Rakyat Melaka Patut Berterima Kasih Dengan Kami Berempat Kata Norhizam



Calon DUN Pengkalan Batu itu berkata tarik sokongan terhadap ketua menteri adalah tindakan berprinsip, untuk selamatkan aset Melaka. (Malaysia Now) – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee tidak menyesal sedikit pun dengan tindakannya menarik sokongan kepada ketua menteri, Sulaiman Md Ali sehingga menyebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diadakan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan.
Sebaliknya, beliau berkata, rakyat Melaka harus mengucapkan terima kasih kepada empat Adun yang menarik sokongan.
Tiga lagi ialah Idris Haron (Sungai Udang), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor).
Katanya tindakan itu dilakukan atas nama prinsip “menolak kerakusan dan kejahilan” walaupun terpaksa hilang jawatan.
“Kami selamatkan rakyat negeri Melaka, kami selamatkan harta dan aset kerajaan Melaka daripada dirompak,” katanya dalam wawancara bersama MalaysiaNow.
“Sepatutnya rakyat berterima kasih dengan kami empat orang. Kita hilang segala-galanya kerana prinsip.”
Kini, keempat-empat mereka mengikuti hala tuju yang berbeza selepas menarik sokongan.
Idris Haron dan Azman menyertai Pakatan Harapan (PH), Norhizam bergerak solo dan tidak kedengaran tentang Effandi selepas tidak dicalonkan gabungan diketuai Anwar Ibrahim itu.
Norhizam yang juga bekas exco kerajaan Melaka itu akan mempertahankan DUN Pengkalan Batu dalam pertembungan lima penjuru pada 20 November ini.
Beliau dicabar oleh Muhammad Danish Zainuddin yang mewakili PH, Mohd Azrudin Md Idris (Perikatan Nasional), Mohd Aluwi Sari (Putra) dan Kalsom Nordin (Barisan Nasional).
Pada 2018, beliau yang ketika itu timbalan pengerusi DAP Melaka bertanding atas tiket PH dan memenangi kerusi itu sebelum keluar parti pada tahun lalu dan mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan BN-PN di Melaka.
Katanya, meskipun tanpa sokongan mana-mana parti, beliau yang bertanding atas tiket bebas itu tetap yakin dengan kempennya.
“Sebenarnya apabila kita tak boleh berkempen secara rasmi dan tak boleh turun padang, tak boleh pintu ke pintu, yang untungnya saya kerana saya ada KPI.
“Bila saya turun padang, kita ada gambar yang menjadi bukti rekod dan KPI mengatakan kita dah lakukan kerja.
“22,000 pengundi Pengkalan Batu telah kenali siapa itu Datuk Norhizam,” katanya yang turut terkenal dengan jolokan “YB Viral” itu.
Semakan di laman sosialnya mendapati Norhizam lebih awal berkempen.
Video penerangannya dan gambar-gambar beliau memberi bantuan kepada rakyat diulang siar.
Terbaru, beliau berkongsi poster kempennya yang agak “ranggi”dengan mengguna pakai tema drama siri Netflix, Squid Game.
Beliau bukan nama asing dalam politik.
Terkenal di seluruh negara kerana kontroversinya, Norhizam bagaimanapun berkata kebanyakan pengkritiknya adalah orang luar dan menegaskan pengundi di Pengkalan Batu lebih cakna tentang dirinya.
Norhizam pernah terpalit kontroversi apabila tular klip videonya meninggikan suara terhadap sekumpulan penduduk tiga tahun lalu selain kenyataannya berhubung masalah babi di Melaka.
Sambil menyifatkan lawannya sebagai “baru hendak menabur janji”, Norhizam yakin gerak kerjanya yang kerap menyantuni rakyat tanpa halangan protokol boleh membeli jiwa pengundi kali ini.
“Bagi saya, persepsi atau pandangan masyarakat di luar sana, biarlah mereka hendak cakap apa sahaja. Apa yang penting fokus kepada pengundi di Pengkalan Batu,” katanya.
Beberapa pengundi di luar DUN Pengkalan Batu bahkan turut memuji Norhizam.
Imej “hustler” yang boleh menyelesaikan masalah rakyat tanpa banyak karenah itu merupakan modal terbesar Norhizam.
Sudah tentu perkara yang menjadi pertanyaan pengundi di Melaka ialah sekiranya beliau berjaya mengekalkan kerusinya, blok parti manakah yang akan disokongnya.
“Jika ada keperluan saya jadi kingmaker, kita akan tengok keperluan rakyat. Saya tak nak ego tapi sokongan saya bersyarat.
“Saya tak nak kerajaan bersikap seperti dahulu, yang haram pun dihalalkan,” katanya.
Ketika keputusan PRN Melaka sukar dijangka, kemenangan calon bebas seperti Norhizam bakal menjadi penentu nasib kepada kerajaan negeri kelak.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/11/15/rakyat-melaka-patut-berterima-kasih-dengan-kami-berempat-kata-norhizam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Melaka Kembali Terima Bn Kata Saifuddin

Rakyat Melaka Kembali Terima Bn Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 248 hits
Rakyat Melaka kembali terima BN kata SaifuddinOleh FAZLI RADZI November 20 2021Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata rakyat Melaka kembali menerima BN untuk menubuhkan kerajaan negeri Menurutnya rakyat Melaka telah pu...
Prn Melaka Siapa Kata Rakyat Telah Kembali Ke Bn

Prn Melaka Siapa Kata Rakyat Telah Kembali Ke Bn

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 367 hits
Pilihan Raya Negeri Melaka yang berlangsung kelmarin tidak boleh dianggap sebagai kembalinya rakyat kepada BN sebagaimana propaganda yang ditiupkan oleh media arus perdana sejak semalam dan sehingga seminggu akan datang Menurut Ahli Parlime...
Kalah Di Melaka Mesej Rakyat Tak Suka Mou Ph Kerajaan Kata Pemimpin Warisan

Kalah Di Melaka Mesej Rakyat Tak Suka Mou Ph Kerajaan Kata Pemimpin Warisan

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 194 hits
November 22 2021 KOTA KINABALU Kekalahan Pakatan Harapan pada PRN Melaka merupakan mesej daripada pengundi bahawa mereka amat tidak gembira gabungan itu mengikat memorandum persefahaman dengan kerajaan kata Naib Presiden Warisan Junz Wong W...
Prn Melaka Terima Kasih Semua Najib

Prn Melaka Terima Kasih Semua Najib

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 213 hits
PRN Melaka Terima kasih semua Najib Sejak PRU14 beberapa siri pilihan raya telah diadakan Cameron Highlands Semenyih Rantau Tanjung Piai Kimanis Chini Slim Dan kini Melaka Satu pilihan raya yang sebenarnya tidak perlu diadakan dan terpaksa ...
Tok Mat Kata Bn Akan Kembali Berkuasa Di Melaka

Tok Mat Kata Bn Akan Kembali Berkuasa Di Melaka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 145 hits
MELAKA Barisan Nasional meramalkan mampu menguasai 18 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan sekali gus membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka Sabtu ini Keyakinan itu dinyatakan Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Timbala...
Uitm Tidak Halang Mahasiswa Jadi Calon Prn Melaka Kata Naib Canselor

Uitm Tidak Halang Mahasiswa Jadi Calon Prn Melaka Kata Naib Canselor

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 234 hits
Naib Canselor UiTM Roziah Mohd Janor berkata Akta 173 UiTM membenarkan mahasiswa universiti itu berpolitik atau menjadi calon parti politik SHAH ALAM Universiti Teknologi Mara tidak menghalang mana mana mahasiswanya untuk menjadi calon yang...
Keh Keh Taki Tak Payah Nak Gempaq Orang Melaka Rakyat Melaka Bukan Walaun

Keh Keh Taki Tak Payah Nak Gempaq Orang Melaka Rakyat Melaka Bukan Walaun

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 130 hits
Takiyuddin bagi amaran lapan calon Pas akan buat kejutan di MelakaLapan wakil PAS yang dipertaruhkan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka adalah yang mampu membuat kejutan dan menarik pengundi muda kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Has...
Bn Bimbang Keupayaan Ph Tadbir Melaka Kata Adly

Bn Bimbang Keupayaan Ph Tadbir Melaka Kata Adly

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 123 hits
November 18 2021 Calon Pakatan Harapan daripada Amanah Adly Zahari akan mempertahankan kerusi Bukit Katil Beliau akan dilantik sekali lagi sebagai Ketua Menteri sekiranya parti itu menang pada Sabtu AYER KEROH Calon Ketua Menteri Melaka dar...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang

Saravanan Takes Dig At Unity Govt While Stumping For It

Absolute Power Corrupts Absolutely

Ffp Membantu Menangani Isu Gaji Dalam Bola Sepak Tempatan