Untuk Lebih Relevan Khairy Tak Sertai Mana Mana Parti Politik


 
Untuk terus berjaya dan mengembangkan kariernya, KJ harus ada keberanian seperti Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin yang tidak lagi berharap kepada UMNO setelah meninggalkan parti tersebut….

 

KEKAL TANPA PARTI, WALAUPUN SOKONG PN TAK AKAN BAWA KJ KE MANA-MANA 

 

Walaupun belum rasmi dan tidak sahih lagi kebenarannya, Khairy Jamaluddin yang semalam bertemu Mahiaddin Md Yasin dilaporkan akan kekal dengan pendirian tidak mahu menyertai mana-mana parti buat ketika ini.

 

Pun begitu, beliau dikatakan memberi komitmen kepada Mahiaddin untuk membantu PN dalam kempen PRN di enam negeri akan datang ini.

 

Pendirian itu difahamkan dimaklumkannya dalam pertemuan mereka semalam dan Mahiaddin diberitakan memahami serta menerima dengan baik pendirian bekas Menteri Kesihatan yang dipecat daripada UMNO itu.

 

Laporan mengenai pendirian KJ itu ada di sini – https://m.malaysiakini.com/news/669308

 

Dengan pendirian tersebut juga bermakna KJ tidak sedia untuk bertanding dalam PRN yang dijangka akhir Julai atau awal Ogos depan ini.

 

Walaupun merupakan hak KJ untuk membuat apa juga pilihan yang dirasakan terbaik buat dirinya, tetapi memilih tidak menyertai mana-mana parti bukanlah pilihan yang tepat buat beliau.

 

Untuk terus maju ke depan, KJ harus berani membuat pilihan dan seterusnya komited dengan pilihannya itu.

 

Lebih tidak tepat lagi pilihannya itu, jika ianya benar, ialah mahu berkempen membantu PN dalam PRN akan datang nanti.

 

Sekiranya PN menang dalam PRN nanti, di mana beliau mahu diletakkan susulan keputusannya tidak menyertai mana-mana parti dan tidak bertanding itu?

 

Sudah tentu hanya ahli parti dan mereka yang bertanding saja akan berolehi jawatan atau kedudukan setelah kemenangan dalam PRN diperolehi.

 

Lebih buruk lagi jika sekiranya PN kalah, terutama di Selangor misalnya, kehadiran KJ dalam kempen akan dianggap tidak bernilai dan tidak mampu mencetuskan gelombang ke arah kemenangan.

 

Beliau nantinya pasti akan dianggap tidak penting dan tiada harga di mata pengundi.

 

Dalam politik, memilih wadah perjuangan atau parti adalah penting dan boleh dikira syarat utama untuk berjaya.

 

Tanpa parti, sekadar popular begitu saja bolehlah, tetapi populariti itu tidak mampu membaww ke mana-mana.

 

Sebagaimana beliau tiada parti selepas dipecat daripada UMNO dan dirinya tidak pun ke mana-mana, keadaan KJ tidak akan berubah jika beliau tiada keberanian membuat pilihan menyertai parti lain atau menubuhkan parti baru.

 

Kalau keengganannya menyertai mana-mana parti kerana berharap mahu kembali semula ke dalam UMNO suatu hari nanti, ia boleh dikata mimpi di siang hari saja selagi Zahid Hamidi mengetuai parti tersebut.

 

Demi survivalnya, Zahid Hamidi tidak akan membenarkan sesiapa mengancam kedudukannya sebagaimana beliau membuang semua pengancamnya menjelang pemilihan UMNO sebelum ini.

 

Oleh itu, adalah membuang masa jika KJ terus berharap kepada UMNO untuk terus mengembangkan karier politiknya.

 

Senang cerita, anggap saja masa depannya bersama UMNO sudah berakhir.

 

KJ mesti ada keberanian seperti Anwar Ibrahim dan Mahiaddin yang tidak berharap kepada UMNO selepas dipecat, sebaliknya menggunakan wadah atau parti baru sebagai “vehicle” untuk terus berjuang dan mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri.

 

Lagi pula, walaupun tidak menyertai mana-mana parti tetapi berkempen untuk PN dalam PRN akan datang ini sebagaimana itu yang dikhabarkan sebagai pendiriannya, ini akan menjadikan tiada parti lain lagi, khususnya UMNO, mahu memandang kepadanya selepas ini.

 

Jangan sampai sudah tiada harga lagi nanti baru sibuk hendak mencari parti untuk disertai. – ShahbudinHusin 21/06/2023.

 

https://shahbudindotcom.net/

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/untuk-lebih-relevan-khairy-tak-sertai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Parti Politik Jangan Sentuh Isu 3r Saifuddin

Prn Parti Politik Jangan Sentuh Isu 3r Saifuddin

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 327 hits
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi peringatan kepada parti politik yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri supaya tidak menyentuh isu sensitif melibatkan agama raja dan kaum Beliau berkata jika perkara sedemik...
Sprm Judi Dalam Talian Dinaungi Lebih Seorang Ahli Politik

Sprm Judi Dalam Talian Dinaungi Lebih Seorang Ahli Politik

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 263 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap dakwaan aktiviti judi dalam talian dinaungi pemimpin politik mendapati ia melibatkan lebih daripada seorang ahli politik Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ba...
Jalan Terus Dan Tidak Akan Merayu Kembali Sertai Umno Khairy

Jalan Terus Dan Tidak Akan Merayu Kembali Sertai Umno Khairy

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 176 hits
Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Tiada rayuan akan dibuat untuk menyertai UMNO kembali tegas Khairy Jamaluddin Abu Bakar Bekas Ahli Parlimen Rembau yang dipecat kerana mahu melawan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam pemilihan p...
Khairy Sertai Anwar Bincang Ekonomi Malaysia

Khairy Sertai Anwar Bincang Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 181 hits
Khairy sertai Anwar bincang ekonomi Malaysia nbsp Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Jun 2023 11 07PM
Mana Ada Mana Saya Cakap Yang Tu Depa Kata Dalam Dewan Lain Kali Tanya La Aku Dulu

Mana Ada Mana Saya Cakap Yang Tu Depa Kata Dalam Dewan Lain Kali Tanya La Aku Dulu

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 183 hits
Taklah Mana ada kata nak pinda perlembagaan Nak naikkan nilai pajakan je Apa la Guane boh
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Buffet Ramadan 2025 Park Inn Radisson Putrajaya

Cara Chill Tangani Anxiety Tanpa Ubat

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Merungkai Matematik Di Sebalik Doktrin Rukun Islam