Prn Johor Calon Heavyweight Pindah Kerusi Baharu Strategi Atau Makan Diri



UMUM mengetahui Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dianggap sebagai medan ‘testing ground’ paling penting dalam menguji kekuatan parti-parti politik di negara ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Berikutan itu, sejumlah 10 parti sudah mengesahkan kesediaan menguji sejauh mana penerimaan segmen 750,000 pengundi baharu berusia 18 tahun dan didaftar secara automatik terhadap mereka melalui pilihan raya negeri itu.
Justeru, semua parti, sama ada berstatus gabungan besar seperti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan bersama Parti Ikatan Demokratik Muda (PH-Muda) atau parti-parti bersendirian seperti Parti Warisan (Warisan), Parti Pejuang Tanahairku (Pejuang) serta Parti Bangsa Malaysia (PBM), sudah pasti giat merencana pelbagai strategi termasuk memposisikan calon-calon ‘ayam tambatan’ mereka di kerusi DUN baharu untuk mengukuhkan peluang kemenangan.
Analisis dibuat Sinar Premium mendapati sekurang-kurangnya 12 calon ‘heavyweight’ daripada pelbagai parti mencuba nasib bertanding di kerusi DUN baharu, termasuk sebilangan bekas calon atau ahli Parlimen yang turut bertanding di kawasan DUN pada PRN Johor kali ini.
Justeru, adakah strategi ini bertepatan dengan senario ketidaktentuan mood pengundi Bangsa Johor ketika ini atau berpotensi memakan diri sendiri?
Antara calon ‘heavyweight’ yang dianggap paling mencuri tumpuan adalah Pengerusi DAP Johor, Senator Liew Chin Tong yang mengesahkan bertanding pada kerusi DUN Perling.
Tewas tipis kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di kerusi Parlimen Ayer Hitam pada PRU14, strategi DAP meletakkan Chin Tong sebagai salah seorang daripada 14 calon DUN parti itu secara permukaannya dianggap sebagai bukti keseriusan DAP bagi menghadapi PRN Johor.
Bagaimanapun, ramai pemerhati politik berpendapat keputusan itu seolah-olah cuba memperjudikan nasib Chin Tong sendiri sekiranya beliau kalah, lebih-lebih lagi pemilihan jawatankuasa pusat DAP bakal diadakan pada penghujung Mac ini.
Dengan bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu difahamkan bertelagah dengan beberapa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Johor susulan isu pencalonan PRN negeri itu, ada kemungkinan pakar strategi DAP itu berdepan sabotaj daripada pihak dalaman parti.
Seorang lagi nama besar dalam UMNO yang dicalonkan kembali parti itu untuk bertanding kerusi DUN Rengit adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi.
Keputusan itu juga sekali gus menyaksikan bekas Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ayub Jamil digugurkan daripada senarai pencalonan UMNO.
Pencalonan Puad ternyata mengejutkan banyak pihak, susulan sumber dalaman UMNO sendiri menjangkakan bekas penyandang DUN Rengit, Datuk Ayub Jamil bakal dikekalkan bagi mempertahankan kerusi berkenaan susulan mempamerkan prestasi cemerlang sebelum ini.
Tewas mengejut kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon di kerusi Parlimen Batu Pahat pada PRU14, pemerhati politik bagaimanapun mengunjurkan peluang Puad memenangi kerusi DUN Rengit cerah susulan ia dianggap kerusi selamat UMNO.
Di kerusi DUN Layang-Layang pula menyaksikan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dipertaruhkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di situ, meskipun beliau ketika ini berstatus Ahli Parlimen Simpang Renggam.
Diuar-uarkan sebagai calon Menteri Besar Johor daripada pembangkang sekiranya PKR dan PH menang PRN Johor, harapan rakyat Johor menyaksikan pertembungan antara Maszlee dan seorang lagi bekas Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada UMNO-BN bagaimanapun tidak kesampaian.
Hal ini kerana UMNO-BN memilih untuk memindahkan cicit kepada pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar itu, ke kerusi DUN Machap.
Tidak dapat dipastikan faktor utama Onn Hafiz dipindahkan, bagaimanapun peluang Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam itu untuk memenangi kerusi DUN Machap masih dianggap 50-50.
Hal ini susulan beliau bakal dicabar oleh Pengerusi Pejuang Johor yang juga bekas Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Mohd Salleh.
Merupakan penyandang kerusi Parlimen Sri Gading, Shaharuddin yang pernah menjadi ADUN Jorak yang kemudiannya bertukar nama menjadi DUN Bukit Pasir pada PRU14, berkeyakinan mampu mencipta kejutan di kerusi dimenangi UMNO sebelum ini.
Dari pihak PN pula, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Solihan Badri menggalas cabaran berat bagi mempertahankan kerusi DUN Gambir yang dimenangi Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada PRU14.
Berpindah daripada kerusi DUN Tenang disandang beliau sebelum ini, peluang Solihan untuk mengekalkan kerusi DUN Gambir itu dilihat agak berliku, susulan DUN berkenaan tidak lagi ditandingi MIC mewakili BN sebagai pencabar utama, sebaliknya sudah ditukar kepada UMNO.
Seorang lagi bekas Exco Kerajaan Negeri Johor daripada Bersatu yang menjadi tumpuan adalah Dr Chong Fat Full, yang melompat parti daripada PKR selepas kerajaan PH dijatuhkan.
Merupakan bekas penyandang DUN Pemanis, beliau yang juga Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Johor kini dipertaruhkan untuk bertanding di DUN Tangkak.
Keputusan Fat Full berpindah kerusi DUN dilihat berasas, susulan DUN Pemanis dianggap sebagai salah satu kerusi campuran yang memiliki peratus pengundi Melayu lebih tinggi.
Bagaimanapun, keputusan bertukar kerusi DUN bukan jaminan Fat Full mampu menang mudah, susulan sokongan pengundi terhadap calon penyandang, Ee Chin Li daripada PKR masih dianggap utuh.
Di pihak pembangkang pula, nasib bekas Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat bakal menjadi tanda-tanya susulan beliau terpaksa bertanding di kerusi DUN Pulai Sebatang, walaupun pada awalnya dirancang untuk dicalonkan di kerusi DUN Puteri Wangsa.
Hal ini kerana kerusi DUN Puteri Wangsa yang pada asalnya menjadi milik Parti Amanah Negara (Amanah), diserahkan pucuk kepimpinan parti itu kepada Muda sebagai sebahagian persetujuan perjanjian kerjasama politik PH-Muda.
Setelah kalah bertanding di DUN Kukup pada PRU14, strategi meletakan Suhaizan bertanding di DUN Pulai Sebatang juga seolah-olah satu langkah memperjudikan nasib Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor itu.
Dengan Muhammad Taqiuddin Cheman yang juga Ketua Pemuda Amanah Johor berpindah ke kerusi DUN Mahkota, peluang Suhaizan untuk mempertahankan kerusi DUN Pulai Sebatang masih dianggap 50-50 susulan pencabar utama beliau, BN kali ini mempertaruhkan calon UMNO bagi merampas kerusi itu berbanding calon MCA pada PRU14.
Unjuran sama juga diramal beberapa pemerhati politik terhadap nasib Muhammad Taqiuddin yang bakal bertanding di kerusi DUN Mahkota.
Hal ini susulan beliau bakal dicabar oleh bekas Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang turut berpindah kerusi daripada DUN Penawar sebelum ini.
Merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang, peluang Sharifah Azizah untuk membantu BN merampas kembali kerusi DUN Mahkota itu dianggap cerah susulan beliau difahamkan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat kawasan itu meskipun bergelar ADUN Penawar sebelum ini.
Dari sudut PKR pula, strategi parti itu mempertaruhkan bekas calon DUN Tanjung Surat, Dr Zamil Najwah Arbain bertanding di DUN Larkin kali ini mungkin berdepan risiko kekalahan setelah Muda bertegas untuk turut meletakkan calon mereka, Rashid Abu Bakar di kerusi sama.
Hal ini susulan kegagalan PKR dan Muda mencapai kata sepakat dalam perbincangan agihan kerusi pilihan raya berkemungkinan bakal memecahkan undi yang sepatutnya diterima parti-parti bekerjasama dengan PH.
