Prn Melaka Kempen Media Sosial Susah Sarawak Lagi Lah Teruk



Prosedur Operasi Piawai (SOP) berkempen yang terlalu ketat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini diakui oleh calon-calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional telah membataskan peluang mereka memperkenalkan diri kepada pengundi.
Bagi calon PH DUN Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, biar pun beliau ‘orang lama’ dalam politik Melaka namun katanya pengundi masih perlu beramah mesra bersama calon untuk mereka membuat pertimbangan yang rasional sebelum mengundi.
“Setakat ini, saya sudah mendekati 30 peratus pengundi. Strategi saya mendekati pengundi secara berperingkat memandangkan terdapat 14 kawasan kediaman merangkumi 15,000 pengundi.
“Kerja tidak berakhir dengan menghantar risalah. Orang ramai perlu berjumpa dan mengenali calon kerana pengundi perlu melihat siapa orang yang akan diundi.
“Untuk itu saya menggunakan trak ‘wala wala’ PH memasuki kawasan perumahan di mana saya akan bercakap dengan pengundi melalui pembesar suara dan diharapkan ia menggalakkan mereka keluar dari rumah untuk mendengar,” katanya dipetik.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN itu lagi, segala ikhtiar dan kreativiti telah dicuba dari segi kaedah alternatif untuk berkempen, termasuk menggunakan media sosial.
Namun kata beliau, DUN Paya Rumput sesetengahnya berada di lokasi luar bandar yang capaian internetnya amat terhad.
Tambah Shamsul, kaedah biasa untuk menyatakan tawaran manifesto adalah melalui ceramah atau kempen rumah ke rumah tetapi kali ini dilarang akibat Covid 19.
Oleh itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya melakukan uji kaji dalam SOP kempen, kerana jika di Melaka sukar untuk berkempen secara atas talian bagaimanakah calon akan berkempen di Sarawak yang separuh lokasinya hampir tiada capaian internet.
“Melaka sepatutnya menjadi ujian yang baik kepada SPR, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan kerana keadaan sedang berubah. Terdapat idea baharu supaya mereka boleh membuat pelarasan semasa membuat persiapan untuk pilihan raya akan datang.
“Saya tidak boleh bayangkan PRN Sarawak berjalan lancar jika calon terpaksa bergantung kepada internet, kerana di Melaka pun kita ada isu ketersambungan, apa lagi di Sarawak,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Shamsul bersetuju dengan saranan Pengerusi Pakatan Harapan agar diadakan debat antara calon-calon Ketua Menteri Melaka melalui stesen penyiar rasmi kerajaan.
Katanya, sekurang-kurangnya rakyat masih boleh mengetahui apa yang ditawarkan oleh parti-arti yang bertanding dan media rasmi biasanya boleh diakses di mana-mana kawasan.
“Saya tidak nampak sebarang isu jika kita berkongsi platform untuk perbahasan. Ini akan memberi kita ruang dan peluang yang amat diperlukan untuk melontarkan idea kepada kawasan. Pengundi kita ingin tahu apakah inisiatif dan dasar baharu kita. Apa kita tawarkan kerana terdapat banyak isu di Melaka yang masih belum diselesaikan.
“Selain itu, adalah baik untuk memaklumkan kepada pengundi tentang rancangan kami (parti bertanding) supaya mereka lebih mengetahui isu-isu yang penting kepada mereka,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33475

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka 70 Kempen Pas Guna Media Sosial Kata Sanusi

Prn Melaka 70 Kempen Pas Guna Media Sosial Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 403 hits
Langkah itu diambil bagi menghadapi kemungkinan SPR dan MKN mengeluarkan SOP bagi PRN Melaka yang tidak membenarkan kempen konvensional menurut Muhammad Sanusi Md Nor MELAKA PAS akan melaksanakan 70 kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Neger...
Jangan Halang Kempen Prn Melaka Sarawak

Jangan Halang Kempen Prn Melaka Sarawak

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 316 hits
Hujung tahun ini Malaysia akan menyaksikan dua proses Pilihan Raya Negeri dalam keadaan yang amat tidak demokratik dari segi kempen Larangan berkempen secara tradisional mencacatkan proses pemilihan apabila rakyat dinafikan maklumat dan taw...
Prn Melaka Bn Fokus Kempen Positif

Prn Melaka Bn Fokus Kempen Positif

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 251 hits
SHAH ALAM Jentera Barisan Nasional sudah digerakkan sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka termasuk mendapat bantuan daripada jentera negeri negeri angkat Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata BN meneruskan ...
Prn Melaka Muhyiddin Minta Kerajaan Jamin Liputan Media Adil

Prn Melaka Muhyiddin Minta Kerajaan Jamin Liputan Media Adil

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 235 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa untuk menjamin liputan media arus perdana yang lebih adil kepada ...
Senarai Sop Untuk Calon Sepanjang Tempoh Kempen Prn Melaka

Senarai Sop Untuk Calon Sepanjang Tempoh Kempen Prn Melaka

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 252 hits
BH ONLINE Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang media sempena Proses Penamaan Calon Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Melaka ke 15 hari ini foto BERNAMA TIDAK DIBENARKAN Penganjuran ceramah syarahan kempen...
Kempen Prn Melaka Masuki Fasa Kedua

Kempen Prn Melaka Masuki Fasa Kedua

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 243 hits
BH ONLINE Kelihatan bendera parti yang bertanding telah dipasang bagi kempen Pilihan Raya Negeri Melaka sekitar pekan Masjid Tanah yang berada di dalam Dewan Undangan Negeri Lendu Sepanjang tempoh PRN Melaka jentera pilihan raya dibenarkan ...
Pesakit Covid 19 Di Hospital Melaka Meningkat Sejak Kempen Prn

Pesakit Covid 19 Di Hospital Melaka Meningkat Sejak Kempen Prn

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 232 hits
WARTA RAKYAT JUMLAH kemasukan pesakit Covid 19 ke hospital di Melaka mencatat peningkatan sehingga 57 peratus dalam tempoh tujuh hari lalu ketika kempen Pilihan Raya Negeri Melaka memuncak dan memasuki minggu kedua Portal menunjukkan kadar ...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemakanan Ibu Gdm Jangan Sekat Makan Tapi Bijak Pilih

Imuniti Anak Lemah Kurang Bersenam Antara Penyebabnya

Kegunaan Servis Lori Roro Dan Lori Pembuangan Sampah Di Kl

Ya Allah Permudahkanlah Urusan Jodohku

Buat Lelaki Di Luar Sana Fikir Fikirlah Sebelum Kahwin Lagi

Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi