Prihatin Dengan Ibu Hamil Tumbesaran Anak Kecil Bantuan Makanan Diberikan Kepada Golongan Ini


Banyak golongan yang terjejas sepanjang tahun ini apabila Covid-19 melanda negara kita. Tidak semua orang bernasib baik dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan terpaksa bersusah-payah hanya untuk mendapatkan bekalan makanan buat keluarga. Bagi membantu golongan ini, banyak NGO yang telah bekerjasama untuk menghulurkan bantuan.
Inisiatif yang diambil oleh beberapa badan kebajikan bersama Community Transformation Initiative Berhad (CTI) telah berjaya membantu golongan yang memerlukan dengan bekalan makanan. Ikuti penjelasan lanjut dari pihak penganjur tentang usaha murni mereka ini :
1.Bagaimana tercetusnya kerjasama antara funder dan badan kebajikan untuk sama2 menganjurkan aktiviti csr ini?
Projek kolaborasi ini dibawa oleh kerjasama antara beberapa pihak di CTI merupakan NGO pelaksana utama projek ini. CTI telah mempertimbangkan implikasi Laporan UNICEF 2018, “Children Without” dan ingin cuba mencari peluang untuk memenuhi keperluan pemakanan ibu mengandung dan bayi untuk 1000 hari pertama terutamanya ketika pandemik Covid-19. Semasa pandemik bermula, bantuan makanan secara umum dihulurkan kepada NGO untuk komuniti yang memerlukan. Barang makanan itu biasanya tidak mengandungi buah-buahan yang segar, sayur-sayuran serta sumber protein seperti daging, ikan dan telur. Disebabkan oleh kerumitan menghantar  makanan segar, kebanyakan makanan yang disumbangkan adalah makanan kering, termasuk kentang dan bawang yang boleh disimpan tanpa peti sejuk.
Makanan kering yang dibekalkan pada bulan September 2020 Pada masa yang sama, pengasas Graze Market, sebuah syarikat keusahawanan sosial yang menyelamatkan sayur-sayuran daripada pembaziran, Puan Clara Wan, telah mendengar tentang Prudence Foundation Chairman’s Challenge Fund yang menyediakan dana untuk program bantuan semasa Covid-19, dan memberi cadangan kepada CTI, yang  merupakan pengedar PRUkasih (sebuah Rancangan Perlindungan Pendapatan CSR oleh Prudence Foundation), untuk memohon dana ini. Graze Market bercadang untuk bekerjasama dengan CTI untuk memudahkan logistik pengedaran dan pada masa yang sama memenuhi misi mereka untuk mengurangkan pembaziran makanan.
Sementara itu, CTI mula mencari rakan kerjasama yang sesuai untuk membawa pengetahuan pemakanan kepada peserta.  Pejabat Perhubungan Komuniti International Medical University Malaysia (IMU), IMU Cares telah bersetuju untuk membawa Bahagian Dietetik dan Pemakanan IMU untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka. 2 pensyarah dan 5 pelajar tahun akhir dari Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pemakanan, telah terlibat dalam penyampaian bengkel pemakanan (5 kali penyampaian-4 secara bersemuka  dan 1 atas talian), dan juga bengkel Facebook Live berkaitan dengan pemakanan dan cara masakan secara sihat pada 6 Disember 2020. Peranan CTI adalah sebagai pelaksana projek utama, dan bertanggungjawab untuk mengambil masuk keluarga yang memerlukan dan memenuhi kriteria, mendapatkan statistik kesihatan pra-program dan post-program melalui ukuran, dan mendirikan komuniti Whatsapp dan Facebook untuk menyediakan ekosistem sokongan demi peserta untuk pembelajaran dan sokongan antara satu sama lain secara berterusan.
Mengapa keutamaan diberikan kepada ibu hamil dan anak berusia dua tahun ke bawah? Seribu hari pertama dalam kehidupan (First 1000 days of life), bermula dari masa mengandung sampai umur 2 tahun (270 + 365 + 365 hari = 1000 hari),  merupakan tempoh yang paling penting untuk pertumbuhan seorang kanak-kanak. Pelbagai faktor termasuk nutrien yang diterima pada tempoh ini akan memberi kesan untuk jangka masa yang panjang ke atas  tahap kesihatan mereka. Sehubungan itu, program ini memberi keutamaan kepada golongan ibu yang hamil dan ibu yang mempunyai kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah.
Covid-19 membawa banyak kesusahan kepada seluruh dunia dan negara kita. Penduduk berpendapatan rendah di komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara menghadapi cabaran disebabkan kehilangan kerja dan pendapatan. Wang simpanan yang tidak banyak dan sudah digunakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keluarga mereka terjejas kerana keperluan asas pun  tidak dapat dipenuhi. Situasi untuk Ibu hamil dan anak bawah 2 tahun lagi teruk sebab tidak mendapat nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan yang sihat  semasa pandemik Covid-19. Ini akan membawa kesan sampingan  yang besar terhadap pertumbuhan dan kehidupan bayi tersebut untuk jangka panjang.
Susunan makanan kering di tempat kutipan semasa bulan November 2020 Dalam kalangan keluarga B40, terdapat juga anak yang memerlukan keperluan khas. Keperluan kesihatan , pemakanan dan perubatan untuk anak mereka telah memberi tekanan yang besar ke atas kewangan keluarga pada hari biasa. Tekanan kewangan adalah lagi besar semasa PKP.
Kami nampak kesusahan ibu-ibu dalam komuniti pendapatan rendah yang tidak dapat memberi pemakanan yang sepatutnya kepada anak mereka kerana kehilangan sumber pendapatan semasa pandemik. Ini merupakan masalah yang sangat membimbangkan kerana ia akan menjejaskan masa depan anak muda mereka.
Melalui projek ini, kami berharap dapat memulihkan 50 keluarga terpilih kepada tahap kesihatan yang lebih baik selepas Covid, membantu mereka  mendapat akses untuk pemakanan yang diperlukan, dan memperkasakan mereka dengan pengetahuan pemakanan supaya dapat membuat pilihan yang lebih baik mengenai pemakanan  pada masa hadapan. Inilah sebab kami ingin tumpukan usaha untuk membantu golongan ini.
Apakah kepentingan pengambilan makanan terbaik pada 1000 hari pertama dalam kehidupan anak kecil? Seribu hari pertama dalam kehidupan adalah sangat penting untuk pertumbuhan seseorang bayi. Kajian menunjukkan 1000 hari pertama adalah tempoh yang kritikal di mana pengambilan makanan dan nutrien dalam tempoh ini mempunyai impak yang besar, sama ada secara positif atau negatif,terhadap pertumbuhan seorang bayi. Dalam tempoh ini, otak dan badan yang sedang bertumbuh sangat memerlukan nutrien daripada badan ibu dan juga sumber-sumber makanan yang lain. Kekurangan nutrien dalam tempoh ini juga akan meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit yang kronik seperti diabetis, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan penyakit lain. Dengan itu, impak negatif bukan sekadar dari segi kesihatan tetapi juga akan mempengaruhi potensi pembangunan minda dan kecerdasan otak bayi yang akan memberikan kesan jangka panjang terhadap kehidupan mereka sama ada semasa pembelajaran di sekolah mahupun dari segi kemahiran pemikiran kritikal dan pembuatan keputusan sepanjang hidup mereka.
(www.thousanddays.org)
Carta pertumbuhan kanak-kanak pada 1000 hari pertama kehidupan Berapa ramai sukarelawan yang terlibat di dalam acara ini? Dari bulan Ogos hingga November 2020, seramai 65 sukarelawan dari International Medical University (IMU), Eastspring Investments Berhad, Graze Market dan gereja setempat telah terlibat.
Gambar berkumpulan dengan sukarelawan dari Eastspring Investments Berhad, Graze Market, CTI dan gereja tempatan semasa penghantaran makanan kering bulan September 2020. Selain barangan basah ada sumbangan lain yang di berikan? Makanan basah diberi setiap minggu selama 12 minggu, dan makanan kering dibekal sekali setiap bulan untuk 3 bulan. Kadang kala, sekiranya terdapat sumbangan dari pihak lain, tepung susu tumbesaran (growing up milk) dan pelitup muka juga diberi kepada peserta.
Bekalan makanan basah pada bulan Disember 2020 Selain daripada sumbangan barangan di atas, bengkel pemakanan oleh IMU dan pengwujudan ekosistem sokongan untuk memastikan para peserta memahami kepentingan pemakanan yang diperlukan dalam tempoh 1000 hari pertama kehidupan seorang bayi, serta cara penyediaan makanan yang bersesuaian untuk bayi berumur 6 bulan ke atas dan kanak-kanak, merupakan satu elemen yang penting dalam program ini.
Bagaimana prosedur untuk menentukan golongan yang dipilih untuk menerima bantuan? Kami membuka pemohonan kepada penduduk PPR Kota Damansara yang pernah mengikuti program kami pada masa lalu. Semasa kami melawat mereka di rumah untuk menilai keadaan keluarga itu, kami juga tanya mereka siapa lagi yang mereka kenal yang memenuhi kriteria kami (cara ‘snowballing’).
Kami menyenaraipendek berdasarkan kriteria berikut:
Mengandung Bayi bawah 1 tahun Bayi bawah 2 tahun Status ekonomi (Pemohon dengan pendapatan sekeluarga yang lebih rendah akan dipertimbangkan dahulu) Tindakbalas kepada aktiviti kami (Kami keluarkan nama kalau mereka tidak jawab telefon/ whatsapp/tiada di rumah setiap kali kami melawati mereka Data kesihatan pra-program daripada peserta diambil dan direkodkan Adakah acara sebegini akan diteruskan untuk golongan yang berbeza?  CTI berharap untuk mendapatkan lebih banyak dana untuk:
Terus menyokong ibu mengandung dan kanak-kanak kumpulan sekarang, di mana anak belum sampai umur 2 tahun – melalui bekalan makanan dan memperkasakan mereka dengan pengetahuan yang lebih mendalam tentang cara pilihan makanan, cara masakan yang sihat dan pemakanan kanak-kanak, cara membentuk hubungan keluarga yang positif dan menguatkan kesihatan psiko-sosial dan kognitif kanak-kanak mereka. Membantu kumpulan baru – keluarga yang ada ibu mengandung dan anak bawah 2 tahun, dengan peserta dari kumpulan pertama sebagai mentor kepada peserta kumpulan kedua, selain daripada bekalan makanan dan bengkel pemakanan yang akan diberikan. Apakah harapan penganjur untuk acara ini? Kami harap peserta dan keluarga mendapat manfaat daripada program ini dengan apa yang diberi, termasuk bekalan makanan, pengetahuan pemakanan, kumpulan sokongan ibu-ibu dan perkongsian pengalaman, pengetahuan, resepi dari ahli kumpulan lain.
Aktiviti kutipan makanan basah dengan kerjasama Graze Market Diharap para peserta belajar ilmu pemakanan ibu mengandung dan bayi, cara makan dan masak yang sihat dan mengaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Dengan itu, kesihatan ibu dan bayi meningkat, dan tabiat yang terbentuk ada impak jangka panjang untuk kehidupan mereka sekeluarga.
 
 
 
The post Prihatin Dengan Ibu Hamil & Tumbesaran Anak Kecil, Bantuan Makanan Diberikan Kepada Golongan Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/prihatin-dengan-ibu-hamil-tumbesaran-anak-kecil-bantuan-makanan-diberikan-kepada-golongan-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hulur Bantuan Makanan Buat Ibu Mengandung Dan Bayi Cti Prihatin Keperluan Golongan Ini Ketika Pandemik Covid 19

Hulur Bantuan Makanan Buat Ibu Mengandung Dan Bayi Cti Prihatin Keperluan Golongan Ini Ketika Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 420 hits
Siapa sahaja akan terkesan dengan situasi pandemik covid 19 hari ini Menyedari keadaan ini banyak NGO bangun menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama termasuk Community Transformation Initiative Berhad Projek kolaborasi ini dibaw...
Perginya Isteri Tanpa Pesan Sayu Hati Mengenangkan 4 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu

Perginya Isteri Tanpa Pesan Sayu Hati Mengenangkan 4 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 533 hits
Perginya ibu kepada empat anak yang masih kecil benar benar dirasai oleh seluruh ahli keluarga arwah Norwahidah Abd Raup 35 Pemergian arwah Norwahidah yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kepala Batas mengejutkan ahli keluarga saud...
Ceriakan Diri Waktu Hamil Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan Jika Ibu Murung

Ceriakan Diri Waktu Hamil Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan Jika Ibu Murung

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 348 hits
Tempoh kehamilan selama sembilan bulan sememangnya cukup menyukarkan Terpaksa berdepan pelbagai masalah tidak kurang juga pelbagai alahan yang membuatkan ibu merasa tidak kuat Pun begitu jangan jadikan hal ini mengganggu emosi diri Jika mer...
Besarnya Peng0rbanan Anak Kecil Ini Diikat Dengan Tali Jadi Mata Untuk Ibu Bapa C4cat Penglihatan

Besarnya Peng0rbanan Anak Kecil Ini Diikat Dengan Tali Jadi Mata Untuk Ibu Bapa C4cat Penglihatan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 247 hits
loading Biasa kita lihat ibu dan ayah yang menjaga anak anak tambah pula yang masih kecil tapi berbeza pula keadaannya yang berlaku di bandar Cebu Filipina apabila gambar gambar seorang kanak kanak lelaki yang masih kecil diikat tali di bad...
Dasar Anak Tak Guna Bengang Tak Disediakan Makanan Anak Pukul Kepala Ibu Sampai Mati

Dasar Anak Tak Guna Bengang Tak Disediakan Makanan Anak Pukul Kepala Ibu Sampai Mati

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 401 hits
Seorang lelaki berusia 28 tahun tergamak memukul kepala ibunya sehingga mati dalam kejadian yang berlaku pada jam 10 pagi Sabtu 5 Disember 2020 di Dusun Muara Tolang Sumatera Utara Indonesia Menurut sumber suspek Syahrul memukul kepala ibun...
Program Jaringan Prihatin Permohonan Bantuan Golongan B40 Calon Spm Stpm 2021

Program Jaringan Prihatin Permohonan Bantuan Golongan B40 Calon Spm Stpm 2021

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 555 hits
PROGRAM JARINGAN PRIHATIN PERMOHONAN BANTUAN GOLONGAN B40 CALON SPM STPM 2021 APA ITU PROGRAM JARINGAN PRIHATIN Ini adalah satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat kerana terpaksa melanggan internet untuk tuju...
Bantuan Hanya Untuk Ibu Balu Dan Lima Anak Arwh Luahan Badul Selepas Hak Sebagai Bapa Arwh Diketepikan

Bantuan Hanya Untuk Ibu Balu Dan Lima Anak Arwh Luahan Badul Selepas Hak Sebagai Bapa Arwh Diketepikan

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 312 hits
loading KUALA LUMPUR Bukan mahu duit sangat cuma nak tahu kedudukan dan hak sebagai bapa Saya diketepikan disisihkan Macam saya sudah mati sama dengan arwah
Anak Gemar Makan Keju Tapi Ibu Tahu Tak Berapa Banyak Si Kecil Boleh Makan Sehari

Anak Gemar Makan Keju Tapi Ibu Tahu Tak Berapa Banyak Si Kecil Boleh Makan Sehari

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 369 hits
Makanan berisi keju seperti piza sering menjadi pilihan dalam pemakanan anak Tetapi berapa jumlah pengambilan produk tenusu harian yang disarankan untuk kanak kanak Ikuti perkongsian dari ini Kepelbagaian produk tenusu Keju yang berbeza aka...
Usai Ditangkap Karena Gorok 3 Anak Sendiri Ibu Di Nias Utara Meninggal

Usai Ditangkap Karena Gorok 3 Anak Sendiri Ibu Di Nias Utara Meninggal

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 239 hits
Ibu di Nias Utara Sumatera Utara MT yang menggorok tiga anak kandungnya meninggal dunia Dia meninggal setelah sempat ditangkap polisi Tahanan Polres Nias tersangka MT meninggal di RSUD Gunungsitoli Karena sakit kata Humas Polres Nias Aiptu ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya