Saifuddin Serbuan Lhdn Di Rumah Hamzah Langkah Politik Terdesak


satuberita.myBy Admin
-June 16, 2023
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah
SERBUAN Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas kediaman Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, malam semalam adalah tindakan terdesak kerajaan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Saifuddin Abdullah, turut menganggap langkah tersebut hanyalah strategi politik murahan bagi memburukkan pimpinan kanan dalam parti itu.

“Ketika dia (pemimpin kerajaan) tak berkesan sebagai kerajaan, dia harus memburuk-burukkan pimpinan kanan dalam Bersatu dan dalam PN, dan inilah yang sedang berlaku.

“Saya menganggap ia helah politik murahan ketika PH-BN terdesak untuk berhadapan dengan pilihan raya negeri,” katanya dalam sidang media di Kuantan hari ini.

Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas berita mengenai serbuan pegawai LHDN terhadap rumah bekas menteri dalam negeri kerajaan PN semalam.

Kediaman itu terletak di Damansara, Kuala Lumpur semalam.

Media melaporkan, dalam serbuan dan penggeledahan malam semalam itu, beberapa dokumen turut dirampas.

“Saya sendiri menghubungi Datuk Hamzah semalam bagi mendapatkan cerita sebenar tentang apa yang berlaku.

“(Menurut Hamzah) Yang dikatakan nak disiasat itu ialah perkara yang sama sebelum ini kononnya telah disiasat.

“Apa niat di sebalik siasatan tersebut dan kenapa dia keluar di media, dari mana punca cerita itu kepada media, betulkah dari LHDN atau dari pejabat orang lain?” katanya, lapor Malaysiakini.

Nama dikaitkan kes rasuah

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota mendakwa mendapat tahu maklumat mengenai serbuan tersebut bukan datang dari sumber LHDN sebaliknya pihak lain.

Media semalam melaporkan rumah ketua pembangkang itu diserbu dan digeledah oleh pegawai dari LHDN.

Pada Februari lalu, Ahli Parlimen Larut itu menuduh kerajaan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai alat politik selepas agensi terbabit membekukan akaun Bersatu.

Beliau kemudian menafikan terbabit dengan kes rasuah berjumlah RM15 juta selepas namanya terdapat dalam kertas pertuduhan terhadap ahli perniagaan, Sim Choo Thiam.

Sim didakwa pada Mei lalu atas tuduhan meminta suapan RM15 juta daripada seorang ahli perniagaan Hep Kim Hong, pada Jun 2021.

Pendakwa raya berkata wang itu sebagai dorongan untuk Hamzah membantu syarikat Hep, Asia Coding Sdn. Bhd. mendapatkan projek daripada Kementerian Dalam Negeri.

Sim juga didakwa dengan tiga lagi tuduhan menerima RM15 juta untuk mendapatkan projek daripada kementerian sama.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan itu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/saifuddin-serbuan-lhdn-di-rumah-hamzah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tak Dimaklumkan Pmx Ulas Serbuan Lhdn Ke Rumah Hamzah

Saya Tak Dimaklumkan Pmx Ulas Serbuan Lhdn Ke Rumah Hamzah

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 177 hits
agendaily com16 06 2023Anwar tidak mengetahui berhubung serbuan LHDN ke rumah Hamzah seperti dilaporkan media Serbuan Lembaga Hasil Dalam Negeri ke rumah Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin tidak diketahui Datuk Seri Anwar Ibrahim ...
Lhdn Siasat Hamzah Belum Pun Dakwa Kamu Kata Nak Burukkan Parti Kamu Lhdn Tak Serbu Kalau Tak Ada Pasal

Lhdn Siasat Hamzah Belum Pun Dakwa Kamu Kata Nak Burukkan Parti Kamu Lhdn Tak Serbu Kalau Tak Ada Pasal

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 219 hits
Dia buat salah bila disiasat dia kata helah politik murahan untuk burukkan partinya Kalau main bola umpama dia tackle player lawan sampai kawan tu berusung dalam stretcher bila kena kad merah dia cakap pengadil sengaja nak bagi kalah pasuka...
Rumah Bekas Menteri Kdn Di Damansara Diserbu Lhdn

Rumah Bekas Menteri Kdn Di Damansara Diserbu Lhdn

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 190 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Rumah Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin di Damansara Kuala Lumpur diserbu dan digeledah pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri semalam menurut sumber Perikatan Nasional Sumber memberitahu FMT serbuan di rumah setiausa...
Prn Parti Politik Jangan Sentuh Isu 3r Saifuddin

Prn Parti Politik Jangan Sentuh Isu 3r Saifuddin

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 377 hits
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi peringatan kepada parti politik yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri supaya tidak menyentuh isu sensitif melibatkan agama raja dan kaum Beliau berkata jika perkara sedemik...
Fitnah Hamzah Nafi Rumah Diserbu

Fitnah Hamzah Nafi Rumah Diserbu

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 245 hits
Hamzah Zainudin memberi amaran akan mengambil tindakan termasuk membuat laporan polis dan saman terhadap pihak tidak bertanggungjawab PETALING JAYA Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin menafikan laporan mendakwa rumahnya di Damansara Kuala Lum...
Mp Pkr Yang Menyertai Langkah Sheraton Akan Terima Habuan

Mp Pkr Yang Menyertai Langkah Sheraton Akan Terima Habuan

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 194 hits
Khianati PKR Tindakan undang undang terhadap bekas ahli mungkin diteruskan FahmiMalaysiakiniPKR mungkin mempertimbangkan untuk meneruskan tindakan undang undang terhadap beberapa bekas ahlinya yang telah mengkhianati parti sebelum ini kata ...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat

Heard Of The Giant Pig Island In Malaysia