Pas Hilang Kepercayaan Pada Umno Kekal Bersama Bersatu Di Prn Melaka


puteradaily.com
November 3, 2021 3:33 pm

Keputusan Pas untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan Pas tidak percaya sepenuhnya kepada Umno sebaliknya memilih kekal dengan Bersatu.

Penganalisis politik dari UTM Dr Mazlan Ali berkata, Pas menjangkakan mereka juga mungkin berdepan masalah dengan Umno kelak terutama di kawasan-kawasan Malay heartland.

Apatah lagi katanya, Pas dan Umno adalah musuh tradisi selama berdekad-dekad sudah tentu Pas akan bertembung dengan Umno terutamanya di Terengganu dan Kelantan.

“Pas tidak percaya sepenuhnya kepada Umno yang mungkin juga berkecenderungan bekerjasama dengan PH.

“Semenjak September 2020 lagi, Umno kerap berhubungan denga Ketua Pembangkang dan ini dilihat tindakan yang membelakangkan Pas sebagai anggota Muafakat Nasional,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Mengulas lanjut, beliau berkata Pas tidak menghadapai banyak masalah bersama Bersatu kerana Bersatu tidak seperti Umno yang bersikap tidak konsistan.

“Bersatu lebih bersifat setiakawan dan pasti Bersatu akan bersetuju kepada kehendak Pas dalam banyak keadaan menjelang PRU15 nanti,” ujarnya.

Lagipun katanya, Pas sudah termakan budi dengan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang menyebabkan Pas berpeluang menjadi sebahagian dari Kerajaan Persekutuan.

“Adalah sangat tidak wajar jika Pas bertindak tinggalkan Bersatu semata-mata mahu bersama Umno.

“Pas pasti akan dilihat tidak ada setiakawan dan hanya mementingkan kuasa semata-semata,” katanya.

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja parti itu telah meluluskan penggunaan lambang PN pada PRN Melaka yang berlangsung pada 20 November depan.

Ketiadaan lambang Pas pada PRN Melaka yang dijangka menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon daripada Barisan Nasional (BN), PN dan Pakatan Harapan (PH).

Sumber | MD

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/pas-hilang-kepercayaan-pada-umno-kekal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Bersatu Pas Sepatutnya Syukur Keputusan Umno Setuju Berikan Empat Kerusi

Prn Melaka Bersatu Pas Sepatutnya Syukur Keputusan Umno Setuju Berikan Empat Kerusi

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 291 hits
SHAH ALAM Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS sepatutnya bersyukur dengan keputusan UMNO bersetuju mengagihkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri untuk ditandingi dua parti Melayu berkenaan pada pilihan raya negeri Melaka kelak Ahli Parl...
Prn Melaka Sama Ada Kekal Berkerjasama Dengan Umno Atau Tidak Pas Tetap Bersedia

Prn Melaka Sama Ada Kekal Berkerjasama Dengan Umno Atau Tidak Pas Tetap Bersedia

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 484 hits
KUALA LUMPUR Sama ada kekal bekerjasama dengan UMNO atau sebaliknya PAS sudah membuat persediaan sewajarnya kata salah seorang pemimpin parti itu hari ini Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pada dasarnya mereka mah...
Pulak Dulu Aku Dah Kata Umno Akan Kena Kencing Ya Sungguh Prn Melaka Umno Dakwa Pas Punca Kerjasama Mn Gagal

Pulak Dulu Aku Dah Kata Umno Akan Kena Kencing Ya Sungguh Prn Melaka Umno Dakwa Pas Punca Kerjasama Mn Gagal

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 353 hits
October 26 2021 Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan akar umbi parti itu lebih cenderung untuk bekerjasama dengan PAS Bagaimanapun dia berkata bergantung kepada PAS sama ada kerjasama itu berlaku atau tidak Tentulah ahli kita ...
Prn Melaka Pemimpin Umno Yakin Tetap Boleh Menang Walaupun Pas Lari Dari Perjuangan

Prn Melaka Pemimpin Umno Yakin Tetap Boleh Menang Walaupun Pas Lari Dari Perjuangan

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 326 hits
November 4 2021 Biarpun mungkin berdepan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan pada 20 November nanti UMNO yakin akan menang dan membentuk kerajaan negeri Keyakinan itu disuarakan oleh Timbalan Pengerus...
Prn Melaka 9 Daripada 10 Akar Umbi Umno Tolak Bersatu Kata Tok Mat

Prn Melaka 9 Daripada 10 Akar Umbi Umno Tolak Bersatu Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 339 hits
October 27 2021 4 57 PMTimbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata parti itu akan mengambil semua pandangan dan maklum balas dalam merangka kerjasama pada pilihan raya negeri Melaka PETALING JAYA Daripada 10 ahli akar umbi Umno sembilan me...
Prn Melaka Kerjasama Pas Umno Tunggu Keputusan Ahad Ini Kamarudin

Prn Melaka Kerjasama Pas Umno Tunggu Keputusan Ahad Ini Kamarudin

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 256 hits
Shuhada Abdul KadirPas Negeri Melaka menzahirkan ucapan terima kasih atas tawaran yang diberikan UMNO itu Gambar fail MELAKA Susulan keputusan Majis Kerja Tertinggi UMNO untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional bersama Pas dalam menghadapi Pi...
Prn Melaka Pas Akan Bincangkan Keputusan Umno Mahu Jalin Kerjasama Politik Ahad Ini

Prn Melaka Pas Akan Bincangkan Keputusan Umno Mahu Jalin Kerjasama Politik Ahad Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 370 hits
MELAKA PAS akan membincangkan mengenai keputusan UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat Ahad ini Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Kamarudin Sidek berkata setakat ini pihak...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi