Ahli Bersatu Protes Pas Jadi Abang Besar Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar10 Aug 2024

Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata pemilihan bekas ahli PAS sebagai calon PRK Nenggiri mencabar moral ahli Bersatu.
Penganalisis berkata ‘pemberontakan’ dalaman sedang berlaku di peringkat akar umbi Bersatu susulan bekas ahli PAS dipilih mewakili parti itu di PRK Nenggiri.
PETALING JAYA: Tindakan sebahagian ketua cawangan dan Wanita Bersatu Gua Musang serta Jeli bersama lebih 1,000 ahli keluar parti jelas menunjukkan ‘pemberontakan’ dalaman sedang berlaku di peringkat akar umbi susulan pemilihan Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon PRK Nenggiri, kata penganalisis.

Dua hari sebelum pengumuman calon dibuat, Rizwadi, bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang menyertai Bersatu bagi membolehkannya bertanding mewakili parti itu.

Menurut Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan, penjelasan pimpinan Perikatan Nasional (PN) mengenai perkara itu juga menunjukkan seolah-olah PAS ‘menentukan segalanya’, merujuk kenyataan Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan dalam ceramah di Kampung Bertam Lama, Gua Musang, bahawa pemilihan Rizwadi ‘kerana Bersatu kurang anak lelaki’.

“Ia membabitkan moral ahli Bersatu di mana mereka tahu bahawa apa jua yang terjadi, kemenangan kepada calon Bersatu sebenarnya memberi kekuatan kepada PAS dan menunjukkan PAS dalam PN boleh buat sesuka hati mereka.
Azmi Hassan.Inilah masalah besar dihadapi Bersatu, katanya kepada FMT, mengulas perkembangan terbaru lebih 1,000 ahli Bersatu Gua Musang dan Jeli termasuk ketua cawangan serta Wanita umum keluar parti, awal minggu ini.

Jurucakap Bersatu Jeli, Rodzi Muhammad, yang juga bekas timbalan ketua cawangan Kedai Kuala Balah ketika mengumumkan perkara itu berkata akar umbi rasa tercabar dan seolah-olah Bersatu ‘digula-gulakan’ oleh PAS dalam menentukan calon PRK Nenggiri.

Untuk rekod kerusi Nenggiri dimenangi Bersatu pada PRN tahun lalu melalui calonnya, Mohd Azizi Abu Naim yang berpaling tadah menyokong kerajaan Anwar Ibrahim.
Lau Zhe Wei.Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia turut bersetuju wujud ‘jurang besar antara Bersatu dan PAS’ bukan saja di Nenggiri, bahkan di peringkat negeri dan pusat.

Walaupun Bersatu mengetuai PN, tetapi secara de facto PAS memang ‘abang besar’ dalam gabungan ini, katanya merujuk isu sumbangan syarikat arak kepada sekolah Cina yang melihatkan ‘kata dua’ PAS terhadap rakan dalam gabungannya, Gerakan.

Sebelum ini, beberapa pemimpin PAS dan Gerakan saling berbalas kenyataan berhubung isu sumbangan syarikat arak kepada sekolah Cina sehingga pemimpin Gerakan mengugut mahu keluar gabungan pembangkang itu.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah kemudian berkata PAS tiada halangan jika Gerakan ambil keputusan keluar PN, menyatakan setiap parti ada hak serta pendirian.

Mengulas lanjut, Lau bagaimanapun menjangkakan tindakan ahli Bersatu keluar parti tidak menjejaskan gerak kerja PN di Nenggiri kerana hakikatnya pertembungan di kerusi itu hanya berkisar kekuatan ‘Umno dan PAS’.

Keluar beramai-ramai tak bagi impak besar kepada (PN) di Nenggiri kerana ia hanya antara PAS dan Umno, jurang antara PAS dan Bersatu terlalu besar cuma ia tak cantik dilihat, katanya.

Azmi pula berpandangan taktik keluar parti hanya percaturan psikologi menjelang PRK, yang lazimnya berlaku pada musim pilihan raya.

Hakikatnya, kemenangan calon Bersatu pada PRN lepas kerana sokongan ahli PAS, dan Bersatu tidaklah sekuat mana nak dibandingkan dengan PAS dan Umno, katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/ahli-bersatu-protes-pas-jadi-abang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diugut Pas Gelekan Sedia Keluar Pn Lebai Pas Makin Besar Kepala

Diugut Pas Gelekan Sedia Keluar Pn Lebai Pas Makin Besar Kepala

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 309 hits
Tindakan memutuskan hubungan dengan Gerakan yang dibayangkan seorang pemimpin PAS hanya akan menjadikan imej Perikatan Nasional dilihat lebih konservatif atau berhaluan kanan kata seorang penganalisis Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antar...
Rentasan 1624 Bukan Hanya Tunggang Agama Pas Turut Tunggang Bersatu

Rentasan 1624 Bukan Hanya Tunggang Agama Pas Turut Tunggang Bersatu

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 322 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1623 1 RINGGIT MENGUKUH BUKAN KEJAYAAN KERAJAAN MADANI 2 PLATFORM MEDIA SOSIAL DIDAKWA JIKA LANGGAR SYARAT LESEN 3 SILAP MATA DI NENGGIRI GOT TALENT
Prk Nenggiri Cerita Kartun Bersatu Tandus Calon Kata Umno Kelantan

Prk Nenggiri Cerita Kartun Bersatu Tandus Calon Kata Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 285 hits
FMT ReportersMohd Rizwadi Ismail dikatakan baru dua hari menyertai Bersatu sebelum diumum menjadi calon Perikatan Nasional bagi PRK Nenggiri nbsp PETALING JAYA Bersatu ketandusan calon apabila terpaksa mengambil bekas ahli PAS menyertai par...
Bersatu Tidak Cukup Jantan Letak Calon Nenggiri Pas Tidak Cukup Jantan Jadi Pengerusi Pn

Bersatu Tidak Cukup Jantan Letak Calon Nenggiri Pas Tidak Cukup Jantan Jadi Pengerusi Pn

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 831 hits
Oleh Adam MalikBersatu tidak cukup jantan letak calon Nenggiri PAS tidak cukup jantan jadi Pengerusi PN Ini lah yang diperkatakan banyak pihak termasuk penyokong PAS 1Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAS semalam Takiyu...
Panas Pas Pijak Bersatu Rampas Kerusi Mp Pas Pula Tunjuk Kebodohan

Panas Pas Pijak Bersatu Rampas Kerusi Mp Pas Pula Tunjuk Kebodohan

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 299 hits
Tiang kabel di Jambatan Pulau Pinang Cantik bentuknya macam roket kan demikian kapsyen ditulis Ahmad Fadhli di akaun Facebook miliknya Walaupun kapsyen disertakan tidak berbunyi sindiran namun pengguna faham kiasan yang cuba disampaikan Ia ...
Prk Nenggiri Ahli Bersatu Gua Musang Diajak Sertai Umno Kelantan Sokong Calon Bn

Prk Nenggiri Ahli Bersatu Gua Musang Diajak Sertai Umno Kelantan Sokong Calon Bn

papar berkaitan - pada 1/8/2024 - jumlah : 508 hits
Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Zawawi Othman berkata ia kerana pucuk pimpinan BERSATU dianggap meminggirkan mereka apabila memilih bekas ahli PAS untuk bertanding sebagai calon mewakili Perikatan Nasional pada PRK itu nanti UMNO Kelan...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Resipi Kek Cupcake Apam Chocolate Moist Tiktok Iena Bakery

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji