Tolak Gelombang Didalangi Perasuah Dalam Prn Johor


agendaily.com21/2/2022
Ketua Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Pengundi Johor digesa menolak gelombang kebangkitan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didalangi individu rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada 12 Mac depan.

Ini kerana pihak terbabit mahu menggunakan demokrasi untuk melindungi individu-individu terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa, kata Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Menurutnya, PRN yang diadakan ini telah dipaksa oleh UMNO dan BN ke atas Bangsa Johor, bukannya dikehendaki oleh rakyat Johor dalam keadaan pandemik Covid-19 yang melanda sekarang.

“PRN ini diadakan kerana ada pemimpin UMNO yang terdesak, kalau tidak ada kuasa yang boleh disalahgunakan, ada pemimpin mereka yang akan masuk penjara.

“Disebabkan ketakutan itu mereka tidak ada pilihan dan gunakan pilihan raya serta gelombang penyokong mereka. Jadi adalah tanggungjawab kita untuk menolak gelombang yang cuba diwujudkan ini,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Penerangan Isu Semasa di Felda Taib Andak malam semalam.

Wan Saiful berkata, UMNO dan BN ketika ini memilih berdiam diri kerana pelbagai su ditimbulkan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) tidak mampu dijawab sebaliknya cuba mencari isu remeh sebagai modal politik.

“UMNO tidak dapat menjawab isu berkaitan kepincangan dan kerosakan Felda semasa di bawah pemerintahan BN, begitu juga kes-kes rasuah yang sedang dihadapi pemimpin tertinggi mereka.

“Sebaliknya, mereka mainkan isu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengejek nama dan maruah bapa Presiden UMNO, sedangkan gelaran ‘Zahid Komedi’ itu merujuk kepada perangai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Ada pemimpin UMNO yang mempunyai berpuluh kes mahkamah masih mampu berdiri depan orang ramai, tak malu ke, ini perangai badut. Kalau nak jaga maruah ibu bapa dan keluarga, kita kena fikir banyak kali sebelum songlap duit rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, individu berkenaan ‘belajar’ daripada bekas ketuanya yang tidak lagi mempunyai rasa malu selepas dituduh mahkamah kerana melakukan rasuah.

“Saya tak tahu bagaimana boleh wujud manusia seperti ini di muka bumi ini. Dia ajar rakyat, ajar masyarakat supaya berpegang kepada tidak perlu malu apa. Malu ini sebahagian daripada iman. Tiada perasaan malu maka tiada iman.

“Apa yang dia nak ajar kepada rakyat. Apa yang lebih pelik ada macai-macai dia menyokong. Malu apa bosku. Anak muda kena fikir adakah kita nak didik keluarga, membesar dengan didikan bahawa tiada perasaan malu, tiada masalah. Ini kita kena fikir secara serius,” soalnya.

Menurutnya lagi, disebabkan ketandusan isu UMNO memainkan isu Bersatu memecahbelahkan orang Melayu sedangkan apabila Bersatu mahu menyertai Muafakat Nasional (MN) untuk kesatuan Melayu, UMNO tidak ‘merestuinya’


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/tolak-gelombang-didalangi-perasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Detik Dakap Harapan Baharu Tolak Mimpi Ngeri

Prn Johor Detik Dakap Harapan Baharu Tolak Mimpi Ngeri

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 180 hits
Oleh LIEW CHIN TONG February 25 2022Saya telah beberapa kali bertanding dalam pilihan raya umum sejak 2008 Tetapi inilah kali pertama saya bertanding di kerusi Dewan Negeri atas arahan pucuk pimpinan parti Kepimpinan DAP berpandangan bahawa...
Pejuang Tolak Pelawaan Ph Bentuk Gabungan Besar Berdepan Bn Dan Pn Di Prn Johor

Pejuang Tolak Pelawaan Ph Bentuk Gabungan Besar Berdepan Bn Dan Pn Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 209 hits
KUALA LUMPUR Parti Pejuang Tanah Air menolak pelawaan Pakatan Harapan membentuk gabungan besar berdepan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Johor Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata partinya kekal d...
Khalid Samad Saran Perikatan Nasional Tidak Bertanding Di Prn Johor

Khalid Samad Saran Perikatan Nasional Tidak Bertanding Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 213 hits
Oleh Nurul Aishah ADAKAH Muhyiddin Yasin akan terima saranan agar Perikatan Nasional tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Johor Khalid Samad merayu agar Perikatan Nasional mengelak daripada digunakan sebagai pemecah undi menolak BN de...
Prn Johor Tiada Guna Pilih Pn Pemimpinnya Kian Membawa Diri Keluar Parti

Prn Johor Tiada Guna Pilih Pn Pemimpinnya Kian Membawa Diri Keluar Parti

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 227 hits
Persaingan sengit politik pada Pilihan Raya Negeri Johor kali ini seharusnya berlaku di antara Pakatan Harapan dan BN sahaja Pengundi sepatutnya tidak lagi menganggap Perikatan Nasional sebagai gabungan politik yang berwibawa dan mampu memb...
Prn Johor Jangan Leka Dengan Kemenangan Melaka

Prn Johor Jangan Leka Dengan Kemenangan Melaka

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 187 hits
SHAH ALAM Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua jentera Barisan Nasional untuk tidak leka di sebalik kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum ini Beliau berkata sebaliknya jadikan kejayaan tersebut sebag...
Ph Mahu Kerajaan Bn Perak Kekal Hingga Pru Tidak Perlu Diadakan Prn Seperti Melaka Dan Johor Mujahid

Ph Mahu Kerajaan Bn Perak Kekal Hingga Pru Tidak Perlu Diadakan Prn Seperti Melaka Dan Johor Mujahid

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 201 hits
February 15 2022 Pakatan Harapan Perak mahu pentadbiran kerajaan negeri yang kini dipimpin Barisan Nasional terus kekal sehinggalah Pilihan Raya Umum diadakan kelak Pengerusi PH Negeri Datuk Seri Mujahid Yusof berkata pentadbiran yang ada k...
Prn Johor 3 Bekas Perdana Menteri Berentap Buktikan Pengaruh

Prn Johor 3 Bekas Perdana Menteri Berentap Buktikan Pengaruh

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 188 hits
Pilihan Raya Negeri Johor yang akan berlangsung 12 Mac depan sebenarnya bakal menyaksikan pertembungan sengit di antara dua pihak sahaja iaitu Barisan Nasional dengan parti parti politik yang bukan BN Bunyinya agak pelik tetapi itulah hakik...
Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi Akaun Tiktok Boikotpakmat Dakwa Pak Mat Western Liat Bayar Gaji Staf

Kek Lapis Penganan Pilah

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik

Flood Situation In Sabah Worsens


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maher Zain Feat Harris J Qalbi Fil Madinah Chord

Marketing Semakin Mudah Chatbot Sudah Disediakan Untuk Bisnes Anda

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dinda Dania Katana Chord