Hukum Majikan Mengarahkan Pekerja Solat Dhuha Berjemaah Seminggu Sekali



Soalan:
Apakah dibolehkah bagi pihak syarikat menyuruh para pekerja mendirikan solat Dhuha secara berjemaah dengan kadar sekali dalam seminggu?

Jawapan:
Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang amat dituntut untuk dilakukan oleh setiap Muslim. Ia juga dikenali dengan nama Solat al-Awwabin dan waktunya bermula setelah terbitnya matahari. Tambahan pula, Nabi SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah R.A agar tidak meninggalkan solat Dhuha ini berdasarkan kata-kata Abu Hurairah:

أَوْصَانِيْ خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
“Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan aku supaya melakukan tiga perkara iaitu; berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat witir sebelum tidur.” [Riwayat Al-Bukhari (1880)]

Waktu solat Dhuha pula bermula daripada terbitnya matahari (selepas waktu syuruk) sehingga sebelum tergelincir matahari. [Rujuk Bughyat al-Muthatawwi’ fi Solaat al-Tathawwu’ (Hlm. 60)]

Manakala, waktu terbaik untuk solat Dhuha ialah ketika pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik. Solat dhuha yang dilakukan pada waktu ini disebut sebagai Solat Al-Awwabin. Ini berdasarkan hadis Nabi S.A.W:

صَلَاةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمِضُ الفِصَالُ
“Solat Al-Awwabin adalah solat yang dilakukan ketika pasir (di tanah lapang) menjadi panas (kerana matahari sudah terik).” [Riwayat Muslim (1238)]

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua kadar dua rakaat paling sedikit, kemudian seterusnya empat, enam, lapan sehingga 12 rakaat paling banyak.

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami menyatakan bahawa dalam mazhab Imam Al-Syafi’e, solat-solat sunat itu terbahagi kepada dua iaitu solat-solat sunat yang dituntut untuk berjemaah dan juga solat-solat sunat yang tidak dituntut padanya untuk berjemaah. Kami perincikan pembahagian ini seperti berikut:

Pertama: Solat Sunat Yang Dituntut Untuk Berjemaah

Antara solat sunat yang dituntut untuk dilakukan secara berjemaah adalah solat dua hari raya iaitu solat sunat Aidilfitri dan juga solat sunat Aidiladha. Selain itu terdapat beberapa solat lain yang dituntut untuk berjemaah seperti solat gerhana matahari dan gerhana bulan, solat istisqa’, begitu juga solat sunat tarawih dan solat witir selepas tarawih pada bulan Ramadhan.

Kedua: Solat Sunat Yang Tidak Dituntut Berjemaah

Manakala antara solat yang tidak dituntut untuk dilakukan secara berjemaah adalah seperti solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat rawatib iaitu solat-solat qabliyah dan juga ba’diyah, solat Dhuha, serta solat-solat sunat yang mutlak.

Kata Imam Al-Nawawi Rahimahullah dalam menjelaskan isu ini:

أَنَّ النَّوَافِلَ لَا تُشْرَعُ الْجَمَاعَةُ فِيهَا إلَّا فِي الْعِيدَيْنِ وَالْكُسُوفَيْنِ وَالِاسْتِسْقَاءِ وَكَذَا التَّرَاوِيحُ وَالْوِتْرُ بَعْدَهَا إذَا قُلْنَا بِالْأَصَحِّ إنَّ الْجَمَاعَةَ فِيهَا أَفْضَلُ وَأَمَّا بَاقِي النَّوَافِلِ كَالسُّنَنِ الرَّاتِبَةِ مَعَ الْفَرَائِضِ وَالضُّحَى وَالنَّوَافِلِ الْمُطْلَقَةِ فَلَا تُشْرَعُ فِيهَا الْجَمَاعَةُ أَيْ لَا تُسْتَحَبُّ لَكِنْ لَوْ صَلَّاهَا جَمَاعَةً جَازَ وَلَا يُقَالُ إنَّهُ مَكْرُوهٌ وَقَدْ نَصَّ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ فِي مُخْتَصَرَيْ الْبُوَيْطِيِّ وَالرَّبِيعِ عَلَى أَنَّهُ لَا بَأْسَ بِالْجَمَاعَةِ فِي النَّافِلَةِ
“Sesungguhnya solat-solat sunat itu tidak disyariatkan padanya untuk berjemaah, melainkan pada solat dua hari raya, solat gerhana, dan solat istisqa', dan begitu juga solat tarawih dan witir selepas tarawih. Apabila kita berpegang dengan pendapat yang paling sahih, sesungguhnya (dilakukan secara) berjamaah bagi kesemua solat tersebut adalah afdhal (lebih baik).

Adapun baki-baki solat sunat yang lain seperti solat rawatib yang dilakukan bersama solat-solat fardhu, solat Dhuha, dan juga solat-solat sunat yang mutlak, maka tidak disyariatkan pada semua itu untuk berjamaah, iaitu tidak disunatkan.

Akan tetapi jika seseorang melakukannya secara berjemaah maka ia dibolehkan, dan tidak dikatakan yang perbuatan itu makruh. Imam Al-Syafie telah menaskan (seperti yang terdapat) di dalam Mukhtasar Al-Buwaithi dan Mukhtasar Al-Rabi' bahawa tidak mengapa berjemaah dalam solat sunat.” [Rujuk Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (4/55)]

Antara hujah yang digunapakai dalam membenarkan hal ini adalah berdasarkan sebuah hadis ynag diriwayatkan oleh ‘Itban bin Malik R.A beliau berkata bahawa Nabi S.A.W masuk ke rumahnya lalu bersabda:

‏ أَيْنَ تُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ لَكَ مِنْ بَيْتِكَ
“Di manakah tempat yang kamu suka untuk aku mendirikan solat di dalam rumahmu?”

Maka ‘Itban pun menunjukkan tempat ke suatu bahagian tempat kemudian Nabi S.A.W mengangkat takbir dan kami mendirikan saf di belakang baginda (untuk turut serta solat) dan baginda mendirikan solat sebanyak dua rakaat. [Riwayat Al-Bukhari (424)]

Justeru hadis di atas jelas menunjukkan bahawa solat sunat yang mutlak itu boleh didirikan juga secara berjemaah, namun ia tidaklah dilakukan secara kebiasaan setiap hari kerana hukum asalnya ia dilakukan secara seorang diri. Wallahua’lam.

Kesimpulan

Sebagai penutup kami menyatakan bahawa sekiranya pihak majikan memberikan arahan kepada semua pekerja untuk melakukan solat Dhuha secara berjemaah dalam bentuk sekali seminggu tanpa mengikat kepada mana-mana hari tertentu dan juga tanpa menganggap ia sebagai suatu kewajipan, maka hal ini adalah dibolehkan berdasarkan beberapa hujahan yang telah dikemukakan di atas.

Demikian juga kami menyatakan bahawa hendaklah perkara tersebut tidak mengambil masa yang begitu lama memandangkan ia dilakukan dalam waktu perkhidmatan. Akhir kalam semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/hukum-majikan-mengarahkan-pekerja-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Solat Di Masjid Yang Terdapat Kubur Padanya

Hukum Solat Di Masjid Yang Terdapat Kubur Padanya

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 234 hits
Soalan Ada seorang ustaz yang memberi ceramah di surau kami mengatakan tidak sah dan haram solat di masjid yang ada kubur disitu Mohon penjelasan adakah benar perkataan beliau Jawapan Hukum solat di masjid yang ada kubur adalah sah dan tida...
Hukum Guna Ruangan Solat Untuk Demonstrasi Taekwondo

Hukum Guna Ruangan Solat Untuk Demonstrasi Taekwondo

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 286 hits
Soalan Semasa jamuan raya di surau kondominium saya terdapat satu aktiviti demonstrasi Taekwondo yang dilakukan di ruang solat Sepertimana yang kita tahu ruang solat surau digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT Saya khuatiri perkara ter...
Majikan Tak Wajib Sedia Rumah Buat Pekerja

Majikan Tak Wajib Sedia Rumah Buat Pekerja

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 192 hits
PUTRAJAYA Rang Undang undang Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 2019 tidak mewajibkan semua majikan menyediakan kediaman dan penempatan kepada pekerja mereka kata Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan hari ini Bagaim...
Isteri Ikhlas Dirikan Solat Dhuha Allah Swt Janjikan Rezeki Suami Semakin Luas

Isteri Ikhlas Dirikan Solat Dhuha Allah Swt Janjikan Rezeki Suami Semakin Luas

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 327 hits
Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT Kita sebagai manusia boleh berusaha berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga Jika tidak dapat...
Selepas Pekerja Hangvuskan 20 Ekor Ayam Ini Tindakan Sempoi Cef Fazley Yaakob Sebagai Majikan

Selepas Pekerja Hangvuskan 20 Ekor Ayam Ini Tindakan Sempoi Cef Fazley Yaakob Sebagai Majikan

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 373 hits
Cef selebriti popular Datuk Fazley Yaakob mengambil ti1ndakan terhadap salah seorang pekerja kafe miliknya SukaSucre Bistro yang menghanguskan 20 ekor ayam Selepas Pekerja Hangvuskan 20 Ekor Ayam Ini Tindakan Sempoi Cef Fazley Yaakob Sebaga...
Satgas Tppo Bongkar Dugaan Penganiayaan Pekerja Migran Tasini Di Arab Saudi

Satgas Tppo Bongkar Dugaan Penganiayaan Pekerja Migran Tasini Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 213 hits
Satgas TPPO bergerak menuju Majalengka Jawa Barat untuk menemui korban yang diketahui dirawat di RSUD Majalengka karena menderita luka di sekujur tubuhnya
Kepala Bnpb Kenang Sutopo Sosok Pekerja Keras Yang Tak Pernah Mengeluh

Kepala Bnpb Kenang Sutopo Sosok Pekerja Keras Yang Tak Pernah Mengeluh

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 212 hits
Sosok Sutopo Purwo Nugroho banyak dikenang berbagai kalangan Semasa hidup almarhum dikenal sangat baik dan ramah Sutopo merupakan Kepala Pusat Data Informasi dan Humas Badan Nasional Penanggulangan Bencana
Pekerja Kontrak Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

Pekerja Kontrak Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Seorang pekerja kontrak maut apabila dilanggar sebuah kereta ketika mangsa melakukan kerja kawalan lalu lintas di Persiaran Perdana Sri Damansara dekat sini tengah malam tadi Dalam kejadian kira kira 12 tengah malam itu Saidi D...
11 Ogos 1963 Seribu Pembantu Rumah Dan Pekerja Domestik Berdemo Di Kuala Lumpur

11 Ogos 1963 Seribu Pembantu Rumah Dan Pekerja Domestik Berdemo Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 242 hits
11 Ogos 1963Pada hari itu lebih 1 000 orang amah telah berhimpun di ibu kota Kuala Lumpur dalam sebuah perarakan protes untuk menuntut hak mereka sebagai pekerja Pekerja pekerja domestik dari seluruh Malaya yang menjalankan protes ini beker...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik