Tok Mat Kata Bn Akan Kembali Berkuasa Di Melaka


 


MELAKA – Barisan Nasional (BN) meramalkan mampu menguasai 18 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.
Keyakinan itu dinyatakan Pengarah Pilihan Raya BN yang juga Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) berdasarkan kajian sikap yang dilaksanakan parti sepanjang tempoh PRN dilaksanakan, selain data pengundi yang konsisten memilih BN sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) sehingga PRU14.
“Kalau boleh kita nak menang 20 kerusi…kita cuba untuk kekalkan yang 13 kerusi (dimenangi pada PRU14) dan kita punya sasaran adalah kepada tumpuan lima lagi kerusi, (menjadikan keseluruhan) 18 kerusi.
“Tetapi jika kita dapat lepasi jumlah 15 kerusi (majoriti mudah untuk membentuk kerajaan), pun dah syukur Alhamdulillah, kita boleh tubuhkan kerajaan kita sendiri.
“Jadi untuk mendapatkan satu kerajaan yang stabil, kita mesti tubuh kerajaan di atas kekuatan kita sendiri. Jadi kita tak akan terus setiap hari diancam, diugut nak tarik diri. Kalau selagi perkara itu berlaku, kerajaan tak akan stabil,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama hari ini.
Pada PRN Melaka, BN bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daripada jumlah itu, UMNO bertanding di 20 kerusi, tujuh MCA dan satu MIC.
Pada PRU14, UMNO menang di kerusi DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Sungai Udang, Pantai Kundor, Ayer Molek, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.
Ditanya sama ada BN sedia membentuk kerajaan campuran bersama pihak lain sekiranya hanya mampu mempertahankan 13 kerusi yang dimenangi, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata parti itu sedia merintis kerjasama dengan mana-mana pihak dan tidak hanya terhad kepada Perikatan Nasional (PN) sahaja.
“Kita terbuka kerjasama dengan sesiapa…tak bermaksud dengan PN sahaja, dengan sesiapa boleh… apa pasal semua orang boleh bekerjasama dengan semua orang, UMNO tak boleh. Ibarat cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar dengar. Jangan tutup pintu rapat sangat,” katanya.
Selain itu, Mohamad berkata bagi meremajakan parti dan mempamerkan keterbukaan, BN mengambil langkah berani dengan mempertaruhkan calon-calon muda bagi PRN Melaka bagi memenuhi selera pengundi.
“Saya tak mahu beretorik dan kita kata kita nak meremajakan parti, tapi balik-balik muka yang sama dan bila masa saya nak tampilkan muka (calon) muda.
“Esok kalau kita buat macam itu, anak muda akan lari daripada UMNO. Parti-parti lain menggamit anak muda seperti DAP, PKR,Bersatu, PAS… UMNO masih duduk dalam gua dia…tak boleh.
“Jadi PRN ini melambangkan (bahawa) yang UMNO benar-benar mentransformasikan parti. Ini yang saya buat. Betul ini satu perjudian, but inilah wajah UMNO yang nak saya bawa,” katanya.
Ditanya mengenai peluang BN di kerusi panas iaitu Tanjung Bidara yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata pertandingan di kawasan berkenaan dijangka sengit.
“Sengitlah, saya tak kata akan jadi kerusi Bersatu,” katanya.
Ab Rauf akan ditentang oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin mewakili PN dan Zainal Hassan daripada Pakatan Harapan (PH).
Bagi tiga kerusi iaitu Asahan, Duyong dan Gadek yang menyaksikan pertembungan enam penjuru, Mohamad berkata situasi berkenaan memberi kelebihan buat BN.
Mengenai Muafakat Nasional (MN) yang dipelopori bersama PAS, beliau berkata meskipun tiada kerjasama membabitkan kedua-dua parti itu pada PRN Melaka, namun kerjasama boleh diadakan pada masa akan datang termasuk membabitkan soal penyatuan ummah.
PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
SPR menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini (20 Nov) ~ SuaraTV

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/11/tok-mat-kata-bn-akan-kembali-berkuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Bn Ramal Menang 18 Kerusi Yakin Bentuk Kerajaan Negeri Kata Tok Mat

Prn Melaka Bn Ramal Menang 18 Kerusi Yakin Bentuk Kerajaan Negeri Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 181 hits
freemalaysiatoday com November 16 2021 7 15 PMMohamad Hasan berkata BN dan Umno juga sedia merintis kerjasama dengan mana mana pihak dan tidak hanya terhad kepada Perikatan Nasional sahaja MELAKA Barisan Nasional meramalkan mampu menguasai ...
Prnmelaka Pas Sudah Ditawarkan Kerusi Di Prn Melaka Tok Mat

Prnmelaka Pas Sudah Ditawarkan Kerusi Di Prn Melaka Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 159 hits
Oleh Bamjekk Semua orang salahkan UMNO semua orang kata UMNO tamak tamak kuasa saya tak nampak tamak kuasa dimana Kalau kita tamak kuasa semasa Pakatan Harapan jatuh kita tak bagi orang lain menjadi perdana menteri kan Kita masa itu 43 keru...
Rakyat Melaka Kembali Terima Bn Kata Saifuddin

Rakyat Melaka Kembali Terima Bn Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 248 hits
Rakyat Melaka kembali terima BN kata SaifuddinOleh FAZLI RADZI November 20 2021Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata rakyat Melaka kembali menerima BN untuk menubuhkan kerajaan negeri Menurutnya rakyat Melaka telah pu...
Muhyiddin Hanya Ulang Cerita Basi Kata Tok Mat

Muhyiddin Hanya Ulang Cerita Basi Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 242 hits
Robin AugustinAYER KEROH Pemimpin Barisan Nasional berusaha mengetepikan ancaman daripada Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri Melaka kerana yakin rakyat di negeri itu bijak menilai kesilapan yang dilakukan oleh Perikatan Nasional Dengan menja...
Melaka Election Not Akademi Fantasia Selection Says Tok Mat

Melaka Election Not Akademi Fantasia Selection Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 195 hits
Melaka election not Akademi Fantasia selection says Tok Mat This is not an Akademi Fantasia selection but an election for a five year government That is the message from Barisan Nasional Melaka state election director Datuk Seri Mohamad Has...
Prn Melaka Siapa Kata Rakyat Telah Kembali Ke Bn

Prn Melaka Siapa Kata Rakyat Telah Kembali Ke Bn

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 369 hits
Pilihan Raya Negeri Melaka yang berlangsung kelmarin tidak boleh dianggap sebagai kembalinya rakyat kepada BN sebagaimana propaganda yang ditiupkan oleh media arus perdana sejak semalam dan sehingga seminggu akan datang Menurut Ahli Parlime...
Bila Ph Kembali Memerintah Kita Lakukan Yang Terbaik Untuk Melaka Mat Sabu

Bila Ph Kembali Memerintah Kita Lakukan Yang Terbaik Untuk Melaka Mat Sabu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 103 hits
Pengundi diseru mengembalikan pemerintahan Pakatan Harapan di Melaka untuk menjamin kestabilan politik dan kemakmuran negeri untuk tempoh 5 tahun ke hadapan Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata tekad PH dalam Pilihan Raya Negeri Melaka jela...
Dengar Tak Isteriku Najib Minta Rumah Rm100 Juta Kata Mat Sabu Di Melaka

Dengar Tak Isteriku Najib Minta Rumah Rm100 Juta Kata Mat Sabu Di Melaka

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 170 hits
MALAYSIA DATELINETindakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang meminta tanah bernilai RM100 juta dan dibincangkan oleh Kabinet untuk diluluskan kini menjadi isu utama di Melaka Ia kecoh di Dewan Rakyat semalam dan pada malam ta...
Ministry To Probe Mat Sabu S Claims Melaka Funds Only Given To Those With Bin

Ministry To Probe Mat Sabu S Claims Melaka Funds Only Given To Those With Bin

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 147 hits
Amanah president Mohamad Sabu said such selective allocations may worsen racial unity KUALA LUMPUR The national unity ministry has given an assurance that it would probe claims that the Melaka government had given state allocations only to ...
Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke

First Impressions Make A Powerful Impact With A Creative Digital Business Card

Restoran Di Jepun Buang 25 Set Nasi Lemak Kena Tipu Ejen Dari Malaysia

Kumpulan Pro Palestin Kecam Kehadiran Syarikat Bekal Senjata Kepada Israel

Prk Kkb Boleh Tak Umno Tarik Undi Melayu