Anak Gemar Makan Keju Tapi Ibu Tahu Tak Berapa Banyak Si Kecil Boleh Makan Sehari


Makanan berisi keju seperti piza, sering menjadi pilihan dalam pemakanan anak. Tetapi berapa jumlah pengambilan produk tenusu harian yang disarankan untuk kanak-kanak?Ikuti perkongsian dari Hello doktor ini.

Kepelbagaian produk tenusu Keju yang berbeza akan memberikan jumlah lemak, kalori, vitamin dan mineral berlainan.
Antara jenis keju yang ada di pasaran seperti parmesan, mozarella, keju kotej, keju krim tanpa lemak dan sebagainya.
Boleh terbayang keenakan keju, bukan?
Pun begitu, jangan dilupakan – keju boleh mengandungi lemak tepu yang tinggi, sebab itulah anda perlu mengawal saiz setiap hidangan yang diambil.
Keju termasuk dalam produk tenusu dan secara umumnya, keju dan makanan tenusu lain adalah sumber tenaga, protein, kalsium dan vitamin A yang baik.
Satu bahagian keju boleh menjadi salah satu daripada 3 hidangan susu dan hasil tenusu lain yang perlu diambil kanak-kanak setiap hari.
Pengambilan produk tenusu harian Dalam garis panduan pemakanan yang dikeluarkan Amerika Syarikat memberikan beberapa kejutan.
Salah satunya adalah kanak-kanak berusia 4 hingga 18 tahun tidak mengambil produk tenusu harian mengikut jumlah yang disyorkan.
Keadaan ini secara tidak langsung meletakkan kanak-kanak kepada risiko untuk mengalami kecederaan atau riket – penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin D mengakibatkan tulang menjadi lembut.
Pengambilan makanan atau minuman hasil tenusu adalah penting dalam diet pemakanan harian.
Ini kerana selain menjadi sumber karbohidrat, protein dan lemak, ia kaya dengan vitamin dan mineral, termasuklah kalsium dan vitamin D.
Penting untuk tumbesaran anak Umumnya, kalsium dan vitamin D penting dalam semua peringkat kehidupan seseorang individu, khususnya kanak-kanak.
Kalsium diperlukan untuk menjaga tulang kuat. Manakala vitamin D mempunyai peranan penting untuk badan kita menyerap kalsium.
Jadi pengambilan susu mencukupi adalah penting bagi kanak-kanak yang aktif, terutamanya jika mereka bergelar atlet muda.
Kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara 4 hingga 8 tahun memerlukan 2.5 cawan hasil tenusu setiap hari.
Sementara anak yang berusia 9 hingga 18 tahun disarankan untuk mengambil 3 cawan tenusu sehari.
Bagi memenuhi saranan pengambilan produk tenusu harian untuk kanak-kanak dianggap perkara yang mudah kerana ia boleh diambil dalam pelbagai bentuk.
Antara hasil tenusu yang boleh menjadi pilihan adalah seperti susu, yogurt dan keju merupakan sumber kaya dengan kalsium.
Produk tenusu rendah lemak Berdasarkan panduan pemakanan baharu, ibu bapa turut disarankan untuk memasukkan susu tanpa lemak atau rendah lemak.
Garis panduan tersebut mengesyorkan produk hasil tenusu tanpa lemak atau 1% berbanding 2% susu, susu penuh dan keju biasa kerana ia memberikan nutrien yang sama dan kurang lemak.
Saranan lain adalah untuk memilih susu dan yogurt lebih kerap daripada keju kerana kedua-duanya mengandungi kurang lemak tepu dan natrium, tetapi lebih tinggi kalium, vitamin A dan D.
Sekiranya anak mempunyai masalah intoleransi laktosa, berikan mereka susu, yogurt dan keju tanpa laktosa.
Pilihan ini tetap memberikan jumlah kalsium, vitamin D dalam kuantiti yang sama selain mineral lain.
Susu soya juga merupakan pilihan yang baik kerana ia diperkaya dengan kalsium, vitamin D dan pelbagai vitamin dan mineral.
Diet pemakanan harian anak Untuk membantu anak anda memenuhi pengambilan susu yang disyorkan, ibu boleh mencuba cadangan berikut:
Sarapan pagi Susu tanpa lemak atau 1% lemak bersama bijirin sarapan, smoothie atau oat mahupun diminum sahaja Yogurt tanpa lemak atau rendah lemak dan buah Masukkan sekeping keju ke dalam hidangan masakan telur seperti telur dadar atau telur hancur Makan tengah hari Yogurt tanpa lemak atau rendah lemak Sekotak susu tanpa lemak atau 1% lemak Letakkan keju rendah lemak bersama sandwic Keju rendah lemak dan biskut Keju kotej rendah lemak dan buah Makan malam 1 cawan susu tanpa lemak atau 1% lemak Masukkan keju rendah lemak bersama protein, salad, sayur-sayuran Berapa usia sesuai perkenalkan keju kepada si manja? Mesti ada ibu yang ingin mengetahui masa yang sesuai perkenalkan keju pada si kecil, bukan?
Sebaiknya anda bertanyakan kepada doktor sebelum memberikan keju kepada bayi apabila mereka sudah mula mengambil makanan pejal.
Ada pakar berpendapat keju selamat diberikan kepada bayi seawal usia 6 bulan.
Manakala sesetengah yang lain mengatakan lebih baik menunggu apabila si manja mencecah usia 8 hingga 10 bulan.
Berdasarkan perkongsian daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), keju selamat diberikan dalam makanan harian anak ketika mereka berusia antara 7 hingga 8 bulan.
Walau bagaimanapun, untuk lebih kepastian dapatkan pandangan doktor mengenai panduan khusus bagi bayi anda kerana setiap anak mempunyai perkembangan yang unik dan berbeza.
Paling penting, ibu bapa disarankan untuk menunggu 3 hingga 5 hari sebelum menawarkan makanan baharu kepada bayi.
Dengan cara ini, ia dapat membantu anda untuk mengesan tanda-tanda intoleransi atau reaksi alahan makanan seperti cirit-birit atau ruam.
Perkenalkan keju dan produk tenusu Keju dan produk tenusu lain adalah makanan berkhasiat untuk anak-anak anda.
Jika anda baharu bercadang untuk memperkenalkannya dalam diet pemakanan anak, mulakan dalam jumlah yang kecil tetapi menyeronokkan.
Paling penting, elakkan memaksa mereka untuk mencubanya.
The post Anak Gemar Makan Keju Tapi Ibu Tahu Tak Berapa Banyak Si Kecil Boleh Makan Sehari? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-gemar-makan-keju-tapi-ibu-tahu-tak-berapa-banyak-si-kecil-boleh-makan-sehari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perginya Isteri Tanpa Pesan Sayu Hati Mengenangkan 4 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu

Perginya Isteri Tanpa Pesan Sayu Hati Mengenangkan 4 Anak Kecil Hilang Kasih Ibu

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 534 hits
Perginya ibu kepada empat anak yang masih kecil benar benar dirasai oleh seluruh ahli keluarga arwah Norwahidah Abd Raup 35 Pemergian arwah Norwahidah yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kepala Batas mengejutkan ahli keluarga saud...
Anak Boleh Curi Curi Tengok Apa Ibu Ayah Buat Ketika Malam Sebab Itulah Kena Ajar Tidur Asing

Anak Boleh Curi Curi Tengok Apa Ibu Ayah Buat Ketika Malam Sebab Itulah Kena Ajar Tidur Asing

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 379 hits
Tidak dinafikan ramai ibu ayah mengakui bahawa anak tidur bersama setiap malam walaupun sudah berusia 7 tahun Sememangnya setiap orang mempunyai pendapat masing masing namun hal yang jelas ialah kesan tabiat ini terhadap proses perkembangan...
Ceriakan Diri Waktu Hamil Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan Jika Ibu Murung

Ceriakan Diri Waktu Hamil Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan Jika Ibu Murung

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 348 hits
Tempoh kehamilan selama sembilan bulan sememangnya cukup menyukarkan Terpaksa berdepan pelbagai masalah tidak kurang juga pelbagai alahan yang membuatkan ibu merasa tidak kuat Pun begitu jangan jadikan hal ini mengganggu emosi diri Jika mer...
Sejujurnya Rumah Ada Anak Kecil Bukanlah Boleh Datang Mengejut Lebih Elok Beritahu Awal

Sejujurnya Rumah Ada Anak Kecil Bukanlah Boleh Datang Mengejut Lebih Elok Beritahu Awal

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 270 hits
Selalunya bila jumpa ibu yang ada anak kecil mengadu lenguh badan tak cukup tidur penat kemas rumah pagi sampai malam tolonglah jangan cakap lembik atau apa perkataan yang boleh mengguris hati Sebenarnya ibu ibu ni mereka sangat kuat Sebab ...
Cukup 6 Bulan Anak Dah Boleh Makan Kalau Bimbang Kena Alahan Makanan Ini Saranan Dietitian Untuk Mama

Cukup 6 Bulan Anak Dah Boleh Makan Kalau Bimbang Kena Alahan Makanan Ini Saranan Dietitian Untuk Mama

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 343 hits
Cukup enam bulan ibu biasanya akan mula memperkenalkan si kecil dengan makanan pejal Memang ada rules yang biasa disarankan oleh pakar pemakanan bagi mengelakkan si kecil alami alahan pada sesetengah makanan tertentu Untuk ketahui bagaimana...
Besarnya Peng0rbanan Anak Kecil Ini Diikat Dengan Tali Jadi Mata Untuk Ibu Bapa C4cat Penglihatan

Besarnya Peng0rbanan Anak Kecil Ini Diikat Dengan Tali Jadi Mata Untuk Ibu Bapa C4cat Penglihatan

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 248 hits
loading Biasa kita lihat ibu dan ayah yang menjaga anak anak tambah pula yang masih kecil tapi berbeza pula keadaannya yang berlaku di bandar Cebu Filipina apabila gambar gambar seorang kanak kanak lelaki yang masih kecil diikat tali di bad...
Prihatin Dengan Ibu Hamil Tumbesaran Anak Kecil Bantuan Makanan Diberikan Kepada Golongan Ini

Prihatin Dengan Ibu Hamil Tumbesaran Anak Kecil Bantuan Makanan Diberikan Kepada Golongan Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 519 hits
Banyak golongan yang terjejas sepanjang tahun ini apabila Covid 19 melanda negara kita Tidak semua orang bernasib baik dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan terpaksa bersusah payah hanya untuk mendapatkan bekalan makanan buat keluarg...
Air Kotak Air Tin Perangkap Kencing Manis Anak Kecil Sedap Punya Pasal Memang Tak Sedar

Air Kotak Air Tin Perangkap Kencing Manis Anak Kecil Sedap Punya Pasal Memang Tak Sedar

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 455 hits
Nak mudah nak senang anak mengamuk terus disua air kotak dan air tin pada anak anak sampai kita terlupa kandungan gula dalam air kotak tersebut perangkap kepada punca masalah kesihatan anak anak Kenapa air dalam kotak atau tin jadi perangka...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep