Presiden Umno Beri Peringatan Pada Annuar Musa
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin parti itu supaya tidak “menderhaka” kepada parti dengan mengikut rentak musuh yang penuh dengan muslihat.
Meskipun tidak menyebut nama, kenyataan Ahmad Zahid dipercayai merujuk kepada Annuar Musa yang menganggap dokumen “PasLeak” bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak perlu diperbesar.
Malah Zahid turut memuatnaik kenyataan Annuar di Facebooknya ketika mengulas isu berkenaan.
“Sudah pasti ahli parti setia akan sentiasa berwaspada setiap kenyataan, setiap langkah, pendirian dan tindak tanduk pemimpin mereka dan pemimpin lawan mereka.
“Ahli parti yang setia akan memastikan keutamaan parti sendiri adalah nombor satu manakala kepedulian parti luar lebih-lebih lagi yang telah mengkhianati muafakat parti tidak wajar diberikan tempat dalam keutamaan parti.
“Ketika musuh luar parti bermuslihat dan dengan licik cuba memperdaya parti lawan menggunakan pelbagai taktik dan strategi, kita sebagai orang parti dari ahli biasa ke peringkat bahagian parti perlu lebih bijaksana dalam membaca gerak geri lawan.
“Jangan pula tindak tanduk kita umpama musuh parti luar yang sama menari ikut rentak mereka,” kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan, hari ini.
Kelmarin peguam yang mewakili Ahmad Zahid telah membuat laporan polis berhubung dokumen ‘PASleak’ yang mengandungi dakwaan campur tangan dalam proses kehakiman.
Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim mengesahkan laporan itu telah diterima.
Peguam, Hisyam Teh Poh Teik berkata anak guamnya “terkejut” dengan kandungan dokumen itu yang bertajuk “laporan penglibatan politik pimpinan PAS pusat”.
Teh berkata dokumen itu merujuk kepada anak guamnya, yang sedang menghadapi perbicaraan jenayah di Mahkamah Tinggi.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata jika sekali dua kenyataan bertentangan dengan dasar parti boleh dianggap kebetulan.
“Sekali dua kenyataan bertentangan dengan dasar parti dapatlah dianggap kebetulan, namun sudah beberapa kali itu namanya bukan kebetulan lagi!
“Sekali kita bersetia, janganlah berderhaka kepada parti. Tanpa parti tiadalah jawatan menteri atau lantikan politik,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Pakej Bantuan Khas diberi mulai hari ini
Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap
Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan
Amah tak dibayar gaji, bertahun bersih kondo, jaga 30 ekor kucing
Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri
Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti
Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari
Fasha Sandha Teruk Dikecam
30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri
Nilai ringgit merosot lima hari berturut-turut
Wanita dituduh ada hubungan sulit dibelasah hingga pengsan
Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun
Mawar Karim Akui Sedang Bercinta
The post Presiden UMNO beri peringatan pada Annuar Musa appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/24/presiden-umno-beri-peringatan-pada-annuar-musa/