Primas Mahu Jumpa Kdn Bincang Sop Mengelirukan Pengambilan Pekerja Asing


B Nantha Kumar  
   
Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) mahu meminta untuk mengadakan satu perjumpaan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membincangkan piawai prosedur operasi (SOP) dalam pengambilan pekerja asing ke industri restoran yang disifatkan masih mengelirukan.

Presiden Primas, T Muthusamy berkata, sektor restoran terpaksa mengharungi tiga kementerian bagi proses pengambilan pekerja asing untuk bekerja di restoran sebagai tukang masak atau kakitangan restoran.

"Kami mengalu-alukan keputusan kerajaan kembali memperkenalkan semula sistem pekerja gantian bagi restoran selepas kerajaan terdahulu membeku mengambil pekerja asing.

"Namun, kami masih menghadapi kesukaran untuk mengambil pekerja kerana SOP masih mengelirukan dan tidak jelas," katanya kepada pemberita Mesyuarat Agung Tahunan Primas ke-19 di Brickfields, Kuala Lumpur, semalam.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada Mac lalu berkata pihaknya akan menubuhkan jawatankuasa bagi menyemak kembali dasar pembekuan pekerja asing khususnya kepada sektor borong, peruncit dan restoran.

Pendekatan itu diambil selepas menerima aduan supaya pembekuan pekerja asing yang dibuat pada 2009 dalam sektor yang disebutkan itu dikembalikan.

Sementara itu, Muthusamy berkata Primas mempunyai lebih 1,160 pengusaha restoran berdaftar seluruh Malaysia yang menghadapi pelbagai rintangan untuk mengambil pekerja asing kerana ia melibatkan tiga kementerian iaitu Kementerian Sumber Manusia (KSM), dan KPDNHEP.

"Kalau dulu, sekiranya seorang pekerja asing balik ke negara asal, kami hanya perlu membawa memo daftar keluar (COM) serta pasport dia ke Jabatan Imigrisen untuk mengambil pekerja gantian yang baru.

"Sekarang, kami dapatkan pengesahan Imigresen dan KSM sebelum membuat permohonan kepada KDN.

"Di KDN ada agensi sehenti yang dikendalikan oleh KPDNHEP. Kebanyakan masa, permohonan ditolak kerana kementerian itu menggunakan SOP lain iaitu sistem kuota," katanya.
Selain itu, Muthusamy juga menyentuh tentang "syarat baru" yang menurutnya menetapkan pengambilan seorang pekerja tempatan bagi memohon tiga pekerja asing.

"Syarat baru 1:3 ini tidak dapat diamalkan kerana isu-isu lain, (tapi) pengarah KSM berjanji untuk membawa masalah ini ke perhatian kementerian," katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi KDN dan KPDNHEP untuk mendapatkan ulasan mengenai syarat yang dikatakan.

Sementara itu, Muthusmany mengalu-alukan kategori kakitangan restoran diperkenalkan untuk pekerja asing namun menegaskan bahawa isu utama yang perlu diselesaikan adalah SOP.

"Kami mengalu-alukan kategori baru ini. Namun, ia tidak mencukupi. Isu utama di sini adalah SOP yang mengelirukan.

"Jadi, Primas meminta KDN supaya segera mengadakan satu perjumpaan dengan semua NGO-NGO dari industri restoran agar menyelesaikan kekeliruan ini," tambahnya.

Mei lalu, Kementerian Sumber Manusia menafikan berlaku pembekuan pengambilan pekerja asing ke Malaysia.

Menterinya, M Kulasegara berkata, sebaliknya ia merupakan permohonan yang ditolak atas faktor ketidakpatuhan majikan terhadap undang-undang perburuhan yang ditetapkan kerajaan.

Bernama sebelum ini melaporkan sehingga April 2019, sebanyak 796 permohonan menggajikan pekerja asing diterima. Daripada jumlah tersebut sebanyak 216 permohonan yang melibatkan 1,840 pekerja asing telah disokong dan 580 permohonan telah ditolak.

Daripada jumlah yang ditolak itu, 517 permohonan disebabkan majikan gagal mematuhi undang-undang perburuhan manakala baki 63 disebabkan majikan tidak mempunyai kelayakan untuk menggajikan pekerja asing.

Bagaimanapun, pada 12 Jun lalu, Kulasegaran mengakui beliau sendiri tidak tahu alasan kerajaan pusat masih membekukan pengambilan pekerja asing dalam beberapa subsektor di bawah bidang perkhidmatan.

Berdasarkan semakan Malaysiakini di laman web KDN, sektor perkhidmatan termasuk enam sektor yang dibenarkan, selain perkilangan, perladangan, pertanian, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/primas-mahu-jumpa-kdn-bincang-sop.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diari Seorang Pekerja 2 Hari Di Pulau Langkawi

Diari Seorang Pekerja 2 Hari Di Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 503 hits
assalamualaikum hari ni sungguh indah dan tenang cuaca cerah dari pagi membawa ke ptg saya dlm tempoh menyihatkan badan telan ubat terus mata ni mengantuk yg amat mengantuk aduhai separuh hari diri ni tak dpt nak berfungsi tapi sempat la go...
Hilang Selama 10 Tahun Akhirnya Mayat Pekerja Pasaraya Ditemui Belakang Peti Beku

Hilang Selama 10 Tahun Akhirnya Mayat Pekerja Pasaraya Ditemui Belakang Peti Beku

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 349 hits
Seorang lelaki berumur 25 tahun dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari rumah semasa ribut salji kira kira 10 tahun yang lalu Dalam kejadian yang berlaku pada November 2009 itu beliau didakwa telah melarikan diri oleh ibu bapanya sele...
2 Pekerja Syarikat Perkapalan Maut Dalam Kemalangan Di Lpt 2

2 Pekerja Syarikat Perkapalan Maut Dalam Kemalangan Di Lpt 2

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 300 hits
2 pekerja syarikat perkapalan maut dalam kemalangan di LPT 2 nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 25 Jul 2019
Hukum Majikan Mengarahkan Pekerja Solat Dhuha Berjemaah Seminggu Sekali

Hukum Majikan Mengarahkan Pekerja Solat Dhuha Berjemaah Seminggu Sekali

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 346 hits
Soalan Apakah dibolehkah bagi pihak syarikat menyuruh para pekerja mendirikan solat Dhuha secara berjemaah dengan kadar sekali dalam seminggu Jawapan Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang amat dituntut untuk dilakukan oleh setia...
Gaji Pekerja Malaysia Dibayar Tanpa Mengikut Nilai Sepatutnya

Gaji Pekerja Malaysia Dibayar Tanpa Mengikut Nilai Sepatutnya

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 302 hits
Perkara ini mesti ramai telah mengetahui kerana kita semua sebagai rakyat telah merasainya Perkara ini dikuatkan lagi apabila Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2018 telah dikeluarkan dan melaporkan bahawa gaji pekerja di Malaysia merupak...
189 Warga Asing Sertai B4g

189 Warga Asing Sertai B4g

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 214 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Undang Artis Hingga Musisi Ke Istana Jokowi Janjikan Dana Abadi Pekerja Seni

Undang Artis Hingga Musisi Ke Istana Jokowi Janjikan Dana Abadi Pekerja Seni

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 192 hits
Yovie Widianto salah satu musisi yang hadir dalam pertemuan itu mengatakan Jokowi menjanjikan dana abadi untuk membantu mengembangkan seni budaya Indonesia
Mobil Bmw Tabrak Pekerja Proyek Tol 1 Tewas Dan 3 Luka Berat

Mobil Bmw Tabrak Pekerja Proyek Tol 1 Tewas Dan 3 Luka Berat

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 269 hits
Akibatnya penumpang bernama Rusban Wilantara tewas Sementara satu penumpang dan sopir mengalami luka berat Sedangkan pekerja yang ditabrak juga mengalami luka berat
Dividen Bank Rakyat 2024 17

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master