Ceriakan Diri Waktu Hamil Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan Jika Ibu Murung


Tempoh kehamilan selama sembilan bulan sememangnya cukup menyukarkan. Terpaksa berdepan pelbagai masalah tidak kurang juga pelbagai alahan yang membuatkan ibu merasa tidak kuat. Pun begitu jangan jadikan hal ini mengganggu emosi diri.
Jika merasa mood down dan sedih, cepat-cepat ubah mood menjadi lebih ceria. Sebaiknya ceria dan gembiralah sentiasa kerana ini akan turut memberi kesan kepada bayi.
Apa akan terjadi jika ibu murung ketika hamil? Kajian mendedahkan sebanyak 1 dalam 10 wanita hamil akan mengalami kemurungan. Hal ini kerana perubahan hormon yang mendadak ketika hamil mampu mengubah sistem limbik otak. Ini boleh menyebabkan perubahan emosi seperti keresahan dan kemurungan.

Kesan kemurungan boleh menjadi lebih teruk jika elemen luaran memberi tekanan hidup seperti psikososial, pekerjaan, rumah tangga dan sebagainya. Kadang-kadang, wanita tidak perasan mereka mengalami kemurungan kerana simptomnya lebih kurang sama dengan perubahan semasa hamil seperti corak tidur, tahap tenaga, selera makan dan keberahian.
Petanda dan petunjuk lain yang boleh menandakan kemurungan ketika hamil termasuklah:
* Kegelisahan yang berlebihan terhadap kandungan.
* Rasa rendah diri, terutama sekali bab keibubapaan.
* Tidak berasa seronok ketika melakukan aktiviti kegemaran.
* Tidak memberi tindak balas yang baik ketika diberikan kepastian.
* Tidak patuh terhadap penjagaan perinatal.
* Merokok, minum minuman alkohol atau mengambil dadah.
* Kenaikan berat yang tidak memuaskan disebabkan oleh diet tidak mencukupi.
Sekiranya anda mengalami kemurungan ketika hamil, anda mungkin akan mengalami masalah untuk menjaga diri sendiri. Contohnya, jika corak tidur dan pemakanan anda tidak teratur, ia boleh menjejaskan perkembangan janin anda.
Untuk ibu sendiri pula, jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan kemurungan yang berpanjangan selepas bersalin nanti.

Satu kajian di United Kingdom mendedahkan wanita yang kemurungan ketika hamil berpotensi 1.5 kali ganda untuk mendapat anak yang cenderung ke arah kemurungan semasa remaja.
Walaupun risiko genetik juga memainkan peranan, tetapi saintis mengatakan kesan kemurungan fisiologi ibu hamil boleh melalui plasenta dan mempengaruhi perkembangan otak bayi.
Selain itu, satu kajian dijalankan di Kenya berjaya membuktikan bahawa kesan kemurungan ibu hamil berkait dengan kelahiran bayi.
Wanita yang mengalami kemurungan semasa hamil mempunyai risiko sebanyak 3.8 kali ganda untuk melahirkan bayi pramatang.
Malah kesan kemurungan semasa hamil kepada bayi termasuklah mengalami keguguran dan melahirkan bayi yang lebih kecil dengan berat badan tidak mencukupi. Jadi elakkan.

Tangani Kemurungan Dengan Bijak
Tidak ramai wanita hamil yang mahu mendapatkan rawatan walaupun mempunyai simptom kemurungan kerana takut dianggap tidak sesuai menjadi ibu. Akan tetapi, jika rawatan diberikan pada peringkat awal, kemurungan ketika hamil tidak akan berpanjangan. Rawatan boleh merangkumi beberapa elemen seperti:
1. Sokongan sosial
Sokongan sosial boleh didapati daripada sekeliling anda seperti pasangan, ahli keluarga, malah rakan-rakan. Selain itu, ada program khidmat masyarakat dan keibubapaan yang boleh dihadiri untuk membantu anda.
2. Terapi keluarga
Terapi keluarga boleh dijalankan bersama ahli terapi, pasangan dan anak-anak anda. Selalunya, terapi ini lebih berkesan untuk anak-anak yang lebih dewasa.
3. Terapi kognitif dan tingkah laku individu
Terapi individu lebih berkesan untuk wanita hamil yang mengalami kemurungan tetapi segan untuk mendapatkan rawatan. Sesi terapi lebih peribadi di antara ibu hamil dengan pakar psikiatri, psikologi, doktor keluarga, pekerja sosial dan sebagainya.
Artikel berkaitan: Tak Selesanya Ibu Hamil Bila Alami Pedih Ulu Hati, Ini 5 Tip Atasinya, Bantu Cegah Sebelum Makin Teruk!
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post Ceriakan Diri Waktu Hamil, Anak Boleh Lahir Tak Cukup Bulan Jika Ibu Murung! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ceriakan-diri-waktu-hamil-anak-boleh-lahir-tak-cukup-bulan-jika-ibu-murung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukup 6 Bulan Anak Dah Boleh Makan Kalau Bimbang Kena Alahan Makanan Ini Saranan Dietitian Untuk Mama

Cukup 6 Bulan Anak Dah Boleh Makan Kalau Bimbang Kena Alahan Makanan Ini Saranan Dietitian Untuk Mama

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 350 hits
Cukup enam bulan ibu biasanya akan mula memperkenalkan si kecil dengan makanan pejal Memang ada rules yang biasa disarankan oleh pakar pemakanan bagi mengelakkan si kecil alami alahan pada sesetengah makanan tertentu Untuk ketahui bagaimana...
Asal Anak Boleh Keluar Dah Cukup Memadai Lebih Baik Dari Terperap Di Rumah

Asal Anak Boleh Keluar Dah Cukup Memadai Lebih Baik Dari Terperap Di Rumah

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 261 hits
Memasuki cuti persekolahan dan cuti ketika PKPB ini apa kata mak ayah memikirkan sesuatu untuk anak anak beraktiviti Tak perlulah keluar di tempat yang jauh cukup hanya di dalam kawasan rumah atau di taman permainan berdekatan Anak anak kec...
Ayra Dah Nak Jadi Kak Long Ummi Nazeera Kongsi Sedang Hamil Anak Kedua Usia Kandungan Dah 4 Bulan Tahniah

Ayra Dah Nak Jadi Kak Long Ummi Nazeera Kongsi Sedang Hamil Anak Kedua Usia Kandungan Dah 4 Bulan Tahniah

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 401 hits
Berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua pelakon Ummi Nazeera mengumumkan hal tersebut kepada peminat melalui instagram miliknya Memuat naik gambar bertiga bersama suami dan anak dalam kapsyen posting tersebut pe...
Hiburan Hamil 4 Bulan Ain Edruce Enggan Tahu Jantina Anak

Hiburan Hamil 4 Bulan Ain Edruce Enggan Tahu Jantina Anak

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 406 hits
Mengetahui dirinya kini hamil anak sulung pelakon dan pengacara Ain Edruce akui bersyukur dikurniakan rezeki tersebut selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga Katanya beliau dan suami langsung tidak pernah merancang dan mendedahkan me...
Anak Boleh Curi Curi Tengok Apa Ibu Ayah Buat Ketika Malam Sebab Itulah Kena Ajar Tidur Asing

Anak Boleh Curi Curi Tengok Apa Ibu Ayah Buat Ketika Malam Sebab Itulah Kena Ajar Tidur Asing

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 394 hits
Tidak dinafikan ramai ibu ayah mengakui bahawa anak tidur bersama setiap malam walaupun sudah berusia 7 tahun Sememangnya setiap orang mempunyai pendapat masing masing namun hal yang jelas ialah kesan tabiat ini terhadap proses perkembangan...
Ibu Hamil 9 Bulan Meninggal Dunia Selepas Ditolak 7 Hospital Yang Enggan Membantunya Bersalin

Ibu Hamil 9 Bulan Meninggal Dunia Selepas Ditolak 7 Hospital Yang Enggan Membantunya Bersalin

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 276 hits
Sulawesi Selatan Hasrat seorang wanita hamil untuk bersalin tidak kesampaian apabila usaha suami dan keluarganya menghantar dia ke beberapa hospital ditolak sehingga menyebabkan ibu hamil itu meninggal dunia Menurut keluarga mangsa tujuh ho...
Tragsi Dunia Beri Ucapan Penuh Emosi Di Facebook Ibu Tembak Mati Anak Berusia 10 Tahun Sebelum Bunuh Diri

Tragsi Dunia Beri Ucapan Penuh Emosi Di Facebook Ibu Tembak Mati Anak Berusia 10 Tahun Sebelum Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 509 hits
Salah seorang daripada anak disyaki mati dibunuh SEORANG ibu bertindak menembak mati anak lelakinya sebelum membunuh dirinya Kejadian itu berlaku dua hari selepas mengucapkan Selamat Tahun Baharu dan mengatakan semoga anda semua memperoleh ...
Prihatin Dengan Ibu Hamil Tumbesaran Anak Kecil Bantuan Makanan Diberikan Kepada Golongan Ini

Prihatin Dengan Ibu Hamil Tumbesaran Anak Kecil Bantuan Makanan Diberikan Kepada Golongan Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 523 hits
Banyak golongan yang terjejas sepanjang tahun ini apabila Covid 19 melanda negara kita Tidak semua orang bernasib baik dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan terpaksa bersusah payah hanya untuk mendapatkan bekalan makanan buat keluarg...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai