Prn Melaka Siapa Kata Rakyat Telah Kembali Ke Bn



Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung kelmarin tidak boleh dianggap sebagai ‘kembalinya rakyat kepada BN’ sebagaimana propaganda yang ditiupkan oleh media arus perdana sejak semalam dan sehingga seminggu akan datang.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, PRN tersebut memang dirancang sedemikian rupa untuk menutup mulut pemimpin PH yang biasanya mampu mengumpulkan puluhan ribu rakyat dalam ceramah ceramah umum.
Katanya, tanpa ceramah dan kempen rumah ke rumah yang menjadi cara tradisi PH menerangkan manifesto, tiada apa yang boleh dilakukan dalam PRN kali ini.
“Bukan tidak pandai menari, lalu lantai dikatakan tinggi rendah
“PRN Melaka ini sesungguhnya suatu pilihan raya yang tidak bebas dan tidak adil.
“BN sekarang jadi Kerajaan di peringkat pusat. BN menguasai radio dan televisyen Kerajaan iaitu RTM. BN baik Umno atau MCA atau MIC menguasai media akhbar arus perdana.Televisyen swasta juga dikuasai oleh Umno.
“Manakala parti Pembangkang khususnya PH tidak ada media seperti yang BN ada. PH masuk pilihan raya dengan mulut tidak boleh bersuara dan tangan diikat ke belakang juga kaki dibelenggu dengan SOP yang ketat,” kata Hassan kepada Suara Keadilan.
Beliau juga mengkritik Prosedur Operasi Piawai (SOP) berkempen yang terlalu keras dan mendenda berpuluh ribu ringgit para petugas kempen PH, sedangkan para petugas tersebut datang membantu dengan wang peribadi tidak sebagaimana petugas BN atau PN.
“Pemimpin Umno dan BN banyak wang. Setakat sejuta dua juta ringgit itu semacam duit petty cash sahaja.
“Apalah sangat kompaun RM1,000 atau RM2,000 atau RM10,000 denda atau kompaun melanggar SOP kempen kepada para pemimpin Umno dan BN. Tetapi calon serta petugas pilihan raya PH begitu bimbang dan takut jika kena kompaun.
“Jadi BN tidak bolehlah kata rakyat telah kembali menyokong mereka. Jika peratus pengundi yang keluar melebihi 70 % keputusan PRN tentu berbeza,” katanya.
Selain itu, kata Hassan, pemerintah juga tidak mengiatkan penerangan secara bersungguh sungguh menjamin keselamatan pengundi dari jangkitan Covid 19. Seolah-olah mahu membiarkan rakyat tidak keluar mengundi.
“Pilihan raya ini dibuat dengan sengaja dalam keadaan pandemik Covid-19 di mana rakyat masih bimbang akan keselamatan kesihatan mereka dari jangkitan. Memang ini situasi yang dikehendaki oleh BN.Semakin kurang pengundi Melaka yang duduk di luar negeri pulang mengundi, semakin baik bagi mereka.
“PH menang besar dalam PRU14 lalu kerana ramai pengundi luar pulang ke Melaka untuk mengundi,” katanya.
Hassan turut memberi amaran jika kerajaan BN berterusan mahukan pilihan raya sebagaimana di Melaka maka mereka sebenarnya telah memusnahkan demokrasi di Malaysia kerana tidak ada negara di dunia yang melaksanakan SOP kempen seketat Malaysia.
“PRN yang penuh muslihat untuk kalahkan Pembangkang khususnya PH adalah bertentangan dengan prinsip asas demokrasi yang menjamin hak setiap pengundi melaksanakan hak mereka untuk mengundi, tanpa sebarang ancaman termasuk ancaman Covid-19.
“Hak calon calon yang bertanding untuk bebas berkempen dengan menemui rakyat atau pengundi secara langsung adalah asas kempen dalam demokrasi. Prinsip ini dinafikan di Melaka melalui SOP Kementerian Kesihatan Malaysia yang didekrikan oleh Majlis Keselamatan Negara,” katanya.
Oleh itu, tegas Hassan, tidak ada apa yang boleh dibanggakan BN kononnya rakyat telah kembali menyokong mereka, sedangkan yang keluar mengundi adalah pengundi tegar mereka sahaja.
“Jadi apa yang BN boleh banggakan dengan menang melalui pilihan raya yang tidak bebas dan adil ini?
“Kempen secara atas talian bercanggah dengan prinsip demokrasi pilihan raya yang adil dan bebas. Membeli barang bolehlah dibuat secara online. Tetapi meraih undi dan sokongan rakyat mestilah secara hubungan manusia secara langsung bukan atas talian,” katanya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33532

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Melaka Kembali Terima Bn Kata Saifuddin

Rakyat Melaka Kembali Terima Bn Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 289 hits
Rakyat Melaka kembali terima BN kata SaifuddinOleh FAZLI RADZI November 20 2021Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata rakyat Melaka kembali menerima BN untuk menubuhkan kerajaan negeri Menurutnya rakyat Melaka telah pu...
Tok Mat Kata Bn Akan Kembali Berkuasa Di Melaka

Tok Mat Kata Bn Akan Kembali Berkuasa Di Melaka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 197 hits
MELAKA Barisan Nasional meramalkan mampu menguasai 18 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan sekali gus membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka Sabtu ini Keyakinan itu dinyatakan Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Timbala...
Rakyat Melaka Patut Berterima Kasih Dengan Kami Berempat Kata Norhizam

Rakyat Melaka Patut Berterima Kasih Dengan Kami Berempat Kata Norhizam

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 185 hits
Calon DUN Pengkalan Batu itu berkata tarik sokongan terhadap ketua menteri adalah tindakan berprinsip untuk selamatkan aset Melaka Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee tidak menyesal sedikit pun dengan tind...
Prn Melaka Tidak Banyak Membantu Rakyat Ia Membantu Mereka Sesama Sendiri Kejar Jawatan Dan Kuasa

Prn Melaka Tidak Banyak Membantu Rakyat Ia Membantu Mereka Sesama Sendiri Kejar Jawatan Dan Kuasa

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 277 hits
Seorang kawan mahu membeli sebuah kenderaan dengan bayaran muka RM15 ribu apa yang dilakukannnya adalah sebelum itu pertamanya dia membeli emas GSA sebanyak RM20 ribu DAN kemudian menggadaikannya dia mendapat semula 85 RM17 000 00 Fakta Pet...
Prn Melaka Kerajaan 18 Bulan Lebih Matang Kata Bakal Km Melaka

Prn Melaka Kerajaan 18 Bulan Lebih Matang Kata Bakal Km Melaka

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 345 hits
agendaily com8 11 2021Bakal Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berdepan saingan sengit di DUN Tanjung Bidara pada PRN Melaka Bakal Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan 18 bulan Barisan Nasional Melaka te...
Keputusan Prn Melaka Bukti Rakyat Bencikan Budaya Lompat Parti

Keputusan Prn Melaka Bukti Rakyat Bencikan Budaya Lompat Parti

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 262 hits
Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak Abun Sui Anyit menyifatkan keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka baru baru ini telah mencerminkan kebencian rakyat terhadap budaya lompat parti Katanya Barisan Nasional yang memenangi majoriti dua pertiga da...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Koleksi Anuarfaizal Dan Royal Sembilan Di Cimb Merah Meriah Raya

Malaysia Iran Agree To Strengthen Bilateral Ties

Vips Dnaa Not About Issue Of Numbers

Siti Kasim Snubs Teo Kok Seong For His Slave Mentality By Wanting To Uphold Ketuanan Melayu

Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung