Prn Melaka Sama Ada Kekal Berkerjasama Dengan Umno Atau Tidak Pas Tetap Bersedia




KUALA LUMPUR - Sama ada kekal bekerjasama dengan UMNO atau sebaliknya, PAS sudah membuat persediaan sewajarnya, kata salah seorang pemimpin parti itu hari ini.
Timbalan Presiden PAS, Dato' Sri  Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pada dasarnya mereka mahukan "ketiga-tiga parti" yang membentuk kerajaan pusat sekarang bersama dalam PRN pada bulan depan.
Katanya sebarang perpecahan dalam kalangan parti berkenaan antara UMNO, PAS dan Bersatu  hanya akan menggembirakan Pakatan Harapan.
PAS juga katanya akan menentukan langkah selanjutnya buat parti itu di Melaka selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan muktamad esok.
"Apa pun keputusan MKT UMNO pada Khamis ini akan menentukan segalanya, seperti jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh PAS, bentuk muafakat politik dan penyusunan jentera pilihan raya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Status hubungan di antara PAS dengan UMNO  yang sebelum ini dimeterai melalui Muafakat Nasional masih menjadi tanda tanya menjelang hari penamaan calon PRN Melaka pada 8 November ini.
Di sebalik hubungan tersebut, PAS juga menjadi anggota komponen Perikatan Nasional yang ditunjangi Bersatu sebuah parti serpihan UMNO.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menegaskan rancangan parti itu serta Barisan Nasional (BN) untuk bergerak secara solo mendepani PRN Melaka. Bersatu pula sudah menyatakan pendirian mereka yang bersedia meletakkan calon di semua 28 kerusi yang dipertandingkan.
Bagaimanapun beberapa kenyataan pimpinan UMNO di bawah Ahmad Zahid membayangkan bahawa mereka cenderung untuk terus bekerjasama dengan Bersatu bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru bersama Pakatan Harapan (PH).
Untuk rekod PH merupakan parti yang mentadbir Melaka selepas mendapat mandat dalam PRU ke-14 pada 2018 sebelum berlaku 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan perubahan kerajaan negeri.
Bagaimanapun hayat kerajaan negeri itu tidak bertahan lebih lama selepas empat Adunnya menarik balik sokongan mereka kepada ketua menteri Sulaiman Md Ali baru-baru ini.
Ekoran kehilangan sokongan majoriti speaker yang juga Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh kemudian mengumumkan pembubaran DUN bagi membuka kepada PRN. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 20 November ini sebagai hari mengundi.
Semalam Pemuda UMNO berpendapat kerjasama berkenaan kini bergantung kepada PAS. 
MKT UMNO dijangka bermesyuarat sekali lagi esok untuk memuktamadkan pendirian mereka berhubung PRN Melaka.
Menurut Tuan Ibrahim PAS berpendapat UMNO, PAS dan Bersatu wajar terus bersama untuk melalui PRN Melaka.
"Namun PAS bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/10/prn-melaka-sama-ada-kekal-berkerjasama.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Hilang Kepercayaan Pada Umno Kekal Bersama Bersatu Di Prn Melaka

Pas Hilang Kepercayaan Pada Umno Kekal Bersama Bersatu Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 444 hits
puteradaily comKeputusan Pas untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional di Pilihan Raya Negeri Melaka membuktikan Pas tidak percaya sepenuhnya kepada Umno sebaliknya memilih kekal dengan Bersatu Penganalisis politik dari UTM Dr Mazlan Ali...
Keputusan Prn Melaka Akan Menunjukkan Sama Ada Umno Quyub Atau Masih Ada Pengundi

Keputusan Prn Melaka Akan Menunjukkan Sama Ada Umno Quyub Atau Masih Ada Pengundi

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 391 hits
Saya amat tertunggu keputusan prn melakaSaya juga berdoa supaya semua parti bertanding kerana kita nak tau apa ada dalam pemikiran rakyatJika umno bersendirian seperti sedia kala kita nak tengok berapa kekuatan mereka ada dan belum tentu um...
Prn Melaka Keputusan Kerjasama Umno Pas Perkukuh Mn

Prn Melaka Keputusan Kerjasama Umno Pas Perkukuh Mn

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 479 hits
bharian comOleh Oktober 29 2021 7 19pmAb Rauf pada sidang media di Kampung Pulau Melaka Foto NSTP Syafeeq AhmadMASJID TANAH Keputusan UMNO untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka bulan depan dijangk...
Undi Bn Pas Dalam Pru Lalu Tidak Semesti Sama Dalam Prn Melaka

Undi Bn Pas Dalam Pru Lalu Tidak Semesti Sama Dalam Prn Melaka

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 392 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE October 30 2021 Penganalisis politik dari UTM Dr Mazlan Ali berkata pengiraan matematik mudah dengan mencampurkan undi BN dan Pas dalam pilihan raya lalu menentukan mereka boleh menang dalam PRN Melaka tidak semudah i...
Prn Melaka Umno Pas Adakan Perbincangan Tak Rasmi Elak Pertembungan

Prn Melaka Umno Pas Adakan Perbincangan Tak Rasmi Elak Pertembungan

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 295 hits
PRN Melaka Umno PAS adakan perbincangan tak rasmi elak pertembungan Bagi mengelak kemungkinan berlakunya pecah undi Melayu dan kehilangan kerusi kepada Pakatan Harapan Umno dan PAS dikatakan sedang mengadakan perbincangan tidak rasmi mengen...
Menjelang Prn Melaka Pas Pernah Khianat Bersatu Memang Mahu Kuburkan Umno

Menjelang Prn Melaka Pas Pernah Khianat Bersatu Memang Mahu Kuburkan Umno

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 349 hits
SHAHBUDIN HUSINMalam ini akan berlangsung mesyuarat MT Umno yang antara lain akan membuat ketetapan berhubung kerjasama parti itu dengan Bersatu dan Pas dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang dijangka diadakan tidak lama lagi Sementara Bersa...
Prn Melaka Pas Mahu Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru Dengan Umno Dan Juga Bersatu

Prn Melaka Pas Mahu Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru Dengan Umno Dan Juga Bersatu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR PAS memberi jaminan parti itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang bakal ditandingi UMNO dan BERSATU pada Pilihan Raya Negeri Melaka walaupun berdepan kemungkinan jumlah kerusi ditandingi mereka jauh lebih kecil berbandin...
Pas Tak Kacau Kerusi Umno Bersatu Pada Prn Melaka Kata Tuan Ibrahim

Pas Tak Kacau Kerusi Umno Bersatu Pada Prn Melaka Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 357 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan menyokong mana mana calon sama ada Umno mahupun Bersatu berdasarkan penyandang di kerusi berkenaan jika pemuafakatan gagal dicapai dalam kalangan dua parti sekutu itu PETALING JAYA PAS tidak akan melet...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Lirik Lagu Ku Siapa Eabidak And Rith Parker

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Totiq 4 Minggu Akhir Yang Sarat Amanah Dan Refleksi Hamba Allah

Tasik Blausee Yang Menggamit Kenangan Day 7

Mailbox Quota 97 Full Clear Your Cache

Sekadar Celoteh Petronas Buang Pekerja

Sarapan Pagi Best Di Shah Alam Restoran Azira Pilihan Ramai

Trip Hiking Aku Ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing