Prn Melaka Pengundi Takut Pilih Umno Nanti Jatuh Lagi Sekali



(Agenda Daily) – Pengundi di Melaka bimbang untuk memilih calon daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana bimbang kerajaan akan dijatuhkan sekali lagi oleh pemimpin itu sendiri seperti yang berlaku sebelum ini.
Insiden pergaduhan sesama pemimpin UMNO sehingga menjadi punca kejatuhan kerajaan Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebelum ini menyebabkan mereka trauma untuk memilih calon yang bertanding atas tiket BN itu sekali lagi, malah pengundi agak skeptikal tidak menolak ia boleh berulang sekali lagi.
Malah, pengundi melihat langkah BN meletak Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang didakwa punca kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan apabila bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya akan menyebabkan kemelut politik dalaman parti akan berterusan.
Majoriti mengetahui Rauf mempunyai pengaruh yang kuat dalam UMNO kerana mempunyai hubungan rapat dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ia bagaimanapun tidak disenangi pengundi kerana mengetahui akar umbi UMNO tidak menyukai calon KM yang bakal diketengahkan BN itu.
“Wakil rakyat UMNO yang menjatuhkan kerajaan dipimpin oleh Ketua Menteri UMNO, jadi untuk apa pengundi memilih UMNO dan BN pada PRN kali ini jika tidak mustahil selepas ini kerajaan negeri akan jatuh sekali lagi.
“UMNO tidak menyakinkan orang ramai mengapa mereka perlu dipilih sekali lagi untuk menerajui kerajaan negeri, Rauf pun bukannya sangat digemari oleh akar umbi UMNO di Melaka ini,” kata seorang pengundi Rahman Abdul Karim, 45, seorang pekerja swasta.
Rahman meragui calon UMNO dipilih bertanding akan setia dengan parti itu selepas ini, malah bekas pemimpin senior UMNO seperti Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan pun sanggup meninggalkan parti itu dan kini bertanding atas tiket pembangkang, Pakatan Harapan (PH).
“Idris dan Azman adalah pemimpin lama dalam parti tapi mereka berdua juga tidak senang dengan cara pendekatan Rauf menguruskan parti di negeri itu.
“Jika pemimpin lama ini pun sudah lari daripada UMNO, apakah dengan calon baharu yang diketengahkan kali ini akan setia dengan parti sekiranya Rauf berterusan mengawal parti sesuka hatinya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, seorang pengundi muda, Iskandar Danial, 25, pula tidak melihat UMNO dan BN sebagai pilihan anak muda kerana susuk-susuk pencetus krisis politik di Melaka masih menjadi pertaruhan pada PRN Melaka kali ini, sebagai contoh Rauf dan Sulaiman.
“Calon baharu yang diperkenalkan BN kali ini hanya sekadar cuba mengaburi pandangan mata pengundi kerana pencatur utama adalah masih orang lama seperti Rauf dan Sulaiman.
“Jadi, bagaimana calon-calon muda yang dicalonkan BN ini akan dapat menyakinkan pengundi untuk memilih mereka apabila dilihat akan dikawal oleh Rauf,” katanya lagi.
Rauf juga disebut-sebut sebagai calon KM Melaka yang baharu jika BN berjaya memenangi PRN Melaka, malah pemimpin utama UMNO juga dilihat sentiasa bersama calon DUN Tanjung Bidara dalam kempen di negeri tersebut.
Kerajaan UMNO di Melaka tumbang susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diketuai bekas wakil rakyat UMNO kawasan Sungai Udang, Idris, pada 4 Oktober lalu yang mengumumkan keputusan mereka menarik sokongan terhadap Sulaiman.
Tiga yang lain ialah Nor Azman (UMNO-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 November lalu sebagai hari penamaan calon, diikuti 16 November bagi pengundian awal dan 20 November pengundian biasa.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/11/13/prn-melaka-pengundi-takut-pilih-umno-nanti-jatuh-lagi-sekali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Apa Isunya Pengundi Pilih Dengan Bijak

Prn Melaka Apa Isunya Pengundi Pilih Dengan Bijak

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 316 hits
PH hadir tawarkan diri sekali lagi untuk tadbir Melaka setelah dua kali kerajaan Bn gagal di Melaka Music in this videoSongMalam Semakin DinginArtistSpinAlbumLitar Asmara
Prn Melaka Diadakan Bukan Salah Umno Jadi Undilah Bn Kata Sulaiman

Prn Melaka Diadakan Bukan Salah Umno Jadi Undilah Bn Kata Sulaiman

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 260 hits
agendaily com16 11 2021Datuk Seri Idris Haron menuduh Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengikut telunjuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka sementara Datuk Seri Sulaiman Md Ali tida...
Prn Melaka Siapa Jadi Si Luncai Pas Pilih Bersatu

Prn Melaka Siapa Jadi Si Luncai Pas Pilih Bersatu

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 282 hits
Pimpinan Pas semakin tersepit dan berserabut antara berkerjasama dengan UMNO dalam Muafakat nasional atau Bersama bersatu dalam Perikatan nasional Apa sebenarnya yang PAS nak buat di PRN Melaka Di mana mereka hendak bertanding Siapa yang me...
Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas

Prn Melaka Muafakat Nasional Umno Yakin Akan Dapat Sokongan Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 518 hits
MASJID TANAH Penyokong PAS yang selesa dengan kerjasama Muafakat Nasional dijangka memberikan undi kepada calon UMNO menerusi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berk...
Guna Logo Pn Sukarkan Penyokong Umno Undi Pas Dalam Prn Melaka

Guna Logo Pn Sukarkan Penyokong Umno Undi Pas Dalam Prn Melaka

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 319 hits
MALAYSIA DATELINETindakan Pas menggunakan logo Perikatan Nasional dalam pilihan raya negeri Melaka akan menyukarkan penyokong Umno untuk mengundi Pas ketika Umno sudah bertegas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu Jurucakap utama pimpinan ...
Pas Hilang Kepercayaan Pada Umno Kekal Bersama Bersatu Di Prn Melaka

Pas Hilang Kepercayaan Pada Umno Kekal Bersama Bersatu Di Prn Melaka

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 387 hits
puteradaily comKeputusan Pas untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional di Pilihan Raya Negeri Melaka membuktikan Pas tidak percaya sepenuhnya kepada Umno sebaliknya memilih kekal dengan Bersatu Penganalisis politik dari UTM Dr Mazlan Ali...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt