Prn Johor Usah Jadi Nujum Pak Belalang Umno Bn Ukur Diri Dulu Sebelum Berkokok Sombong


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-February 1, 2022 6:45 PM
Kehadiran lebih 2.57 juta pengundi baharu pada PRN Johor akan menjadi penentu, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim.
PETALING JAYA: Kehadiran lebih 2.57 juta pengundi baharu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor nanti, khususnya dalam kalangan pengundi muda 18 tahun ibarat “game changers”, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim.

Beliau berkata, semua “paparan keputusan” pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12), PRU13 dan PRU14, dianggap sudah tidak relevan.

“Bagi PRN Johor ini, tidak ada siapa yang boleh jadi “nujum Pak Belalang” meramal mana parti politik boleh menang mudah dengan memperoleh ‘sekian-sekian banyak kerusi’.

“Jadi panduan umum bolehlah, tetapi tidak lagi terpakai apabila beribu-ribu pengundi muda dan pengundi daftar automatik membanjiri setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Johor,” katanya di Facebook.

Hassan berkata, PRN Johor nanti dianggap sebagai raptai atau pilihan raya di peringkat sebuah negeri yang agak besar yang menyerupai wajah Malaysia pada umumnya, justeru menarik minat banyak parti yang ingin mencuba nasib.

“Di DUN Johor ada 56 kerusi, dua kali ganda berbanding Melaka yang ada 28 kerusi sahaja. Jumlah pengundi-pengundi di sesuatu kawasan DUN Johor adalah ramai, tidak seperti di Melaka. Misalnya, bagi DUN di kawasan Johor Selatan seperti Skudai, Puteri Wangsa, Permas, Kempas, Senai jumlah pengundi sangat ramai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menyindir keyakinan menggunung Umno/Barisan Nasional (BN) yang menyasarkan kemenangan besar pada PRN Johor nanti.

“Dalam PRU-14, Umno khususnya hanya menang di DUN dalam kawasan luar bandar seperti di Pengerang, Kota Tinggi, Mersing, Tenggara dan Pontian. Dalam PRU14 dulu, Umno kalah teruk di kawasan campuran di bandar dan separuh bandar,” katanya.

Hassan berkata, di Pontian, Umno hanya menang di Benut dan kalah kepada calon Amanah di Pulai Sebatang.

“Di Tebrau, Umno kalah di DUN Tiram kepada PH (Keadilan) dan kalah di DUN Puteri Wangsa kepada PH (Bersatu). Soal calon Bersatu di Puteri Wangsa itu melompat ke PN dan sekarang keluar dari Bersatu, itu lain cerita. Tidak mudah Umno hendak menang mudah di kawasan yang telah dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) sejak PRU lalu,” katanya.

Katanya, lebih elok Umno dan MCA dalam BN mengukur diri dan melihat di cermin sebelum berkokok sombong untuk memperagakan kekuatan di luar kenyataan sebenar.

“MCA kalah di seluruh kerusi yang ditandinginya di bawah BN dalam PRU14 yang lalu. Mengapa kini MCA tiba-tiba ada “magic” untuk kalahkan calon-calon PH dari DAP? Sokongan pengundi Cina di Sabah dan di Melaka kepada DAP tidak banyak berubah,” katanya.

Beliau berkata, di Batu Pahat, pada PRU14, dua daripada tiga DUN di bawah Parlimen Batu Pahat, Penggaram dan Senggarang dimenangi PH.

“Hanya di DUN Rengit, Umno menang. Di Parlimen Ledang, tiga dari tiga DUN dimenangi PH. Tangkak oleh DAP, Serom oleh Amanah dan Gambir oleh Bersatu iaitu kerusi yang ditandingi oleh Muhyiddin Yassin ketika itu. Mudahkah MCA untuk merampas Tangkak? Mudahkan Umno untuk merampas Serom dan Gambir?” soalnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/prn-johor-usah-jadi-nujum-pak-belalang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Perlu Buang Imej Rasuah Sebelum Prn Johor Dan Pru 15

Umno Perlu Buang Imej Rasuah Sebelum Prn Johor Dan Pru 15

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 407 hits
Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Dalam ucapan dan rencana saya semenjak tahun 2012 iaitu dua tahun sebelum PRU 14 saya secara konsisten berkata bahawa UMNO berada di atas landasan yang betul tetapi masalahnya adalah pemimpin pemimpinnya Untuk p...
Prn Johor Belum Bincang Dah Tuduh Kita Tolak Tawaran Tak Patut Pas Bidas Umno

Prn Johor Belum Bincang Dah Tuduh Kita Tolak Tawaran Tak Patut Pas Bidas Umno

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 295 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tuduhan PAS menolak tawaran empat kerusi Dewan Undangan Negeri diperuntukkan oleh Umno kepada parti itu pada pilihan raya negeri Johor tidak sepatutnya dibuat kerana belum ada perbincangan mengenai agihan kerusi a...
Prn Johor Umno Bahagian Tak Terima Pas Jadi Rakan Kerjasama

Prn Johor Umno Bahagian Tak Terima Pas Jadi Rakan Kerjasama

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 270 hits
agendaily com26 1 2022Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir pada pertemuan bersama Badan Perhubungan UMNO MCA dan MIC Johor di Johor Bahru hari ini Majoriti kepemimpinan UMNO peringkat bahagian tidak mahu menjalin h...
Kos Rm150 Juta Buat Prn Johor Bukan Satu Pembaziran Kata Ahli Mt Umno

Kos Rm150 Juta Buat Prn Johor Bukan Satu Pembaziran Kata Ahli Mt Umno

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 247 hits
AGENDA DAILY Datuk Mohd Puad Zarkashi Belanja RM150 juta yang bakal digunakan untuk menampung kos mengadakan Pilihan Raya Negeri Johor bukan satu pembaziran kata seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi Malah Puad tidak meliha...
Rentasan 1058 Gempar Prn Johor Adalah Satu Helah Umno Bn

Rentasan 1058 Gempar Prn Johor Adalah Satu Helah Umno Bn

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 193 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1058 1 APA SEBENARNYA TUJUAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR 2 KOLAM PAS DI KELANTAN TIDAK SAMA DENGAN JOHOR 3 ADAKAH PENDIRIAN UMNO SEKERAS KERAK NASI 4 PEMBALAKAN BAIK UNTUK HARIMAU
Menjelang Prn Johor Adakah Rakyat Bakal Hukum Umno

Menjelang Prn Johor Adakah Rakyat Bakal Hukum Umno

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 240 hits
ZAIRI SUBOHAdakah rakyat terus memberi mandat kepada Umno untuk terus memegang tampuk pemerintahan di Johor Sama sama kita nantikan Negara dan rakyat sekali lagi akan menghadapi PRN setelah penat lelah mereka ketika PRN Melaka pada November...
Prn Johor Walaupun Pas Menang 1 Kerusi 4 Kerusi Umno Tawar Tidak Cukup

Prn Johor Walaupun Pas Menang 1 Kerusi 4 Kerusi Umno Tawar Tidak Cukup

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 215 hits
PAS tidak dapat menerima tawaran empat kerusi daripada BN untuk mereka bertanding dalam pilihan raya negeri Johor Melaka nak beri dua kerusi Johor nak beri empat Takkan kita minta sedekah kerusi kerusi ini PAS bukan minta sedekah PAS ada ke...
Prn Johor Umno Dedahkan Ketamakan Pas

Prn Johor Umno Dedahkan Ketamakan Pas

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 221 hits
KAH KAH KAH LA HANGPA BARU KENAL KA PAS KAMI LAMA DAH KENAL PADAN MUKA HANGPA
Prn Johor Ini Sebab Mengapa Shahrir Samad Pilih Untuk Mengundurkan Diri

Prn Johor Ini Sebab Mengapa Shahrir Samad Pilih Untuk Mengundurkan Diri

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 186 hits
PETALING JAYA Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru Umno Shahrir Samad enggan bertanding pada pilihan raya negeri Johor nanti atas alasan sedang berdepan pendakwaan di mahkamah Katanya beliau berdepan pendakwaan membabitkan kes Lembaga Hasil Dala...
Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual