata sebanyak 332 saluran baharu disediakan termasuk saluran khusus buat lebih 12,000 warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
The post SPR: Ambil serius SOP, norma baru Covid-19 di PRN Sabah appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/23/spr-ambil-serius-sop-norma-baru-covid-19-di-prn-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Kehakiman Bubar Dun Sabah Spr Tetap Sedia Teruskan Prn

Semakan Kehakiman Bubar Dun Sabah Spr Tetap Sedia Teruskan Prn

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 420 hits
KOTA KINABALU Suruhanjaya Pilihan Raya tetap bersedia meneruskan Pilihan Raya Negeri meskipun terdapat permohonan semakan kehakiman dibuat terhadap keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom berka...
Rekor Tambah 3 003 Kasus Baru Covid 19 Di Indonesia Total Jadi 165 887

Rekor Tambah 3 003 Kasus Baru Covid 19 Di Indonesia Total Jadi 165 887

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 268 hits
Indonesia kembali mencatatkan penambahan kasus virus Corona COVID 19 sebanyak 3 003 kasus per 28 Agustus Ada wilayah yang melaporkan banyak kasus baru ada juga yang sama sekali tidak ada kasus Penambahan kasus per hari ini menjadi rekor ter...
11 Kes Baru Covid 19 Hari Ini

11 Kes Baru Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 491 hits
Sebanyak 11 kes baru Covid 19 dicatatkan hari ini berbanding 8 pesakit sembuh Ini menjadikan 9 038 pesakit pulih daripada keseluruhan 9 317 kes Covid 19 setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata hanya satu daripad...
Banyak Benda Yang Berubah Lepas Covid Semua Perlu Biasakan Diri Dengan Norma Baharu

Banyak Benda Yang Berubah Lepas Covid Semua Perlu Biasakan Diri Dengan Norma Baharu

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 438 hits
Banyak benda yang telah berubah sejak wabak Covid melanda dunia Walaubagaimanapun kita semua perlu biasakan diri dengan norma baharu agar wabak ini tidaklah berleluasa dengan mudah sementara vaksin untuk merawat masih belum dijumpai lagi Pe...
Keadilan Guna Logo Sendiri Di Prn Sabah Tahniah

Keadilan Guna Logo Sendiri Di Prn Sabah Tahniah

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 411 hits
Logo adalah isu kecil Apa yang penting adalah penyatuan tolak ansur dan kerjasama di antara Keadilan dan Warisan Penyokong Keadilan mengenali logo Keadilan begitu juga sebaliknya untuk penyokong Warisan Tempat Warisan bertanding gunakan saj...
Bayi Baru Lahir Di Probolinggo Terkonfirmasi Positif Covid 19

Bayi Baru Lahir Di Probolinggo Terkonfirmasi Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 249 hits
Menurutnya sebanyak sembilan orang terkonfirmasi positif Covid 19 itu masuk ke dalam Klaster Pelangi karena penularannya terjadi secara horizontal dan tidak jelas sumbernya dari mana
Anwar Ibrahim Pkr Muktamad Untuk Gnakan Lambang Sendiri Dalam Prn Sabah

Anwar Ibrahim Pkr Muktamad Untuk Gnakan Lambang Sendiri Dalam Prn Sabah

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 448 hits
PETALING JAYA PKR memutuskan untuk mengunakan lambang parti sendiri dalam pilihan raya negeri Sabah kata Anwar Ibrahim Presiden PKR itu berkata walaupun terdapat cadangan supaya PH dan Warisan menggunakan 1 lambang dalam menghadapi lawan na...
Penyanyi Jimmy Palikat Akan Tanding Di Tambunan Pada Prn Sabah

Penyanyi Jimmy Palikat Akan Tanding Di Tambunan Pada Prn Sabah

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 309 hits
Penyanyi kelahiran Sabah yang popular dengan lagu Anak Kampung Jimmy Palikat akan bertanding di kerusi Tambunan pada Pilihan Raya Negeri 26 Sept ini Katanya keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan keluarga dan mendapat restu bapanya ...
Kekal Bersatu Hadapi Prn Sabah Atau Berdepan Kekalahan Tok Mat

Kekal Bersatu Hadapi Prn Sabah Atau Berdepan Kekalahan Tok Mat

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 377 hits
Umno Sabah hari ini diminta bersatu bagi memastikan parti memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Negeri September ini Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata soal siapa yang mengetuai jentera PRN Sabah tidak penting kerana ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord