Prn Johor Pertambahan 28 Pengundi Baharu Penentu Kemenangan Ph





 

Jentera pilihan raya KEADILAN perlu memanfaatkan kehadiran 28% pertambahan pengundi baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac ini.



Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Zahir Hasan, Undi 18 dan Undi 21 yang berjumlah lebih 700,000 itu akan menentukan kemenangan dan Pakatan Harapan (PH) perlu mendapatkan sokongan mereka.


"Terdapat 749,000 pengundi baharu. Bersamaan pertambahan 28%. Jumlah ini hasil kita bentangkan pindaan Perlembagaan pada 2019 lalu. Bermakna ini telah diusahakan oleh PH yang membolehkan 2 perkara iaitu usia 18 tahun boleh mengundi dan mereka layak mengudi secara automatik.


"Bagi pengundi baru ini, fikir betul betul dan kritikal terhadap calon untuk diundi agar dapat memastikan masa depan Johor dan masa depan negara. Keputusan PRN ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan PRU depan," katanya dalam Forum Jalan Terus: "PRN JOHOR : Bencana Politikus Terdesak" anjuran Studio KEADILAN, malam tadi.


Menurut zahir lagi, rakyat Johor tidak boleh dibohongi alasan kononnya Kerajaan Negeri tidak stabil dengan 27 kerusi DUN kerajaan dan 27 DUN pembangkang lalu DUN dibubarkan.


Rakyat, katanya, amat maklum tujuan utama PRN diadakan adalah bagi mendapatkan 2/3 majoriti kepada BN dan selepas itu mereka boleh meluluskan apa sahaja dalam sidang DUN.


"Mantan MB Johor kata itu (kedudukan kerajaan - pembangkang) menyusahkan mereka. Kita jelas PRN dibuat demi kepentingan mereka.


"Untuk elit politik (pemerintah ini) kalau dulu kita ada kleptokrasi, oligarki, kali ini ada istilah plutokrasi. Iaitu mereka yang mewah mengawal negara dan menguasai Umno. Kalau tak percaya tengok mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan lihat kereta jenis apa yang datang untuk mesyuarat, semua kereta mewah.


"Apabila mereka ini mentadbir negara maka mereka guna kemewahan itu untuk mentadbir


"Di Johor, punca PRN adalah kerana Umno BN nak pastikan kekayaan itu diteruskan. Mereka mahukan majoriti 2/3 agar boleh buat apa saja mereka suka tanpa semak imbang dari pembangkang," katanya.


Tegas Zahir, rakyat jangan termakan propaganda Umno BN kononnya sokongan rakyat telah kembali kepada mereka dan sebab itu perlu diadakan PRN. Sebaliknya, kata beliau, rakyat Johor seharusnya berusaha menjatuhkan BN untuk membuktikan teori berkenaan tidak tepat.


"Hakikatnya rakyat hadapi keperitan tetapi PRN masih disyorkan Umno. Kemenangan Umno di Melaka mencetuskan fikiran mereka untuk membina momentum. Kita perlu ingat pertambahan sokongan Umno di Melaka hanya 0.3% sahaja tetapi Umno memainkan propaganda kononnya gelombang kebangkitan rakyat mahukan Umno.


"Oleh itu, saya menyeru 2.6 juta pengundi Johor perlu mencipta sejarah. Kalau Umno dilahirkan di Johor, maka saat ini perlulah keruntuhan Umno juga bermula di Johor," katanya lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/prn-johor-pertambahan-28-pengundi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Logo Pkr Jamin Kemenangan

Prn Johor Logo Pkr Jamin Kemenangan

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 210 hits
Ketegasan KEADILAN untuk menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri Johor mempunyai alasan yang kukuh Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan Zahir Hassan keputusan mengguna pakai logo sendiri itu juga ...
Prn Johor Bn Digesa Letak Calon Ikut Majoriti Kaum Pengundi Bukan Kerusi Tradisi

Prn Johor Bn Digesa Letak Calon Ikut Majoriti Kaum Pengundi Bukan Kerusi Tradisi

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 240 hits
PETALING JAYA Seorang Ketua Umno Bahagian menggesa Barisan Nasional lebih terbuka dalam pemilihan calon untuk pilihan raya negeri Johor dengan mengikut selera pengundi berdasarkan majoriti kaum di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri Ketua U...
Prn Johor 2 57 Juta Pengundi Biasa Layak Mengundi

Prn Johor 2 57 Juta Pengundi Biasa Layak Mengundi

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 227 hits
Catat 28 peratus dengan penambahan 749 731 pengundi 18 tahun ke atas JOHOR BAHRU Seramai 2 576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2 599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor yang akan diadakan tidak lam...
Prn Johor Jangan Leka Dengan Kemenangan Melaka

Prn Johor Jangan Leka Dengan Kemenangan Melaka

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 200 hits
SHAH ALAM Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua jentera Barisan Nasional untuk tidak leka di sebalik kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum ini Beliau berkata sebaliknya jadikan kejayaan tersebut sebag...
Prn Johor Jadi Penentu Pru15

Prn Johor Jadi Penentu Pru15

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 152 hits
ADA 30 Julai 2020 Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan Walaupun Barisan Nasional menyatakan memiliki angka majoriti DUN dibubar atas nasihat Ketua Menteri ketika itu Datuk Seri Mohd Shafie Afdal Nombor atau angka menjadi punca pembubaran ...
Parti Bangsa Malaysia Mahu Tanding Prn Johor Intai Kerusi Boleh Menang

Parti Bangsa Malaysia Mahu Tanding Prn Johor Intai Kerusi Boleh Menang

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 295 hits
AGENDA DAILY Satu lagi parti baharu Parti Bangsa Malaysia mahu masuk ke gelanggang Pilihan Raya Negeri Johor buat kali pertama Kerusi yang boleh menang dan dilihat mempunyai peluang cerah diintai PBM untuk masuk bertanding kata Timbalan Pre...
Pn Muktamad Bahagi Kerusi Calon Prn Johor Minggu Depan Kata Muhyiddin

Pn Muktamad Bahagi Kerusi Calon Prn Johor Minggu Depan Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 214 hits
February 1 2022 Ramai calon Perikatan Nasional yang berkelayakan untuk bertanding dalam PRN Johor sehinggakan sukar untuk membuat pilihan menurut Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR Perikatan Nasional akan memuktamadkan pembahagian kerusi dan cal...
Prn Johor Usah Jadi Nujum Pak Belalang Umno Bn Ukur Diri Dulu Sebelum Berkokok Sombong

Prn Johor Usah Jadi Nujum Pak Belalang Umno Bn Ukur Diri Dulu Sebelum Berkokok Sombong

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 248 hits
freemalaysiatoday com February 1 2022 6 45 PMKehadiran lebih 2 57 juta pengundi baharu pada PRN Johor akan menjadi penentu kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim PETALING JAYA Kehadiran lebih 2 57 juta pengundi baharu pada pilih...
Prn Johor Umno Dedahkan Ketamakan Pas

Prn Johor Umno Dedahkan Ketamakan Pas

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 223 hits
KAH KAH KAH LA HANGPA BARU KENAL KA PAS KAMI LAMA DAH KENAL PADAN MUKA HANGPA
No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

Piraum 16 Semua Parti Politik Berpeluang Jadi Kerajaan

Pengalaman Laparoskopi Buang Cyst Ovari Dari Tanda Sampai Sembuh

Dua Maut 16 Cedera Nahas Bas Persiaran Dengan Dua Lori

Nak Tanya Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak Apa Manfaat Vape Ni Ye

Resepi Sup Bayam Dengan Cendawan

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Opening Up Zero Knowledge Proof Technology To Promote Privacy In Age Assurance

Cara Mudah Naikkan Jualan Harian Anda Dengan Sleeve Cup Custom

Insiden Letupan Gas Putra Heights Menteri Besar Selangor Dakwa Siasatan Dilakukan Dengan Bebas Dan Telus

Huawei Mungkin Dahului Apple Guna Memori Telefon Berkelajuan Tinggi

Kelantan Lombong Emas Haram Di Gua Musang Diserbu Rampasan Lebih Rm1 Juta

Al Quran Khadeeja Naskhah Ibrah Keindahan Jiwa Wanita Muslimah