Prn Melaka Pas Mahu Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru Dengan Umno Dan Juga Bersatu




KUALA LUMPUR - PAS memberi jaminan parti itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang bakal ditandingi UMNO dan BERSATU pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, walaupun berdepan kemungkinan jumlah kerusi ditandingi mereka jauh lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata keputusan itu dicapai dalam usaha PAS mengelak pertandingan tiga penjuru, sekali gus mengukuhkan kerjasama dan muafakat ummah antara ketiga-tiga parti.
Sambil menegaskan tidak berbangkit isu PAS bakal kehilangan banyak kerusi yang boleh ditandingi pada PRN nanti, beliau berkata, jumlah kerusi diperoleh parti itu bergantung kepada rundingan ketiga-kita parti kerana PAS lebih mementingkan kemenangan di kerusi yang bakal ditandingi parti kerajaan.
Bagaimanapun, katanya, gerak kerja PAS diteruskan di 12 kerusi DUN, walaupun jumlah sebenar kerusi bakal ditandinginya masih dalam rundingan.
"Kita (PAS) tidak akan ambil kerusi UMNO, kerusi BERSATU. Kita ambil kerusi yang belum dimenangi, kerusi ini PAS nak. Misalnya daripada 12 kerusi (ditandingi PAS di Melaka pada PRU-14), mungkin timbang-timbang dapat tujuh atau enam, mungkin enam ini 'confirm' bukan UMNO dan BERSATU punya.
"Kita nak elak pertembungan. Apa yang penting calon PH (Pakatan Harapan) tidak menang," katanya ketika ditemui BH di Parlimen.
Keputusan PRU-14 bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menyaksikan UMNO hanya menang 13 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi 15 kerusi, sekali gus melayakkan gabungan terbabit yang ketika itu diterajui BERSATU, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) membentuk majoriti mudah.
Bagaimanapun, kerajaan negeri ditadbir PH tumbang pada awal Mac 2020 selepas BERSATU membentuk gabungan baharu dengan Barisan Nasional (BN) Melaka.
Gabungan baharu ketika itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia daripada PKR, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan ADUN Pengkalan Batu daripada DAP, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai wakil rakyat Bebas dalam Perikatan Nasional (PN).
Ia menjadikan BN mempunyai 13 ADUN, ditambah dua ADUN BERSATU, iaitu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) selain Jailani yang kemudian menyertai UMNO pada awal tahun ini dan Norhizam, sekali gus mempunyai sokongan majoriti ADUN.
Bagaimanapun, komposisi berubah selepas pembubaran DUN Melaka 4 Oktober lalu susulan tindakan dua ADUN UMNO, iaitu Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), bersama Noor Effandi dan Norhizam menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, turut menegaskan PAS akan menyokong mana-mana calon, sama ada UMNO mahupun BERSATU berdasarkan penyandang di kerusi berkenaan jika permuafakatan gagal dicapai dalam kalangan dua parti sekutu itu.
Namun, katanya, PAS belum memutuskan dasar yang akan diambil jika UMNO dan BERSATU berhasrat meletakkan calon di kerusi dimenangi PH pada PRU-14.
"Kalau kerusi itu kerusi (tradisi) UMNO, seluruh pengundi PAS akan sokong calon UMNO, undi akan diberi kepada UMNO, bererti kalau BERSATU masuk, pengundi PAS tidak akan memberi undi kepada BERSATU," katanya.
"Kalau kerusi itu BERSATU punya, UMNO masuk, orang PAS takkan undi UMNO. Dengan cara ini, dua-dua pihak kena duduk bersama. Jika kerusi PH, kita akan runding, kita akan adakan perbincangan siapa nak bertanding," katanya.
"Kalau tak ada penyelesaian siapa nak bertanding, dua-dua (UMNO dan BERSATU) masuk, kerusi macam ini kita tak letak dasar buat masa ini. Bagi kita selesai runding dulu, kalau tak boleh jalan keluar, pada masa itu kita akan buat keputusan," katanya.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata PAS tidak boleh mencampuri urusan dalaman parti sekutu, termasuk UMNO yang mahu bersendirian pada PRN Melaka.
"Kalau UMNO tidak mahu bersama, hendak jalan sendiri, kita tiada pilihan, itu bab parti masing-masing. Cuma kita bagitau kalau berlaku pertandingan tiga penjuru (UMNO, PAS, BERSATU), semua akan rugi, jadi semua kena elakkan tanding tiga penjuru," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/10/prn-melaka-pas-mahu-elak-pertembungan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Umno Pas Adakan Perbincangan Tak Rasmi Elak Pertembungan

Prn Melaka Umno Pas Adakan Perbincangan Tak Rasmi Elak Pertembungan

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 180 hits
PRN Melaka Umno PAS adakan perbincangan tak rasmi elak pertembungan Bagi mengelak kemungkinan berlakunya pecah undi Melayu dan kehilangan kerusi kepada Pakatan Harapan Umno dan PAS dikatakan sedang mengadakan perbincangan tidak rasmi mengen...
Prn Melaka Pas Tak Letak Calon Di Kerusi Umno Bersatu

Prn Melaka Pas Tak Letak Calon Di Kerusi Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 173 hits
AGENDA DAILY Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man PAS beri jaminan parti itu tidak akan meletakkan calon di kerusi yang bakal ditandingi UMNO dan BERSATU pada Pilihan Raya Negeri Melaka Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan...
Pas Tak Kacau Kerusi Umno Bersatu Pada Prn Melaka Kata Tuan Ibrahim

Pas Tak Kacau Kerusi Umno Bersatu Pada Prn Melaka Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 214 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan menyokong mana mana calon sama ada Umno mahupun Bersatu berdasarkan penyandang di kerusi berkenaan jika pemuafakatan gagal dicapai dalam kalangan dua parti sekutu itu PETALING JAYA PAS tidak akan melet...
Menjelang Prn Melaka Pas Pernah Khianat Bersatu Memang Mahu Kuburkan Umno

Menjelang Prn Melaka Pas Pernah Khianat Bersatu Memang Mahu Kuburkan Umno

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 206 hits
SHAHBUDIN HUSINMalam ini akan berlangsung mesyuarat MT Umno yang antara lain akan membuat ketetapan berhubung kerjasama parti itu dengan Bersatu dan Pas dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang dijangka diadakan tidak lama lagi Sementara Bersa...
Akan Adakah Perpaduan Umno Pas Bersatu Di Melaka

Akan Adakah Perpaduan Umno Pas Bersatu Di Melaka

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 178 hits
Sama sama mencari titik titik persamaan demi memperteguh ukhuwah kata Asyraf Wajdi dalam Facebooknya Namun Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat tidak teruja dengan apa yang disebut sebagai perpaduan oleh pemimpin PAS itu La...
Pas Bersatu Perkukuh Muafakat Hadapi Prn Melaka

Pas Bersatu Perkukuh Muafakat Hadapi Prn Melaka

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 184 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS dilihat semakin mengukuhkan permuafakatan bersama bagi memastikan perpaduan parti Melayu semakin kuat yang memberi kelebihan kepada rakyat di negara ini Ini turut dibuktikan apabila kedua dua parti itu...
Senarai Calon Prn Melaka Pru 15 Diputuskan Tiga Pemimpin Tertinggi Umno

Senarai Calon Prn Melaka Pru 15 Diputuskan Tiga Pemimpin Tertinggi Umno

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 420 hits
agendaily com17 10 2021No way Bersatu kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas kerjasama kedua dua parti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka sekiranya diadakan Hanya tiga orang pemimpin tertinggi parti yang a...
Prn Melaka Tidak Akan Ada Kerjasama Umno Dan Bersatu Kata Zahid

Prn Melaka Tidak Akan Ada Kerjasama Umno Dan Bersatu Kata Zahid

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 265 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi pendirian parti itu untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu meskipun tarikh Pilihan Raya Negeri Melaka sudah ditetapkan Katanya keputusan itu adalah muktama...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte