Kelantan Sinonim Dengan Islam


 Negeri Kelantan terkenal dengan gelaran Serambi Mekah, yang menggambarkan Islam adalah kuat di negeri tersebut.
 

Di Kelantan telah menjalankan hukum mengikut al-Quran seperti di zaman pemerintahan Sultan Ahmad (1886-1889 M) dan Sultan Mansur (1890-1900 M).
Sejak abad ke-19 lagi, negeri Kelantan terkenal sebagai pusat terpenting di rantau ini di mana Islam memainkan peranan mencorakkan kehidupan sosial dan politik rakyat jelata negeri itu.
Kelantan mempunyai sejarahnya yang tersendiri dengan melahirkan tokoh-tokoh yang terkenal, sama ada tokoh-tokoh politik, sasterawan, budayawan, mahupun tokoh-tokoh agama. Tokoh berkenaan mempengaruhi perkembangan fikiran, agama, kesusasteraan serta kebudayaan masyarakat yang tumbuh dan berkembang sejak beberapa abad yang lampau.
Orang yang paling awal menyampaikan pendidikan Islam di Kelantan ialah Tuan Syeikh Haji Abdul Halim. Beliau telah memulakan pengajarannya di Kelantan pada akhir abad ke-18 Masihi setelah menamatkan pembelajaran di Mekah. 
Beliau telah menyampaikan pengajarannya di istana dan di surau-surau untuk anak-anak raja, anak-anak pembesar dan orang ramai. Pengajarannya telah mendapat sambutan daripada masyarakat Kelantan dan dari luar negeri.

Kemasyhuran Kelantan serambi mekah berkait rapat dengan sekolah pondok. Hakikat ini adalah jitu kerana Kelantan ditakdirkan menjadi negeri percambahan sekolah pondok lebih daripada negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu.
 

Institusi pondok merupakan institusi yang paling istimewa kedudukannya dalam masyarakat Melayu tradisional, terutama masyarakat Kelantan. Pertumbuhannya berkait rapat dengan kemunculan tokoh-tokoh ulama dan cendekiawan yang berwibawa.
Perkataan pondok mungkin berasal perkataan Arab iaitu funduqun yang bererti rumah tumpangan atau tempat menginap pengembara-pengembara. Ada juga yang mendefinisikannya sebagai rumah kecil yang didirikan untuk sementara waktu di sawah-sawah, di ladang-ladang atau di lain-lain tempat.
 

Ada juga yang mengatakan perkataan langgar sama ertinya dengan perkataan pondok. Langgar itu berasal dari perkataan Farsi yang bererti madrasah atau tempat belajar.

Ulama-ulama pada umumnya di samping dianggap alim dalam ilmu agama, juga dipercayai oleh orang ramai sebagai manusia yang berkat. Oleh kerana menghendaki keberkatan itu tertumpu kepada diri mereka masing-masing demi untuk mendapat restu serta keuntungan hidup di dunia dan di akhirat nanti, maka orang ramai cuba pula mendekati diri masing-masing dan berbakti kepada ulama-ulama tadi.

Apabila khabar didapati bahawa ada anak tempatan telah tamat belajar di Mekah dan dianggap menjadi alim, mereka akan dinanti-nantikan oleh masyarakat di Kelantan. Sebagai contohnya, sesampai sahaja Tuan Tabal di Pelabuhan Tumpat, Kelantan, dari Mekah dengan sebuah kapal, beliau telah disambut oleh masyarakat di situ termasuklah seorang pembesar negeri Kelantan pada masa itu yang bergelar Tok Semian.
 

Semasa di Tumpat itu juga, beliau telah ditawarkan oleh Tok Semian supaya berkahwin dengan anak perempuannya yang bernama Wan Som. Di Lorong Tok Semian di dalam bandar Kota Bharu, selepas perkahwinan itu, Tuan Tabal telah diwakafkan oleh keluarga Raja Muda Zainal Abidin sebuah surau untuk beliau mengajar dan beribadah di situ.

Begitu jugalah halnya dengan ulama-ulama yang lain. Antaranya ialah Tok Kenali. Dikatakan apabila beliau kembali dari Mekah, beliau dikunjungi oleh berduyun-duyun masyarakat setempat termasuklah sahabat-sahabat beliau sendiri.
 

Begitu juga halnya dengan kedatangan Haji Muhd Said ke bandar Kota Bharu dari Negeri Sembilan, pada penghujung abad ke-19 mendapat sambutan daripada masyarakat setempat. Beliau merupakan seorang ulama yang dianggap wali serta berkat. 
 

Sekarang ini Kelantan terus gah dan diakui sebagai negeri yang pemerintah dan rakyatnya mengamalkan kehidupan bersandarkan kepada tuntutan Islam.
Gambar - Pemandangan depan Masjid Muhammadi, Kota Bharu pada tahun 1907


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2025/11/dfe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Detractors Jeer Syerleena For Exposing Her Online Perpetrators Brand Her As Traitor To Malay Islam

Detractors Jeer Syerleena For Exposing Her Online Perpetrators Brand Her As Traitor To Malay Islam

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 85 hits
DAP lawmaker Syerleena Abdul Rashid who has come out to strongly condemn the spread of defamatory videos on the TikTok platform which she described as a planned personal attack against her has apparently not earn any sympathy from the Malay...
Isu Pemakaian Setiap Kumpulan Ada Imej Kami Orang Islam Tahu Apa Boleh Pakai Azira Shafinaz

Isu Pemakaian Setiap Kumpulan Ada Imej Kami Orang Islam Tahu Apa Boleh Pakai Azira Shafinaz

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 192 hits
Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz menegaskan kumpulan De Fam sentiasa mematuhi etika pemakaian yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat khususnya mengambil kira ahli kumpulan yang bertudung Cik Manggis Azira atau nama penuhnya Azira...
10 Fakta Mitos Tentang Perbankan Islam

10 Fakta Mitos Tentang Perbankan Islam

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 133 hits
Perbankan Islam telah berkembang pesat di Malaysia dan seluruh dunia menawarkan alternatif kewangan yang selari dengan prinsip syariah namun banyak mitos mengenai sistem perbankan Islam yang dipercayai orang ramai Akibatnya wujud banyak kek...
Kelantan Lapangan Terbang Kb Sibuk Dah Macam Klia

Kelantan Lapangan Terbang Kb Sibuk Dah Macam Klia

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 151 hits
KOSMO Suasana di terminal LTSIP Kota Bharu semalamPETALING JAYA Suasana di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu semalam dilaporkan sesak dengan ribuan pengguna serta pelancong dalam dan luar negara Ada yang membandingkan suasana ...
Monsun Timur Laut Bermula Semalam Hingga Mac Depan Dengan Kelantan Terengganu Pahang Terawal Alami Hujan Berterusan

Monsun Timur Laut Bermula Semalam Hingga Mac Depan Dengan Kelantan Terengganu Pahang Terawal Alami Hujan Berterusan

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 141 hits
KUALA LUMPUR Monsun Timur Laut yang bermula semalam dijangka berterusan hingga Mac tahun depan dengan Kelantan Terengganu dan Pahang menjadi negeri terawal diramal mengalami hujan lebat berterusan Timbalan Ketua Pengarah MetMalaysia Ambun D...
Kelantan Warga Emas Penunggang Motosikal Maut Nahas Di Machang

Kelantan Warga Emas Penunggang Motosikal Maut Nahas Di Machang

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 164 hits
Hazira Ahmad ZaidiKeadaan kereta Perodua Kelisa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4 4 Jalan Machang Pasir Puteh berhampiran Stesen Minyak Petronas Sungai Emas di sini petang tadi FOTO Ihsan PolisMACHANG Dua lelaki maut dalam kemal...
Kelantan Dua Lelaki Dicekup Belasah Seekor Beruk

Kelantan Dua Lelaki Dicekup Belasah Seekor Beruk

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 137 hits
ROHANA MOHD NAWITangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki memukul seekor beruk di Kampung Jembal Bachok baru baru iniBACHOK Dua lelaki dicekup selepas dipercayai melakukan penganiayaan terhadap binatang dengan membelasah seekor be...
Kelantan Kena Tiru Sabah Dalam Menuntut Hak Royalti

Kelantan Kena Tiru Sabah Dalam Menuntut Hak Royalti

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 149 hits
Che IbrahimJika Pas yakin bahawa Kelantan berhak mendapat royalti minyak melalui Perjanjian Carigali Petroleum 1975 Kerajaan Kelantan hendaklah menuntut hak tersebut melalui mahkamah Soal masa dan kos tidak berbangkit kerana amat berbaloi d...
Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Belajar Saham Global Dengan Moomoo Panduan Untuk Pemula

Type 26 Auto Fabrica S Elegant Honda Cb750 Caf Racer

Percutian Yang Tertangguh Ringkas Tapi Sangat Bermakna

Kerabu Suhun Thai Resipi Sihat Segar Yang Mengujakan Untuk Diet Harian

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Kampung Mat Daling Didakwa Pecah Amanah Rm40 000

Poco Launches Poco F8 Series

Neoantigen Sebagai Sasaran Rawatan Terapi Kanser Kolorektal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelantan Sinonim Dengan Islam

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan

10 Nasihat Penting Mengenai Cuaca Buruk Yang Perlu Anda Tahu

Top 45 By Brenna Panama888 5 Pgslot Jili Sa Gaming Panama888 27 2026

Brazil999 Top 6 By Jamila 25 November 2568