Ismail Sabri Keberatan Bubar Parlimen Adakan Pru Tapi Sokong Pula Prn Johor
AGENDA DAILY	 								 								 											

						Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
															 																					 									 							 					 						Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini  menegaskan kestabilan politik perlu diutamakan pada masa ini demi  keselamatan dan kesejahteraan rakyat, ia memberi isyarat keberatan untuk  mengadakan pilihan raya umum (PRU) dalam masa terdekat.
Ismail Sabri tidak mahu melihat sekali lagi berlaku kemelut politik  walaupun UMNO juga yang menjadi punca kepada krisis politik di Melaka  dan terbaharu di Johor pula dengan mengambil langkah mengadakan Pilihan  Raya Negeri (PRN) Johor.
Kenyataan tersebut dilihat tidak serupa bikin apabila mahukan  kestabilan politik tetapi pada masa sama UMNO berterusan menyusahkan  rakyat dengan mengadakan PRN pada ketika rakyat sedang berdepan  kesempitan hidup akibat Covid-19 dan bencana banjir besar baru-baru ini.
Kestabilan politik itu, menurut Ismail Sabri juga penting bagi  membolehkan kerajaan melaksanakan semua perancangan yang telah dan  sedang dibuat untuk membantu rakyat dalam situasi sukar akibat pandemik  Covid-19.
“Jika ada yang menarik sokongan, betul kerajaan akan tumbang. Itu  adalah fakta. Kalau Perikatan Nasional (PN) malah sesiapa juga termasuk  Gabungan Parti Sarawak (GPS) atau dalam kalangan UMNO sendiri menarik  sokongan akan menyebabkan kerajaan tumbang kerana kita hanya ada  kelebihan empat kerusi.
“Tapi saya percaya kestabilan politik yang penting. Jika timbul  perkara seperti ini, politik kita kembali bergolak dan ekonomi juga akan  terjejas akibat tindakan itu,” katanya lapor Bernama.
Ismail Sabri terdahulu menyampaikan Wang Bantuan Pembelian Barangan  Keperluan Asas Monsun Timur Laut 2021/2022 sebanyak RM2,500 kepada  setiap 1,157 ketua isi rumah mangsa banjir Daerah Bera di Dewan  Konvensyen Majlis Daerah Bera hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan  Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan media berkata  bahawa sokongan parti itu bersama PAS terhadap kerajaan adalah  bersyarat.
PAS dan Bersatu hari ini mengingatkan kerajaan bahawa sokongan yang  diberikan kepada Ismail Sabri Yaakob bukanlah dibuat dengan begitu saja,  sebaliknya bersyarat.
Menurut Muhyiddi, sokongan yang diberikan – sehingga memungkinkan  Umno dan naib presidennya itu menjadi kerajaan – tertakluk kepada syarat  tertentu.
“Mempertegaskan sokongan PAS dan Bersatu dalam kerajaan persekutuan  adalah bersyarat perlu dihormati dan dirundingi atas nilai integriti,  antirasuah dan berkebajikan,” katanya awal hari ini.
Bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berpandangan  perkara itu perlu ditentukan oleh parti dan tidak menolak kemungkinan  presiden parti-parti terlibat untuk duduk berbincang bagi mencari  penyelesaian terbaik dengan meletakkan kebajikan rakyat sebagai agenda  utama.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/ismail-sabri-keberatan-bubar-parlimen.html