Prk Cameron Highland Peneroka Felda Penyokong Pas Memuji Pentabiran Najib


Ketika ramai rakyat Malaysia sinis terhadap Najib Razak yang terpalit dengan kes pengubahan wang haram dan salah guna jawatan, penduduk Felda di Jelai sebaliknya mempunyai pandangan berbeza terhadap beliau.

Tinjauan Malaysiakini mendapati beberapa generasi kedua di Felda Koyan 3 tetap melihat Najib sebagai pemimpin yang akan mencari penyelesaian secepat mungkin untuk peneroka Felda.

Menurut Mohd Fadzil Suparman, 49, perkara itu berbeza jika dibandingkan dengan kerajaan PH yang mengumumkan hutang negara melebihi RM1 trilion.

Baginya sebagai kerajaan, menjadi tanggungjawab PH untuk mencari penyelesaian kepada masalah itu.

Kes Najib yang dibawa ke mahkamah pun bukan macam kes liwat atau bukan kes bunuh. Kes pecah amanah, menyeleweng dana. Kes dia itu sajakan?Kalau saya sebagai pemimpin pun saya akan buat benda tu sebab saya nak back up (biayai) semua ni. Mana saya nak cari duit?Dia buat pun dia tak lupa rakyat, dia janji lagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) bagi RM2,000 kalau dia menang.
Pendapatan susut ketara

Salah seorang penyokong PAS yang hanya mahu dikenali sebagai Ida pula berpendapat Najib memang bukan bekas perdana menteri yang terbaik.

Namun katanya dalam keadaan sekarang dia berpendapat Najib lebih sesuai kembali mentadbir negara kerana nasib peneroka terabai sekarang.

Najib bukan yang terbaik tapi dia lebih baik daripada PH. Sekurang-kurangnya dia jaga kebajikan orang Melayu. Sekarang ni akak penyokong PAS.Tapi (kalau dibandingkan) daripada kerajaan dulu dengan sekarang biar (lebih baik) kerajaan dulu," katanya yang telah menetap di Felda Sungai Koyan 1 sejak 20 tahun lalu.
Kata Ida keadaan semasa memang dirasakan menekan terutama apabila pendapatannya dari ladang berkurangan sehingga RM2,000.

Kelewatan pembayaran pula menjejaskan perbelanjaan keluarganya, terutama apabila dua daripada lima orang anaknya masih belajar.

Turut tinggal bersama Ida ialah anak sulungnya yang telah berkahwin - dan mempunyai dua orang anak - tinggal bersamanya.

Ida berkata, di memutuskan untuk turun mengundi pada 26 Januari ini memandangkan BN meletakkan calon yang beragama Islam iaitu Ramli Mohd Nor.

Ramli merupakan bekas pegawai polis dari suku kaum Semai.

Kalau BN letak calon bangsa India, saya akan buat undi rosak atau tidak mengundi.
Untuk rekod kerusi Cameron Highlands memang diwakili MIC selama beberapa penggal. Misalnya pada 2004 dan 2008, ia dipegang oleh K Devamany. Pada 2013, ia dimenangi oleh presiden MIC ketika itu, G Palanievel.


Tak sempurna tak apa

Pada PRU ke-14, ia dimenangi oleh C Sivarraajh sebelum Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan naib presiden MIC itu terbatal ekoran berlaku amalan rasuah.

Seorang lagi peneroka, Zainal Abidin Abu Bakar, berkata sayangnya kepada Umno dan BN melebihi Najib dan berpendapat anggota parlimen Pekan itu menjadi mangsa fitnah.

Saya sayangkan pada parti Umno dan BN. Tentang pemimpin ni, nombor dua. Parti ni (Umno) dah lebih 60 tahun.Punca kekalahan Najib sebab difitnah sebab orang nak nak jatuhkan dia, katanya yang berusia 69 tahun.
Isu pembayaran peneroka turut dirasai Norazmi Mohd Alias Mokhtar yang merupakan antara generasi kedua yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran PH.

Mengakui pentadbiran BN dahulu tidaklah sesempurna, tetapi kata Norazmi dia masih dapat merasakan pengorbanan Najib terhadap peneroka sebelum ini.

Dulu tak ada masalah bayaran bulanan, bonus. Masing-masing boleh berangan nak beli rumah, kereta baru.Sekarang ni keadaan memberi tekanan kepada peneroka sebab banyak barang yang nak beli terpaksa ditangguh.Peneroka pun terpaksa berjimat-cermat sekarang. Apabila kita berjimat-cermat, pendapatan peniaga pasar malam di kawasan ni pun terjejas sebab orang takut nak berbelanja sesuka hati, kata lelaki berusia 53 tahun itu.
Bercakap mengenai pendakwaan Najib sebelum ini, Norazmi berkata hanya rakyat di Pahang saja yang tahu hati budi sebenar pemimpin mereka.

Sedangkan orang luar, katanya, tidak mengenali Najib dalam erti kata sebenar dan hanya memberi persepsi negatif terhadap pemimpin yang bukan dari negeri mereka. 

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/01/prk-cameron-highland-peneroka-felda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Khalid Berbalas Serangan Selepas Bertemu Di Cameron Highland

Najib Khalid Berbalas Serangan Selepas Bertemu Di Cameron Highland

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 395 hits
NASUHA RAHMAN Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad berbalas serangan di laman facebook masing masing selepas bertemu di Cameron Highland semalam Najib terlebih dahulu melakukan se...
Faktor Najib Umno Pun Bungkus Bn Cameron Highland Bakal Runtuh

Faktor Najib Umno Pun Bungkus Bn Cameron Highland Bakal Runtuh

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 525 hits
Pendekatan Anwar terhadap pemimpin PKR let them shout boleh JUGA digunapakai terhadap pembangkang Tidak ada cara untuk mereka menjadi kerajaan sehinggalah PRU15 Dan segala bangkangan itu lebih kepada masih tidak dapat menerima hakikatnya me...
Prk Cameron Highland Mesej Tok Batin Pada Bob Manolan Jangan Kurang Ajar

Prk Cameron Highland Mesej Tok Batin Pada Bob Manolan Jangan Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 407 hits
Pengerusi Batin Pahang Norya Abas bersama2 dengan beberapa orang Tok Batin di seluruh negeri Pahang tampil membuat lapuran polis terhadap kebiadapan Senator Bob Manolan yang mengugut dan menghina Tok Batin tempoh hari Bob Manolan Mohamad me...
25 Januari Mahathir Akan Mencemar Duli Ke Cameron Highland Takut Najib Nomena Menular

25 Januari Mahathir Akan Mencemar Duli Ke Cameron Highland Takut Najib Nomena Menular

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 391 hits
TakutApaBosskuKedatangan DS Najib untuk membantu BN dalam kempen PRK Cameron Highland di katakan menjadi satu mimpi ngeri kepada Pakatan Harapan terutamanya Lim Kit Siang Memang jelas perbezaan sambutan yang di berikan oleh masyarakat tempa...
Dr Mahathir Mengaku Boneka Untuk Dap Menang Prk Cameron Highland

Dr Mahathir Mengaku Boneka Untuk Dap Menang Prk Cameron Highland

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 541 hits
DAP Yang Tentukan Kedudukan Saya Sebagai Perdana MenteriDr Mahathir hari ini mengakui DAP memainkan peranan penting dalam menentukan segala perkara dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan termasuk berkaitan kedudukannya sebagai Perdana M...
Prk Cameron Pas Kerah Pengundi Sokong Bn

Prk Cameron Pas Kerah Pengundi Sokong Bn

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 320 hits
Wartawan Watan Online Pas akan membantu kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands dengan mengerah penyokong serta pengundi PAS di kawasan terbabit Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti pimpinan ...
Prk Cameron Highland M Manogaran Calon Kitar Semula Ph Dari Dap Menipu Lagi Untuk Dapatkan Undi

Prk Cameron Highland M Manogaran Calon Kitar Semula Ph Dari Dap Menipu Lagi Untuk Dapatkan Undi

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 378 hits
Selepas di dedahkan yang cuba di tularkan oleh calon kitar semula PH bersama2 Lim Kit Siang mengenai kononnya BN mengabaikan kebajikan orang asli di sekitar Cameron Highland kini M Manogaran sekali lagi membuat kenyataan kepada pemberita ya...
Prk Cameron Highland Kebodohan Kit Siang Menelanjangkan Penipuan Dap

Prk Cameron Highland Kebodohan Kit Siang Menelanjangkan Penipuan Dap

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 431 hits
SPR dah tetapkan PRK Cameron Highland akan di adakan pada 26 Januari 2018 Tempoh berkempen dah di tetapkan selama 14 hari dari tarikh PRK Cameron Highland Ini bermakna jentera pilihanraya parti2 yang akan bertanding akan memulakan kempen be...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner