Wan Fayhsal Bendera Biru Gelap Pn Akan Diguna Di Prn Sabah


Calon Ketua Armada Nasional Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata bendera Perikatan Nasional (PN) akan digunakan bagi Pilihan Raya Negeri (Sabah) akan berlangsung tidak lama lagi.
Kata timbalan menteri belia dan sukan itu, bendera tersebut akan berwarna biru gelap dengan tulisan “Perikatan Nasional”.
“Kita akan bertembung pertama kali dalam PRN Sabah sebagai PN, saya dah bawa Armada Sabah untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin dan kita akan gunakan bendera kita.
“Bendera PN biru gelap dan juga ada tulisan Perikatan Nasional di PRN Sabah,” katanya dalam sebuah klip video yang tersebar di media sosial hari ini.
Wan Ahmad Fayhsal turut mendakwa bahawa PAS akan bersama-sama dengan blok PN meskipun Umno menolak untuk menyertai gabungan itu secara rasmi.
“Tidak mengapa lah Umno tidak mahu bersama kita tetapi PAS bersama kita,” katanya.
Malaysiakini sudah menghubunginya Wan Fayhsal dan pemimpin PAS untuk mendapatkan ulasan lanjut.
Pada 3 Ogos lalu, PAS menyatakan hasrat untuk bertanding di Sabah dan sudah memuktamadkan kerusi yang bakal ditandingi dalam PRN Sabah.
Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal itu hadir meskipun Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada 30 Julai berkata parti itu memutuskan untuk tidak menyertai PN secara rasmi dan sebaliknya akan terus memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan parti komponen BN yang lain.
Menurut Ahmad Zahid, sokongan kepada PN hanya berlandaskan sokongan anggota parlimen Umno dan BN di Dewan Rakyat dan Adun di peringkat negeri.
Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal juga berkata bahawa PRN Sabah akan menjadi penentu kepada pelaksanaan pilihan raya mengejut.
Sekali gus, tambahnya, ia juga akan menjadi penentu kepada kekuatan PN dan Bersatu.
“[…] Kalau kita menang PRN Sabah, pilihan raya boleh dibuat yang mungkin paling awal bulan 10 paling lewat bulan 2 mengikut kiraan peribadi saya,” katanya lagi.
DUN Sabah dibubarkan oleh Yang Dipertua Negeri Juhar Mahiruddin pada 30 Julai lalu selepas
Susulan tekanan politik pihak pembangkang di negeri itu yang menyaksikan wakil rakyat lompat parti, Ketua Menteri Negeri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai memaklumkan Yang Dipertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin terlah memberi perkenan untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN Sabah.
MK
The post Wan Fayhsal: Bendera ‘biru gelap PN’ akan diguna di PRN Sabah appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/10/wan-fayhsal-bendera-biru-gelap-pn-akan-diguna-di-prn-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Bincang Guna Satu Logo Pada Prn Sabah

Pn Bincang Guna Satu Logo Pada Prn Sabah

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 294 hits
GABUNGAN parti di bawah Perikatan Nasional akan membincangkan untuk menggunakan satu logo ketika bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah nanti Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata perkara itu hanya ...
Prn Sabah Mesyuarat Khas Spr 2 Minggu Lagi

Prn Sabah Mesyuarat Khas Spr 2 Minggu Lagi

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 396 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas dalam masa 2 minggu lagi Menurut Timbalan Pengerusi SPR DR Azmi Sharom PRN Sabah memerlukan lebih masa dan tidak boleh terburu buru kerana ia membabitkan satu negeri dan tidak sama den...
Prn Sabah Pertembungan Antara Kekuatan Bn Dan Ketamakan Ppbm Akan Menyaksikan Pertembungan 3 Penjuru

Prn Sabah Pertembungan Antara Kekuatan Bn Dan Ketamakan Ppbm Akan Menyaksikan Pertembungan 3 Penjuru

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 399 hits
31 Julai 2020 TYT Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin telah memperkenankan perrmintaan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah yang sekali gus akan menyaksikan Pilihanraya Negeri Sabah akan diadakan dala...
Prn Sabah Tidak Akan Berlaku

Prn Sabah Tidak Akan Berlaku

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 429 hits
Prn sabahDua peristiwa penting bakal berlaku pada 17 Ogos ini dijangka mendorong kepada jangkaan Pilihan Raya Negeri Sabah tidak mungkin diadakan Pertama Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan membuat keputusan sama ada tindakan Yang di Pertua ...
Parti Cinta Sabah Akan Bergerak Sendiri Hadapi Prn Kata Anifah

Parti Cinta Sabah Akan Bergerak Sendiri Hadapi Prn Kata Anifah

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 402 hits
Parti Cinta Sabah akan bergerak bersendirian dalam menghadapi pilihan raya negeri nanti dan bakal melancarkan manifestonya dalam tempoh terdekat kata Presidennya Datuk Seri Anifah Aman Beliau berkata parti itu sedang menentukan calon terbai...
Gula Gula Prn Sabah Pemberian Geran Tanah Pbs Warisan Berbalah

Gula Gula Prn Sabah Pemberian Geran Tanah Pbs Warisan Berbalah

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 314 hits
Parti Bersatu Sabah dan Warisan saling berbalah mengenai siri jelajah Mohd Shafie Apdal yang menyaksikan ketua menteri Sabah itu menyerahkan geran tanah kepada Orang Asal Setiausaha Agung PBS dan Adun Tamparuli Jahid Jahim mendakwa Shafie m...
Menjelang Prn Shafie Jelajah Sabah Untuk Rasuah Geran Tanah Adat

Menjelang Prn Shafie Jelajah Sabah Untuk Rasuah Geran Tanah Adat

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 266 hits
Menjelang pilihan raya negeri Sabah Ketua Menteri sementara Sabah Mohd Shafie Apdal menjelajah negeri itu sejak beberapa hari lalu untuk menyerahkan pemilihan hak tanah kepada penduduk Pemberian geran tanah adat negeri kepada masyarakat bum...
Pru15 Diadakan Serentak Dengan Prn Sabah Sarawak Kata Sumber

Pru15 Diadakan Serentak Dengan Prn Sabah Sarawak Kata Sumber

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 439 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan Pilihan Raya Umum ke 15 dalam masa terdekat Menurut sumber terdekat dengan UMNO yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi ia bagi membolehkan PRU15 di jalankan serentak dengan pi...
Prn Sabah Beri Parti Yang Lebih Kuat Untuk Bertanding Annuar Musa

Prn Sabah Beri Parti Yang Lebih Kuat Untuk Bertanding Annuar Musa

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 342 hits
Umno membayangkan kesanggupan parti itu memberikan laluan kepada Bersatu untuk bertanding di mana mana kerusi dewan undangan negeri di Sabah dalam pilihan raya negeri akan datang Pada masa sama pemimpinnya berkata BN juga berhak berbuat sep...
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ceramah Ramadhan Hari Ke 1 Merespon Ayat Puasa Ramadhan

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tuition Teacher Found Dead In Pool Of Blood With Slash Wounds To Neck

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal