Prn Johor Kerana Pertembungan Politik Dalam Umno



Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang ditentang oleh Pakatan Harapan (PH) pada waktu rakyat masih belum pulih akibat kesan pandemik Covid 19 dan bencana banjir baru baru ini tetap menjadi pilihan ‘terbaik’ pemimpin Umno BN.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, pertembungan kuasa dalam Umno di peringkat pusat mungkin penyebab rakyat Johor dipaksakan untuk mengundi dalam PRN tanpa mengambil kira faktor faktor tempatan yang tidak mengizinkan.
“Kerajaan Negeri akhirnya memutuskan untuk melaksanakan PRN tatkala rakyat baru berdepan musibah banjir besar dan di kala kita belum menang melawan pandemik Covid 19, apatah lagi dengan kemunculan varian Omicron yang mencatatkan peningkatan kes di negeri Johor sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
“Pertembungan kuasa dalaman parti Umnolah yang sebenarnya memicu kearah pembubaran DUN ini. Usah berdolak-dalik kononnya ia adalah intimidasi dari pembangkang!
“Di manakah saranan sebelum ini kononnya kerajaan menjanjikan fokus dalam meningkatkan semula ekonomi negeri dan rakyat, pasca pandemik? Bukankah mereka juga yang sering melaungkan kita belum menang dan jangan berpolitik demi kestabilan, lalu drama apakah ini?” tanya Syed Ibrahim.
Tegas Ahli Parlimen Ledang itu, PH sejak sekian lama menolak sebarang usaha pembubaran DUN yang menyusahkan rakyat.
Apatah lagi, katanya, Pilihan Raya Umum telah hampir dan boleh disekalikan dengan PRN bagi memastikan keadaan kesihatan dan ekonomi rakyat diperbaiki terlebih dahulu.
“Ketika ini rakyat terus dibebani kos sara hidup yang meningkat lantaran pandemik. Kenaikan harga makanan asas tidak terkawal, ditambah lagi kelembapan ekonomi akibat urustadbir kerajaan Pusat mahupun kerjaan Negeri yang begitu buruk kerana sibuk mencatur kuasa demi survival peribadi dan kroni.
“Dalam percaturan politik ini Umno – BN adalah Kayangan, kita KEADILAN adalah rakyat. Kita komited untuk terus mempertahankan hak dan suara Rakyat.
“BN mentadbir secara ‘Double Standard’. KEADILAN bersama Pakatan Harapan menjulang hasrat rakyat dan tidak sesekali melupakan atau membezakan mereka. Hal itu telah kita buktikan sewaktu menerajui Kerajaan Negeri selama 22 bulan. Sama adil, sama dapat,” katanya.
Menurut Syed Ibrahim lagi, Umno – BN hanya akan menempa amarah rakyat dengan percaturan politik di Johor yang dilakukan secara sesuka hati
Katanya, rakyat semakin sedar amalan korupsi, kronisme, nepotisme yang diamalkan kerajaan BN baik di peringkat negeri mahupun pusat menatijahnya perkembangan ekonomi dan negara semakin terencat
Sebaliknya, menurut beliau, demi kestabilan politik dan negeri, KEADILAN Johor di bawah koalisi Pakatan Harapan telah membuktikan kesepakatan dengan memberi kerjasama terbaik kepada kerajaan Johor di bawah kepimpinan Mantan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.
“Namun begitu, KEADILAN Johor akur dengan pembubaran DUN setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan Johor. KEADILAN Johor telah bersedia awal menghadapi pilihan raya dengan penubuhan jentera pilihan raya, latihan-latihan serta kursus, mewujudkan bilik gerakan dan lantikan Penyelaras DUN juga Parlimen lebih setahun lalu.
“Kini gendang perang telah dipalu, maka membujur lalu melintang patah!
“Ayuh saudara-saudari teman seperjuangan, kita rapatkan SAF, mara kehadapan pertahankan Hak Rakyat Johor,” seru Syed Ibrahim.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33917

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Demi Rakyat Atau Mahu Melaksanakan Agenda Politik Umno

Prn Johor Demi Rakyat Atau Mahu Melaksanakan Agenda Politik Umno

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 352 hits
By January 19 2022GAMBAR HIASANTIADA apa yang mengejutkan apabila portal berita Malaysiakini menyiarkan kenyataan satu sumber UMNO yang menegaskan parti itu bukan sahaja yakin akan menang selesa jika Pilihan Raya Negeri Johor diadakan dalam...
Prn Johor Satu Lagi Gerakan Politik Ala Mao Tze Tung Oleh Umno

Prn Johor Satu Lagi Gerakan Politik Ala Mao Tze Tung Oleh Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 343 hits
Umno telah bekerjasama dengan Bersatu PAS GPS dan Kelompok Pengkhianat dari Keadilan untuk tumbangkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan pada Februari 2020 Ini bermakna Umno telah mengguna pakai strategi Mao Tze Tung yang memimpi...
Prn Johor Tidak Perlu Pertembungan Kuasa Umno Punca Dun Dibubar Syed Ibrahim

Prn Johor Tidak Perlu Pertembungan Kuasa Umno Punca Dun Dibubar Syed Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 346 hits
Pilihan Raya Negeri Johor yang ditentang oleh Pakatan Harapan pada waktu rakyat masih belum pulih akibat kesan pandemik Covid 19 dan bencana banjir baru baru ini tetap menjadi pilihan terbaik pemimpin Umno BN Menurut Pengerusi Majlis Pimpin...
Rentasan 1058 Gempar Prn Johor Adalah Satu Helah Umno Bn

Rentasan 1058 Gempar Prn Johor Adalah Satu Helah Umno Bn

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 254 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1058 1 APA SEBENARNYA TUJUAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR 2 KOLAM PAS DI KELANTAN TIDAK SAMA DENGAN JOHOR 3 ADAKAH PENDIRIAN UMNO SEKERAS KERAK NASI 4 PEMBALAKAN BAIK UNTUK HARIMAU
Presiden Umno Pm Bertembung Rakyat Johor Hadap Prn

Presiden Umno Pm Bertembung Rakyat Johor Hadap Prn

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 434 hits
Pilihan Raya Negeri Johor tidak mempunyai asas yang kukuh untuk diadakan pada bulan hadapan kerana mandat mentadbir negeri itu berbaki setahun lagi dan boleh disekalikan dengan Pilihan Raya Umum Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia Datuk...
Prn Johor Walaupun Pas Menang 1 Kerusi 4 Kerusi Umno Tawar Tidak Cukup

Prn Johor Walaupun Pas Menang 1 Kerusi 4 Kerusi Umno Tawar Tidak Cukup

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 290 hits
PAS tidak dapat menerima tawaran empat kerusi daripada BN untuk mereka bertanding dalam pilihan raya negeri Johor Melaka nak beri dua kerusi Johor nak beri empat Takkan kita minta sedekah kerusi kerusi ini PAS bukan minta sedekah PAS ada ke...
Prn Johor Kerana Ketamakan Pemimpin Umno

Prn Johor Kerana Ketamakan Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 470 hits
Alasan pemimpin Umno bahawa parti itu bergantung kepada ihsan Pembangkang untuk mentadbir Kerajaan Negeri Johor tidak masuk akal sama sekali Sedangkan menurut pemerhati politik alasan sebenar mengadakan Pilihan Raya Negeri kerana Umno ingin...
Prn Johor Untuk Lumpuhkan Pengaruh Ismail Muslihat Paksa Pru15 Sebelum Pemilihan Umno

Prn Johor Untuk Lumpuhkan Pengaruh Ismail Muslihat Paksa Pru15 Sebelum Pemilihan Umno

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 463 hits
SHAHBUDIN HUSINMenjadi perbualan hangat di seluruh negara bahawa PRN Johor akan diadakan dalam waktu terdekat ini mungkin dalam tempoh hanya sebulan dua akan datang saja lagi Dua faktor dilaporkan sebagai sebab mengapa Umno mahu menyegeraka...
Umno Bn Johor Berkeyakinan Akan Sapu Bersih Di Semua Kerusi Dun Apabila Prn Johor Diadakan

Umno Bn Johor Berkeyakinan Akan Sapu Bersih Di Semua Kerusi Dun Apabila Prn Johor Diadakan

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 341 hits
PRN JOHOR MKT BERI LAMPU HIJAU BUAT UMNO JOHOR KUALA LUMPUR 15 Jan Majlis Tertinggi UMNO memberi lampu hijau kepada parti itu untuk bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor bagi mencari mandat baharu mendirikan kerajaan yang lebih...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Cawangan Baru Marrybrown Di Jeli Kelantan Jadi Tumpuan Ramai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sekadar Celoteh Petronas Buang Pekerja

Sarapan Pagi Best Di Shah Alam Restoran Azira Pilihan Ramai

Trip Hiking Aku Ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing

Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025

Aku Bapak Kau

Nak Tahu Ayam Segar Atau Tak Lihat Warna Buntut Ayam Untuk Elak Beli Ayam Tak Halal