Prn Johor Detik Dakap Harapan Baharu Tolak Mimpi Ngeri







Oleh LIEW CHIN TONG / February 25, 2022Saya telah beberapa kali bertanding dalam pilihan raya umum sejak 2008. Tetapi inilah kali pertama saya bertanding di kerusi Dewan Negeri (Perling), atas arahan pucuk pimpinan parti.
Kepimpinan DAP berpandangan bahawa Pakatan Harapan (PH) perlu membuktikan kepada pengundi bahawa kami sudah bersedia untuk kembali menerajui kerajaan negeri Johor.
Walaupun sebelum ini saya hanya bertanding kerusi Parlimen, saya pernah melibatkan diri dalam pentadbiran negeri.
Apabila saya menjadi Ahli Parlimen Bukit Bendera (2008-2013), saya telah berkhidmat sebagai Penasihat Dasar kepada (mantan) Ketua Menteri Pulau Pinang Sdr Lim Guan Eng sewaktu beliau memegang jawatan tersebut. Saya turut memimpin Penang Institute yang merupakan badan pemikir dasar (think tank) untuk kerajaan negeri Pulau Pinang.
Pengalaman yang saya perolehi dalam bidang pengurusan warisan, perancangan bandar dan pengangkutan awam, memang amat sesuai untuk pembangunan serta kemajuan kawasan Perling dan sekitar Johor Bahru, termasuk wilayah Iskandar Malaysia.
Sewaktu saya menjadi Ahli Parlimen Kluang (2013-2018), walaupun sebagai pembangkang, saya bersama pasukan saya serta sukarelawan telah melaksanakan pelbagai aktiviti pembinaan komuniti yang berjaya menghidupkan semula semangat dan dinamisme pekan-pekan kecil di Johor.
Sejak mula menjadi wakil rakyat, saya telah mengemukakan pelbagai cadangan dan idea untuk transformasi ekonomi Malaysia, termasuk Johor.
Mengapa Pakatan Harapan?
Undi untuk Pakatan Harapan ialah undi untuk mengukuhkan kembali perjuangan kita bahawa Bangsa Johor dan rakyat Malaysia memerlukan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang.Undi untuk Pakatan Harapan ialah undi bagi menolak sistem korup yang hanya mengutamakan segelintir golongan elit dengan mengetepikan keperluan rakyat terbanyak.Ada yang menganggap bahawa korupsi merupakan jenayah yang tiada mangsa. Anggapan ini salah kerana rasuah dan salah guna kuasa menyebabkan ramai golongan muda dipinggirkan kerana tidak mendapat peluang.
Seorang anak muda yang mahu memulakan perniagaan kecil pun terpaksa berhadapan dengan korupsi di peringkat akar umbi. Ini bermakna kos untuk menjalankan perniagaan bertambah akibat najis korupsi. Dan rasuah menjalar hingga ke peringkat kepimpinan tertinggi.
Kerana itulah ramai rakyat Malaysia putus harapan dan kecewa, terutamanya majoriti warga Bangsa Johor. Ramai anak muda kita yang bijak pandai terpaksa berhijrah ke Singapura dan tempat-tempat lain kerana tidak banyak peluang untuk mereka di Johor.
Undi untuk Pakatan Harapan ialah undi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang prihatin dengan setiap warga Bangsa Johor, dan sebuah pentadbiran yang tidak mengamalkan diskriminasi atas perbezaan kaum dan agama.Cara kita beribadat memang berbeza tetapi hampir semua orang berdoa untuk memperolehi kebaikan yang sama. Kita berdoa untuk kesihatan yang baik serta kehidupan yang lebih sejahtera. Kita berdoa agar keluarga kita cukup makan.
Kita mahu keamanan dan perlindungan keselamatan. Kita mahu pekerjaan yang lebih baik dengan gaji yang lebih munasabah. Kita mahu persekitaran perniagaan yang lebih terbuka dan adil.
Kita mahu perumahan, penjagaan kesihatan dan pengangkutan awam yang lebih baik. Kita mahu akses kepada air bersih dan alam sekitar yang tidak dicemari. Kita mahu kepada pendidikan yang lebih bermutu untuk generasi akan datang.
Aspirasi kita sama, matlamat kita juga sama. Bangsa Johor adalah bangsa yang bersatu padu. Kepelbagaian kita adalah aset Bangsa Johor – kerana itulah Bangsa Johor patut menjadi teladan buat Bangsa Malaysia.
Marilah kita jadikan pilihan raya Johor ini sebagai momen bersejarah untuk negara kita. Di sinilah kita menolak mimpi ngeri yang lama dan mendakap harapan baharu, tanpa mengira betapa sukarnya kembara kita untuk mencapai matlamat yang murni itu.
Pilihan raya Johor merupakan peluang bagi kita semua membuat pilihan untuk Malaysia yang lebih baik. Dan harapan baharu ini bermula di Johor.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/prn-johor-detik-dakap-harapan-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Bn Tampilkan 70 Peratus Muka Baharu

Prn Johor Bn Tampilkan 70 Peratus Muka Baharu

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 308 hits
Barisan Nasional mengambil langkah berani apabila akan menampilkan sebanyak 70 peratus calon muka baharu melibatkan ketiga tiga komponen parti pada Pilihan Raya Negeri Johor 12 Mac ini Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata f...
Tolak Gelombang Didalangi Perasuah Dalam Prn Johor

Tolak Gelombang Didalangi Perasuah Dalam Prn Johor

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 143 hits
agendaily com21 2 2022Ketua Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan Pengundi Johor digesa menolak gelombang kebangkitan UMNO dan Barisan Nasional yang didalangi individu rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Negeri yang...
Prn Johor Pakatan Harapan Dikompuan Pejabat Kesihatan Jb

Prn Johor Pakatan Harapan Dikompuan Pejabat Kesihatan Jb

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 147 hits
Ceramah umum pertama Pakatan Harapan di DUN Kota Iskandar malam tadi dikenakan kompaun sebanyak RM3 000 oleh Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru Ceramah bagi membantu kempen calon Kota Iskandar Dzkefly Ahmad itu dihadiri Presiden Amanah Mo...
Prn Johor Calon Heavyweight Pindah Kerusi Baharu Strategi Atau Makan Diri

Prn Johor Calon Heavyweight Pindah Kerusi Baharu Strategi Atau Makan Diri

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 178 hits
UMUM mengetahui Pilihan Raya Negeri Johor dianggap sebagai medan testing ground paling penting dalam menguji kekuatan parti parti politik di negara ini menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Berikutan itu sejumlah 10 parti sudah mengesahkan kese...
Prn Johor Keadilan Mohon Sumbangan Derma

Prn Johor Keadilan Mohon Sumbangan Derma

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 139 hits
KEADILAN memerlukan dana yang besar untuk menaja kempen dan gerak kerja parti dalam persiapan Pilihan Raya Negeri Johor Pilihan raya memerlukan dana perbelanjaan yang begitu besar Sehubungan itu rakyat Malaysia yang cintakan perjuangan mela...
Ph Menilai Keputusan Prn Johor Untuk Tentukan Logo Mana Paling Sesuai

Ph Menilai Keputusan Prn Johor Untuk Tentukan Logo Mana Paling Sesuai

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 182 hits
KEADILAN dan Pakatan Harapan masih dalam tempoh menilai logo manakah yang paling sesuai digunakan dalam pilihan raya Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor Syed Ibrahim Syed Noh dalam Pilihan Raya Negeri Johor logo mata dia...
Prn Johor Is Supposed To Be Muhyiddin S Waterloo

Prn Johor Is Supposed To Be Muhyiddin S Waterloo

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 142 hits
Anwar Ibrahim Najib Tun Razak Ahmad Zahid Hamidi Tun Dr Mahathir Mohamad Mohamad Hasan Khairy Jamaluddin Mukhriz Mahathir Azmin Ali Syed Saddiq Abdul Rahman Rafizi Ramli All these people and more wake up every morning look into the mirror a...
Apakah Missi Pkr Utk Pecahkan Undi Pembangkang Supaya Umno Menang Mudah Di Prn Melaka Dan Kini Johor

Apakah Missi Pkr Utk Pecahkan Undi Pembangkang Supaya Umno Menang Mudah Di Prn Melaka Dan Kini Johor

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 353 hits
1 MoU sekadar MENJADIKAN Pembangkang diikat kaki dan tangan 2 Menggunakan lambang sendiri di PRN Melaka dan kini johor bagi menggambarkan PH yang berpecah 3 MUDA yang punya potensi di krisiskan dengan tidak bincang awal kerusi sebaliknya te...
Pkr Selesai Umum 20 Calon Prn Johor

Pkr Selesai Umum 20 Calon Prn Johor

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 257 hits
bharian com myOleh Februari 19 2022 9 10pmAnwar bersama calon PKR bagi Zon Tengah dan Zon Timur selepas pengumuman calon akhir PKR bagi PRN Johor di Dewan Serbaguna Kampung Kopok Baru di sini hari ini STR OMAR AHMADPASIR GUDANG Parti Keadil...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor