Prn Johor Diadakan Untuk Desak Ismail Sabri Bubar Parlimen Ph


agendaily.com24/1/2022
Pakatan Harapan menolak tindakan membubar DUN bagi memberi laluan PRN Johor diadakan.

UMNO didakwa cuba memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya membubarkan Parlimen dengan mengambil langkah mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) menyifatkan UMNO sengaja mengadakan PRN Johor bagi mendesak supaya Ismail Sabri tunduk dengan tuntutan kumpulan kluster mahkamah, ia walaupun menyedari rakyat ketika ini sedang berdepan kesempitan hidup.

Majlis Presiden PH berkata tindakan mengadakan PRN Johor sebagai tidak bertanggungjawab memandangkan rakyat terutama di Johor masih terbelenggu dengan isu ekonomi, wabak Covid-19 dan banjir.

Namun, PH tidak akan membiarkan UMNO menang mudah dan membuat ketetapan untuk bertanding PRN Johor.

“Isu-isu persiapan termasuk agihan kerusi, pelancaran jentera pilihan raya, penamaan calon Menteri Besar serta sebarang kerjasama atau persefahaman politik dengan parti-parti pembangkang yang lain akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Madius Tangau.

Mereka juga meminta SPR memperbetul prosedur operasi standard (SOP) bagi kempen PRN kelak memandangkan jumlah kemasukan ke hospital ekoran Covid-19 stabil, selain jumlah penerima dos kedua yang tinggi, mencecah 80 peratus dan dos penggalak lebih 30 peratus.

Katanya, ini termasuk membolehkan aktiviti seperti ceramah serta kempen bersemuka diadakan dengan selamat sepanjang tempoh berkempen bagi PRN berkenaan.

“Membenarkan ceramah dan aktiviti kempen bersemuka seperti pemberian bahan cetak rumah ke rumah dibenarkan dengan pematuhan ketat SOP selain akses media diberi kepada semua parti secara adil dari segi ruangan masa dan ruangan cetak sama ada akhbar atau media dalam talian.

“SPR digerakkan dengan aktif untuk berada di kedutaan Malaysia di Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia serta negara-negara lain untuk memastikan undi pos dapat dilaksana dengan baik, selain tempoh kempen sekurang-kurangnya 21 hari,” katanya.

Majlis Presiden katanya bertekad merangkul seluruh kekuatan pembangkang dan masyarakat sivil dalam usaha memenangi PRN berkenaan.

“Bukan saja demi memenangi semula mandat rakyat yang sudah diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-14, tetapi dengan matlamat membentuk sebuah kerajaan negeri lebih stabil demi masa depan Johor yang lebih baik,” katanya.

DUN Johor dibubarkan secara rasmi semalam selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, sementara SPR dijadual mengadakan mesyuarat khasnya pada 9 Februari depan bagi menentukan tarikh-tarikh penting iaitu hari penamaan calon, hari mengundi awal serta hari mengundi biasa bagi PRN Johor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/01/prn-johor-diadakan-untuk-desak-ismail.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Keberatan Bubar Parlimen Adakan Pru Tapi Sokong Pula Prn Johor

Ismail Sabri Keberatan Bubar Parlimen Adakan Pru Tapi Sokong Pula Prn Johor

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 223 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan kestabilan politik perlu diutamakan pada masa ini demi keselamatan dan kesejahteraan...
Zahid Hamidi Elok Tidak Campur Beri Peluang Ismail Sabri Ketuai Prn Johor

Zahid Hamidi Elok Tidak Campur Beri Peluang Ismail Sabri Ketuai Prn Johor

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 171 hits
Ketika kempen PRN Melaka berlangsung sebelum ini Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi tidak berada di dalam negara kerana terikat dengan jadual pembedahan tulang belakang di Jerman Di samping beliau hanya turun berkempen pada hari terakhir sebe...
Mb Johor Mahu Prn Diadakan Beri Isyarat Bakal Bubar Dun

Mb Johor Mahu Prn Diadakan Beri Isyarat Bakal Bubar Dun

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 200 hits
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad memberi isyarat bakal membubarkan Dewan Undangan Negeri dalam masa terdekat bagi memberi laluan pilihan raya negeri dijalankan Hasni dalam kenyataan terbaharunya hari ini memberi jaminan bahawa siste...
Persiapan Prn Mt Umno Serah Kepada Umno Johor Ismail Sabri

Persiapan Prn Mt Umno Serah Kepada Umno Johor Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 191 hits
satuberita myBy January 22 2022 Ismail Sabri merangkap Naib Presiden UMNO hadir pada Perjumpaan Khas Perdana Menteri Bersama Ahli Biro Politik UMNO Kelantan Foto BERNAMANAIB Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Ahli Majlis T...
Kalau Yakin Sangat Bubar Parlimen Juga Kata Salahuddin Selepas Spekulasi Prn Johor

Kalau Yakin Sangat Bubar Parlimen Juga Kata Salahuddin Selepas Spekulasi Prn Johor

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 249 hits
freemalaysiatoday com January 15 2022 9 10 PMTimbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yakin rakan parti lain dalam PH turut berkongsi pandangan sama dengannya bahawa gabungan itu akan menarik balik MoU bersama kerajaan jika PRN diadakan di ...
Prn Johor Untuk Lumpuhkan Pengaruh Ismail Muslihat Paksa Pru15 Sebelum Pemilihan Umno

Prn Johor Untuk Lumpuhkan Pengaruh Ismail Muslihat Paksa Pru15 Sebelum Pemilihan Umno

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 264 hits
SHAHBUDIN HUSINMenjadi perbualan hangat di seluruh negara bahawa PRN Johor akan diadakan dalam waktu terdekat ini mungkin dalam tempoh hanya sebulan dua akan datang saja lagi Dua faktor dilaporkan sebagai sebab mengapa Umno mahu menyegeraka...
Muhyiddin Umum Tak Bertanding Di Prn Johor Mahu Tumpukan Parlimen Sahaja

Muhyiddin Umum Tak Bertanding Di Prn Johor Mahu Tumpukan Parlimen Sahaja

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 247 hits
tuncarlos comSHAH ALAM Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata beliau tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gambir yang disandangnya sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri Johor akan datan...
Prn Johor Bn Ikrar Rampas Parlimen Pasir Gudang Dan Dun Permas

Prn Johor Bn Ikrar Rampas Parlimen Pasir Gudang Dan Dun Permas

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 176 hits
PASIR GUDANG Barisan Nasional nekad akan merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Johor Jaya dan DUN Permas dalam Pilihan Raya Negeri Johor nanti Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dua kerusi dalam Parlimen Pasi...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly