Kunci Utama Dalam Prn Sabah


APABILA keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diumumkan pada Mei 2018, mana-mana parti ketika itu sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun Warisan serta sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak memperoleh jumlah majoriti yang diperlukan bagi membentuk kerajaan di Sabah.
Maka dengan sebab itu, ‘Drama 1994’ berulang kembali dalam politik Sabah, cuma kali ini BN yang tumbang di tangan Warisan tetapi naratifnya tetap sama. Ada katak politik yang melompat, malah kali ini lebih hebat berbanding tahun 1994.
Kita tidak perlu mengulas tentang katak politik itu kerana ada persoalan besar di sebaliknya tentang bahayanya ketidakstabilan parti yang menjadi kerajaan disebabkan tidak mampu memperoleh majoriti besar pada pilihan raya.
Drama 1994 dan 2018 menjadi bukti kepada perkara tersebut. Sejak tahun 1995, BN tidak pernah gagal memperoleh majoriti dua per tiga dalam setiap pilihan raya sehingga PRU14. Malah, ketika tsunami politik tahun 2008 membadai negara, orang Sabah masih ‘tatap BN’ (tetap BN).
Namun, tanpa persediaan rapi dan mencukupi, agak sukar mana-mana parti untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, apatah lagi memperoleh 2/3 majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.
Beberapa perkara jika boleh dilakukan dengan sebaiknya dan mampu menjadi kunci utama PRN kali ini, antaranya pembentukan pakatan strategik, calon Ketua Menteri yang berwibawa serta premis yang bakal dijaja sepanjang berkempen kelak.
Pakatan strategik jelas kunci pertama yang perlu dilakukan kerana hampir mustahil bagi mana-mana parti memenangi PRN Sabah secara bersendirian.
Setakat ini, Warisan lebih terkehadapan dan stabil berbanding Perikatan Nasional (PN). Warisan bersama sekutunya dilihat sepakat dalam aspek menentukan kerusi dan calon yang bertanding.
Berbanding PN, nampaknya UMNO dan Bersatu masih belum ada kesepakatan dalam hal itu, malah ada kebarangkalian bertembung sesama sendiri jika ia tidak cepat dimuktamadkan.
PN juga harus menggunakan rakan-rakannya yang lain bagi memenangi kerusi-kerusi bandar dan kawasan majoriti Cina.
Untuk rekod, pada PRU14, kesemua calon Cina yang dipertaruhkan BN daripada MCA, LDP, Gerakan dan PBS tewas di tangan PKR, DAP atau Warisan.
Mengharapkan PN menang di kerusi-kerusi tradisi bumiputera Islam sahaja adalah tidak bijak kerana Warisan juga mempunyai kekuatannya yang tersendiri terutama di sebelah Pantai Timur Sabah.
Siapa bakal Ketua Menteri juga menjadi prospek kedua. Pentingnya hal itu sehinggakan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sendiri ketika mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Julai lalu menyebut secara sarkastik kepada rakyat Sabah agar pilihlah siapa antara figura ini: Tan Sri Musa Aman, Datuk Seri Bung Moktar, Datuk Seri Hajiji atau beliau sebagai Ketua Menteri.
Setakat ini, PN masih belum mampu mengemukakan siapa calon Ketua Menteri mereka, namun kelebihan PN sebagai kerajaan pada peringkat Persekutuan sudah pasti menguntungkan Sabah.
Terakhir, premis yang bakal ditawarkan juga menjadi faktor penentu.
Dengan keadaan ekonomi yang bakal suram dan tidak menentu disebabkan pandemik Covid-19, kemampuan mana-mana parti untuk menawarkan sesuatu yang baharu terutama dalam aspek pembangunan dan ekonomi rakyat – peluang pekerjaan, peluang mendapatkan pendidikan dan kemahiran, bantuan kewangan, kemudahan dan sokongan akan menjadi pilihan.
* Mujibu Abd Muis ialah Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM)
The post Kunci utama dalam PRN Sabah appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/15/kunci-utama-dalam-prn-sabah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Calon Km Akan Ditentukan Jika Bn Menang

Prn Sabah Calon Km Akan Ditentukan Jika Bn Menang

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Calon Ketua Menteri Sabah hanya akan ditentukan sekiranya Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri itu bulan depan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ketika ini BN memfoku
Bung Ketuai Jentera Prn Sabah Presiden Terlanggar Autonomi Umno Sabah

Bung Ketuai Jentera Prn Sabah Presiden Terlanggar Autonomi Umno Sabah

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 356 hits
Kuala Lumpur Autonomi UMNO Sabah telah dinanti nantikan oleh ahli UMNO Sabah dan rakyat Sabah secara amnya sejak sekian lama 2 Sentimen rakyat Sabah keseluruhannya mahukan parti parti politik di Sabah ditentukan hala tujunya oleh orang Saba...
Pas Papar Sasar Dun Pantai Manis Pada Prn Sabah

Pas Papar Sasar Dun Pantai Manis Pada Prn Sabah

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 455 hits
PAPAR PAS Bahagian Papar berhasrat bertanding di Dewan Undangan Negeri Pantai Manis pada Pilihan Raya Negeri akan datang Ketua Pemudanya Hendri Hamsah berkata usul itu sudah diluluskan mesyuarat agung tahunan PAS bahagian itu PAS Cawangan K...
Prn Sabah 26 September Ini

Prn Sabah 26 September Ini

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 399 hits
Pilihan Raya Negeri Sabah ke 16 di tetapkan pada 26 September 2020 manakala 12 September pula ditetapkan sebagai tarikh penamaan calon dan 22 September adalah tarikh mengundi awalTempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pe...
Teka Teki Prn Sabah Apa Bakal Berlaku Isnin Ini

Teka Teki Prn Sabah Apa Bakal Berlaku Isnin Ini

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 377 hits
DUN Sabah mungkin telah dibubarkan tetapi keputusan mengenai pilihan raya negeri masih lagi belum selesai Dua perkembangan besar akan berlaku pada hari Isnin Pertama tindakan undang undang untuk menghentikan pilihan raya kecil manakala satu...
Semakan Kehakiman Bubar Dun Sabah Spr Tetap Sedia Teruskan Prn

Semakan Kehakiman Bubar Dun Sabah Spr Tetap Sedia Teruskan Prn

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 428 hits
KOTA KINABALU Suruhanjaya Pilihan Raya tetap bersedia meneruskan Pilihan Raya Negeri meskipun terdapat permohonan semakan kehakiman dibuat terhadap keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom berka...
Bung Moktar Tak Layak Ketuai Prn Sabah Kata Rahman Dahlan

Bung Moktar Tak Layak Ketuai Prn Sabah Kata Rahman Dahlan

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 382 hits
PETALING JAYA Dua belas bahagian Umno di Sabah membantah pelantikan Bung Moktar Radin sebagai pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah bagi Barisan Nasional seperti diumumkan Ahmad Zahid Hamidi Ketua Umno Tuaran Abdul Rahman Dahlan yang mengetuai...
Prn Sabah Bekas Sekutu Bn Mahu Bertanding Sendirian

Prn Sabah Bekas Sekutu Bn Mahu Bertanding Sendirian

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 234 hits
Bekas parti komponen BN Parti Liberal Demokratik mengumumkan tidak akan bekerjasama dengan Umno sebaliknya akan menggunakan bendera sendiri untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Sabah pada 26 September nanti Ini bermakna BN akan berdep...
Penyanyi Jimmy Palikat Akan Tanding Di Tambunan Pada Prn Sabah

Penyanyi Jimmy Palikat Akan Tanding Di Tambunan Pada Prn Sabah

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 319 hits
Penyanyi kelahiran Sabah yang popular dengan lagu Anak Kampung Jimmy Palikat akan bertanding di kerusi Tambunan pada Pilihan Raya Negeri 26 Sept ini Katanya keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan keluarga dan mendapat restu bapanya ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi