Prn Parti Politik Jangan Sentuh Isu 3r Saifuddin


 


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi peringatan kepada parti politik yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) supaya tidak menyentuh isu sensitif melibatkan agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race).
Beliau berkata jika perkara sedemikian berlaku menjelang PRN tidak lama lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang dan boleh disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Mana-mana parti (politik) bebas memberikan apa jua pandangan berbeza tidak kira sama ada pandangan terhadap kerajaan yang memerintah sekarang asalkan tidak menyentuh aspek 3R.
“Berpolitik gaya 3R merupakan trend terkini yang saya lihat tidak ‘surut’ dan saya percaya ia akan berterusan menjelang PRN nanti,” katanya dalam sesi eksklusif editor media bersama Menteri Dalam Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini baru-baru ini.
Enam negeri yang akan mengadakan PRN ialah Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata tindakan sedemikian akan dipantau Pasukan Khas 3R yang ditubuhkan sejak Mac lepas.
“Saya percaya kepimpinan PDRM di bawah Tan Sri Razarudin Husain yang baru dilantik sebagai Ketua Polis Negara akan memberi tumpuan kepada trend berkenaan (politik gunakan isu 3R),” katanya.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai persiapan PRN di enam negeri berkenaan, beliau berkata PDRM sentiasa berada pada tahap bersiap siaga dan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi pilihan raya itu.
“SOP berkenaan antaranya memberi jaminan keselamatan terhadap rakyat yang keluar mengundi, selain memastikan tidak berlaku pelanggaran undang-undang khususnya pada PRN,” katanya.
- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/06/prn-parti-politik-jangan-sentuh-isu-3r.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kedah Pulau Pinang Jangan Main Suara Politik Picisan

Isu Kedah Pulau Pinang Jangan Main Suara Politik Picisan

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 217 hits
Pemimpin di negara ini perlu mempunyai ilmu sebelum menimbulkan sesuatu isu jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada isu Pulau Pinang milik Kedah yang dibangkitkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor b...
Dilabel Biawak Hidup Pemuda Mca Gesa Parti Tak Tanding Prn

Dilabel Biawak Hidup Pemuda Mca Gesa Parti Tak Tanding Prn

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 231 hits
Daniel Wa berkata MCA selama ini teguh bersama BN di saat saat sukar PETALING JAYA Seorang pemimpin Pemuda MCA mencadangkan partinya tidak bertanding pada PRN dan tidak membantu calon Barisan Nasional yang sombong selepas berkawan dengan DA...
Saranan Kepada Mahiaddin Jangan Jumpa Tun Mahathir Sehinggalah Prn Berakhir

Saranan Kepada Mahiaddin Jangan Jumpa Tun Mahathir Sehinggalah Prn Berakhir

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 181 hits
Shahbudin Hussin Kalau berjumpa nanti takut susah pula Muhyiddin nak menolak permintaan Tun Dr Dr Mahathir bin Mohamad agar diperuntukan sejumlah kerusi untuk penyokongnya dan juga untuk Pejuang yang dipimpin anaknya Mukhriz SARANAN KEPADA ...
Mat Sabu Fatwa Politik Pas Sentiasa Berubah Ahli Jangan Takut Ubah Undi

Mat Sabu Fatwa Politik Pas Sentiasa Berubah Ahli Jangan Takut Ubah Undi

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 271 hits
Hariz MohdAhli PAS tidak perlu takut untuk memberikan undi mereka kepada parti selain daripada parti Islam itu kata Presiden Amanah Mohamad Sabu Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata fatwa politik PAS sentiasa berubah dari se...
Prn Sifat Tidak Setia Pengundi Muda Buka Peluang Semua Parti Kata Ahli Akademik

Prn Sifat Tidak Setia Pengundi Muda Buka Peluang Semua Parti Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 249 hits
Pada PRU15 majoriti pengundi muda Melayu Islam menyokong Perikatan Nasional PETALING JAYA Sifat tidak setia pengundi muda membuka peluang kepada semua parti mendapatkan sokongan kelompok itu pada PRN menurut seorang ahli akademik yang turut...
Saifuddin Serbuan Lhdn Di Rumah Hamzah Langkah Politik Terdesak

Saifuddin Serbuan Lhdn Di Rumah Hamzah Langkah Politik Terdesak

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 222 hits
satuberita myBy June 16 2023Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Pahang Datuk Seri Saifuddin AbdullahSERBUAN Lembaga Hasil Dalam Negeri ke atas kediaman Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin malam semalam adalah tind...
Untuk Lebih Relevan Khairy Tak Sertai Mana Mana Parti Politik

Untuk Lebih Relevan Khairy Tak Sertai Mana Mana Parti Politik

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 363 hits
Untuk terus berjaya dan mengembangkan kariernya KJ harus ada keberanian seperti Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin yang tidak lagi berharap kepada UMNO setelah meninggalkan parti tersebut KEKAL TANPA PARTI WALAUPUN SOKONG PN TAK AKAN BAWA K...
Ribut Tropika Senyar Di Malaysia Fakta Terkini Impak Amaran Metmalaysia

Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Berbaloi Tak Beli Motor Guna Spaylater Motorcycle

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Seorang Guru Maut Selepas Kenderaan Yang Dipandu Rempuh Belakang Treler Di Kampung Pandan Kuantan Bypass Tengahari Tadi

Drama Good Boys Go To Heaven


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ahli Politik Punca Perpecahan Kaum Di Malaysia

Apa Itu Spot Uv Bagaimana Ia Jadikan Packaging Nampak Lebih Eksklusif

Hadiah Birthday

Kenapa Ada Yang Terus Membeli Sharifah Sakinah Seru Netizen Untuk Boikot Shein Terjebak Dalam Kontroversi Mengecewakan

Syukur Di Hujung Jalan Menghargai Perjalanan Hidup

Legenda Ironman Negara Razani Hussain Meninggal Dunia