Senarai calon ‘heavyweight’ terakhir yang bertanding di kerusi DUN baharu pada PRN Johor kali ini pastinya tidak lengkap tanpa disertakan penglibatan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong yang turut bertanding di DUN Puteri Wangsa atas tiket PBM.
Mengisytiharkan diri keluar daripada PKR dan menjadi Ahli Parlimen bebas menyokong kerajaan bersama Fatt Full, peluang Steven Choong untuk menang kerusi pilihan raya pertama PBM dilihat sangat sukar.
Hal ini kerana DUN Puteri Wangsa, kerusi DUN dianggap selamat untuk PH, turut ditandingi Setiausaha Agung Muda, Amira Aisya Abdul Aziz, 27, yang mendapat ‘restu’ parti-parti dalam koalisi PH.
Bagaimanapun, tiada jaminan Amira Aisya benar-benar akan mendapat sokongan daripada PKR di kawasan DUN itu, susulan tindakan Muda ‘melanggar’ kerusi DUN Larkin yang ditandingi PKR.
Berikutan itu, sekiranya masalah dalaman di antara PKR-Muda semakin memuncak di sepanjang kempen PRN Johor, tidak mustahil Steven Choong mampu mencipta kejutan memenangi DUN Puteri Wangsa.
Pada masa sama, Sinar Premium turut mengenal pasti terdapat dua calon ‘proksi’ yang dipertaruhkan PN dan Pejuang pada pilihan raya negeri kali ini iaitu Mohamad Alias Rasman daripada Bersatu dan Nornekman Osman (Pejuang).
Sumber dalaman PN mendakwa keputusan pencalonan Mohamad Alias di DUN Johor Lama sebenarnya bertujuan meneruskan legasi bapanya yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri, Rasman Ithnain susulan beliau digugurkan daripada bertanding oleh Bersatu.
Sebelum ini, Rasman berdepan siasatan polis susulan didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita, namun beliau berkeras menafikannya.
Begitu juga dengan anak bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Datuk Osman Sapian iaitu Nornekman Osman daripada Pejuang yang akan mempertahankan kerusi DUN Kempas yang pernah dimenangi bapanya pada PRU14.
Di sebalik segala strategi dipertaruhkan termasuk idea pertukaran kerusi pilihan raya bagi mencongak kemenangan calon dan parti bertanding, segalanya terletak di tangan 2.59 juta pengundi bangsa Johor untuk menentukan siapa bakal memperolehi kemenangan mutlak pada 12 Mac ini.
Calon ‘heavyweight’ pindah kerusi baharu, strategi atau makan diri?
INFO
Calon-calan heavyweight bertanding kerusi DUN baharu:
1) Liew Chin Tong (PH – DAP)
Kalah bertanding Parlimen Ayer Hitam pada PRU14, kini bertanding DUN Perling
2) Solihan Badri (PN – Bersatu)
Bertukar kerusi daripada DUN Tenang kepada DUN Gambir
3) Dr Chong Fat Full (PN – Bersatu)
Bertukar kerusi daripada DUN Pemanis kepada DUN Tangkak
4) Datuk Dr Puad Zarkashi (BN – UMNO)
Kalah bertanding Parlimen Simpang Renggam pada PRU14, kini bertanding DUN Rengit
5) Datuk Onn Hafiz Ghazi (BN – UMNO)
Bertukar kerusi daripada DUN Layang-Layang kepada DUN Machap
6) Datuk Shahruddin Md Salleh (Pejuang)
Penyandang kerusi Parlimen Sri Gading, kini bertanding DUN Machap
7) Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (BN – UMNO)
Bertukar kerusi daripada DUN Penawar kepada DUN Mahkota
8) Muhammad Taqiuddin Cheman (PH-Amanah)
Bertukar kerusi daripada DUN Pulai Sebatang kepada DUN Mahkota
9) Dr Zamil Najwah Arbain (PKR)
Kalah bertanding DUN Tanjung Surat pada PRU14, kini bertanding DUN Larkin
10) Steven Choong (Parti Bersatu Malaysia)
Menang bertanding Parlimen Tebrau pada PRU14 mewakili PKR, kini bertanding DUN Puteri Wangsa
11) Dr Maszlee Malik (PKR)
Menang bertanding Parlimen Simpang Renggam pada PRU14 mewakili Bersatu, kini bertanding DUN Layang-Layang mewakili PKR
12) Suhaizan Kaiat (PH – Amanah)
Kalah bertanding DUN Kukup pada PRU14, kini bertanding DUN Pulai Sebatang
Baca Artikel Menarik:
KPM beri pilihan sekolah jalankan PdPR – Alamin Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib Leissner sogok suami Zeti Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid Saya tak ada kroni – Mahathir Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’ Layari Laman Facebook MYKMU.NET
JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara

Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak

Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion

Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib

The post PRN Johor: Calon ‘heavyweight’ pindah kerusi baharu, strategi atau makan diri? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/27/prn-johor-calon-heavyweight-pindah-kerusi-baharu-strategi-atau-makan-diri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Muda Tak Ada Calon Atau Mahu Kerusi Lebih Untuk Sekutunya

Prn Johor Muda Tak Ada Calon Atau Mahu Kerusi Lebih Untuk Sekutunya

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 184 hits
SEHINGGA 19 FEBRUARIKomponen Pakatan Harapan masih menunggu pengumuman calon calon mereka DAP memberikan DUA KERUSI sementara AMANAH memberi EMPAT KERUSI kepada MUDA Sementara PKR cuba menawarkan TIGA KERUSI tapi tidak disambut oleh MUDA MU...
Prn Johor Warisan Umumkan Parti Itu Akan Tanding Di Enam Kerusi Dun Pada 12 Mac Ini

Prn Johor Warisan Umumkan Parti Itu Akan Tanding Di Enam Kerusi Dun Pada 12 Mac Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 314 hits
JOHOR BAHRU Parti Warisan Sabah mengumumkan akan bertanding enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri Johor 12 Mac ini Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerusi akan ditandinginya adalah Pekan Nanas Bekok Mahkota Johor Jaya Bukit B...
Pembangkang Tidak Ada Strategi Untuk Menang Prn Johor

Pembangkang Tidak Ada Strategi Untuk Menang Prn Johor

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 494 hits
Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional tidak ada strategi untuk menang PRN Johor atau PRU15 Mereka hanya main strategi politik benci dan berharap agar pengundi akan menyokong mereka semata mata kerana bencikan Umno atau Barisan Nasional sep...
Prn Johor Warisan Boleh Perintah Johor Dengan 6 Kerusi

Prn Johor Warisan Boleh Perintah Johor Dengan 6 Kerusi

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 168 hits
Shafie Apdal minta rakyat Johor tolak kerajaan terdahulu Habis tu rakyat Johor mahu sokong siapa
Prn Johor Detik Dakap Harapan Baharu Tolak Mimpi Ngeri

Prn Johor Detik Dakap Harapan Baharu Tolak Mimpi Ngeri

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 162 hits
Oleh LIEW CHIN TONG February 25 2022Saya telah beberapa kali bertanding dalam pilihan raya umum sejak 2008 Tetapi inilah kali pertama saya bertanding di kerusi Dewan Negeri atas arahan pucuk pimpinan parti Kepimpinan DAP berpandangan bahawa...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat