Potong Rambut Untuk Kawal Darah Tinggi Dr Afif Bahardin


Seorang pegawai Azmin Ali tampil mempertahankan keputusan menteri kanan tersebut untuk membenarkan perkhidmatan gunting rambut dibuka sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.

Pegawai tersebut Afif Bahardin yang juga seorang doktor perubatan antara lain mendakwa, perkhidmatan itu antara lain perlu dibuka untuk membolehkan orang ramai mengawal darah tinggi.

Bekas exco kerajaan Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan berangkai di Twitter mendakwa, kaitan menggunting rambut dan sakit darah tinggi itu disokong oleh kajian perubatan.

“Perkhidmatan gunting rambut mempunyai asas dari sudut kajian perubatan yang dilaksanakan oleh The New England Journal of Medicine menjelaskan bahawa perkhidmatan ini mampu mengurangkan tekanan darah tinggi; antara salah satu tekanan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini,” katanya.




Tambahnya, langkah itu untuk membantu pengusaha gunting rambut yang terjejas dengan PKP kerana perusahaan itu juga dibenarkan dibuka kerana menggunakan jumlah tenaga yang sedikit.

Menurutnya, ia perlu beroperasi dengan garis panduan jagaan kesihatan dan kawalan pergerakan ketat untuk mengekang penularan wabak dan pada masa sama menjamin kelangsungan ekonomi.

“Pengusaha kedai gunting rambut dan pelanggan mestilah bebas daripada segala simptom seperti demam dan batuk.

“Kedai juga perlu memastikan kerja-kerja disinfeksi dijalankan dan mengutamakan aspek kebersihan pada tahap tertinggi.

“Langkah penjarakkan sosial juga perlu diterapkan dengan amalan perlindungan diri seperti kerap mencuci tangan dan memakai topeng muka juga perlu dilakukan disamping kerap mencuci alatan-alatan yang digunakan,” katanya.

Saranan tersebut bagaimanapun tidak meyakinkan ramai pengguna media sosial yang mempersoalkan kemampuan kerajaan untuk mengelak penularan Covid-19 di kedai gunting rambut.

Pengguna media sosial itu antara lain meminta kementerian mendengar saranan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang menolak rancangan tersebut.

Mereka turut mempersoalkan kajian yang mendakwa menggunting rambut dapat mengawal stres.

Pengguna itu antara lain membangkitkan bahawa kajian itu jelas menggariskan gunting rambut menurunkan darah tinggi apabila pesakit turut diberikan ubat sewajarnya.

Ada juga yang tidak yakin penjarakan fizikal dapat dikawal di premis gunting rambut.

“Siapa nak pantau? Nak kerah polis dan tentera duduk depan barber shop? Merepek,” kata pengguna Twitter @farhanzulkefly.

Kecaman serupa disuarakan penasihat DAP Lim Kit Siang yang mengingatkan Azmin bahawa rancangan berkenaan malah dibantah golongan yang didakwa akan menerima keuntungannya.

Ahli Parlimen Tanjung Puteri itu merujuk kepada kenyataan persatuan penggunting dan pendandan rambut semalam yang menolak kebenaran untuk mereka beroperasi sewaktu PKP tahap tiga.

Lim seterusnya mempersoalkan sekiranya Azmin dan para menteri Kabinet mempunyai hasrat peribadi dalam membenarkan pengusaha berkenaan beroperasi.


“Adakah ini sebab sesetengah menteri mahu mengunjungi kedai gunting dan salun rambut?

Lim berkata, kerajaan sepatutnya memberi keutamaan kepada sektor sokongan dan khidmat IT sewaktu  PKP disebabkan permintaan yang tinggi.

Dua negeri sudahpun melarang kedai gunting beroperasi walau dibenarkan untuk berbuat demikian dalam tempoh PKP peringkat ketiga, dari 14 hingga 28 April.

Negeri Sembilan dan Pulau Pinang mengeluarkan arahan itu sementara menunggu garis panduan baharu dari Kementerian Kesihatan bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19.

Azmin pada Jumaat mengumumkan kebenaran untuk kedai gunting rambut beroperasi dengan syarat mematuhi garis panduan kesihatan dan keselamatan.

Beliau juga mengumumkan kebenaran sektor automotif, aeroangkasa, pembinaan, kesihatan tradisional berdaftar dan juga khidmat dobi menyambung semula operasi.

Kesemua perusahaan itu juga diwajibkan mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada kementeriannya.

Seorang lagi menteri kanan Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan kerajaan dan kementerian terlibat akan menyemak semula keputusan membenarkan kedai gunting beroperasi.

Afif pula, dalam satu kenyataan lanjut di Twitter hari ini memaklumkan beliau bukanlah pegawai Azmin dan hanya menulis sebagai seorang Adun Seberang Jaya.

Semakan setakat jam 1pm hari ini menunjukkan nama beliau masih disenaraikan sebagai pegawai tugas khas di laman web MITI. – 12 April, 2020.

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/04/potong-rambut-untuk-kawal-darah-tinggi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Asal Usul Kenapa Gunting Rambut Turun Tekanan Darah Tinggi

Kisah Asal Usul Kenapa Gunting Rambut Turun Tekanan Darah Tinggi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 322 hits
Wan SidekNi pegawai perubatan nak ubat sikit kebodohan pegawai Azmin AliNak jilat pemimpin anda pun biar lah nampak cerdik sikitAduhKalau da nama politikus politikus PN level pemikiran confirm IQ nya rendahhahaha
Update Terkini Warga Emas Hidap Penyakit Kencing Manis Darah Tinggi Korban Terbaru Covid 19

Update Terkini Warga Emas Hidap Penyakit Kencing Manis Darah Tinggi Korban Terbaru Covid 19

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 280 hits
KKM mengesahkan 1 lagi kematian akibat COVID 19 hari ini menjadikan total kematian di Malaysia akibat virus itu sebanyak 62 kes Kematian ini melibatkan pesakit kes 3 663 merupakan warganegara Malaysia berumur 67 tahun Pesakit tersebut dilap...
Dr Afif Pertahan Kenyataan Sokong Buka Kedai Gunting Rambut Dikritik Warganet

Dr Afif Pertahan Kenyataan Sokong Buka Kedai Gunting Rambut Dikritik Warganet

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 430 hits
Bekas timbalan ketua pemuda PKR Dr Afif Bahardin mempertahankan cadangan agar kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi kembali untuk fasa ketiga perintah kawalan pergerakan Afif menjelaskan pandangannya itu dibuat dalam konteks keperluan ...
Tiada Kedai Gunting Rambut Dibuka Sepanjang Tempoh Pkp Tok Ram Kongsi Video Hasil Potong Rambut Sendiri

Tiada Kedai Gunting Rambut Dibuka Sepanjang Tempoh Pkp Tok Ram Kongsi Video Hasil Potong Rambut Sendiri

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 692 hits
Baru baru ini seorang maestro muzik tersohor dan juga suami kepada Alyah iaitu Datuk Ramli MS memuatnaik satu posting di Instagramnya tokram ramlims menunjukkan hasil potong rambut sendiri Sebelah tinggi sebelah rendah gais A post shared by...
Risiko Penularan Wabak Covid 19 Di Kedai Gunting Rambut Agak Tinggi

Risiko Penularan Wabak Covid 19 Di Kedai Gunting Rambut Agak Tinggi

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 320 hits
KUALA LUMPUR Orang ramai dan pemilik premis gunting rambut yang dibenar beroperasi semasa fasa tiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan perlu mengambil langkah pencegahan sewajarnya bagi mengelak penularan wabak COVID 19 Gambar Hiasan
Darah Tinggi Diduga Kumat Pengunjung Spkt Polda Metro Kejang Kejang Dan Pingsan

Darah Tinggi Diduga Kumat Pengunjung Spkt Polda Metro Kejang Kejang Dan Pingsan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 114 hits
Setelah dilakukan pemeriksaan terhadap Dandrid hasilnya diketahui kalau yang bersangkutan terjatuh akibat mempunyai riwayat penyakit darah tinggi dan gula
Potret Terbaru Raffatar Habis Potong Rambut Poninya Curi Perhatian

Potret Terbaru Raffatar Habis Potong Rambut Poninya Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 345 hits
Meskipun saat ini usia Raffatar baru menginjak 4 tahun namun cucu dari Gideon Tengker ini memiliki gaya yang tak kalah hits dari kedua orang tuanya
Khalid Tempelak Afif Bahardin Nampak Sangat Cuba Backup Boss

Khalid Tempelak Afif Bahardin Nampak Sangat Cuba Backup Boss

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 194 hits
Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Dr Afif Bahardin dilabel sebagai mahu back up boss selepas tampil dalam satu bebenang Twitter yang mempertahankan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung perkhidmatan gunting rambut yang dibenarkan...
Penjelasan Kenapa Pesakit Kencing Manis Darah Tinggi Berisiko Dapat Covid 19 Lebih Teruk

Penjelasan Kenapa Pesakit Kencing Manis Darah Tinggi Berisiko Dapat Covid 19 Lebih Teruk

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 440 hits
Doktor Latif Saad menjawab persoalan ini sebagaimana yang dikongsikan laman Facebook TheDiagnosa Doktor Ini Jelaskan Kenapa Pesakit Kencing Manis Darah Tinggi Berisiko Dapat Covid 19 Lebih Teruk Kita sedia maklum pesakit kencing manis dan d...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner