Prkrantau Kesalahan Beri Kupon Makanan Percuma Oleh Ahli Parlimen Ph Menjelang Prk


Bersih pertikai agihan kupon makanan percuma menjelang PRK Rantau
Pemantau pilihan raya, Bersih 2.0 mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo mengagihkan kupon makanan kepada pelajar miskin di Rantau, Negeri Sembilan.
Tindakan itu dilaporkan dibuat atas permintaan Dr Streram Sinnasamy, calon Pakatan Harapan bagi pilihan raya kecil Rantau, bulan depan.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan berkata, Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jelas menyatakan ia adalah satu kesalahan pilihan raya untuk menjamu sesiapa makanan dan minuman, memberi bekalan keperluan, wang, tiket atau perkara lain secara rasuah untuk mempengaruhi mereka mengundi pada pilihan raya.
Seksyen 8 dan seksyen lain di bawah akta sama turut menyatakan promosi berniat jahat dan permusuhan, rasuah dan pengaruh tidak wajar, bermula dengan frasa “sebelum, semasa dan selepas pilihan raya”.
“Bersih ingin menyarankan tafsiran ‘sebelum pilihan raya’ bermakna sebelum hari pencalonan. Jadi, adalah munasabah tempoh permulaan untuk kesalahan pilihan raya diambil kira ialah apabila sesebuah kerusi itu diisytiharkan kosong atau ketika Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan.”
Kerusi DUN Rantau diisytiharkan kosong pada 26 Februari lalu, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan penyandangnya, Mohamad Hasan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya untuk mengadakan pilihan raya.
Bersih berkata, ia adalah pengetahuan umum yang PRK akan diadakan dan “munasabah untuk mengandaikan semua kegiatan politik tidak dijadualkan yang dijalankan di kawasan itu dilakukan untuk memancing undi”.
Katanya, Streram turut hadir dalam program pengagihan kupon makanan percuma berjumlah RM75,000 kepada kira-kira 300 pelajar di Rantau, dengan setiap seorang menerima RM50 hingga RM150.
Teo berkata, beliau turut mengadakan program sama di 8 sekolah sekitar kawasan Parlimennya dan memutuskan untuk meneruskan program itu di Rantau atas permintaan Streram selaku penyelaras PKR di kawasan itu.
Bersih berkata, terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap Teo, walaupun mereka percaya wakil rakyat itu sudah melakukan kesalahan pilihan raya.
“Bersih menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil semua langkah perlu bagi menangani dan memastikan semua pihak mematuhi Akta Kesalahan Pilihan Raya.”
FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/03/29/prkrantau-kesalahan-beri-kupon-makanan-percuma-oleh-ahli-parlimen-ph-menjelang-prk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersih Selar Tindakan Ph Edar Kupon Makanan Percuma Di Rantau

Bersih Selar Tindakan Ph Edar Kupon Makanan Percuma Di Rantau

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 336 hits
KUALA LUMPUR Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo Yu Keng yang memberikan kupon makanan percuma bernilai RM75 000 kepada 300 pelajar miskin dari lima buah sekola...
Berbagai Kesalahan Ph Di Prk Tetapi Tiada Tindakan Oleh Spr Sehingga Kini Najib

Berbagai Kesalahan Ph Di Prk Tetapi Tiada Tindakan Oleh Spr Sehingga Kini Najib

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 352 hits
Selepas PRK Semenyih bulan lepas pihak BERSIH dan pihak SPR pernah mengeluarkan kenyataan Menurut Pengerusi BERSIH Thomas Fann kesalahan paling tinggi dilakukan oleh Pakatan Harapan Kami kecewa di sebalik usaha memberi kesedaran tentang kes...
Spr Seru Lapor Polis Agihan Kupon Percuma Di Rantau

Spr Seru Lapor Polis Agihan Kupon Percuma Di Rantau

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 403 hits
March 29 2019 10 07 PMSEREMBAN Suruhanjaya Pilihan Raya menggesa laporan polis dibuat berhubung isu pemberian kupon makanan percuma kepada pelajar di 5 buah sekolah sebelum hari penamaan calon PRK DUN Rantau Timbalan Pengerusi Azmi Sharom b...
Spr Edar Kupon Makanan Boleh Dianggap Rasuah Jamuan

Spr Edar Kupon Makanan Boleh Dianggap Rasuah Jamuan

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 298 hits
Tindakan MP Miri Michael Teo mengedarkan kupon makanan kepada kanak kanak sekolah di Rantau boleh dianggap sebagai rasuah penjamuan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya maklum SUruhanjaya Pilihan Raya Bagaimanapun Timbalan Pengerusi SPR Azmi...
Edar Kupon Percuma Wanita Umno Gesa Spr Ambil Tindakan

Edar Kupon Percuma Wanita Umno Gesa Spr Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 312 hits
Selama ini mereka juga yang mengatakan mereka sentiasa telus dan BN pula kotor tetapi apa sudah jadi tidak ada satu pun tindakan mereka yang menggambarkan mereka telus dan jujur Noraini Ahmad KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya digesa men...
Ahli Amanah Tanding Bebas Prk Rantau Automatik Gugur Keahlian Husam Musa

Ahli Amanah Tanding Bebas Prk Rantau Automatik Gugur Keahlian Husam Musa

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 401 hits
KOTA BHARU Keanggotaan Mohd Nor Yassin 67 dalam Parti Amanah Negara gugur secara automatik susulan tindakannya bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata...
Malaysia Ahli Parlimen Pas Dihalau Dewan Rakyat Selepas Gelar Guan Eng Pondan

Malaysia Ahli Parlimen Pas Dihalau Dewan Rakyat Selepas Gelar Guan Eng Pondan

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 438 hits
Anggota Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary diperintah meninggalkan Dewan Rakyat hari ini selepas enggan menarik balik kenyataan pondan ditujukan kepada Lim Guan Eng Sebelum itu berlaku pertikaman lidah di antara kedua dua anggota ...
Saya Masih Ahli Pas Kata Calon Bebas Prk Rantau

Saya Masih Ahli Pas Kata Calon Bebas Prk Rantau

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 444 hits
Malaysiakini PRK RANTAU Beberapa jam selepas Mohd Nor Yassin disahkan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Rantau timbul pertikaian berhubung status keanggotaannya dalam parti politik Dalam kenyataan media hari ini Setiau...
Calon Bebas Prk Rantau Ahli Parti Amanah Negara

Calon Bebas Prk Rantau Ahli Parti Amanah Negara

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 348 hits
Di dalam kehangatan PRK Rantau ada satu polemik politik berkisar salah seorang calon Pilihan Raya Kecil Dun Rantau adalah Ahli PAN Parti Islam Semalaysia telah menafikan kenyataan media massa adalah beliau adalah Ahli PAS Nampaknya Pakatan ...
Ringgit Slips Against Dollar As Us Rate Cut Hopes Fade

Fire Guts Tour Bus On Mex Highway

Navigating The Night How Moon Powered Navigation Is Revolutionizing Wilderness Survival

Nst Turns 180 The Tun Reaches A Century And Media Council 50 Years In The Making Names Founding Members

Digital Marketing For Business Success

Shila Amzah Diminta Berdamai Elak Aib Industri Terus Tular

Ceo Nvidia Puji Model Ai China Berkelas Dunia

Tng Ewallet Kini Boleh Digunakan Untuk Bayar Gaji Secara Sah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Soalan Matematik Susah Kira Jarak Jalan Be Like

Fomo Colleague

Chicken Pox Dan Cuti Kuarantin

Ming 37 02 Monolith Jam Tangan Dikenali Untuk Mereka Yang Mementingkan Gaya Dan Teknologi

Pertandingan Fotografi Wellcome 2025 Menggambarkan Persimpangan Antara Sains Kesihatan Dan Pengalaman Manusia

Demi Bekalan Akhirat Nabil Ahmad Penuhi Hasrat Ibu Bina Madrasah Bernilai Hampir Rm500 000