Prk Nenggiri Pas Tanggung Kekalahan Terbesar Kata Penganalisis


malaysiakini.com
Shahrin Aizat Noorshahrizam & Sheha Mohd Amin
Diterbitkan: Aug 20, 2024 8:30 AM
Kekalahan PN dalam PRK Nenggiri antaranya disebabkan penyokongnya, menurut penganalisis politik

Mereka berpandangan penyokong Bersatu bukan saja enggan keluar mengundi, malah ada yang mengundi Umno.

Penganalisis politik Azmi Hassan bagaimanapun berkata, kekalahan sebenar ditanggung oleh PAS ekoran isu calon yang menyebabkan boikot di kalangan penyokong Bersatu.

“Cara calon dipilih menunjukkan betapa kuatnya PAS sehingga mereka boleh membuat keputusan di pihak Bersatu.

“Ini membawa kepada khabar angin sesetengah penyokong Bersatu bukan saja boikot, malah sabotaj dengan mengundi Umno.

“Jadi secara keseluruhan, PAS kalah paling besar dan disusuli PN kerana selepas ini, mungkin ada lebih banyak konflik antara Bersatu dan PAS,” katanya kepada Malaysiakini.

PN meletakkan Mohd Izwadi Ismail daripada Bersatu bagi PRK itu, namun dia didapati “diimport” daripada PAS memandangkan dia sebelum itu adalah anggota parti itu.

Senada dengan Azmi adalah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Syaza Shukri yang berkata dia terkejut dengan keputusan PRK Nenggiri dan yakin pengundi BN “sudah kembali”.

Syaza berkata walaupun Kelantan adalah kubu kuat PAS, Nenggiri adalah kerusi tradisi BN sehinggalah ia dirampas Bersatu dalam PRN tahun lalu.

“Jadi saya tak fikir kita boleh buat generalisasi dengan mengatakan orang Kelantan menolak PAS. Nenggiri adalah kerusi spesifik dengan sejarah dan bentuk yang tersendiri,” katanya.

Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani daripada BN menewaskan Rizwadi dengan majoriti 3,352 undi.

Ini merupakan kekalahan PRK terbesar PN selepas PRU15.

Ini juga PRK pertama selepas PRU15 di mana parti penyandang tewas.

Kemenangan Ku Li, bukan Madani

Syaza juga memuji strategi yang digunakan BN dan berkata kemenangan gabungan itu disebabkan pengarah strategi PRK Nenggiri, Tengku Razaleigh Hamzah.

“Apa yang saya lihat, ini bukan kemenangan kerajaan Madani. Pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkenaan kenaikan gaji penjawat awam tidak memainkan apa-apa peranan dalam PRK ini. Ini adalah masterclass Ku Li,” katanya lagi.

Penganalisis politik dari Sunway University Wong Chin Huat berkata strategi Ku Li untuk tidak melibatkan DAP dalam kempen adalah keputusan yang betul dan natural.

Berhubung jika Umno boleh memanfaatkan DAP dalam usaha mendapatkan undi Orang Asli, Wong berkata Umno sendiri boleh mendapat sokongan mereka, terutama dengan penglibatan Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor.

“Jadi, walaupun jika DAP berkempen di kawasan Orang Asli dan PN menggunakannya (untuk menyerang ketika kempen), ia sukar untuk membangkitkan (sentimen) fobia DAP.

“Pertimbangan nyata barangkali berkenaan sama ada Umno mampu mendapatkan undi Orang Asli dan ia tidak mahu berkongsi kredit dengan DAP (atas kejayaan itu),” katanya.

PAS tak kebal

Perkembangan politik mutakhir di Kelantan menyebabkan penganalisis mempersoalkan tanggapan kekebalan PAS di negeri itu.

Azmi berkata sukar untuk membuat sebarang andaian jika perbezaan undi kurang daripada 1,000, namun majoriti kemenangan BN di Nenggiri menunjukkan PAS bukanlah langsung tak dapat digugat.

“Jika PAS boleh ditewaskan di Kelantan, pastinya ia mampu dicabar di negeri lain. Saya melihat kekebalan PAS lebih kepada mitos pada masa ini kerana di Kelantan mereka bukan saja kalah, tapi kalah dengan teruk,” katanya lagi.

Syaza juga senada dengan pandangan itu dan berpandangan tahap sokongan PN mungkin sudah mencapai takat tertingginya.

“Kita melihat tahap sokongan terhadap PN mungkin sudah mencapai takat tepu. Bagi PN, usaha untuk mengekalkan tahap sokongan ini akan menjadi sangat mencabar, terutama bagi menarik pengundi Nenggiri seperti yang dapat dilihat di Nenggiri,” kata Syaza.

Pandangan para penganalisis membayangkan kemungkinan perubahan dalam dinamik politik di Kelantan - negeri yang sekian lama dianggap kubu kuat PAS.View Synonyms and Definitions

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/prk-nenggiri-pas-tanggung-kekalahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Nenggiri Selepas Seminggu Kempen Mood Ketika Ini Memihak Bn Penganalisis Politik

Prk Nenggiri Selepas Seminggu Kempen Mood Ketika Ini Memihak Bn Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 218 hits
bharian com myOleh Ogos 13 2024 GUA MUSANG 10 OGOS 2024 Bendera parti politik yang bertanding iaitu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mula dipasang di sekitar kawasan jalan besar yang memasuki kampung Sungai Terah dan Bertam Lama ssem...
Prk Nenggiri Pas Mengelak Isu 60 000 Ekar Tanah Dipajak 99 Tahun Kepada Taikun Cina

Prk Nenggiri Pas Mengelak Isu 60 000 Ekar Tanah Dipajak 99 Tahun Kepada Taikun Cina

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 299 hits
Oleh Adam MalikPRK Nenggiri PAS mengelak isu 60 000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun CinaSelalu nya bab ceramah PAS adalah juara dari semua parti yang ada dalam Malaysia Baca Sini https my tv online 2024 08 09 prk nenggiri pas meng...
Penganalisis Pengundi Nenggiri Pilih Bn Kerana Bersatu Pas Bertelingkah

Penganalisis Pengundi Nenggiri Pilih Bn Kerana Bersatu Pas Bertelingkah

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 193 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA Pertelingkahan antara Bersatu dan PAS dilihat menjadi faktor utama mendorong pengundi Nenggiri memilih Barisan Nasional menurut penganalisis Lau Zhe Wei daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata pert...
Ahli Bersatu Protes Pas Jadi Abang Besar Kata Penganalisis

Ahli Bersatu Protes Pas Jadi Abang Besar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 155 hits
freemalaysiatoday com10 Aug 2024Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata pemilihan bekas ahli PAS sebagai calon PRK Nenggiri mencabar moral ahli Bersatu Penganalisis berkata pemberontakan dalaman sedang berlaku di peringkat akar umbi...
Kejayaan Prk Dun Nenggiri Bukan Penanda Aras Pemulihan Umno Mohamad

Kejayaan Prk Dun Nenggiri Bukan Penanda Aras Pemulihan Umno Mohamad

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 116 hits
hmetro com myMOHAMAD menyampaikan ucapan ketika majlis perasmian Wanita pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Umno sempena PAU 2024 FOTO Asyraf HamzahKuala Lumpur Kejayaan Umno dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru ...
Dun Nenggiri Yang Kalah Bersatu Yang Dapat Malu Pas

Dun Nenggiri Yang Kalah Bersatu Yang Dapat Malu Pas

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 127 hits
HarapandailyAHMAD MURSI nbsp PRK Nenggiri adalah PRK yang dirancang dari awal oleh Bersatu yang yakin boleh menang Strategi disusun dengan rapi untuk pastikan menang bergaya dan paling bermaruah Dengan bantuan Pas Nik Amar sebagai speaker D...
Prk N 43 Dun Nenggiri Muhasabah Pn

Prk N 43 Dun Nenggiri Muhasabah Pn

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 299 hits
1 Guna jentera k jaan sewenangnya jamin kemenangan BNKUALA LUMPUR Terdapat penggunaan segala bentuk jentera kerajaan yang berlaku secara sewenang wenangnya dalam Pilihan Raya Kecil N 43 DUN Nenggiri yang memberi kemenangan kepada Barisan Na...
Bn Underdog Dalam Pilihan Raya Kecil Nenggiri Kata Ku Li

Bn Underdog Dalam Pilihan Raya Kecil Nenggiri Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 202 hits
themalaysianinsight comDiterbitkan pada 15 Aug 2024 11 00AM Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata Barisan Nasional melalui sayap Pemuda Umnonya sedang berusaha sedaya upaya untuk menghentikan gelombang yang berkisar tentang kaum dan ...
Perang Israel Hamas Suatu Naskah Yang Di Ulang Ulang

Jackfruit And What Are The Dishes Or Snacks Made From This Fruit

Kembali Ke Realiti Kehidupan

Ringgit Opens Higher Against Greenback After Washington Pauses Tariffs

15 Evacuated After Kajang Flash Flood

Prk Ayer Kuning Polis Kenal Pasti Individu Cenderung Buat Provokasi

Startup Ecosystem And Innovation

Harvard Archives Discovering Treasures Of History


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Qi Razali Feat Kis Aisha Lagu Cinta Chord

Bertambah Setahun Lagi

Lirik Lagu Datang Dan Pergi Mucien

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Meski Wajah Nampak Disunting Park Bom Nafi Guna Filter Dalam Gambar

Tak Da Isu Dah Kah Masa Jadi Kerajaan Pesawat Hisrahil Lalu Korang Tak Sentuh Lak Koman La Hangpa